93 Peratus Rakyat Setuju Kerajaan Tubuh RCI Siasat Kerugian GLC Zaman Mahathir


Badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mengalu-alukan langkah kerajaan kerana menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) dalam skandal dagangan mata wang asing (FOREX)  yang berlaku sekitar tahun 90-an.
Presidennya Ramesh Rao berkata pada masa itu bukan sahaja BNM mengalami kerugian tetapi banyak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga mengalami masalah dan rugi ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
Beliau dalam satu tinjauan di laman Twitter mendapati 93 peratus bersetuju supaya kerajaan menubuhkan satu lagi RCI untuk menyiasat kerugian yang dialami oleh syarikat-syarikat berkenaan pada masa itu.
“Ketika zaman kegawatan ekonomi dari sekitar tahun 1997 dan 1998, negara mengalami masalah dan pada masa itu kita menyaksikan sendiri beberapa syarikat besar menutup operasi dan terpaksa gulung tikar kerana masalah ekonomi.
“Siapa tak tahu berapa banyak syarikat besar yang tutup, itu belum lagi syarikat GLC yang banyak bermasalah pada masa itu,” katanya.
Ramesh berkata banyak juga dakwaan bahawa berlaku ketirisan dan dalam syarikat-syarikat berkenaan yang dikatakan melibatkan pihak tertentu yang salah guna kuasa dan rasuah.
Wang berkenaan ada yang digunakan untuk ‘bail out’ beberapa syarikat GLC lain pada masa itu sehingga menyebabkan aliran tidak seimbang ketika itu dalam negara.
“Berdasarkan kepada tinjauan ini, amat wajar kerajaan menubuhkan satu lagi RCI untuk menyiasat kerugian yang dialami oleh GLC ini dan mengenalpasti puncanya.
“Amat wajar juga RCI itu mencadangkan langkah dan tindakan ke atas dalang yang menyebabkan kerugian itu berlaku pada masa itu,” kata Ramesh.
Ketika ini rakyat sedang menunggu siasatan RCI Forex berjalan dan Mahathir sudah pasti akan dipanggil memberikan keterangan kepada barisan anggota RCI yang diketuai Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Ramesh Rao Krishnan Naidu

Presiden PMSP

21 Julai 2017

​Mahathir Sanggup Jadi Top Dog Pada DAP Dan PKR Semata-Mata Kerana Takut RCI Forex


Kalau dalam sejarah Melayu di negeri Melaka, ada kisah seekor Pelanduk telah menendang seekor anjing dalam kisah Putera Raja Palembang, Parameswara. Anjing buruan Parameswara telah ditendang oleh seekor Pelanduk sehingga anjing itu terjatuh dalam sungai.
Dari awal sejarah Melaka, anjing sudah dianggap sebagai haiwan jahat, hina dan kotor serta tidak diterima dalam budaya adat Melayu Islam.  Dalam Islam, ia juga diletakkan sebagai najis paling berat dan perlu dicuci dengan kaedah tertentu kerana terlalu kotor.
Tidak faham, mengapa Pengerusi PPBM, Mahathir mengibaratkan dirinya seperti “Top Dog” atau anjing, walaupun maksud sebenarnya ialah beliau mahu menyatakan dirinya adalah pemimpin tertinggi dalam Pakatan Harapan (PH) selepas dilantik sebagai Pengerusi. 
“Dalam hierarki top dog (anjing paling dominan atau pemimpin dominan),” kata Mahathir dalam sidang media di Putrajaya. Namun perumpaan itu adalah tidak manis sama sekali ikut adat orang Melayu. Nampaknya, Mahathir sudah tidak kisah lagi soal manis atau tidak, baginya prinsip “Machiavelli” adalah segalanya.
Mungkin ini satu balasan kepada Mahathir yang gemar mengkritik kepimpinan negara yang telus dan baik sampai membuatkan dirinya sendiri mengambil perumpamaan anjing itu untuk menggambarkan dirinya seorang pemimipin.
Gelak tawa tercetus apabila Mahathir menggunakan perkataan dog dalam sidang media itu memperlihatkan para wartawan juga tak menyangka seorang bekas Perdana Menteri sanggup menggelarkan dirinya dengan binatang. 
Kenyataan angkuh ini juga mesti dibuat oleh Mahathir untuk menyatakan dengan lisan bahawa dia sanggup jadi apa sahaja untuk Kit Siang dan Anwar Ibrahim. Bagi memujuk dan mengambil hati agar mereka berdua dapat selamatkan Mahathir semasa RCI Skandal Forex. 
Mahathir amat takut sangat dengan RCI Skandal Forex. Tempoh hari dia sanggup angkat Anwar sebagai bakal PM dari London. Kali ini, sanggup mengaku “Top Dog” hanya semata mata untuk buktikan kesetiaan pada Kit Siang 
Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dipetik berkata bahawa beliau berjanji akan memberi kerjasama penuh dengan RCI untuk menyiasat kerugian akibat urus niaga mata wang asing yang dialami Bank Negara Malaysia (BNM).
“Saya akan berikan kerjasama penuh kepada RCI ini serta memberikan fakta secara telus tetapi, tidak akan diheret untuk diperalatkan dalam gelanggang politik,” katanya.
Anwar tidak mahu diperalatkan Mahathir?
Kenyataan Anwar ini tentu risaukan Mahathir. Apatah lagi, Mahathir ketika ditanya wartawan dua hari lepas menyatakan dia pertahankan kenyataannya bahawa Anwar peliwat pada 1998. Malah berkata hari ini lain pula kenyataannya. Mungkin tahun depan lain pula jadinya. 
Nampaknya Mahathir macam mahu putar belit dengan Anwar. Seakan ada dendam pada Anwar. Mahathir pula macam mahu melepas diri sendiri sahaja. 
Mahathir kena ingat dia sekarang adalah Timbalan kepada Anwar, bukannya macam dahulu lagi. Bila bila Anwar boleh pecat Mahathir. 
RCI Forex ini risaukan Mahathir. Dia sanggup dan mengaku jadi apa sahaja untuk pujuk Kit Siang dan Anwar. Rakyat kena nilaikan sendiri, demi kroni dan kepentingan anak sendiri, Mahathir sanggup buat apa sahaja. Asalkan matlamatnya tercapai. 

