Projek BN di Sarawak dan Projek Dap di Pulau Pinang 



Pembinaan Jambatan Batang Sadong dengan jarak 1.5 kilometer di Sarawak bermula pada tahun 2012 dan siap sepenuhnya pada 2016.

Ia kini sudah digunakan rakyat dengan kos keseluruhannya RM231 juta dibelanjakan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Sementara itu, projek di Pulau Pinang bagi membina 3 jalan bagi jarak 20 kilometer diberikan kepada sebuah syarikat swasta pada 2013.

Setakat Mei 2017, pembinaan masih lagi belum bermula namun Kerajaan DAP di Pulau Pinang sudah membayar RM220 juta hanya untuk laporan, atau RM10 juta bagi setiap kilometer untuk kos laporan.

Jumlah RM220 juta adalah berganda dari kos RM100 juta yang dibayar Kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP untuk projek penebatan banjir sejak 2008.

Lim Sian See

Advertisements

Aku Janji Kerajaan Persekutuan :Memperkukuh perkhidmatan awam, menambah baik tadbir urus


Sejak 2009, kerajaan mengambil banyak inisiatif untuk memperkukuh sektor perkhidmatan awam termasuk memperkenal skim penjawatan dan gaji baharu.

Kerajaan sedar bahawa perkhidmatan awam yang kukuh menjamin urus tadbir yang mantap bagi memenuhi kehendak rakyat yang semakin mencabar.

Penjawat awam diberi pendedahan serta dilengkapkan dengan kemahiran dan pengetahuan yang terkini bagi memenuhi kehendak pelanggan.

#Negaraku #Barisanprorakyat

​HAMIDAH AKUI ADA KRISIS DALAMAN PPBM



23 MEI: Naib Presiden PPBM Datuk Hamidah Osman mengakui wujudnya kemelut dan pergolakan dalaman yang menjadi punca Exco Srikandinya, Zulaiha Sidek mengambil keputusan meletakkan jawatan.

Hamidah yang terkejut dengan perkembangan terbaru itu, sekali lagi menggesa supaya pucuk pimpinan parti serpihan UMNO itu untuk turun padang bagi melihat secara mendalam permasalahan yang berlaku di dalam parti.
“Saya pun tidak tahu hendak cakap apa. Saya rasa kalau sudah semua orang cakap maknanya benda itu wujud. Dan seharusnya pucuk pimpinan PPBM tidak bolehlah mengambil sikap berdiam diri lagi. Kena kaji selidik apa sebenar permasalahan dan cuba tangani secara bijaksana dan secara efektif.
“Saya rasa perkara ini, ketidakselesaan ini memang wujudlah tetapi sejauh mana PPBM dapat menanganinya?
“Sebab kalau perkara ini terus dibiarkan, siapa sahaja keluar, kita kata mereka itu orang yang kecewa, orang Umno, pengkhianat, saya rasa masalah ini takkan selesai,” katanya kepada portal Antarapos hari ini.
Awal hari ini, Zulaiha mengumumkan peletakan jawatannya kerana mendkawa sudah muak dengan kemelut dalaman yang melanda PPBM.
Selain menjadi exco Srikandi kebangsaan, Zulaiha juga ialah Ketua Penaja Srikandi PPBM Bahagian Batu Gajah.
Turut mengumumkan peletakan jawatan ialah Ketua Srikandi Penaja PPBM Bahagian Gopeng, Aflatuniah Md. Norani.
Dalam pada itu, Hamidah ketika ditanya mengenai desas-desus beliau akan keluar parti itu tidak lama lagi, dilihat masih berteka-teki.
“Bukan pada masa ini lah. Itulah jawapan saya,” jawabnya ringkas.