Bapok kaya! kata orang Pahang 


The road made from pure gold


The total cost confirmed paid so far by the Penang Government is RM209 million for consultancy fees for the 3 roads totaling 20km in length comprises of RM31.2 million for the feasibility study and RM177.5 million for the detailed design cost.
It is this RM177.5 million cost that the Board of Engineers and the Works Minister say is 400% over-priced.
In his attempt to justify this RM177.5 million in cost two day

s ago, YB Chow Kon Yeow said this fee is for a wide scope comprising of various other studies and reports – including the Detailed Environmental Impact Assessment (DEIA).
In his press-conference and statement, YB Chow Kon Yeow had claimed the cost that they paid was only 17.6% over-priced but not 400% over-priced.
However, in the 2016 Penang PAC report on the tunnel, it was specifically stated that this RM177.5 million does not include the cost of the DEIA.
In his 22nd May 2017 answer to the Penang State Assembly, Penang EXCO YB Lim Hock Seng also confirmed that a total of RM220 million have been paid and this cost specifically does not include the DEIA.
So now, the question is if YB Lim Hock Seng had misled the State Assembly or is YB Chow Kon Yeow trying to mislead the public in trying to justify a 400% overpayment?
As for the other reports and surveys listed by YB Chow Kon Yeow, the BNSC is of the opinion that many of these reports and surveys listed by are all sub-components of the feasibility study and detailed design costs, which the Penang State Government had fully paid for – and deemed way over-priced.
For example, how is it possible for you to complete a feasibility study if there was no land survey or financial feasibility study, traffic impact study done?
What kind of civil and structural engineering services would not include the land tunnel design or mechanical and electrical design architecture design?
The Penang Government should stop lying to the public and admit that the RM11 million per kilometer in pre-construction fees are highly over-priced.
Please also note that the pre-construction fees are on top of the high construction cost stated by the Penang State Government such as:
The Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu to Air Itam bypass of 5.70km length costing RM851 million – or RM149 million per km
The Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu to Persiaran Gurney bypass of 4km in length costing RM757.9 million – – or RM189 million per km.
Eric See-To,
https://www.facebook.com/EricSeeTo/videos/1618794868132899/ (video included)

Luka Lama Anwar-Mahathir Berdarah Kembali


Pakatan Harapan telah menangguhkan pendaftaran mereka dengan Jabatan Pendaftaran (ROS) kerana berbagai masalah yang melanda gabungan empat parti pembangkang itu.

Paling ketera adalah tidak mampu nak selesai isu struktur organisasi. Logo belum siap. Calon PM pun tidak capai kata sepakat.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pada 22 Jun 2017, bahawa Pakatan Harapan tidak akan didaftar dalam masa terdekat ini kerana tiada konsensus di antara empat parti itu.
“Terpulang pada kitalah, sesiapa yang mendapat majoriti akan menjadi PM. Kita menang dahulu kemudian baru bercakap siapa akan jadi PM” kata Wan Azizah.
Ayat ini sebenarnya hendak menyindir parti kecil yang mempunyai ego besar iaitu PPBM milik Tun Mahathir Mohamad.
Di atas kertas, PPBM hanya ada satu kerusi sekarang, tetapi berlagak hendak jadi ketua dalam PH.
Pakatan Harapan akan terus jadi lintang pukang macam sekarang. Tiada ketua, tiada logo, tiada organisasi, tiada warna yang sama kerana permusuhan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mahathir berdarah kembali.
Pakatan Harapan kini sudah jadi Pakatan Hancur.
Kenapa kehancuran ini berlaku? Kerana kedua duanya “gila kuasa” hendak jadi PM. Wan Azizah mahu jadi “PM Sementara” untuk diserah pada Anwar.
Mahathir juga mahu jadi “PM Sementara” untuk diserah jawatan itu kepada Mukhriz.
Mereka berjumpa tahun lepas di mahkamah, berbaik sekejap sahaja. Dendam dan luka lama kini berdarah kembali. Semuanya kerana berebut jawatan calon Perdana Menteri.
‘Berhati-hati jangan dipatuk dua kali… ular itu kini memakai mahkota’ [Shakespeare].
Puisi ini pernah dikongsikan oleh Anwar Ibrahim melalui ‘Warkah Dari Penjara’ bagi menegur sebilangan pemimpin pembangkang tentang penglibatan Mahathir dan Deklarasi Rakyat pada tahun lepas.
Warkah itu terbit di saat Kit Siang memegang kuat tangan Mahathir dan mereka bersama sama angkat tangan untuk kempen “Selamatkan Malaysia” menerusi Deklarasi Rakyat. Anwar risau tengok cara Mahathir memaafkan bapa rasis DAP.
Anwar sifatkan Deklarasi Rakyat Mahathir sebagai ada agenda tersendiri dan tidak selari dengan perjuangan reformasinya.
“Secara dasarnya, ia kekal sebagai dokumen Mahathir. Ia cacat dan tidak selari dengan pandangan dari sudut reformasi” tulis Anwar dalam warkahnya.
“Berhati hati dengan Machiavellians yang akhirnya menyerahkan kuasa kepada kroninya” kata Anwar kepada Mahathir. Memang benarlah batu penghalang Anwar adalah Mahathir, musuh sampai mati Mahathir juga adalah Anwar.
Bila Mahathir buat parti sendiri pada September 2016, sekali lagi Mahathir buat Anwar sakit kepala di penjara bila mencadangkan Pakatan Harapan kena tiru BN, ada logo dan nama yang sama. Anwar tidak setuju cadangan Mahathir itu.
Anwar lebih suka pakatan yang longgar macam sekarang.
Lebih senang hendak menipu dan kencing antara satu sama lain. Serta jalin hubungan songsang sesama parti seperti di Selangor.
Bila Mahathir dua kali sebut hendak jadi PM semula pada bulan Jun ini, Anwar mula gelisah dari dalam penjara. Anwar seolah “fed up” dengan sikap diktator Mahathir. Akhirnya Anwar tarik diri sebagai calon Perdana Menteri.
Mahathir dedah pekung mesyuarat sulit Pakatan Harapan pada Channel NewsAsia pada 20 Jun 2017. Mahathir mendedahkan PKR bimbang dan tidak percaya padanya dalam mesyuarat. “Mereka rasa saya mahu rampas parti” kata Mahathir.
Dalam mesyuarat Pakatan Harapan yang pertama dengan Mahathir, Wan Azizah tidak hadir dan memberi alasan sakit. Mat Sabu yang pengerusikan mesyuarat.
Rupanya Wan Azizah gunakan alasan itu untuk berjumpa selama 45 minit dengan Anwar. Wan Azizah masih tidak boleh menerima kehadiran Mahathir. Luka reformasi masih ada.
Apa yang membuat parut lama berdarah balik ialah bila Mahathir enggan mengangkat plakad bertulis “Anwar PM ke-7” pada 21 Mei 2017. Mukhriz selepas itu balun Anwar dalam media mengatakan bukan hak PKR tentukan calon PM.
Seminggu selepas itu, Mahathir pula tampil beritahu bahawa dia juga mahu jadi PM ke-7. Ini yang menambah garam pada luka yang masih berdarah. Kit Siang cuba jadi orang tengah dengan mencadangkan semua orang tutup mulut mengenai calon PM pada 18 Jun lepas.
Hari yang sama, DAP keluar senarai kabinet bayangan mereka yang diimaginasi oleh Zaid Ibrahim. Cadangan Kit Siang dan kabinet bayangan Zaid tidak mampu hentikan pendarahan dalaman Mahathir dan Anwar.
Luka itu lebih parah dan bernanah, bila Wan Azizah mengalu ngalukan penubuhan Suruhanjaya Diraja Skandal Forex untuk menyiasat kehilangan RM40 billion di zaman Mahathir.
Khalid Samad pula yang berada di sebelah Wan Azizah semalam dalam satu sidang media menyatakan keputusan RCI Forex boleh jejaskan kedudukan Mahathir.
Bermakna Khalid Samad membayangkan bahawa Mahathir boleh dihumban ke lokap kerana RCI Forex ini. Anwar dan Kit Siang adalah saksi utama.
Mereka berdua belum mendedahkan kesemuanya lagi. Boleh jadi kalau Anwar dan Kit Siang berpakat, Mahathir boleh masuk ke dalam.
Hanya kerana berebut jawatan PM, apa sahaja boleh dilakukan. Tidak mustahil kekacauan yang berlaku dalam Armada PPBM sekarang juga adalah kerana tangan Anwar.
Mahathir sudah kena “game” dengan Anwar. Satu dunia sudah tahu sekarang Daim dan Mahathir bayar DoJ, media asing dan Clinton Foundation sejumlah RM50 juta untuk jatuhkan Najib.
Bila bergaduh, semua perkara ditelanjang dan dilondeh asalkan musuh dapat dijatuhkan. Inilah prinsip Machiavelli bagi Anwar dan juga Mahathir. Keduanya sama sahaja.
– Agendadaily

​Syed Saddiq Menyerang Rosmah Selepas Kena Marah Dengan Tun Daim



Empat hari lepas, Raja Petra dedahkan Syed Saddiq sudah mengetahui awal lagi serangan DoJ pada 15 Jun 2017 akan berlaku. Ini kerana Syed Saddiq sudah menceritakan awal lagi mengenai hal serangan itu pada tiga orang Exco Armada PPBM.

 
Syed Saddiq beritahu Tun Daim sudah belanjakan RM50 juta untuk kempen jatuhkan Najib menerusi media antarabangsa dan DoJ termasuklah membayar USD$5 juta kepada Clinton Foundation.

 
Dua hari lepas, bila cerita mengenai Daim itu bocor, Syed Saddiq terpaksa buat satu sidang media untuk tebus dosa dan malu. Syed Saddiq gunakan cerita berlian RM116 juta sebagai bahan menyerang Datin Seri Rosmah Mansor.

 
Mengajak semua rakyat bercerita tentang cerita berlian RM116 juta. Biarpun tidak ada gambar sebenar berlian itu, tiada transaksi sebenar dan bukan pun dalam senarai barang yang dirampas DoJ, tetapi Syed Saddiq tetap juga ingin meneruskan cerita fitnah itu.

 
Sebenarnya Syed Saddiq terpaksa buat   “damage control”. Syed Saddiq terpaksa mengalihkan semula perhatian kepada subjek “Rosmah” dan juga “berlian” kerana telah tersilap mendedahkan Tun Daim sebagai pembayar kepada DOJ.

 
Hendak jadi Rafizi pula Syed Saddiq ini. Rafizi pun sudah takut main isu berlian ini. Lepas ini jangan pula cakap “saya hanya buat lawak sahaja” bila disoal di muka pengadilan.

 
Tun Daim yang selama ini membiayai gerakan Syed Saddiq hingga mahu menghantarnya ke Oxford untuk belajar, sudah marah dan naik angin.

 
Menurut sumber dalam PPBM, Tun Daim marah benar pada Syed Saddiq bila dapat tahu penulisan Raja Petra mengenai RM50 juta dan USD$5 billion yang dibayar kepada media asing, Yayasan Clinton dan DoJ untuk menyerang Najib dan Rosmah.

 
Dalam satu mesyuarat tertutup, Syed Saddiq dihentam teruk. Syed Saddiq kena maki dan dipersalahkan kerana membuat tindakan bodoh menelanjangkan Tun Daim sebagai dalang di belakang isu DoJ. Perkataan “stupid” dan “bloody fool”  itu antara kata kata yang dimaki pada Ketua Armada PPBM itu.

 
Raja Petra menggangap tindakan Syed Saddiq membuat laporan polis berhubung pendedahannya itu umpama menggali lubang kubur sendiri. Akhirnya polis akan mencari identiti sebenar siapa tiga exco yang memdedahkan cerita itu.

 
Syed Saddiq akan lebih malu jika tiga exco itu mengesahkan bahawa cerita itu adalah betul dan benar. Silap silap tiga orang exco itu sudah merakam perbualan dan percakapan Syed Saddiq itu dalam bentuk audio atau video. Lagilah kantoi Syed Saddiq.

 
Walaupun Raja Petra tidak dedahkan, ramai orang tahu dalang sebenar di sebalik serangan jahat DoJ itu. Mahathir juga pernah hantar wakil jumpa DoJ sebelum ini. Matthias dan Khairuddin Abu Hassan adalah wakil itu.

 
Baca pendedahan di pautan ini; Siapa yang berpakat dengan FBI dan kemudian buat cerita karut FBI hendak tangkap Najib.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1688225951487162&substory_index=0&id=1455416204768139

 
Cuti hari raya ini hendak dijadikan medan cerita fitnah berlian RM116 juta oleh Syed Saddiq. Hari raya ini umat Islam mahu bermaafan dan berkongsi khabar tentang keluarga dan sahabat handai.

 
Namun bagi orang yang terdesak seperti Syed Saddiq, cuti raya pun mahu dijadikan kempen politik. Cincin RM24 juta yang dijaja Rafizi terbukti sudah satu cerita fitnah semata mata. Begitu juga cerita berlian RM116 juta ini.

 
Mana rupa bentuk sebenar berlian itu? Apa transaksinya? Bila Datin Rosmah pakai dan guna berlian RM116 juta itu? Ada gambarkah? Semuanya tiada. Cerita ini hanyalah fitnah semata mata.

 
Jangan jaja cerita fitnah. Syed Saddiq, Mahathir dan Muhyiddin sudah “desperate”. Terpaksa lakukan fitnah dalam bulan puasa sebegini semata mata untuk jatuhkan Najib. Tidak boleh serang suami, isteri pula jadi sasaran.

 
Hodoh sungguh perangai pembangkang di Malaysia. Eloklah dengar nasihat Nik Abduh, kembalilah ke tikar sejadah di akhir Ramadhan ini. Kebenaran akan mengatasi rancangan fitnah jahat pembangkang ini. Allah SWT akan bersama orang orang benar dan berbakti pada rakyat.

Tulisan :

Beruang Biru

BB478, Khamis

22 Jun 2017

PPBM – Parti Pecah Belah & berMasalah



Jika ada ahli PPBM mendabik dada kononnya mereka mahu selamatkan negara dan menyuruh anda menyokong mereka , anggaplah sebenarnya mereka ini tidak hidup di alam nyata.

 
Akibat terlalu lama hidup dalam alam fantasi dan terlalu taksub, mereka terlupa bahawa mereka sebagai ahli PPBM adalah mewakili parti yang paling kecil sahaja. Tiada sambutan dan juga parti paling bermasalah.

 
Hari ini 43 kali Jumaat, PPBM ditubuhkan. Syed Saddiq semalam buat satu lagi “diversion” dengan membuat gesaan menghalau keluar mana mana ahli parti bunga yang didakwanya pengkhianat.

 
Selepas buat tindakan serang Datin Seri Rosmah kerana mahu tutup malu dimarah oleh Tun Daim, Syed Saddiq sekali lagi mahu menutup malu kerana gagal memimpin Armada PPBM dengan baik.

 
21 Jun 2017, Mohamad Taufik Abas, Exco Armada PPBM membuat laporan SPRM melibatkan tender pengilangan, pembekalan dan penghantaran kabel fiber optik antara syarikat Opcom Sdn Bhd yang dimiliki oleh Mukhriz Mahathir dan Telekom Malaysia Berhad (Telekom) pada 2003 ketika Mahathir merupakan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

 
Taufik Abas mendakwa projek bernilai RM214.2 juta itu diperoleh secara terus oleh Opcom daripada Telekom. Bagaimana boleh terjadi begini? Ini yang ditanya oleh Muhammad Hafiz, Exco Armada PPBM 10 hari yang lalu. Meminta Mahathir menjawab kekayaan luar biasa anak anaknya.

 
Mahathir tidak menjawab. Patutlah cucu Mahathir beraya di London tahun ini, naik “business class” lagi. Rupanya banyak harta dikaut sewaktu atoknya menjadi Perdana Menteri.

 
Semalam, 22 Jun 2017, Abd Wahazir Abd Wahabi, Exco Armada PPBM membuat laporan terhadap SPRM tentang kekayaan serta pemilikan syarikat oleh empat anak Mahathir iaitu Mokhzani, Mirzan, Mukhriz dan Marina yang didakwa keseluruhannya berjumlah 488 syarikat.

 
Abd Wahazir selar Ketua ARMADA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang didakwa sibuk membuat sidang media menuduh beberapa EXCO sayap itu belot kepada parti.

 
“Sepatutnya isu ini dibawa oleh ketua saya sendiri kerana beliau pemimpin anak muda yang kononnya mengatakan kepada kita supaya telus kepada rakyat” kata Wahazir PPBM baru lahir setahun jagung , namun masalah dalaman mereka amat kronik sekali. Sudah dua laporan terhadap SPRM dalam masa seminggu terhadap Mahathir oleh orang parti bunga sendiri.

 
Pertanyaan yang ditanya oleh ahli parti bunga tidak dijawab dengan baik. Kalau tanya sahaja terus dituduh pengkhianat dan pembelot. Lebih teruk, Mahathir tuduh mereka ini dibeli dengan nilai RM10,000 ke RM50,000.

 
Tuduhan yang sama pernah dibuat terhadap Cikgu Kamarul yang keluar parti. Hanya main tuduh untuk lari dari menjawab isu sebenar yang ditanya oleh ahli. Sebab itulah ramai lari, tidak puas hati dan keluar parti.

 
Permasalahan teruk dari peringkat atas sampailah ke bawah. Ada ahlinya yang sudah buat kerja “groundwork” untuk parti tiba tiba dengan mudah dicantas dengan kehadiran wakil pemimpin atasannya cara “parachute”.

 
Presiden dan Timbalan Presiden masing masing berlumba meletakkan wakil mereka di kawasan tertentu sebagai “orang” mereka. Belum apa apa lagi sudah berebut jadi Ketua Bahagian dan mahu bercita cita jadi calon PRU14 untuk parti bunga.

 
Imej mahu selamatkan Malaysia kini menjadi bahan gelak ketawa sahaja. Ini kerana imej pemimpin mereka sendiri tidak dapat diselamatkan. Presidennya ada kes menjadikan isteri orang sebagai haknya, dan ia menjadi kes di mahkamah pula. Begitu juga Pengerusi yang penuh dengan cerita skandal kroni dan anak sendiri.

 
Tidak beberapa lama lagi Pengerusi PPBM akan dihadapkan ke Suruhanjaya Diraja berkenaan lesapnya wang rakyat yang diperjudikan olehnya ketika menjadi Perdana Menteri. Jumlah kerugian tidak sama dengan laporan.

 
Pihak Task Force mendapati ada tiga kesalahan awal. Pertama menipu parlimen dan kabinet berkenaan kerugian. Kedua cubaan menutup kerugian (conceal the loss) dan ketiga jumlah kerugian sebenar adalah lebih besar dari yang dilaporkan. Itu sahaja sudah boleh dipenjarakan kesalahannya.

 
Jelas PPBM sebuah parti bermasalah dan parti pecah belah. Bagaimana entiti yang “self destruction” ini boleh menyelamatkan Malaysia , jika dirinya sendiri menuju kehancuran?

 
Mungkin aklibat terlalu lama hidup dalam permainan persepsi , maka mereka lupa melihat realiti. Apa yang nyata PPBM adalah parti yang wujud atas pemujaan idola semata mata.

 
Dua sayap PPBM sudah hancur. Srikandi hancur kerana cerita “Klimaks 4 Kali” dan Armada PPBM juga hancur kerana pergolakan dalaman. Belum tanding lagi mana mana PRK atau PRU, parti PPBM sudah pun hancur.

 
Eloklah tukar nama PPBM jadi Parti Pecah Belah dan berMalasah.

Tulisan :

Beruang Biru

BB480, Jumaat

23 Jun 2017

​Kerajaan Dap P.Pinang terlebih bayar 400% kpd consultant, tiba2 @tonypua @rafiziramli jadi SETAN BISU


Edisi Jumaat 23 June 2017. “TEROWONG KANTOI”

Mengikut Laporan dari Lembaga Jurutera Malaysia Kos Kajian yang sepatutnya dibayar adalah RM41juta sahaja tetapi K.Negeri P.Pinang membayarnya pada harga RM177juta. Persoalanya kini kenapa ada berlaku lebihan 400% didalam pembayaran K.Negeri untuk kos kajian ini?

Sementara itu didalam satu temuramah yang disiarkan oleh buletin utama TV3, Datuk Huan Cheng Guan selaku Pengerusi, Persatuan Anak Jati Pulau Pinang turut menyatakan wang yang dibayar kepada Consortium Zenith Construction Sdn Bhd ini ada wang milik rakyat Pulau Pinang dan bukanya wang “milik bapak dia” jadi Guan Eng selaku Ketua Menteri perlu jelaskan pekara ini. Selain itu Datuk Huan meminta SPRM agar bertindak lebih pro-aktif didalam isu ini kerana laporan telah dibuat kepada SPRM sudah hampir setahun yang lalu namun tiada tindakan susulan dibuat. 
Manakala yang harus menjawab isu ini adalah K.Negeri P.Pinang dan bukanya pihak Consortium Zenith Construction Sdn Bhd kerana rakyat P.Pinang ingin kepastian kenapa ada lebihan pembayaran sehingga 400% ? ini kerana pembayaran ini melibatkan dana awam yang diuruskan oleh K.Negeri iaitu hak rakyat Pulau Pinang. 
Untuk itu apa motifnya pihak Consortium Zenith Construction Sdn Bhd perlu mencampuri didalam urusan K.Negeri untuk memberi penjelasan kepada rakyat P.Pinang ? 
Atau adakah benar ada berlaku sesuatu yang tidak betul disebalik lebihan pembayaran 400% ini sehingga perlu ada pihak ketiga yang tiada kaitan didalam pentabiran K.Negeri tetapi sebaliknya pihak yang mendapat untung lebih 400% yang perlu tampil menjawab ? 
Sudah pasti yang untung hasil dari tindakan ini akan mencari alasan bodoh untuk memastikan perut yang kenyang tidak akan termuntah keluar, jadi sama ada ahli Umno atau bukan ahli Umno itu bukan isunya kerana Umno bukan subjek didalam persoalan ini tetapi noktah persoalanya :
KENAPA ADA LEBIHAN 400% UNTUK KOS KAJIAN DIBAYAR KEPADA Consortium Zenith Construction Sdn Bhd OLEH K.NEGERI P.PINANG DENGAN MENGGUNAKAN WANG RAKYAT P.PINANG, UNTUK APA LEBIHAN 400% INI DIBAYAR? 
KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG JAWAB ? 
Menteri Kerja Raya turut memberi respond didalam isu ini.
Via: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1690333290994830&id=100000545255174 
Ruj: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10212105601507122&id=1587733405
Ruj: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10212105189536823&id=1587733405
Ruj: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10212104122470147&id=1587733405

​DAP SUDAH ANGKAT BENDERA PUTIH?



(PENGAKUAN TERBUKA LIEW CHIN TONG: SANGAT SUKAR UNTUK PAKATAN HARAPAN MENANG PRU 14)
(KOMENTAR BERITA HARIAN, JUMAAT, 23 JUN 2017)
Menarik sekali bila di saat menyambut hari raya ini berkesempatan membaca wawancara empat pemimpin tinggi Pakatan Harapan (PH) di dalam laporan akhbar mingguan The Edge Malaysia keluaran 19-25 Jun bertajuk “Run-Up to GE 14” (“Menjelang PRU 14). 
Pemimpin tinggi PH ini ialah Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, Naib Presiden merangkap Pengarah Pilihan Raya PKR, Nurul Izzah Anwar, dan Pengarah Strategi AMANAH, Dr Dzulkefly Ahmad, dan Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan merangkap Pengerusi DAP Johor yang diperkenalkan sebagai “Strategis DAP”, Liew Chin Tong.
Paling menarik adalah membaca pengakuan terbuka Chin Tong mengenai kelemahan PH. “Kita tidak kuat” (“we are not strong”), kata beliau, “sebahagiannya kerana persoalan kepimpinan kita sendiri” (partly because of our own leadership question”, termasuk “siapa akan jadi PM?” [“who will be PM?”]. 
Chin Tong juga mengaku bahawa PH hanya sekadar tahu menyerang tetapi mempunyai masalah di dalam menawarkan dasar-dasar mereka sendiri. Kata beliau, “offer(ing) policies is where we are lacking”.
Turut diakui adalah bahawa tahap sokongan pengundi bukan Melayu, khususnya pengundi Cina, terhadap PH sekarang menurun pada tahap 65% berbanding 85% di dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) kerana faktor “kepenatan” (“fatigue”).
Sebab itulah, bagi Chin Tong, PRU 14 “sangat sukar untuk PH menangi” (“will be very difficult [for us to win]”) kerana ia hanya akan berlaku bila para pengundi Melayu yang biasanya mengundi untuk UMNO mengundi untuk lain-lain parti (“when Malay voters who usually vote for UMNO vote for other parties”) dan ini perlu berlaku secara menyeluruh (“it has to be a groundswell”).  
Kata Chin Tong lagi, PH terpaksa berdepan dengan dua isu kepercayaan utama: sama ada Anwar dan Mahathir serta orang-orang mereka boleh mempercayai sepenuhnya satu sama lain dan membina satu kerjasama yang asli (“We have to deal with two major trust issues: whether eventually Anwar and Mahathir and their people can fully trust each other and build a genuine collaboration”).
Berbeza dengan nada optimis sesetengah pemimpin PH yang lain, Chin Tong kelihatan agak pesimis dengan mengutarakan perasaan ragu-ragu beliau pada akhir wawancara ini. Ujar beliau, “sama ada kita boleh mencipta satu keajaiban, saya tidak pasti” (“whether we can create a miracle, I’m not sure”).
Saya melihat luahan Chin Tong di dalam wawancara ini sebagai luahan realistik seorang strategis DAP di dalam persekitaran keintelektualan yang tentu saja sangat jauh berbeza dari laungan retorik dan bombastik pemimpin PH lain, malah beliau sendiri juga pada ketika berbeza, selaku ahli-ahli politik di dalam persekitaran partisan.
Malah, jika dilihat kepada kenyataan-kenyataan Dr Mahathir, Nurul Izzah dan Dr Dzulkefly di dalam wawancara sama pun jelas terpancar kebenaran apa yang Chin Tong katakan ini.
Pengakuan Chin Tong bahawa PH mempunyai masalah di dalam menawarkan dasar-dasar mereka sendiri, selain terbukti di dalam kegagalan PH mengemukakan dokumen dasar-dasar bersama mereka, turut terlihat di dalam kenyataan-kenyataan Dr Mahathir, Nurul Izzah dan Dr Dzulkefly di dalam wawancara ini.
Bila dimaklumkan bahawa para pengundi sedang menanyakan apa yang PH boleh tawarkan jika mereka menjadi kerajaan, Dr Mahathir sekadar memberi jawapan pendek “urus-tadbir baik” (“good governance”) tanpa mampu memberikan sebarang perincian terhadap apa yang beliau maksudkan dengan “urus-tadbir baik” tersebut.
Bila ditanyakan mengenai dasar-dasar ekonomi yang akan PH laksanakan jika mereka memerintah, Nurul Izzah sekadar mampu memberikan jawapan-jawapan kabur seperti “jika anda boleh menangani kebocoran” (“if you can arrest leakages”), “kesukaran meruntuhkan satu sistem yang telah dilaksanakan” (“how do you dismantle a system that has been implemented?”), “satu pelan keluar” (“an exit plan”) atau menyatakan “Malaysia di bawah pemerintahan PH tentunya akan menjadi satu pemanjangan kepada Selangor dan Pulau Pinang” “Malaysia [under PH rule] will definitely be an extension of Selangor and Penang”).
Bila dimaklumkan bahawa ramai pengundi tidak berani mengambil risiko dengan PH, Dr Dzulkefly sekadar menyatakan “adalah penting dan kritikal bahawa PH mesti boleh menyatakan dan mempertahankan dasar-dasarnya dengan lantang dan jelas” dan “kita akan menerangkan dengan jelas dasar-dasar dan manifesto kitaserta apa kita akan buat jika kita menawan  Putrajaya” tanpa mampu memberikan sebarang perincian terhadap dasar-dasar ini.
Begitu juga dengan persoalan “siapa akan jadi PM?” yang didakwa oleh Chin Tong sebagai sebahagian punca kenapa PH “tidak kuat” yang sehingga ke hari ini masih belum berkesudahan, malah menjadi semakin hangat, walaupun setelah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan menolak dari dicalonkan sebagai bakal PM PH.
Persoalan ini berkait-rapat pula dengan isu kepercayaan antara Anwar dan Dr Mahathir serta orang-orang mereka selain kemampuan mereka membina satu kerjasama yang asli yang turut ditimbulkan oleh Chin Tong kerana sehingga ke hari ini unsur-unsur keraguan masih kelihatan sangat membara, khususnya di kalangan pendokong PKR terhadap Dr Mahathir.
Di dalam wawancara ini sekalipun, Nurul Izzah, walaupun mengakui tidak pernah membenci Dr Mahathir dan hanya membenci tindakan-tindakan beliau (“I never hated the man, I hated the actions”), masih mengulang hakikat beliau memerintah secara kuku besi (“Mahathir ruled with an iron fist”) walaupun PKR telah bergabung dengan PPBM.
Nyata sekali Dr Mahathir, seperti dakwaan tokoh veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, di dalam wawancara sama bahawa menguasai seluruh perjalanan PPBM (“runs everything (in PPBM)”), dan para pendokong beliau sedang berusaha untuk melonjakkan beliau sebagai pemimpin de facto dan bakal PM PH.
Tentangan kuat kelompok tertentu di dalam PKR terhadap usaha untuk melonjakkan Dr Mahathir sekali gus menjadi petanda bahawa isu kepercayaan antara Anwar dan Dr Mahathir serta orang-orang mereka ini tidak akan reda, walaupun jika beliau berjaya dilonjakkan.
Ini ditambah pula oleh pengakuan tersirat Dr Dzulkefly mengenai ketidakmampuan AMANAH menawan hati golongan Melayu luar bandar dan mengenai kebergantungannya kepada kerusi-kerusi campuran yang menjadikan tugas PH untuk menawan undi Melayu menjadi lebih sukar.
Sebab itulah telahan Chin Tong bahawa adalah satu keajaiban jika PH mampu menawan Putrajaya, dan bahawa beliau sendiri tidak pasti jika keajaiban ini berjaya dicipta, perlu diakui oleh para pemimpin PH lain yang tidak seharusnya lena dibuai mimpi musim raya.
Dr Kamarul Zaman Yusoff

​Skandal Kewangan Terbesar Negara ialah Skandal Forex


Ramai yang bising kononnya negara kita akan bankrap dalam masa terdekat ini selepas skandal 1MDB dicetuskan oleh pihak pembangkang. Lebih dari lima kali Mahathir, Daim dan Kit Siang cakap Malaysia negara gagal dan akan bankrap. 

