EXCO PAS TIDAK PERLU LETAK JAWATAN DI SELANGOR..?


1. Azmin Ali mendesak tiga Exco Kerajaan Selangor daripada PAS meletak jawatan. Alasannya, Majlis Syura PAS sudah pun membuat keputusan iaitu membatalkan “Tahaluf Siyasi” bersama PKR. Di pihak Pakatan Harapan, mereka menuduh tindakan PAS terus mengekalkan jawatan dalam pentadbiran kerajaan Selangor sebagai tidak bermaruah.

2. Persoalannya siapa yang tidak bermaruah? PAS atau PKR. Perlukah mereka meletak jawatan. Jika bermaruah mengapa Azmin Ali tidak pecat sahaja tiga exco berkenaan. Kuasa di tangan beliau. Bagi tiga exco berkenaan, pendirian mereka samalah barangkali dengan beberapa penjawat awam yang menjadi penyokong tegar pembangkang tetapi masih memegang jawatan dan menjadi duri dalam daging dalam kerajaan. Mereka tidak meletak jawatan walaupun sebenarnya melanggar akujanji perkhidmatan awam.

3. Tan Seri Muhyiddin dan Mukriz juga tidak mahu meletak jawatan walaupun mereka mengkritik kerajaan secara terbuka dan naik pentas pembangkang. Akhirnya sebagai parti dan kerajaan yang bermaruah kedua dua mereka dipecat daripada parti dan jawatan dalam kerajaan.

4. Begitu juga beberapa wakil rakyat PAN seperti Khalid Samad dan lain lain. Kenapa mereka tidak letak jawatan sebagai ahli parlimen di kawasan masing masing. Sedangkan mereka menang atas tiket PAS. Di mana maruah mereka. Alsan mereka ialah mereka menang kerana dipilih oleh rakyat secara demokratik. Maka itulah alasan sama yang diberikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru Sallehen Mukhyi kenapa tiga exco berkenaan tidak meletak jawatan.

5. Justeru tidak ada sebab sesiapa pun untuk marah kenapa mereka tidak meletak jawatan. Dan kalau Azmin bermaruah, guna sahaja kuasa Menteri Besar untuk memecat tiga exco PAS itu.

Datuk Dr Hj. Mohd Puad Bin Zarkashi
MT UMNO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: