BEKAS PEGAWAI KHAS DATUK BANDAR MELAKA DIDAKWA PENGGUBAHAN WANG HARAM, PECAH AMANAH LIBATKAN RM19.3 JUTA


KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM

Bekas Pegawai Khas Datuk Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka hari ini atas pertuduhan penggubahan wang haram dan pecah amanah melibatkan wang berjumlah kira-kira RM19.3 juta.

Mohd. Yusof Abu Hassan, 56, didakwa dengan 15 pertuduhan iaitu 11 pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001(Akta 613) manakala empat lagi mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan (KK).

 
Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan itu yang dibaca di hadapan Hakim Norma Ismail. Mengikut pertuduhan berdasarkan Seksyen 4(1)(b) AMLATFPUAA
 2001, tertuduh didakwa memindahkan wang berjumlah 8,188,074.87 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan sejak Mac hingga September 2016 di Melaka.
Sementara itu, berdasarkan pertuduhan mengikut Seksyen 409 KK pula, Mohd. Yusof sebagai ejen syarikat Taraf Budi Development Sdn. Bhd. dan SP Enterprise Sdn. Bhd. didakwa menggunakan cek-cek syarikat tersebut melibatkan jumlah sebanyak RM 11.2 juta.

Kesalahan itu didakwa dilakukan sejak Februari hingga Ogos 2016 di Melaka.
Mengikut Seksyen 4(1)(b) AMLATFPUAA, jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara hingga 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta yang mana lebih tinggi sementara mengikut Seksyen 409 KK, tertuduh boleh dipenjara tidak kurang dua tahun hingga 20 tahun dan sebat serta denda.

Hakim Norma membenarkan Mohd. Yusof diikat jamin sebanyak RM1.6 juta dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah serta melapor diri ke pejabat SPRM Melaka setiap bulan.

Mahkamah telah menetapkan 22 Jun 2017 sebagai tarikh sebutan semula kes.
Bagi pihak SPRM, kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz dan Ahmad Akram Gharib.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

PUTRAJAYA
9 MEI 2017

Akujanji kerajaan BN: Pengangkutan Awam



Aku Janji Kerajaan Persekutuan: Pengangkutan awam

Meningkatkan kecekapan pengangkutan awam merupakan salah satu Aku Janji Kerajaan Persekutuan 2013-2016.

Hasilnya, rakyat Malaysia menikmati perkhidmatan pengangkutan awam antara yang termurah berbanding negara ASEAN lain.

Laman web Financial Times juga menyatakan rakyat Malaysia membayar harga sama untuk perkhidmatan pe­ngangkutan awam seperti rakyat di negara ASEAN lain yang mempunyai kemudahan infrastruktur jauh lebih rendah.

Malaysia turut berada pada kedudukan 20 negara terbaik dunia dalam kemudahan infrastruktur pengangkutan awam mengatasi negara ASEAN lain seperti Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina.

#Negaraku
#Barisanprorakyat

Dap dahulu dan kini adalah DAP yang sama 



DAP kini dan dulu adalah DAP yang sama. Teruskan persiapan kita kerana, Pakatan Pro-DAP akan berhadapan sekali lagi dengan Barisan Pro-Rakyat. NO RETREAT, NO SURRENDER!

​Najib Tak Pernah Kalah Di Pekan, Mahathir Pernah Kalah Di Kedah


Bukan main lagi Mahathir, Penasihat Pakatan Harapan buat video ajak pengundi Pekan kalahkan Datuk Seri Najib. Mahathir kata Najib pernah dapat 241 undi sahaja di Pekan.

