​97% Janji Barisan Nasional Ditepati, 51 Janji DAP Dimungkiri & Dicapati


Pada setiap kali Pilihan Raya Umum (PRU), janji atau manifesto dipersembahkan kepada rakyat sebagai akujanji parti untuk mendapatkan kepercayaan dan undi rakyat. 

Semua parti akan buat manifesto dan janji. Namun bila sudah dapat undi, ada juga parti yang sanggup memungkiri janji kepada pengundi tanpa rasa bersalah sedikit pun.
Sehingga 31 Mac 2017, Barisan Nasional (BN) sudah pun melunaskan 97% manifesto pilihanrayanya kepada rakyat. Sejumlah 4,844 atau 83% projek bernilai RM73.49 billion sudah yang dijanji dalam manifesto BN sudah dilaksanakan.
14% lagi merangkumi 804 projek bernilai RM255.17 billion adalah dalam fasa perlaksanaan. Bermakna sudah 97% janji manifesto BN sudah dilaksanakan dan ditepati. 

Baki 3% lagi merangkumi 167 projek bernilai RM60.43 billion adalah dalam proses pra perlaksanaan

Pencapaian Manifesto BN ini adalah bertepatan dengan slogan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ‘Janji Ditepati’ selain ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Janji manifesto yang dilancarkan pada 6 April 2013, sudah 97% sudah ditunaikan.
Sejumlah RM19.33 billion pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah diberikan sejak 2012. Pada tahun 2016 sahaja, sejumlah 7.28 juta isi rumah mendapat mendapat BR1M bernilai RM5.36 billion. 
6.2 juta rakyat Malaysia telah mendapat manfaat meliputi penyediaan jalan sejauh 6,041.7 km, bekalan elektrik untuk 153,821 rumah luar bandar, bekalan air bersih untuk 350,094 rumah luar bandar dan sejumlah 94,605 rumah telah dibaik pulih di luar bandar. 
Mass Rapid Transit (MRT) fasa pertama sudah pun disiapkan “below what was budgeted”. Kalau ikut logik Rafizi, MRT ini pakatan pembangkang tidak mahu buat kerana duit itu menurut Rafizi mahu digunakan untuk subsidi minyak. 
Logik ekonomi Rafizi, bila harga minyak turun maka harga barang akan turun. Ternyata setelah hampir 4 tahun berlalu selepas PRU13, logik ekonomi Rafizi ini adalah tidak tepat sama sekali. 
BN juga menunaikan janji untuk rakyat Sabah dan Sarawak. Lebuh Raya Pan Borneo yang bernilai RM27 bilion dengan jarak 1,633km di kedua-dua negeri itu sedang disiapkan. Ini bukti BN serius dengan janji yang diberikan kepada rakyat.
Tidak seperti sebuah negeri yang sudah ditadbir oleh rejim DAP selama dua penggal sejak 2008.
Kerajaan DAP dipimpin Ketua Menteri Lim Guan Eng, ada membuat janji  kira-kira 51 projek di seluruh Pulau Pinang. Ada pernah dengar Guan Eng bentang laporan “progress” 51 projek ini? 
Guan Eng tidak berani buat sebagaimana yang dibuat Dato Seri Najib dalam pembentangan laporan National Transformation Program, NTP. Jika berpegang pada konsep CAT, Competency, Accountability and Transparency maka Guan Eng kena berani bentang laporan 51 projek ini. 
Pada 23 Mei 2017, Datuk Muhammad Farid Saad, Adun BN Pulau Betong mempersoalkan 51 projek yang dijanjikan DAP ini.
Antara 51 projek itu adalah ;
1) Projek Aerobus yang hubungkan bahagian pulau dengan Seberang Perai pada 2008, 
2) Projek Kereta Api Bawah Tanah
3) Projek sistem monorel merentasi pulau dan tanah besar
4) Projek pembinaan tasik buaya
5) Projek tebatan banjir di Pulau Pinang
6) Projek banteras tempat letak kereta haram
7) Usaha mengekal surcaj air
8) Projek mengekalkan perlindungan hutan di Pulau Jerjak
9) Projek kawasan khas taman botani
10) Projek pelaburan Blackberry
11) Projek The Light Penang Waterfront Convention Center
12) Projek pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik di Bandar Cassia
13) Projek mewartakan rancangan kawasan khas Bukit Bendera
14) Projek pembinaan sistem aliran transit ringan (LRT)
15) Projek pasar malam Chow Rasta
16) Projek mengatasi kesesakan lalulintas 
Ini adalah antara 16 projek dari 51 projek yang gagal dilaksanakan oleh kerajaan DAP Penang. Semuanya telah dimungkiri dan dicapati oleh DAP.  
Janji DAP untuk membina sebuah hospital Islam berkonsepkan wakaf di bawah Yayasan Islam Pulau Pinang juga tidak kedengaran apa kesudahannya sampai ke hari ini. Apa yang kedengaran adalah Guan Eng sibuk menjual tanah di Penang tanpa tender terbuka untuk projek hospital swasta yang mewah. 
Apa yang DAP buat selama dua penggal di Penang? Tanah Penang habis dijual, nilai keseluruhannya hampir RM16 billion. Projek yang dijanji tidak dilaksana pun pada rakyat.
Guan Eng membentangkan manifesto untuk PRU13 pada 15 April 2013. Janji itu tinggal janji sahajalah. Dalam manifesto rakyat DAP pada PRU13, tertulis “caj air yang lebih rendah” tetapi kita surcaj air naik 4 kali di Penang. 
BN sudah laksanakan 97% janji projeknya kepada rakyat. 4,844 sudah dilaksana dan 804 lagi sedang dilaksanakan mengikut apa yang dijanji dalam akujanji manifesto BN. DAP baru berjanji 51 projek sahaja di Penang, itu pun mereka sudah mungkirinya. 
Memalukan sungguh bila Exco DAP Penang, 