Menggunakan media sosial, kempen anti Najib yang dibuat Mahathir dan pembangkang menabur fitnah dan kebencian agar rakyat dapat meletakkan semua salah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Bagi mereka yang masih dalam lingkungan umur belia dan baru setahun jagung mengenali Mahathir, maka mereka inilah yang akan jadi sasaran untuk dipengaruhi. Akhirnya, lihatlah apa yang berlaku pada tiga orang Exco PPBM. Baru mereka kenal siapa Mahathir yang sebenar selepas itu. 

Mahathir memulakan kempen kebencian itu dengan rekaan cerita dan tuduhan RM42 bilion lesap, diikuti pula dengan tuduhan kedua iaitu RM27 bilion hilang yang kedua-duanya didakwa dari akaun 1MDB. Sekejap RM42 billion, sekejap kata RM27 billion, angka pun bertukar tukar. Nampak sangat ianya tuduhan tanpa bukti yang kukuh.
Tiada sebarang bukti transaksi dari akaun bank ke akaun bank sehingga ke saat ini. Yang ada hanyalah rekaan carta graf palsu. Yang ada hanyalah ulangan cerita persepsi buruk yang cuba dimomokkan agar rakyat melihat 1MDB sebagai sebuah skandal kewangan terbesar negara. Bukannya 1MDB, yang lebih besar berlaku pada zaman Mahathir.
Ada kawan baik Mahathir yang menyara sekolah anak anaknya, menjadi jutawan no. 1 di Malaysia selepas satu projek diberikan kepadanya. 
Sebenarnya isu 1MDB sudah pun diselesaikan. Pihak SPRM, PAC, PDRM dan Peguam Negara telah menyiasat dokumen yang ada. Pihak pembangkang, Tan Seng Giaw telah akui tiada bukti kaitkan Perdana Menteri dengan 1MDB. Menteri Luar Arab Saudi sahkan RM2.6 billion bukanlah duit 1MDB, tetapi duit sumbangan keluarga diraja Arab Saudi. 
Jawapan sudah diberi, penyiasatan yang telus dengan melibatkan pihak ketiga dan badan bebas sudah dilakukan. Tony Pua pun berpuashati dengan 80% daripada laporan PAC. Hingga kini, hampir semua program rasionalisasi 1MDB sudah diselesaikan. 
1MDB bukan lagi isu, yang jadi isu sekarang adalah Skandal Forex di zaman Mahathir. “Dalam buku Barry Wain, yang bertajuk “Malaysian Maverick”,  empat skandal kewangan dalam tempoh pimpinan Mahathir mengalami jumlah kerugian bernilai RM100 bilion,” kata Kit Siang pada 3 Jun 2012. 
Mengapa kini Kit Siang diam dan tidak mahu bercakap soal ini semua?
Isu kehilangan RM100 billion ini besar. Skandal Forex sahaja dianggar hilang RM40 billion. Belum pernah disiasat dengan telus oleh mana mana pihak. Cerita sebenar belum diketahui rakyat. Kenapa Perwaja, Maminco dan projek MEC Gambang boleh lingkup?
Apatah lagi, menurut bekas Timbalan Gabenor Bank Negara ketika itu, Dr Rosli Yaakop, beberapa orang bertanggungjawab penuh dalam skandal ini. Mereka adalah Mahathir, Daim Zainuddin dan Nor Mohamad Yaakop yang merupakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap Unit Perancang Ekonomi, di bawah Mahathir.
Justeru, tindakan kabinet pada 21 Jun 2017, untuk bersetuju dengan syor Pasukan Petugas Khas (PPK) yang mencadangkan perlunya penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk siasatan lebih lanjut mengenai skandal kewangan Mahathir ini sebagai suatu langkah tepat dan wajar.
Menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO), hasil laporan PPK juga mendapati terdapat elemen menyembunyikan fakta sebenar kerugian dengan mengemukakan maklumat yang bertujuan mengelirukan jemaah menteri dan Parlimen. 
Kit Siang tulis buku mengenai skandal Forex ini, namun bila dipanggil hanya bercakap setengah jam sahaja. Kit Siang cuba sembunyikan cerita? 
Inilah sebenarnya skandal kewangan terbesar negara walaupun ia telah berlaku selama 24 tahun yang lalu. Walaupun Mahathir telah bergelar pemimpin pembangkang, dia tidak harus dilepaskan begitu sahaja kerana skandal kewangan yang telah dilakukan berpuluh tahun dahulu telah merugikan rakyat dan negara. 
Tiga Exco PPBM pun hendak tahu kisah ini. Seluruh rakyat Malaysia mahu menilai apa sebenarnya yang berlaku. Zaman itu masih belum ada Facebook, telefon pintar dan pendrive. Ada sesuatu yang hilang dan perlu dibongkar semula untuk diadili oleh rakyat jelata. 
Tulisan :

Beruang Biru

BB477, Khamis

22 Jun 2017

PM melawat warga emas OKU


KODIANG: Datuk Seri Najib Razak hari ini menziarahi sepasang suami isteri orang kelainan upaya (OKU) yang terlantar di rumah pasangan itu di Kampung Kodiang Lama Luar, di sini.

Osman Jusof, 77 dan isteri, Siti Zabedah Saidin, 69, masing-masing terlantar kerana sakit tua mampu tersenyum ketika menerima kunjungan Najib serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Pasangan itu kelihatan sedaya upaya cuba berinteraksi dengan Perdana Menteri dan isteri yang sampai kira-kira jam 6.30 petang dan beramah mesra dengan pasangan dikenali sebagai Pak Ngah Ani dan Mak Ngah Melah itu.
Sempena kunjungan itu, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan peribadi bagi meringankan beban keluarga pasangan berkenaan.
Anak tunggal pasangan terbabit, Intan Zulina Osman, 31, berkata ibu bapanya memang kurang upaya sejak kecil.
“Saya dimaklumkan Perdana Menteri akan datang mengunjungi ibu bapa saya, saya tidak sangka Perdana Menteri sudi mengunjungi rumah kami, saya ada maklumkan kepada mak dan ayah, tetapi mereka kurang faham kerana tidak mampu mendengar,” katanya.
Intan yang juga ibu tunggal kepada tiga anak orang anak berkata, beliau menyara kedua ibu bapanya dengan menjalankan perniagaan nasi lemak secara kecil-kecilan.
Katanya, keluarganya juga menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.
#RespectMyPM

#KekalNajib

#KamiBanggaSokongPM

#KamiGengNajibRazak
Via Kelab Che Jib

JANGAN PERCAYA DAKYAH DAN FITNAH YANG DICIPTA UNTUK MEMBURUKKAN NAJIB


IMG-20170509-WA0046

PENYELESAIAN IPIC-1MDB..APA KITA PERLU TAHU DAN FAHAMKAN

Berita bahawa 1MDB dan IPIC Abu Dhabi telah bersetuju kepada penyelesaian US$6 bilion dan tidak lagi meneruskan dengan timbang tara antarabangsa telah menimbulkan satu kejutan kepada ramai tetapi tidak kepada saya.

 
Saya sentiasa percaya bahawa IPIC akan menanggung kerugian yang lebih besar sekiranya timbang tara perlu diteruskan.

 
Antara petunjuk yang diberikan oleh Straits Times Singapura adalah:
“Timbang tara berserabut dan berpanjangan ke atas pertikaian itu akan membawa kepada kegagalan terbuka yang serius dalam pengurusan entiti milik kerajaan seperti 1MDB, Petroleum Syarikat Pelaburan Antarabangsa Abu Dhabi (IPIC) dan kebimbangan sekutunya Aabar Investments, kata mereka.”

 
Tetapi petunjuk yang lebih besar adalah:
“Mr Qubaishi, yang berkhidmat sebagai Pengarah Urusan IPIC, ditahan di Teluk Emiriah. Dia masih belum didakwa atas pertuduhan jenayah.”

 
Khadem Al Qubaishi adalah Pengarah Urusan IPIC dan juga Pengerusi Aabar Investments. Lewat tahun 2015, beliau telah disenaraikan sebagai orang yang ke-14 paling berkuasa di dunia Arab.

 
Khadem Al Qubaishi dan CEO Aabar Mohamed Badawy Al Husseiny, yang juga merupakan sasaran Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) bagi kes sivil kerana pengubahan wang haram, adalah yang orang yang bersubahat dalam pertikaian 1MDB-IPIC.

 
Wang daripada 1MDB telah masuk ke dalam akaun mereka sendiri, tandatangan mereka di mana-mana saja dalam semua perjanjian antara 1MDB dan Aabar dan mereka juga adalah pemilik dan pengarah kepada apa yang dipanggil “Aabar Palsu” di Kepulauan British Virgin.

 
Bukti terhadap mereka adalah amat jelas sekali.
Sepatutnya, mereka akan menjadi orang-orang yang pertama sekali didakwa kerana penipuan, rasuah dan salah guna kuasa tetapi kedua-duanya tidak pernah didakwa.

 
Sebabnya mudah. Jika mereka dikenakan pertuduhan terhadap jenayah tersebut, ia adalah satu pengakuan bahawa pegawai tertinggi Abu Dhabi telah menipu 1MDB dengan syarikat-syarikat palsu dan penerimaan dana yang tidak sah. Ini bermakna bahawa 1MDB akan serta merta menang timbang tara terhadap IPIC.

 
Jika sekiranya Qubashi dan Badawy didapati bersalah juga akan sangat memalukan bagi Kerajaan Abu Dhabi kerana ia adalah seumpama Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Khazanah atau PNB kita didapati bersalah memalsukan dokumen dan syarikat-syarikat untuk menipu berbilion wang terhadap negara-negara lain.

 
Oleh itu, adalah tidak mengejutkan bahawa IPIC telah bersetuju untuk membatalkan timbang tara dan membuat penyelesaian dengan 1MDB.

 
Untuk tempoh masa yang agak panjang, IPIC tidak pernah mengakui bahawa 1MDB telah membayar mereka US$3.5 bilion dan bahawa Aabar telah menjamin dua unit dana 1MDB – yang dipanggil unit dana Brazen Sky Cayman dan dana GIL.

 
Sekarang, IPIC mengaku mengenai bayaran ini dan berkata mereka akan bekerjasama dengan 1MDB untuk menyelesaikan dan pengumuman IPIC seperti yang dilaporkan oleh Bloomberg:

 
“Kedua-dua negara juga bersetuju untuk tidak mengambil tindakan undang-undang sebelum Disember 2020 kerana mereka membuat rundingan pertikaian berkaitan US$3.5 bilion berkaitan dengan kedua-dua bon (Dana Brazen Sky Cayman dan Dana GIL), kata mereka.”

 
Sebagai sebahagian daripada penyelesaian ini, 1MDB akan dibayar US$2.5 bilion melalui hasil yang diperolehi daripada penjualan unit Brazen Sky Ltd dan 1MDB Global Investment Ltd,

 
Dana US$2.5 bilion Unit Yang Dimiliki Oleh 1MDB
Untuk mengingati kembali, 1MDB masih mempunyai dua aset kewangan dalam bentuk unit.
1) Unit Brazen Sky bernilai US$940 juta.
Ini merupakan baki dari keuntungan US$2.38 bilion dan modal bagi pelaburan US$1.8 bilion di PetroSaudi. Di mana US$1.44 bilion telah ditebus dan digunakan.
Dana ini dijamin oleh Aabar PJS yang sebenar (walaupun IPIC pada mulanya pertikaikan). Pemindahan awal dari 1MDB kepada PetroSaudi adalah sumber kepada segala tuduhan yang Riza Aziz dan Jho Low telah menerima semua wang tersebut.
Sekarang ini, oleh kerana 1MDB bukan sahaja mendapat kembali semua wang mereka tetapi juga membuat keuntungan yang memuaskan sebanyak US$500 juta hasil pelaburan dalam PetroSaudi, ini bermakna bahawa tidak ada Dana telah dicuri dan semua pelaburan yang dibuat oleh PetroSaudi adalah sah – maka tiada perlakuan jenayah.

 
2) Dana GIL US$1.5 bilion, juga dijamin oleh Aabar PJS.
Ini adalah baki US$3 bilion Bon GIL 2013. Di mana US$1.5 bilion dikekalkan untuk kegunaan 1MDB sendiri.

 
Dana GIL US$1.5 bilion inilah yang didakwa oleh setengah orang sumber wang yang masuk ke dalam akaun Najib sebanyak RM2.6 bilion.

 
Jika Dana ini kini ditebus, ia bermakna bahawa RM2.6 bilion tidak mungkin merupakan wang yang dicuri kerana tidak ada wang yang telah dicuri.

 
Kelihatan seperti pemulihan harga minyak dan komoditi baru-baru ini telah menyebabkan aset di bawah kedua-dua Dana untuk pulih dan akan direalisasikan oleh pengurus Dana.

 
Tidak jelas jika IPIC/Aabar juga telah menghormati jaminan mereka dan membantu menebus unit-unit ini tetapi ia sangat berkemungkinan memandangkan IPIC tidak mahu mengambil risiko rasa malu lagi.

 
1MDB memang memiliki Surat Ikatan Jaminan (Deed of Guarantee) dari Aabar bagi kedua-dua unit ini yang ditandatangani oleh Ketua dan CEO Aabar.

 
Menggunakan hasil US$2.5 bilion, 1MDB kini boleh membayar balik US$1 bilion yang dibayar oleh IPIC pada bulan Jun 2015 termasuk segala faedah untuk Bon US$3.5 bilion yang dijamin oleh IPIC.

 
Kesinambungan Daripada Penyusunan Pertukaran Aset (Asset-Swap) US$6 bilion Pada Jun 2015

 
Keseluruhan US$6 bilion pembayaran dan jaminan telah dikenal pasti sebagai aset bagi perjanjian pertukaran aset Jun 2015 1MDB-IPIC sebagai pertukaran dengan IPIC berdasarkan kepada berikut:

 
Mari kita senaraikan komponen individu sebagai a, b, c, d, e dan f.
Aset daripada 1MDB:

 
a) US$3.5 bilion deposit tunai dibayar kepada Aabar BVI.
b) US$1.5 bilion Dana GIL (Pengurus Dana dicadangkan oleh BSI dan dijamin oleh Aabar BVI)
c) US$940 juta unit Dana Brazen Sky (Dijamin oleh Aabar Investments ABU DHABI – bukan Aabar BVI yang dipertikaikan – ini ada dalam laporan Ketua Audit Negara dan laporan PAC)
Aset daripada IPIC:
d) US$3.5 bilion Bon Prinsipal dari 1MDB
e) US$1.5 bilion faedah Bon Hadapan dari 1MDB sehingga Bon matang pada 2022 untuk Bon sebanyak US$3.5 bilion.
f) US$1 bilion dalam bentuk pendahuluan tunai (dibayar kepad 1MDB pada Jun 2015)
Di bawah perjanjian penyelesaian terkini, 1MDB akan menebus, mungkin dengan bantuan IPIC berikutan jaminan oleh mereka, “b) US$ 1.5 bilion Dana GIL” dan “c) US$940 juta unit Dana Brazen Sky”

 
Kira-kira US$2.5 bilion ini kemudiannya akan digunakan oleh 1MDB untuk menyelesaikan “e) US$1.5 bilion faedah Bon Hadapan dari 1MDB” dan membayar semula IPIC “f) US$1 bilion dalam bentuk pendahuluan tunai”

 
Seperti yang anda lihat, b, c, e dan f telah diselesaikan. Ini hanya meninggalkan a) dan d) yang akan diselesaikan.

 
Dengan itu, pertikai dengan IPIC sekarang ini terhad kepada “a) US$3.5 bilion deposit tunai” yang 1MDB tegaskan ia telah membayar kepada IPIC, di mana IPIC menafikan menerimanya dan adalah isu pokok di dalam timbangtara mereka.

 
Tetapi sekarang IPIC akhirnya mengakui bahawa mereka menerima bayaran tersebut dan berkata bahawa mereka akan bekerjasama dengan 1MDB untuk menyelesaikan bayaran tersebut yang kemudiannya akan digunakan oleh 1MDB untuk membayar “d) US$3.5 bilion Bon” yang akan berakhir juga dalam tempoh lima tahun pada tahun 2022.
Itulah sebabnya IPIC dan 1MDB memberi masa mereka sehingga tahun 2020 untuk menyelesaikan semua ini dan tidak akan menggunakan sebarang tindakan undang-undang ke atas satu sama lain dalam tempoh ini.

 
Penetapan ini juga bermakna bahawa 1MDB tidak melepaskan hak untuk menyaman IPIC secara sah bagi USD3.5 bilion tetapi hanya boleh berbuat demikian selepas tahun 2020.

 
Penyelesaian ini adalah jelas masih dalam semangat asal perjanjian pertukaran aset (Aset-Swap) Jun 2015 dan jelas satu perkembangan daripada perjanjian itu.
1MDB jelas membuat kemajuan yang baik untuk mendapatkan kembali wang mereka dan membayar hutang dan saya dapat melihat penebusan atau penjualan unit Dana sebagai langkah kedua terakhir.

 

 

Adalah diharapkan bahawa 1MDB dan IPIC boleh mengambil langkah terakhir untuk menyelesaikan US$3.5 bilion yang terakhir.

 
Hakikatnya kini IPIC akhirnya mengakui berlaku pembayaran US$3.5 bilion daripada 1MDB kepada “pihak-pihak tertentu” bermakna satu lagi langkah penting bagi 1MDB untuk akhirnya menutup semua kontroversi dan tuduhan “kehilangan wang”.

 
Asas Saman Sivil Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) Julai 2016 adalah disebabkan oleh hakikat bahawa 1MDB berkata ia telah membayar wang kepada IPIC tetapi IPIC pada awal 2016 berkata mereka tidak menerima wang itu – dengan itu terdapat kehilangan wang maka dituduh pengubahan wang haram.

 
Sekarang IPIC telah mengakui bahawa bayaran itu berlaku maka tidak ada “wang hilang” dan dengan itu tiada pengubahan wang haram.

 
Untuk ulangan yang lebih terperinci mengenai mengapa kesemua mereka yang mendakwa “wang hilang” memang tidak pernah dimiliki secara sah oleh 1MDB dan mengapa saya berfikir kes sivil DOJ Amerika Syarikat dan siasatan Swiss kini akan gagal: US DOJ says “YES” but 1MDB says “NO”. Why?

​U.S. DEPARTMENT OF JUSTICE CIVIL LAWSUITS:


PRIME MINISTER’S PRESS SECRETARY STATEMENT

 

16 June 2017

 

1.      We note the United States Department of Justice’s (DoJ) latest civil lawsuits brought against various assets. The Malaysian government will fully cooperate with any lawful investigation of Malaysian companies or citizens in accordance with international protocols. So we are concerned that again the DoJ has failed to seek such cooperation from the Malaysian government or 1MDB, the Malaysian company concerned.

 

2.      We are also concerned by the unnecessary and gratuitous naming of certain matters and individuals that are only relevant to domestic political manipulation and interference. This suggests a motivation that goes beyond the objective of seizing assets.

 

3.      There have been numerous and extensive investigations by Malaysian authorities into 1MDB, including by independent and bi-partisan bodies such as the Public Accounts Committee, and no crime was found. 1MDB is still the subject of an investigation by the Royal Malaysia Police. If there is evidence of wrongdoing, Malaysia will not hesitate to take action.

 

4.      Until then, unproven allegations should not be taken as facts. And we take note of DoJ’s own press release, which states that “A civil forfeiture complaint is merely an allegation that money or property was involved in or represents the proceeds of a crime. These allegations are not proven until a court awards judgment in favor of the U.S.”.

 

5.      The judicial process is not served by headline seeking. Malaysia stands firm in its support of transparency and good governance. That includes ensuring that accusations have a basis in fact, rather than smears briefed by political opponents. We are confident that justice will take its course and Malaysia will continue to cooperate with all willing international agencies. As the Prime Minister has always maintained, if any wrongdoing is proven, the law will be enforced without exception.

 

DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN,

PRESS SECRETARY TO THE PRIME MINISTER

​DAP Mahu Pilih Anwar Atau Mahathir?


11 Jun 2017, Malaysiakini menulis “Anwar dipersetujui jadi Ketua Umum Harapan”. Ini merupakan cerita dalaman tentang apa isi kandungan perbincangan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang berlangsung pada Jumaat, 9 Jun 2017. 
Nampaknya, perbincangan itu masih lagi buntu dan gagal memuktamadkan siapa sebenarnya calon PM bagi pihak Pakatan Harapan. Seminggu sebelum itu mereka mesyuarat 
perkara yang sama di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 1 Jun 2017. 
9 Jun 2017, Zaid Ibrahim, yang kini bersama dalam DAP menyatakan PPBM patut ketuai Pakatan Harapan. Cadangan ini ditolak oleh PKR. Keputusan rasmi tidak diumumkan, bermakna sudah berkali kali mesyuarat pun, mereka masih lagi gagal berpakat sesama mereka. 
DAP nampaknya cenderung untuk memilih Anwar. Kit Siang sudah angkat plakad sokong Anwar Ibrahim jadi PM yang ke-7. Namun dalam masa yang sama Mahathir masih lagi mahu memujuk dan menagih simpati DAP untuk menyokongnya menjadi PM sekali lagi.
Kali pertama Mahathir cakap mahu jadi Perdana Menteri ialah pada 1 Jun lepas, dalam satu temubual di Facebook dan kali kedua dalam satu wawancara di Nikkei Asian Review, Jepun pada 6 Jun lalu.
Sampai pergi ke Jepun pun, mengulang lagi niat hendak jadi PM. Anwar masih lagi di dalam penjara. Cerita RM9.5 juta ini sengaja diadakan semata mata untuk beri harapan untuk membebaskan Anwar. 
PKR pun buat bermacam cara bagi menunjukkan Anwar masih relevan dan kuat.

Maka timbullah cerita untuk melantik Anwar pula sebagai Ketua Umum Pakatan Harapan. Jawatan yang dulu diwujudkan dalam PKR itu, mahu dibuat sama dalam Pakatan Harapan. 
Dalam satu kenyataan semalam, pemimpin 51 tahun DAP, Lim Kit Siang menyatakan bahawa Anwar yang ketika ini masih dipenjarakan, tetap menjadi pilihan untuk dilantik ke jawatan Perdana Menteri jika PH menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.
Bagaimanapun, kerana dia masih menjalani hukuman kerana jenayah meliwat, orang lain perlu dipilih untuk mejadi Perdana Menteri sementara menunggu Anwar dibebaskan dan dari bunyi kenyataan Kit Siang, orang itu tetap bukannya Mahathir.
Mungkin DAP sudah nampak keupayaan sebenar Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz. Parti yang baru setahun jagung tubuh pun tidak ke mana mana. Ramai yang lari, keluar parti, gaduh sama sendiri dan mulai pertikai kekayaan Mahathir dan skandal Muhyiddin.
PPBM tuduh kononnya exco Armada itu diupah oleh pihak UMNO untuk buat kenyataan media. Tuduhan yang sama pernah dilempar pada Cikgu Kamarul, Setiausaha Kerja PPBM yang juga keluar PPBM. 
Tuduhan itu hanya tinggal tuduhan. Tiada bukti dan hanya mahu mengelak menjawab soalan sebenar yang ditanya exco Armada itu. Boleh jadi PKR yang upah exco Armada ini untuk menunjukkan PPBM lemah dan tidak kuat. Boleh jadi juga.
Musuh utama PKR kini bukannya UMNO, tetapi Mahathir. Musuh dan penghalang utama Mahathir hendak jadi PM semula bukannya UMNO, tetapi PKR. Jika sanggup reka cerita RM9.5 juta untuk bebaskan Anwar, PKR juga sanggup reka cerita RM5 juta dibayar Mahathir kepada Musa Hassan pada kes liwat 1999, juga kerana untuk bebaskan Anwar.
Sekarang ini, PPBM dan PKR berlumba lumba hendak memujuk hati DAP.
Apa pun berlaku, DAP lah yang buat keputusan. DAP adalah “king maker” dalam Pakatan Harapan. Soal lukisan logo pun, DAP yang tentukan menerusi Teresa Kok. Apatah lagi soal siapa hendak jadi PM. 
Kenapa DAP yang tentukan? DAP yang paling banyak kerusi dan berkuasa. DAP juga ada agenda lain selepas itu. Sesiapa pun naik, DAP akan pergunakan, kerana mungkin selepas itu orang yang jadi PM adalah DAP. 
Jangan cuba cuba menukar kerajaan di Putrajaya. Silap sekali, bukan boleh ditukar lagi. Menangis air mata darah pun tiada guna lagi jika DAP sudah kuasai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan. Kuasa di tangan DAP, Anwar atau Mahathir?

Tulisan : 

Beruang Biru

BB467, Rabu

14 Jun 2017

​Parti Bunga Terkoyak Rabak, tangkainya Layu Kelopak Berselerak


PPBM baru sahaja menjangkau usia 41 minggu sejak ROS meluluskan penubuhan parti itu pada 9 September 2016. Namun sudah terlalu banyak perpecahan berlaku dalam parti pimpinan Mahathir itu.

 
Semalam, Syed Saddiq yang baru setahun jagung telah dinasihatkan agar menjaga tepi kain sendiri dan menjawab tuduhan “everything to hide” yang didakwa oleh Armada PPBM iaitu Muhammad Hafiz.

 
Kain parti sendiri terkoyak rabak tidak nampak. Sibuk menuding jari terhadap orang lain. Mungkin benarlah cakap Khairuddin Abu Hassan, inilah tahap budak hingusan yang sedang menjadi Ketua Armada PPBM.

 
Rabaknya parti bunga dan seleraknya parti itu sudah diketahui umum. Apa lagi hendak disorok? Hampir setiap minggu cerita mengenai pergolakan dan perpecahan dalaman PPBM diceritakan dalam media, sama ada pro kerajaan mahupun pro pembangkang.

 
Terbaru, seorang AJK Armada PPBM berpangkat nombor tiga telah mempertikaikan kekayaan anak-anak Mahathir secara terbuka. Malah isu skandal seks melibatkan Muhyiddin Yassin dengan Nika Gee juga turut dibangkitkannya.

 
Exco ARMADA itu hanya meminta Mahathir dan Muhyiddin memberi penjelasan agar mereka dapat membalas kembali dalam media sosial. Namun sebaliknya yang berlaku, PPBM mahu bertindak mengambil tindakan disiplin pula kepada exco berkenaan bagi menutup tegurannya itu.

 
Inikah kebebasan bersuara yang dilaungkan oleh PPBM? Baru buka mulut tentang skandal kekayaan Pengerusi dan skandal seks Presiden PPBM sudah “kena gam”. Sejak berkawan baik dengan DAP, PPBM sudah amalkan demokrasi cara parti roket itu.

 
Itulah juga nasib yang terjadi kepada sayap Srikandi PPBM. Skandal “klimaks 4 kali”  Anina Saadudin didedahkan pula sampai Anina dipecat. Kenapa skandal Nika Gee dan skandal “blow the horn” Syed Saddiq didiamkan sahaja?

 
Srikandi terus lumpuh lepas Ainina kena pecat. Kemudian satu demi satu kelopak parti bunga gugur layu. Di Baling, Kerteh, Pandan, Ipoh, Putrajaya Teluk Kemang, Rembau, Sik sudah ramai ahli PPBM sudah keluar parti.

 
Dua negeri sudah menjadi batu nisan awal untuk PPBM iaitu di Perak dan Negeri Sembilan. Sudah berselerak jadinya. Ramai yang keluar parti. Oleh kerana itulah, PPBM tidak berani umum berapa ahlinya yang sebenar.

 
5 Jun 2017, dalam Malaysiakini, Muhyiddin hanya berani buat kenyataan angan angan Mat Jenin bahawa PPBM sudah tembus semua kubu kuat UMNO. Ahli ahli PAS menyeberang sama untuk sertai PPBM, dakwa Muhyiddin. Kalau sudah begitu ramai, mengapa Muhyiddin takut umumkan angka sebenar ahli PPBM?

 
Pada 9 Jun 2017, Dato Sri Najib selaku Presiden UMNO mengumumkan sejumlah 29,845 orang ahli UMNO baru antara bulan April dan Mei 2017. Manakala permohonan keahlian dalam online pula adalah sejumlah 15,201 orang.

 
Jumlah pertambahan ahli UMNO dalam masa sebulan sahaja sudah melebihi seluruh ahli PPBM di seluruh Malaysia. Parti bunga sampai sekarang masih takut hendak umumkan berapa jumlah keahlian sebenar mereka.

 
Kenapa takut? Sebab bilangan ahli parti bunga terlalu kecil dan angka itu amat memalukan jika diumumkan. Sudahlah sedikit, ramai pula yang keluar parti tinggalkan PPBM. Mahathir mana peduli lagi tentang PPBM. Dia kata “sapa tak setuju pi la keluaq ramai ramai”.

 
Mahathir sibuk membuat lawatan ke Jepun untuk melihat kilang kereta di sana. Buat apa Mahathir hendak lawat kilang kereta di Jepun? Dia bukan Pengerusi Proton lagi?

 
Hak milik siapakah sebenarnya Proton ini? Adakah milik Mahathir atau Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari? Persoalan ini masih belum dijawab.

 
Mahathir lebih pentingkan cita citanya hendak jadi “Perdana Menteri Sementara” sahaja, dari menjaga parti bunga yang sedang selerak dan koyak rabak. Jumaat lepas, baru 41 kali Jumaat untuk parti PPBM. Apa jadi pada 44 kali Jumaat?

 
PPBM kini tak ubah seperti sebuah bunga yang terkoyak rabak, tangkainya layu, kelopaknya berselerak. Hanya tunggu masa untuk gugur ke tanah dan menyembah bumi.

​TOLAK DAP dan PH dalam PRU.


