Jangan terpedaya dengan hasutan pihak pembangkangĀ 



Jangan biarkan rakyat diluar sana termakan dengan janji-janji Pakatan Pro-DAP. Malaysia harus terus mara bersama Barisan Pro-Rakyat!

Kebajikan Pekerja sentiasa diberi perhatianĀ 



Kerajaan sentiasa menjaga kebajikan pekerja di negara ini. Untuk melindungi pekerja daripada suatu masa depan yang tidak menentu, Perdana Menteri telah mengumumkan Skim Insurans Pekerja dengan dana permulaan RM70 juta. Skim ini dapat membantu dalam kesinambungan hidup pekerja dan membela mereka yang kehilangan pekerjaan.

#BarisanProRakyat

http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/05/02/insurance-scheme-for-private-sector-workers-to-kick-off-with-rm70mil/

INGAT DAH SELESAI RUPANYA KENA RUJUK MAJLIS SYURA


Hubungan PAS dengan PKR sudah mula gelora. Di Kedah ribut melanda khemah khemah PAS. Di Selangor, sejuknya bilik Exco Kerajaan Negeri Selangor sudah mulai dihirup dan dirasai oleh ADUN PAN.

Bila cakap sudah putus, bermakna sudah tiada hubungan lagi dengan PKR. Namun di Selangor, nampaknya masih ada “hubungan intim” antara PAS dan PKR. Bila hendak putus betul?

Minggu lepas, Dewan Ulama PAS telah meluluskan usul untuk memutuskan ‘tahaluf siyasi’ atau kerjasama politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan usul berkenaan diterima tanpa bahas.

Ia akan dirujuk kepada Majlis Syura Ulama (MSU) yang akan bersidang secepat mungkin untuk merungkaikan kekusutan ahli-ahli berkaitan tahaluf berkenaan.

Meskipun usul berkenaan diluluskan oleh Dewan Ulama, namun ia tertakluk kepada keputusan MSU mengikut peruntukan perlembagaan PAS.

Memandangkan 21 PAS kawasan telah mengusulnya dalam mesyuarat masing-masing selain Dewan Ulama PAS Pusat dan Pemuda PAS, maka tiada masalah bagi MSU untuk menerima keputusan yang dibuat itu.

Apatah lagi boleh dikatakan kebanyakan ahli jawatankuasa MSU sendiri adalah pemimpin PAS yang lantang bersuara mendesak supaya kerjasama dengan PKR itu segerw diputuskan.

Mereka termasuk Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah serta Nik Abdul Nik Abdul Aziz.

Dalam hal ini juga, adalah perlu bagi ahli-ahli PAS mentaati keputusan yang dibuat kepemimpinan berhubung tahaluf siyasi dengan PKR terutama dalam keadaan di mana pilihan raya umum semakin dekat maka kesetiaan penuh kepada parti adalah dituntut.

Ia juga selaras dengan pendekatan yang diambil oleh Abdul Hadi yang dengan lantang menolak kerjasama dengan DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan parti serpihan PAS iaitu Parti Amanah Negara (PAN).

Abdul Hadi sendiri sebelum ini dalam nada keras menyifatkan dengan menyertai Pakatan Harapan, biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah.

Malah kegagalan PKR untuk memberikan sokongan penuh kepada PAS ketika membentangkan usul persendirian Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, turut menyumbang kepada keputusan untuk memutuskan kerjasama terbabit.

Selain itu, kenyataan pimpinan PKR sendiri yang celupar dan biadap terhadap PAS telah menunjukkan mereka tidak mempunyai sikap setiakawan, justeru apa perlunya PAS bersama mereka meskipun sudah bekerjasama dalam dua pilihan raya lalu.

Gelaran Tok Lebai misalnya oleh Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima oleh akar umbi PAS kerana ia dianggap sebagai satu penghinaan kepada presiden mereka.

“Kalau boleh nak putus segera (dengan PKR) kerana dari segi berpolitik, menyinggung lawan adalah benda biasa tapi menyinggung dengan benda penghinaan pada tuan-tuan guru di sekitar kita terutama presiden kami (tidak boleh diterima),” demikian kata Perwakilan Dewan Ulama PAS Selangor, Nik Bakri Nik Mat ketika berucap pada Muktamar Dewan Ulama di Kedah, beberapa hari lalu.

Sejauh mana PAS benar benar berani mengotakan usul untuk putus dengan PKR ini? Sudah beberapa hari menang sebagai Naib Presiden PAS pun masih lagi menikmati gaji sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor di bawah PKR.

Bila Naib Presiden PAS ini hendak letak jawatan sebagai Exco? Atau menunggu keputusan Majlis Syura Ulama untuk keputusan akhir.

IMG-20170420-WA0066Hubungan PAS dengan PKR ini sudah jatuh hukum haram jika mengikut keputusan muktamar. Jika tidak putus juga dalam minggu ini, bermakna PAS hanya berkokok sahajalah di muktamar. Akhirnya tunduk juga pada PKR dan DAP.