Ya, 241 pun masih lagi undi majoriti dan menang. Tidak kalah seperti orang itu di Parlimen Kota Star Selatan pada 1969.
Sejarah tidak pernah berbohong. Sejarah telah tercatat bagaimana Penasihat Pakatan Harapan yang paling dipuja penyokongnya bagaikan adi wira itu,  sebenarnya pernah tersungkur dan kalah.
Dalam PRU3 tahun 1969, Mahathir telah tersungkur di kaki calon PAS Haji Yusoff Rawa dengan minoriti 989 undi. 
Walaupun Najib Razak bertanding buat kali pertama pada PRU tahun 1976 dalam usia yang muda (23 tahun), namun beliau tidak pernah kalah dalam setiap pilihan raya di Parlimen Pekan. 
Sudah 9 kali, Datuk Seri Najib bertanding di Pekan. Rekodnya 9-0, 9 kali menang dan tidak pernah kalah. Berbanding Mahathir, tanding 9 kali, 8 menang 1 kalah.
Mahathir sudah pasti cemburu melihat rekod Datuk Seri Najib ini. Paling tinggi pun, Mahathir pernah dapat majoriti undi 22,062 sahaja pada PRU8, di Kubang Pasu semasa menjadi PM.
Datuk Seri Najib mencatat majoriti 35,613 semasa PRU13 ketika menjadi Perdana Menteri. Sekali lagi Mahathir kalah dengan Najib.
Jika Mahathir mahu mengambil keputusan PRU10 pada tahun 1999 sebagai kayu ukur prestasi, dia sepatutnya buka mata dan insaf.  Mahathir sendiri pun alami penyusutan undi semasa jadi PM.
Pada PRU10 tahun 1999, bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu itu memperoleh 10,138 undi majoriti berbanding PRU8 tahun 1990, dengan majoriti 22,062 undi. 

Undi majoriti Mahathir telah menyusut 15% sejak 1990, dari 78% undi pada 1990 kepada hanya 63% pada 1999.
Berbeza dengan Najib, majoriti undi yang diperoleh Najib selepas 1999 sentiasa meningkat tinggi. Sebagai contoh, pada PRU11 tahun 2004 Najib memperoleh majoriti 22,922 undi. Manakala pada PRU12 tahun 2008, majoriti yang diperoleh beliau meningkat lagi kepada 26,464 undi. Di PRU13 pula Najib sekali lagi menunjukkan peningkatan majoriti dengan 35,613 undi. 
Dari segi peratusan undi, meningkat 20% pada 2013 berbanding 1999. Sekali lagi Mahathir kalah dengan Najib.
Kehebatan Najib diakui sendiri oleh calon PKR yang melawan Najib pada tahun 2013 lalu iaitu Mohd Fariz Musa. Katanya, Perdana Menteri akan terus menang besar di parlimen berkenaan kerana beliau mempunyai bank undi yang kukuh daripada rakyat. Dia berkata demikian pada 5 September 2016 lalu.
9 kali bertanding di parlimen, rekod Najib lebih baik dari Mahathir. Sebab itu Mahathir rasa cemburu dan suruh orang Pekan jatuhkan Najib.
Mahathir mana pernah mengaku kalah. Dia asyik hendak menang sahaja. Dalam kempen jatuhkan Najib ini pun, Mahathir dah gagal dan kalah berbelas kali cubaan. 
Mahathir hanya mengaku kalah dengan DAP dan Anwar sahaja. Dia sanggup “angkat bendera putih” dengan mereka semata mata hendak jatuhkan Najib sahaja.
Najib akan bertanding kali ke 10 pada PRU14 di Pekan. Jika majoriti undi Datuk Seri Najib dapat cecah angka 40,000 undi pada PRU14, itu sudah cukup untuk tutup terus mulut penasihat Pakatan Harapan itu.
Ayuh sama sama kita bantu Datuk Seri Najib jadikan rekod baru, 10-0. Mahathir kena mengaku kalah lah selepas itu dan kena sebut “Najib You Win”

Saksikan kecelakaan DAP 


BANDAR MALAYSIA. PEMBATALAN PERJANJIAN WAJAR DILIHAT DARI SUDUT PERNIAGAAN BUKAN POLITIK


Mohd Puad Zarkashi
MT UMNO

1. Seperti biasa pihak Pembangkang akan memutar belit apa sahaja isu di depan mereka. Ini termasuk pengumuman pembatalan perjanjian di antara TRX City dengan syarikat usahasama milik Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd dan China Railway Engineering (M) Sdn Bhd (“CREC”). Sepatutnya pembatalan tersebut disambut baik oleh ramai pihak termasuk pembangkang.

2. Jika pembangkang ikhlas dan mahukan kebaikan kepada negara, maka pembangkang sepatutnya melihat pembatalan ini dari sudut urusan perniagaan di antara dua buah syarikat dan bukan mempolitikkannya. Lebih-lebih lagi jika TRX City membatalkan perjanjian ini selepas konsortium IWH-CREC gagal memenuhi syarat perjanjian selepas tarikh akhir dilanjutkan berkali-kali.