(1). Untuk membentuk kerajaan di peringkat persekutuan, jumlah kerusi yang perlu dimenangi adalah 112 dan keatas. Iaitu majoriti mudah. Agaknya bagaimana pencapaian yang bakal diperolehi oleh Pakatan Harapan? Jika PKR menguasai 40 kerusi, PAN 20 kerusi, PPBM 15 & DAP 43, ini bermakna mereka menguasai 118 kerusi dan layak mengusai kerajaan. Parti manakah yang dominan dalam Pakatan? Sudah tentu DAP. Apakah jawatan yang selayaknya diberikan pada DAP? Adakah sebagai PM? TPM pasti dan tentunya
salah satu Jawatan yang bakal diberikan pada wakil dari DAP adalah sebagai Speaker Dewan Rakyat. Kenapa jawatan Speaker? Kerana kuasa Speaker yang menentukan apa usul & soalan yang bakal dibawa dalam persidangan dewan.
(2). Realiti yang berlaku di Dewan Undangan Negeri Selangor sebagai contoh. Pasca PRU 13, DAP menang 15, PAS 15 & PKR 14. Dengan sokongan PAS, jawatan MB diberikan pada PKR. Namun jawatan Speaker milik DAP. Kerana itu sebarang usul berkaitan hal ehwal islam tidak pernah dibenarkan untuk dibahaskan dalam dewan undangan negeri. Siapa yang kuasai kerajaan negeri? Tentulah DAP…. Di Pulau Pinang usah diceritalah, DAP menguasai sepenuh malah hal ehwal agama islam pun mrk campurtangan. Umat melayu perlu sedar bahawa pada PRU yang lepas DAP mendapat sokongan padu orang cina sehinga 90%. Jika trend sokongan itu meningkat bermakna DAP mampu untuk menang sekitar 45-55 kerusi parlimen. Dengan andaian parti-parti lain seperti PAS, PKR, PAN & PPBM boleh menang dengan tidak melebihi 30 kerusi, maka pastinya kerajaan yang akan dibentuk adalah kerajaan yang dominan dari DAP. 
Kemungkinan yang bakal berlaku ialah:
(1). Jawatan TPM diterajui oleh DAP
(2). Wakil rakyat DAP akan lebih ramai dilantik sebagai Menteri dan menguasai portfolio penting seperti Menteri Kewangan, Menteri Pelajaran, Menteri Pengajian Tinggi, MITI, KPDNKK dan sebagainya.
(3). Speaker dewan rakyat milik DAP
(4). Sebahagian besar Ahli Dewan Negara juga dari kalangan DAP
(5). CEO & Pengarah di GLC juga dari kalangan DAP
Begitulah maksud DAP menguasai kerajaan Pusat. PM walaupun orang melayu, namun nasibnya sebagai puppet sebagaimana MB Perak (Nizar) suatu ketika dulu dan MB Sgor kini yang langsung tiada agenda islam & melayu.
Mari kita lihat bagaimana PAP yang menjadi rujukan PH memerintah singapura…
Jadi, jika anda ingin memangkah DAP dalam pilihanraya umum akan datang, ingatlah apa yang sedang berlaku di Singapura sekarang akan turut berlaku di Malaysia. Hari ini sebagai pembangkang, mereka boleh cakap pasal apa sahaja termasuk penghapusan ISA dan soal kesamarataan tetapi percayalah, apabila mereka berkuasa, mereka akan memperkenalkan dasar-dasar yang menindas orang melayu seterusnya membangkitkan tindak balas orang melayu dan ketika itulah mereka akan memperkenalkan ISA semula atas alasan keselamatan negara. Di Singapura, Lee Kuan Yew juga bercakap mengenai kesamarataan tapi hakikatnya tidak ada yang samarata sebaliknya diskirminasi yang nyata.
Mungkin kalau ada pun yang PAP boleh belajar daripada DAP ialah bagaimana nak menggunakan duit judi lumba kuda untuk jadi sumbangan kepada fakir miskin, nak nak yang beragama Islam…..
Ini realiti di Singapura sekarang (Kiblat bagi ahli-ahli DAP)
– ISA Dilaksanakan Begitu Keras Dengan Tahanan Paling Lama Cecah 23 Tahun (Chia Thye Poh-tahanan politik). Kebanyakkan yang masuk ISA ialah aktivis politik, pemimpin kesatuan dan pelajar yg menentang PAP.
– Badan Kehakiman Dikawal Kerajaan PAP.
– Kesatuan Pekerja Kebangsaan dipengerusikan Menteri Kabinet Singapura (tidak bebas).
– Semua Stesen TV Dan Suratkhabar Adalah Milik Kerajaan PAP.
– Pihak Yang Cuba Bantah Kerajaan PAP Akan DiSaman Sampai Bankrap Dan Tidak Ada Mana Hakim Yang Berani Buat Keputusan Menentang Kerajaan PAP.
– Rakyat Diberikan Saham Yang Boleh Ditukar Dengan Wang Tunai Sehari Sebelum Pilihanraya Umum 2001 (rasuah)
– Penduduk di Kawasan Perumahan Yang Tidak Menyokong Kerajaan PAP, Tidak Akan Mendapat Khidmat Penyelenggaraan yang Sempurna pada PRU 1997 (ugutan)
– Kaum Melayu tidak dibenarkan berkhidmat sebagai juruterbang dan Komando Angkatan Tentera.
– Hanya ada seorang saja Jeneral India Muslim yang berkhidmat dengan SAF, yang lain semua Cina.
– Pemilikkan rumah orang melayu di Bedok dan Geylang dikawal dan dihadkan oleh Housing and Development Board (HDB) milik PAP untuk menyekat pengembangan orang melayu dan digantikan dengan orang cina yang dibawa masuk dari Negara China (ethnic residential quotas 1989).
– Diskriminasi kaum dalam bidang pekerjaan dengan kebanyakkan syarikat meletakkan syarat fasih berbahasa Mandarin dan mengutamakan pekerja asing (gaji murah) daripada bangsa Minoriti Singapura. Ada sesetengah kes bilamana calon kaum minoriti berjaya membuktikan kefasihan bercakap dalam bahasa Mandarin, mereka akan diminta menulis dalam bahasa cina pula.
– Kebanyakkan pemilik rumah (cina) tidak membenarkan orang india dan melayu menyewa rumah mereka.
– Kerajaan Singapura memberi biasiswa sebanyak S$500 sebulan kepada kanak-kanak dari Tanah Besar China (terutama Hunan dan Hubei) untuk belajar di Singapore. Keistimewaan sama tidak diberi kepada kanak-kanak dari Malaysia mahu pun India
– Bahasa kebangsaan Singapura pada 1965 ialah bahasa Melayu tetapi telah ditambah kepada bahasa-bahasa lain berikutan penurunan populasi Melayu.
– Racial Harmony Day dirayakan setiap 21hb July tiap tiap tahun bagi memperingati rusuhan kaum yang berlaku pada 1964 yang berlaku antara etnik cina dan melayu. Rusuhan kaum ini adalah antara punca kenapa Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia 1965 bila ia dijadikan alasan oleh LKY untuk menuntut hak kesemarataan dari Tunku untuk semua rakyat dalam Persekutuan Malaysia.
Bersediakah orang melayu menerima hakikat itu?
Adakah Rakyat Malaysia yg majoritinya Islam mahu Bukan Islam memerintah kamu?

 

Apa akan berlaku jika kuasa politik org Melayu Islam hilang di tanah air sendiri?
Bukalah minda tu wahai bangsa melayu. Jgn kerana kebodohan kamu akan merosakkan tanahair ini dan masa depan keturunan kamu.

Kedudukan Proton dan Geely terkini


Pandangan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan berkenaan kedudukan semasa Proton dan pembelian saham 49.9% oleh Geely


1. Persoalan paling penting yang perlu dijawab, mampukah Proton bertahan atau _‘survive’_ tanpa _‘International Partner’_ dengan _‘Business Model’_ jualan kurang daripada 200,000 unit sedangkan _Business Model_ untuk sektor automotif kini sekurang-kurangnya 1,000,000 unit setahun?
2. Persoalan kedua, mampukah Proton menembusi pasaran negara China yang berpendudukan 1.6 bilion penduduk secara *BERSENDIRIAN*?
3. Persoalan ketiga, adakah pihak yang mencemuh kerjasama Proton-Geely mahu melihat Proton mengalami kerugian setiap tahun akibat jualan yang semakin berkurang tanpa pembetulan dari segi _Business Modelnya_ yang tidak selari dengan peningkatan kos sektor automotif dunia? Adakah mereka yang mencemuh ini suka pekerja Proton diberhentikan akibat penutupan Proton nanti?
4. Persoalan keempat, kos platform bagi sebuah model kenderaan baru adalah dianggarkan sekitar RM500 juta-RM1bilion, mampukah Proton jual kereta mengatasi kos asasnya untuk catat keuntungan tanpa kerjasama dari syarikat yang lebih baik di peringkat antarabangsa? Berapakah kuantiti kereta yang perlu dijual untuk mendapatkan pulangan modal sekaligus mendapatkan keuntungan?
5. Proton hari ini adalah sebuah syarikat SWASTA. Pemilik Proton adalah DRB-Hicom,  syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar. Keputusan untuk Proton bersama dengan Syarikat Geely dari China adalah *KEPUTUSAN PERNIAGAAN* untuk memastikan Proton tidak ditutup, perniagaan di bawah DRB-Hicom terus berkembang dan pekerja Proton tidak hilang pekerjaan.
_*Saksikan video Datuk Seri Mohamad Hasan mengulas mengenai rungutan dan rintihan pihak tertentu kononnya kerjasama tersebut menjadi penanda ‘kematian’ Proton.*_

Mahu Jadi PM Kembali, Mahathir Hanya Bertepuk Sebelah Tangan Sahaja


IMG_20170410_235949_883

 

Amat malang nasib Mahathir sejak kebelakangan ini , apabila semua tindakannya menemui jalan buntu. Selain menemui jalan buntu , Mahathir juga sudah lagi tidak dihormati oleh pihak komponen dalam Pakatan Harapan.

Parti bunga pun sudah dijangkiti virus. Ramai sudah keluar parti. Perpecahan dalaman tidak boleh diselindung lagi. Hendak jadi PM sekali lagi, tetapi DAP, PKR dan PAN terus sepi.

Dahulu di era Mahathir memerintah dengan cengkaman kuku besi dan ala diktatornya, akhbar pro kerajaan pernah mengumpamakan “jika Mahathir batuk sahaja , UMNO akan demam” , namun kini jelas , Mahathir menjerit pun tiada siapa yang endahkannya.