Chow Kon Yeow menyalahkan BN kerana gagal menunaikan janji 51 projek ini. Bukan BN yang sabotaj, DAP sendiri yang terbukti gagal. Bukan BN yang suruh Guan Eng beli rumah banglo, Guan Eng yang beli sendiri.
Biarpun tidak memerintah kerajaan negeri Penang, kerajaan pusat BN tetap melaksanakan 209 projek bernilai RM2 billion kepada rakyat Penang. DAP janji 51 projek sahaja, jumlahnya suku sahaja dari jumlah projek kerajaan BN. Itu pun DAP tidak boleh buat. 
DAP pandai laksana projek untuk kroninya sahaja. Rakyat Penang mesti ingat lagi manifesto mudah DAP pada 2008 iaitu “Just Change”. 33 perkara kecil dalam manifesto ini, tidak pun ditunaikan DAP.
PRU14 adalah detik terbaik untuk mengajar rejim DAP ini, ubah sahajalah. Jangan teragak agak lagi. Serik seriklah percaya janji DAP. “Penangnite can do better without DAP”.
#PiMana16Billion

#16billionHilangPiMana

 #GuanEngKakiGadaiTanah

DAP cuba heret Sultan Selangor campurtangan isu Hannah.


Setelah gagal mengalih pandangan rakyat daripada sikap hipokrat ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh yang menyebar fahaman Kristian disebalik topeng sekularisma, DAP sekarang cuba mengheret DYMM Sultan campur tangan dalam isu tersebut.

Satu petisyen online bertajuk “Stop Legal Harassment of Christian Speaker of Malaysian State Assembly” telah dimuat naik di laman CitizenGO, oleh sekumpulan penganut Kristian menyeru DYMM Sultan agar menghalang tindakan undang-undang terhadap Yeoh yang juga speaker Dewan Negeri Selangor.

Kumpulan tersebut juga mahu DYMM Sultan mengambil tindakan terhadap pensyarah Universiti Utara Malaysia Malaysia Kamarul Yusoff kerana membuat laporan polis terhadap Yeoh atas pengakuan menggunakan jawatan politiknya untuk menyebarkan agama Kristian.

Sehingga kini Yeoh dan pucuk pimpinan DAP mengelak daripada menjawab soal sikap hipokrasi kononnya mahu perjuangkan sekularisme sedangkan Yeoh sibuk menjadi pendakwah agamanya. Malah, mereka cuba menaikkan sentimen agama dan pekauman.

Tony Pua memutar-belit isu Proton-Geely


Pua menyoal PM, kenapa kerajaan masih mahu memberi geran penyelidikan bernilai RM1.1billion sedangkan dana tersebut adalah seperti wang percuma kepada Geely yang hanya membayar RM200 juta.
Dia mendakwa Proton masih berhutang dengan kerajaan RM1.5 billion, dan jika Geely dan DRB Hicom tidak membayar hutang, kerajaan akan ambil alih 65% Proton. Adakah DRB dan Geely terlepas begitu sahaja?

Sebenarnya DRB dan Geely sudah pun melabur didalam Proton dengan nilai ratusan juta yang telah dibayar kepada Proton. Kalau Proton gagal, mereka akan kehilangan kesemua pelaburan ini. Itulah adat perniagaan. Mereka akan sentiasa mendapat sokongan kerajaan agar lebih 60,000 pekerjaan lebih terjamin. INI KERANA BARISAN NASIONAL ADALAH BARISAN PRO RAKYAT dan ini merupakan pemanis kepada perjanjian tersebut.

