PENGHINAAN DAP TERHADAP ISLAM 



SIRI 1 : ADIOS HARON DIN
Selepas kematian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat, tempat beliau sebagai Mursyidul Am PAS telah diambil alih oleh seorang lagi agamawan yang disegani dunia Islam iaitu Allahyarham Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, seorang ulamak dan cendekiawan Islam yang tegas dalam kesederhanaan.
Namun begitu, tidak seperti perwatakan Tok Guru Nik Aziz yang rapat dengan kepimpinan parti-parti pembangkang lain khususnya Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang, Tok Guru Haron Din pula dilihat sedikit berbeza kerana mempunyai iltizam yang kuat untuk menyatukan kaum Melayu yang selama ini berpecah atas pelbagai faktor terutamanya dek anutan ideologi politik yang berbeza-beza.
Haron Din juga dikesan menyokong gerakan Unity Government atau Kerajaan Perpaduan antara PAS dan UMNO, sesuatu yang amat ditentang oleh Tok Guru Nik Aziz serta kumpulan Erdogan dalam PAS ketika parti itu masih lagi dalam Pakatan Rakyat.
Suasana ini sedikit sebanyak telah menimbulkan ketegangan dalam Pakatan Rakyat. Rasa syak dan curiga terhadap kesungguhan PAS menyokong agenda UBAH ciptaan DAP mulai timbul dan PAS ditekan segenap sudut selepas kematian Tok Guru Nik Aziz agar menyatakan pendirian sebenar terhadap hubungan yang dijalin melalui kerjasama politik antara parti pembangkang dalam usaha mereka menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU ke-14 kelak.
Kebencian DAP terhadap agenda penyatuan umat Islam dan orang Melayu pula semakin meluap-lupa apabila melihat Tok Guru Haron yang menggantikan Tok Guru Nik Aziz seperti tidak boleh dicucuk hidungnya. Mereka menyerang dari pelbagai sudut sambil pada masa yang sama terus menyokong gerombolan Erdogan diketuai Mat Sabu, Ustaz Ahmad Awang, Pahrolrazi Zawawi dan lain-lain agar bangkit melawang kepimpin ulamak dalam PAS sehinggalah Haron Din menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 15 September 2016 yang lalu.
Berita kematian Tok Guru Haron Din ini disambut riang oleh DAP, dari penyokong bawahan hinggalah ke peringkat pemimpin parti komunis ini. Segelintir daripada mereka bahkan memuatnaik status-status yang jelik di laman-laman media sosial masing-masing dengan tujuan mengina kematian Allahyarham Haron Din secara terbuka. Salah seorang daripadanya ialah Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Oii yang menulis “Adios Harun Din. Let there be peace!”. Apakah maksudnya? Adakah Jeff Oii ingin menyatakan bahawa Haron Din telah menyebabkan Pakatan Rakyat tidak tentu arah selama ini?
Sesungguhnya Jeff Oii ini hanya sebahagian kecil sahaja daripada contoh-contoh dan bukti-bukti yang telah dipertontonkan kepada kita agar kita dapat lihat sikap biadap dan anti-Islam yang wujud dan sedang disebarkan oleh DAP di Malaysia. Mereka tidak teragak-agak untuk menghina ulamak yang disanjung dan disayangi ramai, apatah lagi untuk mencabar Islam sebagai agama bagi persekutuan jika berkuasa kelak.
#deleaks

#infoSelangor

#teamviralSelangor
📱 *Facebook Darul Ehsan Leaks*

https://www.facebook.com/darulehsanleaks/
📱 *Twitter Darul Ehsan Leaks*

📱 *Instagram* 

https://instagram.com/de_leaks
🌐 *Laman Web Darul Ehsan Leaks*

http://darulehsanleaks.blogspot.my/
📌 *Kepada yang ingin mendapatkan info Selangor, sila hantar nama anda ke nombor +60145154521 melalui aplikasi WhatsApp dan simpan (save) nombor tersebut di telefon pintar anda*

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: