​BANDAR MALAYSIA. PEMBATALAN PERJANJIAN WAJAR DILIHAT DARI SUDUT PERNIAGAAN BUKAN POLITIK


1. Seperti biasa pihak Pembangkang akan memutar belit apa sahaja isu di depan mereka. Ini termasuk pengumuman pembatalan perjanjian di antara TRX City dengan syarikat usahasama milik Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd dan China Railway Engineering (M) Sdn Bhd (“CREC”). Sepatutnya pembatalan tersebut disambut baik oleh ramai pihak termasuk pembangkang.

 
2. Jika pembangkang ikhlas dan mahukan kebaikan kepada negara, maka pembangkang sepatutnya melihat pembatalan ini dari sudut urusan perniagaan di antara dua buah syarikat dan bukan mempolitikkannya. Lebih-lebih lagi jika TRX City membatalkan perjanjian ini selepas konsortium IWH-CREC gagal memenuhi syarat perjanjian selepas tarikh akhir dilanjutkan berkali-kali.

 
3. Perjanjian ini telah dimeterai pada Januari 2016 dan amat melampau jika selepas 16 bulan dan beberapa kali tempoh dilanjutkan, soal jaminan bank masih belum dapat diselelesaikan. Walaupun kerajaan Malaysia mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan China, namun syarikat perlu bersikap profesional dan bertindak berdasarkan perjanjian yang telah dibuat.

 
4. Perjanjian yang termetrai adalah Perjanjian Penjualan SAHAM Pembangunan Bandar Malaysia. Bagaimanapun pemimpin pembangkang cuba berbohong dengan mengatakan ia adalah perjanjian penjualan TANAH 100% kepada pihak asing. Hakikatnya ia hanya penjualan saham dan nilai pegangan asing (syarikat China) selepas penjualan saham ini hanyalah 24%. BAKI 76% ekuiti pembangunan Bandar Malaysia masih dipegang oleh kerajaan dan syarikat tempatan.

 
5. Jika diimbas kembali, perjanjian ini dimeterai selepas melalui proses tender antarabangsa yang dijalankan oleh penasihat bebas. Pemilihan dibuat selepas Lembaga Pengarah 1MDB dan Jawatankuasa Khas Kementerian Kewangan meneliti cadangan usaha sama daripada lebih 40 pihak dalam dan luar negara. Dari 40 cadangan ini, 4 telah disenarai pendek dan 2 telah membuat tawaran muktamad. Maksudnya, bukan hanya satu pihak yang berminat untuk membangunkan Bandar Malaysia, tetapi 40. Bila-bila masa sahaja sebenarnya kerajaan boleh memilih pihak lain yang layak sekiranya konsortium IWH-CREC tidak bersungguh-sungguh atau tidak berkeupayaan untuk terlibat.

6. Hari ini, selepas 16 bulan perjanjian jual beli saham, nilai Bandar Malaysia jauh lebih tinggi berbanding RM10.35 bilion semasa perjanjian ditandatangani. Selain peningkatan harga tanah di Kuala Lumpur, kenaikan nilai ini juga antara lain adalah kerana, pertama, semakin banyak perkembangan telah mengambil tempat seperti termetrainya perjanjian dua hala Malaysia dan Singapura bagi pelaksanaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura pada bulan Disember 2016 dan penempatan semula serta pembangunan 8 tapak kemudahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang hampir siap. Kedua, kemelut yang dihadapi 1MDB juga sudah banyak yang selesai, termasuk pengurangan hutang secara drastik melalui penjualan Edra Energy dan penyelesaian secara baik pertikaian dengan IPIC.

 
7. Dari segi komitmen pembayaran bon berkaitan Bandar Malaysia yang hanya akan matang pada tahun 2023, 1MDB masih mempunyai masa untuk mencari rakan usaha sama yang baharu. Selain syarikat dari China, masih terdapat syarikat-syarikat berpotensi dari Arab Saudi, India dan Australia yang boleh dipertimbangkan. Tiada sebab untuk pelanggan bon Bandar Malaysia menjadi panik kerana opsyen masih terbuka luas.

 
8. Pada waktu yang sama, memandangkan Bandar Malaysia telah diletakkan di bawah Kementerian Kewangan dan terdapat semangat patriotisme yang tinggi di kalangan rakyat dan pembangkang agar Bandar Malaysia dibangunkan sendiri oleh rakyat tempatan, maka tidak salah jika peluang ini turut dibuka kepada usahawan-usahawan tempatan yang berkelayakan dan berkemampuan.

 
9. Atau, memandangkan nilai Bandar Malaysia begitu tinggi, iaitu dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM155 bilion dan bakal menjadi pemangkin pembangunan Koridor Selatan, maka tidak menjadi kesalahan sekiranya rakyat Malaysia mengambil peluang untuk terlibat dalam pembangunan Bandar Malaysia melalui dana dari KWSP, KWAP, LTAT, Khazanah atau Tabung Haji.

 
10. Saya percaya pembangkang akan bersetuju dan menyokong saranan ini memandangkan ia merupakan peluang bernilai tinggi kepada rakyat Malaysia untuk terlibat sama dan bakal memberikan pulangan tinggi kepada mereka pada masa hadapan.

Mohd Puad Zarkashi

MT UMNO

Advertisements

TUNTUTAN TERBUKA BUAT YB RAFIZI RAMLI MENGENAI KUTIPAN DANA INVOKE DAN NOW


______________________
Saya telah meneliti dan membaca laporan berita oleh Rafizi Ramli hari ini untuk menjawab kritikan saya kepadanya.

 
Walau bagaimanapun, demi kepentingan parti dan orang ramai, saya tidak boleh berdiam diri lagi. Saya dan ramai pemimpin parti dan aktivis telah lama bersabar dengan beliau bagi memelihara perpaduan dan reputasi Keadilan. Walau bagaimanapun, kepentingan awam perlu diberi keutamaan.

 
Kebimbangan terbesar adalah terhadap kutipan dana secara besar-besaran daripada orang ramai bagi pihak Rafizi NGO Invoke dan NOW Ini koleksi wang daripada orang awam secara berterusan.

 
Satu perkara aneh apabila Rafizi telah gagal untuk mendedahkan butiran pengumpulan dana tersebut, walaupun beliau sering menyeru semua pihak, iaitu BN dan pembangkang, untuk mengisytiharkan aset mereka.

 
Dalam usaha untuk mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap Keadilan dan pembangkang, dan selaras dengan prinsip yang kerap beliau laungkan iaitu prinsip ketelusan, saya menyeru Rafizi Ramli mendedahkan dalam masa 48 jam bermula hari ini:

 
i) Jumlah wang yang telah dikumpulkan daripada orang ramai oleh NGO beliau Invoke dan NOW.
ii) Nyatakan bagaimana wang telah dibayar setakat ini
iii) Menyatakan nama semua individu yang telah menerima dana yang dikumpul oleh Invoke.

 
Sekiranya Rafizi Ramli gagal mematuhi tuntutan ini , saya akan mengambil tindakan sewajarnya. Kerana kita perlu memelihara keyakinan orang ramai terhadap KEADILAN dan Pakatan Harapan.

 
*Dato’ Adam Rosly*

Dua orang bijak dalam PKR bergaduh macam tempoyak masam 



Latheefa Koya dakwa Rafizi kutip jutaan ringgit

Latheefa Koya mendakwa Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli kutip jutaan ringgit daripada rakyat.

Latheefa membuat dakwaan itu menerusi FB susulan pergaduhan mulut antara dia dan Rafizi dalam Whatsapps Group MPP PKR.

Perang mulut itu berpunca daripada tiga reka bentuk logo baharu PH yang disenarai yang dianggap memalukan.

Rafizi pula menggelarkan Latheefa sebagai penakut dan mencabar dia berdebat. ‘Screen shot’ perang mulut Rafizi-Latheeya menjadi bualan selepas disebarkan di media sosial.  

Dalam PKR bukan lagi rahsia, mereka berpuak-puak.dan sering bergaduh sesama sendiri.

#pakatanprodap