PENGHINAAN DAP TERHADAP ISLAM 



SIRI 1 : ADIOS HARON DIN
Selepas kematian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat, tempat beliau sebagai Mursyidul Am PAS telah diambil alih oleh seorang lagi agamawan yang disegani dunia Islam iaitu Allahyarham Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, seorang ulamak dan cendekiawan Islam yang tegas dalam kesederhanaan.
Namun begitu, tidak seperti perwatakan Tok Guru Nik Aziz yang rapat dengan kepimpinan parti-parti pembangkang lain khususnya Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang, Tok Guru Haron Din pula dilihat sedikit berbeza kerana mempunyai iltizam yang kuat untuk menyatukan kaum Melayu yang selama ini berpecah atas pelbagai faktor terutamanya dek anutan ideologi politik yang berbeza-beza.
Haron Din juga dikesan menyokong gerakan Unity Government atau Kerajaan Perpaduan antara PAS dan UMNO, sesuatu yang amat ditentang oleh Tok Guru Nik Aziz serta kumpulan Erdogan dalam PAS ketika parti itu masih lagi dalam Pakatan Rakyat.
Suasana ini sedikit sebanyak telah menimbulkan ketegangan dalam Pakatan Rakyat. Rasa syak dan curiga terhadap kesungguhan PAS menyokong agenda UBAH ciptaan DAP mulai timbul dan PAS ditekan segenap sudut selepas kematian Tok Guru Nik Aziz agar menyatakan pendirian sebenar terhadap hubungan yang dijalin melalui kerjasama politik antara parti pembangkang dalam usaha mereka menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU ke-14 kelak.
Kebencian DAP terhadap agenda penyatuan umat Islam dan orang Melayu pula semakin meluap-lupa apabila melihat Tok Guru Haron yang menggantikan Tok Guru Nik Aziz seperti tidak boleh dicucuk hidungnya. Mereka menyerang dari pelbagai sudut sambil pada masa yang sama terus menyokong gerombolan Erdogan diketuai Mat Sabu, Ustaz Ahmad Awang, Pahrolrazi Zawawi dan lain-lain agar bangkit melawang kepimpin ulamak dalam PAS sehinggalah Haron Din menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 15 September 2016 yang lalu.
Berita kematian Tok Guru Haron Din ini disambut riang oleh DAP, dari penyokong bawahan hinggalah ke peringkat pemimpin parti komunis ini. Segelintir daripada mereka bahkan memuatnaik status-status yang jelik di laman-laman media sosial masing-masing dengan tujuan mengina kematian Allahyarham Haron Din secara terbuka. Salah seorang daripadanya ialah Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Oii yang menulis “Adios Harun Din. Let there be peace!”. Apakah maksudnya? Adakah Jeff Oii ingin menyatakan bahawa Haron Din telah menyebabkan Pakatan Rakyat tidak tentu arah selama ini?
Sesungguhnya Jeff Oii ini hanya sebahagian kecil sahaja daripada contoh-contoh dan bukti-bukti yang telah dipertontonkan kepada kita agar kita dapat lihat sikap biadap dan anti-Islam yang wujud dan sedang disebarkan oleh DAP di Malaysia. Mereka tidak teragak-agak untuk menghina ulamak yang disanjung dan disayangi ramai, apatah lagi untuk mencabar Islam sebagai agama bagi persekutuan jika berkuasa kelak.
#deleaks

#infoSelangor

#teamviralSelangor
📱 *Facebook Darul Ehsan Leaks*

https://www.facebook.com/darulehsanleaks/
📱 *Twitter Darul Ehsan Leaks*

📱 *Instagram* 

https://instagram.com/de_leaks
🌐 *Laman Web Darul Ehsan Leaks*

http://darulehsanleaks.blogspot.my/
📌 *Kepada yang ingin mendapatkan info Selangor, sila hantar nama anda ke nombor +60145154521 melalui aplikasi WhatsApp dan simpan (save) nombor tersebut di telefon pintar anda*

Disebalik tabir – Rafizi, Invoke dan syok sendiri



.

Matlamat sebenar Rafizi Ramli dalam membentang keputusan kajian Invoke adalah untuk umumkan bahawa dia lebih popular daripada Wan Azizah dan Azmin Ali.
Mengikut kajian itu, Rafizi mendapat 3.7% selepas Anwar Ibrahim yang mendapat 8% undian populariti. Manakala Presiden Wan Azizah dan timbalannya Azmin masing-masing hanya mendapat 1.6% dan 1.2%.
Sesiapa yang mengenali Rafizi tahu beliau akan menggunakan fakta ini dalam hujahnya kelak untuk menaikkan kedudukannya dalam PKR. Dia dikatakan ingin menaikkan imejnya dikalangan ahli Melayu yang tidak suka dengan sikapnya yang pro-DAP.
Bekas PM Dr Mahathir Mohamad pula mengatakan Rafizi syok sendiri.
“Kalau tak menang, bubuh nama, itu syok sendiri.”