Masa berlalu. Zaman berubah. Orang parti setia pada parti, bukan taksub pada individu.  Mahathir bukan lagi individu eksklusif malah dianggap sebagai telah “overstay his welcome”.

Kini setelah melihat semua parti komponen dalam Pakatan Harapan setuju menamakan Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke 7 , Mahathir terasa dirinya dipinggir dan dimalukan. Lalu Mahathir membuat kenyataan dirinya mungkin akan terpaksa menjadi Perdana Menteri jika keadaan memerlukan.

Ini seolah olah mahu menafikan resolusi PH bahawa Anwar PM ke 7. Maka Mahathir berharap pengumuman yang dia buat pada 1 Jun 2017 itu mendapat respon positif DAP, PKR dan PAN.

Ketiga tiga parti itu tidak menari pun dengan pengumuman Mahathir itu. Mereka masih dengan irama dan tarian mereka sendiri. Bermakna DAP dan PKR sudah tunjuk kuasa.

Boleh diumpamakan Mahathir hanya tepuk sebelah tangan sahaja. Kenyataannya dilayan sebagai “non issue” oleh sekutunya dalam PH. Mahathir umpama menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri, bila buat pengumuman hendak jadi PM semula.

Dua kali “terpecik air ke muka (malu)”. Pertama bila plakad Anwar sebagai PM ketujuh diangkat pada 21 Mei 2017. Keduanya bila buat pengumuman hendak jadi PM semula pada 1 Jun 2017. Dalam masa dua minggu, dua kali Mahathir dimalukan.

DAP yang dominan dalam PH dengan 37 kerusi, PKR kedua dominan dengan 29 kerusi, PAN ada 6 kerusi dan PPBM hanya ada 1 kerusi sahaja. Mana boleh parti yang ada 1 kerusi mahu menjadi Perdana Menteri?

Muhyiddin pada 26 Mac 2017, pernah mencadangkan PPBM menjadi ketua dan teras kepada Pakatan Harapan. Cadangan ini ditolak mentah mentah sahaja oleh DAP. Apa PPBM boleh buat?

Terpaksalah Muhyiddin datang melayan Guan Eng berbuka di bulan puasa. Semuanya kerana parti Mahathir itu lemah. Terpaksa minta sokongan dari DAP untuk nampak kuat.

Mahathir sudah sindir kajian calon PM yang dilakukan oleh Rafizi sebagai syok sendiri pada 25 Mei 2017. Apakah Mahathir tidak sedar bahawa pengumuman dia juga syok sendiri? DAP, PKR dan PAN tidak layan pun.

Dalam satu ceramah di Rawang pada 6 Julai 2012, Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa Mahathir adalah orang yang paling takut kalau dia menjadi PM. Mahathir pula pernah kata ;

“Memang Anwar dari dulu, saya tidak tahu gila kuasa atau tidak, tetapi beliau masuk Umno bukan kerana sayang kepada Umno kerana jika tak masuk Umno, tak boleh jadi perdana menteri” pada 29 Januari 2014.

Mahathir dan Anwar masing masing takut antara satu sama lain. Sekarang ini apa yang Mahathir kata pada Anwar ibarat paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Dua dua sama sahaja, gila kuasa hendak jadi PM.

Yang membezakan sekarang adalah DAP, PKR dan PAN bertepuk dua belah tangan mahu Anwar jadi PM. Mereka hanya mentertawakan sahaja melihat Mahathir syok sendiri mahu jadi PM sekali lagi.

​Siapa sebenarnya pengkhianat?



Masa Anwar kena tuduh di mahkamah kerana kes Liwat I dulu,Tok Guru Haji Hadi tulis buku bab Qazf pertahankan Anwar berdasarkan prinsip undang2 jinayah Islam. Lepas dibebaskan kali pertama,Anwar kena pulak sekali lagi!

Masa LGE mula2 kena siasat kerana kes banglonya,Tok Guru Haji Hadi pemimpin pertama yang kata dia tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah oleh mahkamah.
Masa DAP nak diharamkan sebelum PRU13,Tok Guru tawarkan DAP bertanding guna logo PAS.Masa krisis MB Selangor hasil dari Langkah Kejang,Tok Guru tanpa berbelah bagi beri sokongan kepada Azmin sebagai MB walaupun Tok Guru boleh ambik kesempatan dengan lebihan kerusi yang ada pada PAS di Selangor.Bila Azmin jadi MB, kuota exco PAS ditambah dari 4 kepada 3. Pandai sungguh Azmin membalas budi.
Jiwa besar Tok Guru tidak pernah dihargai oleh DAP dan PKR. Pimpinan DAP penuh mulut menuduh Tok Guru penyebab pecahnya Pakatan Rakyat. Nyanyuk,bodoh…jadi mainan bibir pimpinan DAP.
Masa PRK Sungai Besar,Azmin jemput Dr Rani ke Majlis Berbuka Puasa. Pergilah orang tua tu kerana menghormati Menteri Besar.Tiba2 tanpa ada rasa malu alah Azmin malukan Dr Rani di depan orang…dia kata dia sokong calon PAN di Sungai Besar.
Yang jahat dan buruk,semua diletak atas kepala Tok Guru. Yang molek dan bagus semua dapat kat DAP,PKR dan PAN.
Atas kapasiti peribadi ambe bercakap:cukuplah kita nak mengalah dan merendah diri dengan puak2 ni.Baik buruk, kalah menang biarlah kita tanggung sendiri. Terlentang sama2 minum embun,tertiarap sama2 kita makan pasir!

Lahaulawala quwwata illabillah!

#istiqamah

#berdiri_teguh_bersama_ulamak

​Pembayaran BR1M Kali Kedua Bukti Kerajaan Tidak Bankrap



Pengumuman kerajaan bahawa pembayaran kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan dilakukan secara berperingkat mulai 5 Jun ini merupakan berita gembira kepada 4.2 juta penerimanya, apatah lagi ketika itu umat Islam sedang sibuk melakukan persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Ternyata pembayaran berkenaan akan menutup mulut `longkang’ pembangkang yang selama ini sering melaungkan ungkapan kerajaan akan bankrap, muflis dan negara yang gagal. 
Itu belum lagi tuduhan Mahathir bahawa BR1M adalah rasuah dan hanya mengajar rakyat menjadi malas. Ini satu penghinaan kepada penerima BR1M.
Walaupun pembangkang sibuk memburukkan BR1M, hakikat yang tidak boleh ditolak ialah negeri Selangor  merupakan penerima tertinggi BR1M dengan jumlah 1,017,403 orang. 
Mereka ini dikira bertuah, kerana jika diikutkan kerajaan Selangor hanya memberikan bonus 2.5 bulan kepada kira-kira 17,500 penjawat awam sahaja tetapi kerajaan persekutuan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberikan bantuan BR1M kepada lebih sejuta penduduk di Selangor. 
Di seluruh negara, penerima BR1M adalah 4.2 juta. Suku daripadanya ada di Selangor. Jika seorang mendapat RM300 pada pembayaran kedua ini, bermakna sudah RM305 juta sudah dibelanjakan di Selangor sahaja. Jumlahnya lebih besar dari pembayaran bonus pada seluruh kakitangan awam di Selangor.
Dari situ kita boleh melihat bagaimana kerajaan Barisan Nasional tidak mengetepikan mana mana rakyat walaupun mereka tinggal di negeri pembangkang.
Begitu juga dengan Pulau Pinang. Sebuah blog pembangkang melaporkan kemungkinan kerajaan pimpinan Lim Guan Eng akan memberi bonus tiga bulan gaji kepada penjawat awam, tapi sejauh mana kebenarannya tidak diketahui lagi. 
Guan Eng pun masih diam, bermakna mungkin benar Guan Eng mahu bayar tiga bulan bonus. Mungkin Guan Eng mahu pinjam dari bank China untuk bayar bonus tiga bulan itu atau guna duit untung gadai tanah di Penang agaknya. 
Dalam keadaan ekonomi dunia yang suram, bukan mudah bagi seorang pemimpin untuk memberikan bantuan wang kepada rakyat kerana ia memerlukan dana yang tinggi tetapi itulah yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib. Beliau keluar ke merata negara semata-mata untuk mencari pelaburan, dan akhirnya berjaya.
Dan adakah seorang penyanyi popular di negara ini masih mahu mengatakan bahawa pemimpin negara zalim?, seperti doa yang dititipkannya di depan Kaabah baru-baru ini?
Hanya pada zaman Najib sahaja rakyat diberikan bantuan BR1M berbanding bekas pemimpin yang diketahui menjadi idola penyanyi terbabit. Pada zaman bekas pemimpin yang memerintah selama 22 tahun itu, tiada bantuan wang diberikan kerana beliau sendiri menentang bantuan BR1M ini.
Pembangkang sibuk hal hendak memilih siapa menjadi PM sahaja, yang masih belum selesai lagi sampai sekarang. 
Ketika mengulas mengenai pembangkang, tidak terkecuali penting untuk dibicarakan ialah mengenai kenyataan Mahathir bahawa Pakatan Harapan akan menggunakan logo dan manifesto yang sama pada PRU ke-14 ini.
Hendak buat manifesto lagi? Tak perlulah agaknya. Kerajaan BN buat manifesto janji mahu berikan BR1M, ianya ditunaikan secara telus kepada semua rakyat tanpa mengira apa parti dan warna kaum.
33 perkara manifesto pembangkang di Penang dulu pun tidak ditunaikan. 51 projek janji pembangunan pun gagal ditunaikan. Di Selangor banyak janji yang tidak selesai dan banyak pula isu baru yang datang. 
Setiap kali hendak PRU, akan ada manifesto baru. Kenapa perlu manifesto baru lagi jika ianya sekadar mahu mengaburi mata rakyat.
BR1M adalah janji manifesto yang kerajaan BN tunai dan tepati. Bukan seperti pembangkang yang hanya pandai menuduh negara bankrap dan muflis sahaja. Bukan seperti pembangkang yang pandai buat manifesto sahaja, tetapi akhirnya dimungkiri. 
BR1M bukti Barisan Nasional di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib menunaikan janji. 

Najib berjaya hadapi cabaran , tabah memikul tanggungjawab dan amanah.