3. Perjanjian ini telah dimeterai pada Januari 2016 dan amat melampau jika selepas 16 bulan dan beberapa kali tempoh dilanjutkan, soal jaminan bank masih belum dapat diselelesaikan. Walaupun kerajaan Malaysia mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan China, namun syarikat perlu bersikap profesional dan bertindak berdasarkan perjanjian yang telah dibuat.

4. Perjanjian yang termetrai adalah Perjanjian Penjualan SAHAM Pembangunan Bandar Malaysia. Bagaimanapun pemimpin pembangkang cuba berbohong dengan mengatakan ia adalah perjanjian penjualan TANAH 100% kepada pihak asing. Hakikatnya ia hanya penjualan saham dan nilai pegangan asing (syarikat China) selepas penjualan saham ini hanyalah 24%. BAKI 76% ekuiti pembangunan Bandar Malaysia masih dipegang oleh kerajaan dan syarikat tempatan.

5. Jika diimbas kembali, perjanjian ini dimeterai selepas melalui proses tender antarabangsa yang dijalankan oleh penasihat bebas. Pemilihan dibuat selepas Lembaga Pengarah 1MDB dan Jawatankuasa Khas Kementerian Kewangan meneliti cadangan usaha sama daripada lebih 40 pihak dalam dan luar negara. Dari 40 cadangan ini, 4 telah disenarai pendek dan 2 telah membuat tawaran muktamad. Maksudnya, bukan hanya satu pihak yang berminat untuk membangunkan Bandar Malaysia, tetapi 40. Bila-bila masa sahaja sebenarnya kerajaan boleh memilih pihak lain yang layak sekiranya konsortium IWH-CREC tidak bersungguh-sungguh atau tidak berkeupayaan untuk terlibat.

6. Hari ini, selepas 16 bulan perjanjian jual beli saham, nilai Bandar Malaysia jauh lebih tinggi berbanding RM10.35 bilion semasa perjanjian ditandatangani. Selain peningkatan harga tanah di Kuala Lumpur, kenaikan nilai ini juga antara lain adalah kerana, pertama, semakin banyak perkembangan telah mengambil tempat seperti termetrainya perjanjian dua hala Malaysia dan Singapura bagi pelaksanaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura pada bulan Disember 2016 dan penempatan semula serta pembangunan 8 tapak kemudahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang hampir siap. Kedua, kemelut yang dihadapi 1MDB juga sudah banyak yang selesai, termasuk pengurangan hutang secara drastik melalui penjualan Edra Energy dan penyelesaian secara baik pertikaian dengan IPIC.

7. Dari segi komitmen pembayaran bon berkaitan Bandar Malaysia yang hanya akan matang pada tahun 2023, 1MDB masih mempunyai masa untuk mencari rakan usaha sama yang baharu. Selain syarikat dari China, masih terdapat syarikat-syarikat berpotensi dari Arab Saudi, India dan Australia yang boleh dipertimbangkan. Tiada sebab untuk pelanggan bon Bandar Malaysia menjadi panik kerana opsyen masih terbuka luas.

8. Pada waktu yang sama, memandangkan Bandar Malaysia telah diletakkan di bawah Kementerian Kewangan dan terdapat semangat patriotisme yang tinggi di kalangan rakyat dan pembangkang agar Bandar Malaysia dibangunkan sendiri oleh rakyat tempatan, maka tidak salah jika peluang ini turut dibuka kepada usahawan-usahawan tempatan yang berkelayakan dan berkemampuan.

9. Atau, memandangkan nilai Bandar Malaysia begitu tinggi, iaitu dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM155 bilion dan bakal menjadi pemangkin pembangunan Koridor Selatan, maka tidak menjadi kesalahan sekiranya rakyat Malaysia mengambil peluang untuk terlibat dalam pembangunan Bandar Malaysia melalui dana dari KWSP, KWAP, LTAT, Khazanah atau Tabung Haji.

