​HAMIDAH AKUI ADA KRISIS DALAMAN PPBM



23 MEI: Naib Presiden PPBM Datuk Hamidah Osman mengakui wujudnya kemelut dan pergolakan dalaman yang menjadi punca Exco Srikandinya, Zulaiha Sidek mengambil keputusan meletakkan jawatan.

Hamidah yang terkejut dengan perkembangan terbaru itu, sekali lagi menggesa supaya pucuk pimpinan parti serpihan UMNO itu untuk turun padang bagi melihat secara mendalam permasalahan yang berlaku di dalam parti.
“Saya pun tidak tahu hendak cakap apa. Saya rasa kalau sudah semua orang cakap maknanya benda itu wujud. Dan seharusnya pucuk pimpinan PPBM tidak bolehlah mengambil sikap berdiam diri lagi. Kena kaji selidik apa sebenar permasalahan dan cuba tangani secara bijaksana dan secara efektif.
“Saya rasa perkara ini, ketidakselesaan ini memang wujudlah tetapi sejauh mana PPBM dapat menanganinya?
“Sebab kalau perkara ini terus dibiarkan, siapa sahaja keluar, kita kata mereka itu orang yang kecewa, orang Umno, pengkhianat, saya rasa masalah ini takkan selesai,” katanya kepada portal Antarapos hari ini.
Awal hari ini, Zulaiha mengumumkan peletakan jawatannya kerana mendkawa sudah muak dengan kemelut dalaman yang melanda PPBM.
Selain menjadi exco Srikandi kebangsaan, Zulaiha juga ialah Ketua Penaja Srikandi PPBM Bahagian Batu Gajah.
Turut mengumumkan peletakan jawatan ialah Ketua Srikandi Penaja PPBM Bahagian Gopeng, Aflatuniah Md. Norani.
Dalam pada itu, Hamidah ketika ditanya mengenai desas-desus beliau akan keluar parti itu tidak lama lagi, dilihat masih berteka-teki.
“Bukan pada masa ini lah. Itulah jawapan saya,” jawabnya ringkas.

Advertisements

Author: bintangku

blogger sopo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s