Kit Siang sangat takut jika Melayu tahu……



“PM dengan bijak telah membaca dan menganalisa terhadap cara permainan dan percaturan politik yang dibuat oleh parti DAP.

“Beliau tahu bahawa Kit Siang sangat takut jikalau orang Melayu tahu DAP paling berkuasa dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) dan DAP yang buat keputusan penting ataupun ‘last word’.”

“Maka sebab itulah DAP mengalakkan parti Melayu contohnya BERSATU yang hanya miliki satu kerusi Parlimen untuk mempamerkan cita-cita mereka menjadi perdana menteri,”

“Amalan ini adalah konvensyen politik tanahair. Maka atas dasar inilah, perdana menteri mengatakan pada Disember 2016 bahawa pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sebenarnya adalah bagi rakyat Malaysia untuk memilih antara kerajaan pimpinan Umno atau kerajaan diterajui DAP ,”

-Datuk Seri Salleh Said Keruak

Zuraida: Angkuh atau bodoh?


Apabila dia dikecam kerana memiliki 9 kenderaan, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin berteriak itu tidak benar.
Zuraida menegaskan mereka semua salah kerana dia cuma ada 7 kereta dan satu motorsikal!

“Saya pakai kereta mewah sebab saya wakil rakyat. Saya sebagai ahli parlimen diberi peruntukan AP atas nama saya, jadi bodoh saya kalau ada AP, tidak digunakan kemudahan itu,” katanya.

Naib presiden PKR Rafizi Ramli pula menyindir Zuraida apabila dia tweet, “Saya adalah antara ahli Parlimen yang bodoh kerana tak pakai AP.”

Pakatan Pro DAP sudah tidak teragak-agak megelirukan rakyat. 3 kali tukar cerita dalam masa 3 bulan.


Rafizi semakin ketandusan idea untuk menyerang Dato Sri Najib.


Mahathir pernah bayar RM7 juta untuk lobi dan jumpa Presiden USA George W Bush tapi apa yang beliau dapat? Hanya gambar dengan Bush.

Sebenarnya, banyak kerajaan di negara-negara lai mengguna pelobi di Amerika Syarikat. Berikut adalah negara-negara yang berbelanja besar untuk mendapat pengaruh pada tahun 2013 (dalam USD):

1. UAE $14.2 million
2. Germany $12 million
3. Canada $11.2 million
4. Saudi Arabia $11.1 million
5. Mexico $6.1 million
6. Morocco $4 million
7. South Korea $3.9 million
8. Republika Srpska (Bosnian Serb Republic) $2.4 million
9. Georgia $2.3 million
10. Azerbaijan $2.3 million

Sumber: Sunlight Foundation

Di Amerika Syarikat, perbuatan melobi adalah amalan yang diterima dan dikawal selia. Ianya bukanlah perkara yang luar biasa kerana setiap negara akan melobi kepada untuk kepentingan geo-politik dan ekonomi masing-masing.

Oleh itu kerajaan ini akan rugi jika tidak turut serta dalam amalan melobi kerana ianya hanya menguntungkan negara lain yang aktif melobi sehingga dapat mempengaruhi polisi-polisi Amerika Syarikat.

LSS.

​Makin Celaru, Mat Sabu Juga Teringin Jadi Calon PM Pakatan Harapan


Persaingan siapa yang layak menjadi Perdana Menteri bagi pihak Pakatan Harapan bukan hanya melibatkan PKR dan PPBM sahaja,  malah ia turut direbut PAN.
Anak didik DAP itu ternyata tidak mahu ketinggalan untuk merebut jawatan berkenaan.

Parti itu mula mencadangkan presiden mereka Mohamad Sabu, sebagai Perdana Menteri pilihan.
Ini menyebabkan soal siapa sebenarnya calon PM Pakatan Harapan makin bertambah celaru. Sudah ada banyak sangat nama. Wan Azizah kata sanggup jadi “seat warmer”. Di Kongres PKR nama Anwar diangkat PM ketujuh. 
Selepas Kongres Mukhriz tidak puas hati dan teringin juga jadi PM khabarnya. Kemudian Salahuddin Ayub pula buat kenyataan pada 24 Mei 2017, menyatakan Mat Sabu juga layak jadi PM. 

