Kit Siang sangat takut jika Melayu tahu……



“PM dengan bijak telah membaca dan menganalisa terhadap cara permainan dan percaturan politik yang dibuat oleh parti DAP.

“Beliau tahu bahawa Kit Siang sangat takut jikalau orang Melayu tahu DAP paling berkuasa dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) dan DAP yang buat keputusan penting ataupun ‘last word’.”

“Maka sebab itulah DAP mengalakkan parti Melayu contohnya BERSATU yang hanya miliki satu kerusi Parlimen untuk mempamerkan cita-cita mereka menjadi perdana menteri,”

“Amalan ini adalah konvensyen politik tanahair. Maka atas dasar inilah, perdana menteri mengatakan pada Disember 2016 bahawa pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sebenarnya adalah bagi rakyat Malaysia untuk memilih antara kerajaan pimpinan Umno atau kerajaan diterajui DAP ,”

-Datuk Seri Salleh Said Keruak

Zuraida: Angkuh atau bodoh?


Apabila dia dikecam kerana memiliki 9 kenderaan, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin berteriak itu tidak benar.
Zuraida menegaskan mereka semua salah kerana dia cuma ada 7 kereta dan satu motorsikal!

“Saya pakai kereta mewah sebab saya wakil rakyat. Saya sebagai ahli parlimen diberi peruntukan AP atas nama saya, jadi bodoh saya kalau ada AP, tidak digunakan kemudahan itu,” katanya.

Naib presiden PKR Rafizi Ramli pula menyindir Zuraida apabila dia tweet, “Saya adalah antara ahli Parlimen yang bodoh kerana tak pakai AP.”

Pakatan Pro DAP sudah tidak teragak-agak megelirukan rakyat. 3 kali tukar cerita dalam masa 3 bulan.


Rafizi semakin ketandusan idea untuk menyerang Dato Sri Najib.


Mahathir pernah bayar RM7 juta untuk lobi dan jumpa Presiden USA George W Bush tapi apa yang beliau dapat? Hanya gambar dengan Bush.

Sebenarnya, banyak kerajaan di negara-negara lai mengguna pelobi di Amerika Syarikat. Berikut adalah negara-negara yang berbelanja besar untuk mendapat pengaruh pada tahun 2013 (dalam USD):

1. UAE $14.2 million
2. Germany $12 million
3. Canada $11.2 million
4. Saudi Arabia $11.1 million
5. Mexico $6.1 million
6. Morocco $4 million
7. South Korea $3.9 million
8. Republika Srpska (Bosnian Serb Republic) $2.4 million
9. Georgia $2.3 million
10. Azerbaijan $2.3 million

Sumber: Sunlight Foundation

Di Amerika Syarikat, perbuatan melobi adalah amalan yang diterima dan dikawal selia. Ianya bukanlah perkara yang luar biasa kerana setiap negara akan melobi kepada untuk kepentingan geo-politik dan ekonomi masing-masing.

Oleh itu kerajaan ini akan rugi jika tidak turut serta dalam amalan melobi kerana ianya hanya menguntungkan negara lain yang aktif melobi sehingga dapat mempengaruhi polisi-polisi Amerika Syarikat.

LSS.