DAP ‘keliru’ calon PM pakatan


DAP mempunyai kuasa penuh menentukan calon PM kerana parti chauvinist itu paling berkuasa dalam pakatan (mempunyai paling banyak kerusi)

Namun, setakat ini pakatan belum mencapai kata sepakat siapa calon PM jika mereka menang.

DAP melihat Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail calon terbaik sebagai PM Boneka DAP.

Bekas ahli PKR yang menyertai DAP, Datuk Zaid Ibrahim berbeza pula pendapat kerana mahu Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon PM pakatan.

Pakatan Pro-DAP terus keliru dan tiada pendirian tetap.

#pakatanproDAP

Advertisements

Hannah Yeoh contoh hipokrasi terbesar DAP


Speaker Selangor/ ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh akui gunakan kedudukan politiknya untuk berdakwah mengenai Kristian.

Dalam bukunya bertajuk “Becoming Hannah”, dia menyeru ahli-ahli Felo Kristian Seberang Laut dan penganut agama Kristian untuk mengikut  jejak langkahnya menceburkan diri dalam politik untuk membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian.

Pengarah, Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, pengakuan terbuka Hannah itu menunjukkan prinsip sekularisme dalam perjuangan politik DAP adalah hipokrasi semata-mata. 

Katanya,  laungan DAP kononnya urusan politik perlu dipisahkan daripada urusan agama hanya untuk Islam tetapi tidak mengapa jika melibatkan Kristian.

DAP menentang perjuangan politik PAS dan UMNO yang berlandaskan Islam. Jelaslah, DAP sememangnya anti Islam dan anti Melayu.

#pakatanproDAP #DAPantiIslam

PROGRAM-PROGRAM SAMBUTAN HARI UMNO 71 TAHUN




Team Malaysia4All akan berada di Ekspo Pemuda 2017,Perkarangan Tempat Letak Kereta,Stadium Nasional Bukit Jalil pada esok 11hb Mei 2017,dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam. Pelbagai permainan dan peraduan diadakan untuk para pengguna semasa Malaysia4All. Berpeluang menangi pelbagai barangan eklusif Malaysia4All untuk dibawa pulang. Kunjungi kami di Ekspo Pemuda 2017, yang juga menganjurkan pelbagai aktiviti-aktiviti lain yang menarik. Juga dianjurkan , Karnival WoW dan – – Bazaar Selebriti – Food Trucks – Penampilan Maskot – Inflatable/Water Playland – Gerai Pameran & Jualan – Persembahan Artis JOM! MERIAHKAN Sambutan Hari UMNO ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada esok 11 Mei 2017 dari 10.00 pagi ke 12.00 tengah malam. Pelbagai aktiviti dan riadah menanti anda sekeluarga.

Manakala acara Majlis Sambutan pada Khamis, 11hb Mei 2017dijangka bermula pada jam 6.30 petang di Stadium Nasional Bukit Jalil , Kuala Lumpur. Pengumuman Cabutan Bertuah akan diadakan pada jam 10.30 malam. SEMUA DIJEMPUT HADIR!