Yang paling tidak berganjak adalah Zaid Ibrahim yang tetap mahukan Mahathir menjadi PM kembali. Sudah ada lima nama, Wan Azizah, Anwar, Mukhriz, Mat Sabu dan Mahathir. 
Itu belum lagi ditanya pada Adam Rosly dan tiga orang Exco PAS di Selangor, sudah pasti mereka mahukan Azmin Ali sebagai calon PM mereka. Semalam dalam satu ceramah parti bunga di Padang Kelab Sultan Sulaiman, di hadapan hadirin seramai 30 orang dan hanya 1,000 orang menonton live di Facebook, Mahathir menyatakan ; 
“Bila menang boleh buat la (siapa jadi PM). Tak menang bubuh nama (seperti) syok sendiri” kata Mahathir. 
Maknanya tindakan angkat plakad nama “Anwar PM ke 7” itu hanyalah syok sendiri sahaja. Akhirnya Mahathir memberikan jawapan, kenapa dia main telefon dan tidak angkat plakad masa Kongres PKR hujung minggu lepas. 
Rupanya Mahathir kutuk semua orang yang pegang plakad itu sebagai syok sendiri sahaja. Mahathir pun sama juga, masih lagi syok sendiri mahukan Mukhriz sebagai PM. 
Biarpun tidak menyebut nama Mukhriz secara terang terang, namun semua orang sudah tahu, siapa sebenarnya yang Mahathir mahu sebagai calon PM bagi Pakatan Harapan. 
Siapa pun yang jadi calon PM, keputusan akhirnya akan ditentukan oleh parti yang paling banyak kerusi di parlimen. DAP adalah pembuat keputusan akhirnya dalam PH. DAP ada 37 kerusi berbanding PPBM yang ada satu kerusi sahaja. 
Jika DAP setuju beri Mat Sabu sebagai calon PM, maka DAP juga boleh pilih TPM dari kalangan ahli parlimen DAP.  Jika DAP dan PAN bergabung, jumlah mereka jadi 42 kerusi kini. Jumlah paling banyak sekali dalam PH sekarang.
Boleh jadi Mat Sabu adalah pilihan DAP untuk jadi “seat warmer” sementara menunggu calon PM sebenar dari DAP pada PRU15 atau PRU16.  Daripada DAP beri pada Wan Azizah, lebih baik DAP beri pada Mat Sabu yang mana DAP sendiri boleh kawal dan perintahnya.
Gaji Mat Sabu sekarang pun, DAP yang bayar. Sudah pastilah Mat Sabu tidak akan belot. Mat Sabu akan jadi seperti Nizar di Perak, melaksanakan tugas dan “sign” apa yang patut bagi kepentingan Nga, Ngeh dan DAP di Perak dulu.
Mat Sabu boleh tanding di kerusi kawasan DAP di Penang atau di Gelang Patah. Daripada seorang pelawak, kini menjadi PM “remote control” bagi DAP. Alat kawalan jauh itu dipegang oleh Kit Siang.
Pakatan Harapan akan jadi lebih celaru jika DAP benar benar mahukan Mat Sabu. Mula mula DAP buat perjanjian sulit dengan Mahathir, namakan Mukhriz jadi PM. Kemudian DAP pakat dengan PKR, namakan Anwar. 
Namun akhirnya, pakatan sulit yang paling selamat untuk DAP adalah berpakat dengan Mat Sabu dan PAN. Lebih senang “screw” dan kawal Mat Sabu berbanding Mukhriz atau Anwar. 
Rafizi patut suruh Invoke masukkan nama Mat Sabu sekali dalam kajian. Lihat antara ramai ramai nama ini, siapa yang DAP suka dan selesa. “Confirm”, menang kat Mat Sabu lah. 
Inilah dia Pakatan Huru Hara, belum apa apa lagi sudah gaduh gaduh dan gila kuasa. Rakyat kena rasional dan berfikir panjang demi masa depan negara. 
Rakyat memilih wakil rakyat untuk YB itu beri khidmat balik pada rakyat. Bukan beri undi kemudian mereka lari dari pengundi. Hanya sibuk rebut kuasa dan agenda peribadi. Hati hatilah membuat pilihan nanti.

Projek BN di Sarawak dan Projek Dap di Pulau Pinang 



Pembinaan Jambatan Batang Sadong dengan jarak 1.5 kilometer di Sarawak bermula pada tahun 2012 dan siap sepenuhnya pada 2016.

Ia kini sudah digunakan rakyat dengan kos keseluruhannya RM231 juta dibelanjakan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Sementara itu, projek di Pulau Pinang bagi membina 3 jalan bagi jarak 20 kilometer diberikan kepada sebuah syarikat swasta pada 2013.

Setakat Mei 2017, pembinaan masih lagi belum bermula namun Kerajaan DAP di Pulau Pinang sudah membayar RM220 juta hanya untuk laporan, atau RM10 juta bagi setiap kilometer untuk kos laporan.