10. Saya percaya pembangkang akan bersetuju dan menyokong saranan ini memandangkan ia merupakan peluang bernilai tinggi kepada rakyat Malaysia untuk terlibat sama dan bakal memberikan pulangan tinggi kepada mereka pada masa hadapan.

MK land sells 9 plots land for RM 72M.


(May 8): MK Land Holdings Bhd is selling off nine parcels of leasehold land in Kamunting, Perak for RM72 million, to improve its financial position.

The group expects to record a net gain of about RM32.14 million from the disposal after deducting disposal expenses, taxes and related costs, the group said in a Bursa Malaysia filing today.

MK Land said its wholly-owned subsidiary Dominant Star Sdn Bhd has inked two sale and purchase agreements (SPAs) with KL Teh Land and Development Sdn Bhd for the disposals.

The first batch comprises six vacant land parcels, measuring approximately 33.56 acres 13.58 hectares), which will be sold off for RM9 million.

In the remainder three land plots which measure a collective 162.28 acres or 65.67 ha, on which a clubhouse, a golf course and a driving range are located, they will be disposed of for RM63 million.

MK Land plans to use RM47 million from the proceeds of the proposed disposal as working capital and the remaining RM25 million for ongoing and future development project expenses.

“The disposal is part of MK Land Group’s streamlining exercise to improve the assets utilisation and overall financial position of the group. The Board is of the opinion that the disposal will improve the group’s overall financial and liquidity,” it added.
 
MK Land settled 1.6% lower at 31.5 sen today, valuing the group at RM379.45 million

_______________________________

PETALING JAYA: Property developer MK Land Holdings Bhd is planning to sell some RM200mil to RM300mil worth of land in Perak and the Klang Valley before the end of its June 30, 2013 financial year to pare down debts and for working capital purposes, said group chief executive officer Lau Shu Chuan.

“We are close to selling some of our land. We have identified the land for sale in Perak, in Damansara Damai and another plot of land in the Klang Valley.

“From the proceeds, we will use some for debt and some for working capital. From there, we can also increase dividends to our shareholders,” said Lau.

MK Land currently has some 2,023ha with a book value of RM1bil, with some 1,214ha of that in Perak.

As of Dec 31, 2012, MK Land had long-term borrowings of RM83.87mil and short-term borrowings of RM66.52mil. It has cash and cash equivalents of RM105.36mil.

Yesterday, Saujana Triangle Sdn Bhd, a subsidiary of MK Land, held a sneak preview of its three-storey semi-detached property known as The Rafflesia @ Hill.

Consisting of 106 units with a total gross development value of some RM350mil, it is located on a 7.28ha site with a central neighbourhood hill park and next to the 3.24ha landscaped Rafflesia Park.

“The first phase to be launched will have 36 units and piling works will begin next month. Once we commence works, the project should be completed within two years. So the entire development will probably take some three years, depending on when we launch the other two phases,” said MK Land head of development Charles Duncan.

MK Land senior general manager Krishnamoorthy said that the concept of The Rafflesia @ Hill would be something like Desa Parkcity in Kepong which was inspired by nature. The size of the semi-detached properties ranged from 4,500 to 5,010 sq ft, with prices starting from RM3.4mil.

Currently, MK Land still has some 101ha of undeveloped land in its flagship Damansara Perdana, where it plans to develop condominium villas, commercial developments and bungalow lots.

MK Land’s developments have a revised net asset value of some RM2, and this is a huge discount to its share price of approximately 32 sen.

“It is more of a reputational issue we suffer from. We have been in the black and recording growth in the last few years. All our launches are completed ahead of schedule. In fact all our legacy issues have been resolved,” Lau said.

Back in 2008, MK Land was facing one of its most challenging periods. It was during that financial period that it posted its first-ever net loss of RM60.9mil.

The company suffered from serious cashflow problems and was not able to service its bonds on time. Work on its projects also came to a halt.

While the company has since cleaned up and posted profits every year since 2008, the issues of the past still persist.

For the second quarter to Dec 31, 2012, MK Land’s net profit increased 33.62% to RM8.54mil on the back of a 14.2% jump in revenue to RM112.25mil.


Read more at http://www.thestar.com.my/business/business-news/2013/03/29/mk-land-to-sell-rm200mil-to-rm300mil-worth-of-land/#xIbPQCeOeTeLoLwe.99