Jumlah RM220 juta adalah berganda dari kos RM100 juta yang dibayar Kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP untuk projek penebatan banjir sejak 2008.

Lim Sian See

Mahathir hina orang badan besar dan ini jawapan nya.


Aku Janji Kerajaan Persekutuan :Memperkukuh perkhidmatan awam, menambah baik tadbir urus


Sejak 2009, kerajaan mengambil banyak inisiatif untuk memperkukuh sektor perkhidmatan awam termasuk memperkenal skim penjawatan dan gaji baharu.

Kerajaan sedar bahawa perkhidmatan awam yang kukuh menjamin urus tadbir yang mantap bagi memenuhi kehendak rakyat yang semakin mencabar.

Penjawat awam diberi pendedahan serta dilengkapkan dengan kemahiran dan pengetahuan yang terkini bagi memenuhi kehendak pelanggan.

#Negaraku #Barisanprorakyat

​HAMIDAH AKUI ADA KRISIS DALAMAN PPBM



23 MEI: Naib Presiden PPBM Datuk Hamidah Osman mengakui wujudnya kemelut dan pergolakan dalaman yang menjadi punca Exco Srikandinya, Zulaiha Sidek mengambil keputusan meletakkan jawatan.

Hamidah yang terkejut dengan perkembangan terbaru itu, sekali lagi menggesa supaya pucuk pimpinan parti serpihan UMNO itu untuk turun padang bagi melihat secara mendalam permasalahan yang berlaku di dalam parti.
“Saya pun tidak tahu hendak cakap apa. Saya rasa kalau sudah semua orang cakap maknanya benda itu wujud. Dan seharusnya pucuk pimpinan PPBM tidak bolehlah mengambil sikap berdiam diri lagi. Kena kaji selidik apa sebenar permasalahan dan cuba tangani secara bijaksana dan secara efektif.
“Saya rasa perkara ini, ketidakselesaan ini memang wujudlah tetapi sejauh mana PPBM dapat menanganinya?
“Sebab kalau perkara ini terus dibiarkan, siapa sahaja keluar, kita kata mereka itu orang yang kecewa, orang Umno, pengkhianat, saya rasa masalah ini takkan selesai,” katanya kepada portal Antarapos hari ini.
Awal hari ini, Zulaiha mengumumkan peletakan jawatannya kerana mendkawa sudah muak dengan kemelut dalaman yang melanda PPBM.
Selain menjadi exco Srikandi kebangsaan, Zulaiha juga ialah Ketua Penaja Srikandi PPBM Bahagian Batu Gajah.
Turut mengumumkan peletakan jawatan ialah Ketua Srikandi Penaja PPBM Bahagian Gopeng, Aflatuniah Md. Norani.
Dalam pada itu, Hamidah ketika ditanya mengenai desas-desus beliau akan keluar parti itu tidak lama lagi, dilihat masih berteka-teki.
“Bukan pada masa ini lah. Itulah jawapan saya,” jawabnya ringkas.

MAHATHIR MUDAH LUPA SUNGGUH-SUNGGUH


SEDIH SUNGGUH DENGAN PERANGAI TOK WAN. DULU BUKAN MAIN DIA KUTUK DAP DAN KELUARGA LIM KIT SIANG. HARI INI BUKAN MAIN PUJI MELAMBUNG DAN

DI BAWAH ADALAH DIPETIK DARI BLOG TOK WAN YANG DITULIS PADA 3 MEI 2017 YANG LALU DAN MASIH PANAS LAGI, BERBEZA SUNGGUH PERANGAI ORANG TUA YANG BOLEH DIKATAKAN BUANG TABIAT

 

1. Banyak sudah yang diperkatakan berkenaan DAP, terutama kesanggupan Parti Pribumi Bersatu Malaysia bekerjasama dengan parti itu. Hampir semua cemuhan terhadap DAP diasaskan kepada kebencian terhadapnya sebagai parti totok Cina. DAP dipercayai berjuang semata-mata untuk bangsa Cina.

2. Yang anehnya parti MCA yang 100% Cina, dan berjuang hanya untuk kepentingan orang Cina tidak ditolak oleh orang Melayu. Walaupun MCA mempunyai hubungan rapat dengan Parti 1Komunis China, dan kita menolak fahaman Komunis dan telah berperang dengan mereka, ini pun tidak menjadikan MCA musuh kepada UMNO dan ramai orang Melayu.

3. Walaupun MCA yang menuntut supaya diberi jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua bagi menjadinya lebih kuat dalam Parti Barisan Nasional, ini juga tidak menarik bantahan dari ahli UMNO dan ramai orang Melayu.

4. Sebenarnya Parti DAP bukan parti perkauman Cina. Ia adalah parti berbilang kaum walaupun majoriti dari ahlinya Cina. Terdapat Melayu, India dan suku kaum Sabah Sarawak dalam DAP. Ada wakil rakyat DAP yang terdiri dari orang Melayu dan India. Pemimpin besar DAP dahulu ialah Karpal Singh.

5. DAP banyak mengguna bahasa kebangsaan dalam mesyuaratnya. Lagu partinya juga dinyanyi dalam bahasa kebangsaan.

6. Sebagai anggota dalam Pakatan Harapan DAP telah menyatakan secara terbuka dan menandatangani penyataan sokongan Pakatan Harapan kepada Perlembagaan Malaysia.

7. DAP bersama Pakatan Harapan, dan secara bersendirian menyokong dan mengiktiraf:

1) Institusi Raja-Raja Melayu
2) Hak Istimewa Melayu dan Bumiputera
3) Bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan
4) Agama rasmi Malaysia ialah Islam

8. Kepimpinan DAP tidak pernah tuntut jawatan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri. Pimpinan tertinggi DAP mengaku bahawa oleh kerana penduduk Cina adalah minoriti di Malaysia, tidak mungkin DAP mendiri Kerajaan diperingkat pusat di Malaysia, jauh sekali dari menjadi Perdana Menteri walaupun jika DAP menang semua kerusi yang ditandingi.

9. Dari 222 kerusi parlimen hanya 52 sahaja yang mempunyai majoriti Cina. Untuk mendiri Kerajaan DAP perlu miliki lebih daripada 111 kerusi. Jelaslah DAP tidak memiliki cukup kerusi. Tetapi ia boleh menganggotai Kerajaan campuran walaupun kurang dari kerusi Melayu. Demikian juga MCA dan Gerakan.

10. Mungkin juga parti berbilang kaum Melayu memberi beberapa kerusi kepada calon bukan Melayu. Tetapi majoriti dari tiga buah parti kepimpinan Melayu akan meletak calon Melayu dan PPBM sebagai parti Melayu tidak mungkin mencalon dan menyokong bukan Melayu sebagai Perdana Menteri. Gabungan parti-parti pembangkang tidak mungkin didominasi oleh DAP selain di Pulau Pinang.

11. Kenyataan Najib bahawa jika UMNO kalah maka Kit Siang akan menjadi Perdana Menteri tidak berasas sama sekali. Sebaliknya Najib sudah pun mengadakan perjanjian ketenteraan dengan China dan seorang penulis China menyatakan pelabuhan Melaka dan Kuantan yang sedang dibangun dengan berbillion Ringgit modal syarikat China akan diguna oleh tentera laut China. Kemenangan Najib dan UMNO akan mengikat Malaysia dengan negara China, dan Malaysia tidak lagi dapat mengamal dasar luar berkecuali seperti dahulu.

12. Sebenarnya yang patut ditakuti oleh UMNO dan orang Melayu ialah Najib sebagai Perdana Menteri, bukan Kit Siang. Rekod Najib sebagai Perdana Menteri bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia, terutama orang Melayu. Sebaliknya rekod DAP di Pulau Pinang tidak seburuk Kerajaan BN di pusat.

ITU DULU SEKARANG SUDAH KAWAN BALIK 


JEMIN SEMBANG KENCANG 


Cakap sepuluh, dua belas tak boleh pakai 

TOK WAN SUDAH LUPA


Semakin tua semakin buruk tingkah laku 


Kurus pun bini dia pakai rambut palsu. Awatnya rambut tak dak kalau? Anak pun botak licin . 

BERSARALAH WAHAI TS MUHYIDDIN


Bersaralah Muhyiddin, Bubarkan Sahaja PPBM
#MidinTdkLayakJadiPM

Agenda Mahathir mengejar perkara sulit dan peribadi nampaknya jadi semakin “tidak ketahuan hala”.

Semalam, 21 Mei 2017, dalam Kongres PKR, PPBM sudah sah jadi tidak relevan lagi di sisi DAP, PKR dan PAN. Pengerusi dan Presiden PPBM dimalukan macam itu sahaja.

PPBM yang ditubuhkan oleh Mahathir dan Muhyiddin sudah semakin hari semakin tenggelam punca dan hilang arah. Jenis bunga yang pelik, kembang pun tidak, wangi pun tidak.

Ditubuh atas landasan kononnya mahu “Selamatkan Malaysia”, rupanya tidak mampu selamatkan diri sendiri pun.

8 Oktober 2016, PPBM diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Semalam di Kongres PKR, PPBM baru berusia 228 hari dan baru 37 kali Jumaat, PPBM sudah disepak terajang oleh DAP dan PKR.

Belum lagi 40 kali Jumaat, parti bunga itu
sudah dimalukan dengan penuh kehinaan. Di depan muka dijerit reformasi, diminta angkat plakad Anwar jadi PM dan “sign petition” bebaskan Anwar Ibrahim.

Tidak cukup dengan itu, wartawan Malaysiakini pula menyimbah minyak pada api dengan memuat naik video Mahathir terpinga pinga masa plakad Anwar diangkat dan lari dari ditemubual wartawan.

Minggu lepas, PPBM dari Perak menyeru supaya Muhyiddin meletak jawatan. Atas alasan
Muhyiddin sebagai tidak layak jadi Presiden PPBM.

Muhyiddin semasa menjadi orang nombor dua dalam UMNO pun dia tidak menyerlah, maka tidak hairanlah apabila ahli ahli PPBM pula mahu dia meletakkan jawatannya sebagai Presiden parti itu.

PPBM hanya ditubuhkan oleh penyokong dan pentaksub Mahathir yang mahukan platform baru untuk berpolitik. Mereka mahu platform sahaja, mereka bukan mahu ahli ramai dan menjaga ahli pun.

Mahathir tidak berminat sangat pun hendak tubuh parti, sebab susah hendak jaga parti dan ahli parti yang baru. Mahathir hanya hendak jadikan PPBM sebagai platform untuk jadikan Mukhriz sebagai PM sahaja.

Pergolakan dalam PPBM sudah riuh satu negara. Di Baling, Kerteh, Teluk Kemang, Pandan, Sik dan Perak. Ada yang keluar parti dan ada yang lari dari parti bunga.

Punca utama adalah seperti yang didedahkan oleh Cikgu Kamarul, amalan nepotisme dan kroni yang kuat dala PPBM selain pertembungan team Muhyiddin dan Mukhriz di dalamnya.

Bila Muhyiddin didesak letak jawatan, Ainina dilucut jawatan Srikandi dan Cikgu Kamarul, Setiausaha Kerja keluar parti. Ini bukti parti setahun jagung ini sah sedang menuju kehancurannya sendiri.

Hancur pun tidak mengapa, Mahathir hanya kisah anaknya sahaja jadi PM bukan soal parti PPBM pun. Untuk rekod, Muhyiddin tidak pernah dinobatkan sebagai calon Perdana Menteri oleh Mahathir.

Pakatan Harapan hanya mahu Mahathir membawa 5-7% sahaja penggundi Melayu tetapi Mahathir tidak faham bahasa , lalu membuat pelbagai saranan seolah olah beliau ada saham besar dalam Pakatan Harapan.

Akhirnya, semalam Mahathir telah dimalukan dan jatuhlah air mukanya dalam Kongres PKR.

Sambil disuruh menandatangani petition mahu bebaskan Anwar, Mahathir juga terpaksa berdiri bersebelahan orang yang mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri yang ke 7.

Mungkin ini kehinaan dari Allah SWT kepada orang yang suka memfitnah Ulil Amri hanya sebab enggan menuruti kehendak peribadinya.

Sebelum Kongres PKR, Mahathir telah dimalukan oleh Lim Kit Siang dengan menggunakan Anthony Loke.

Anthony Loke telah mengisytiharkan Wan Azizah sebagai calon Perdana Menteri, waima hanya sementara sahaja, atau “seat warmer” untuk Anwar.

Bagi DAP , inilah cara untuk menghalang rencana Mahathir.
Apakah Anthony Loke berani membuat kenyataan jika tanpa izin Kit Siang? Tentu tidak, dan itulah caranya Kit Siang beri kesedaran kepada Mahathir.

Mahathir lupa diri , DAP dan PKR hanya mahu Mahathir screw 5-7% penggundi Melayu sahaja pada PRU14

Mahathir tidak sedar diri dan terlalu taksub kepada agenda peribadinya.

Mahathir tidak boleh berhenti dah kerana yang dikejarnya terlalu besar. Bagi Muhyiddin , elok sahajalah undur diri dan bubarkan sahaja PPBM.

Muhyiddin kini sudah jadi “persona non grata” dalam Pakatan Harapan.

Jalan kemuliaan yang boleh diambil oleh Muhyiddin adalah letak jawatan dan bubarlah PPBM. Muhyiddin tidak layak pun menjadi PM dalam Pakatan Harapan.

Mahathir baru sahaja tulis minggu lepas bab malu dan jawatan. Mahathir kata kalau ada sifat malu maka kenalah letak jawatan. Sebenarnya bukan Najib yang dituju Mahathir, tapi Mahathir sebenarnya menyindir Muhyiddin.

#MuhyiddinTidakLayakJadiPM

#MidinTdkLayakJadiPMIMG-20170423-WA0188-1

Previous Older Entries