Tulisan : 

Beruang Biru

BB506, Khamis

20 Julai 2017

Tujuh Janji Baru Pakatan Pembangkang Adalah Janji Untuk Dimungkiri


14 Julai 2017, pakatan pembangkang yang menggelarkan diri mereka sebagai Pakatan Harapan telah menawarkan 7 janji baru kepada rakyat untuk dilaksanakan dalam masa 100 hari jika mereka berjaya menakluk Putrajaya. 
7 janji yang baru ini hanya dibentang tajuk sahaja tanpa ada penjelasan lanjut dan perincian yang jelas. Namun jika diteliti kembali satu persatu perkara ini, ada beberapa perkara yang boleh dipertikai dan diulas secara panjang lebar. 
Janji untuk menghapuskan GST pun sudah kontradiks. Dalam dua kali bajet alternatif yang dibentang oleh pakatan pembangkang pada 2015 dan 2016, pembangkang mensasarkan GST adalah pada kadar 0%.
Bermakna tidak hapus terus. Pembangkang juga gagal menjelaskan di mana kekukarangan dana yang harus ditampung jika pendapatan menerusi GST dihapuskan. 
Untuk tempoh 1 April 2015 hingga 31 Disember tahun sama, kutipan bersih GST ialah RM27.01 bilion, menurut Kementerian Kewangan. Sementara itu, sepanjang tahun 2016, kutipan cukai GST ialah sebanyak RM41.2 bilion.
Bermaksud jika hapus GST maka kerajaan akan kekurangan pendapatan sebanyak RM41.2 billion. Di mana pembangkang hendak ganti kekurangan ini? Hendak buang kakitangan awam?
Nurul Izzah juga pernah berkata GST akan kekal sifar jika pakatan pembangkang berkuasa dalam Malaysiakini pada 25 April 2017. Kekal sifar bermakna ianya tidak akan dihapuskan. Ini bertentangan sama sekali dengan janji yang dibuat oleh Pakatan Harapan sekarang ini iaitu mahu hapuskan terus GST. 
Kita lihat pula janji kedua Pakatan Harapan iaitu menstabilkan harga petrol. Ini satu frasa ayat baru pembangkang gunakan bila bercakap tentang harga minyak. Satu ketika dahulu, pembangkang akan sebut, masuk sahaja Putrajaya, esok harga minyak akan turun. Kenapa sekarang cakap menstabilkan pula harga petrol?
Sewaktu minyak turun 5 minggu berturut turut, semua pembangkang diam. Tidak bercakap langsung bab harga minyak. Bila naik 4 sen, mereka barulah “keluar gua” menyalahkan pula kerajaan. Inilah perangai sebenar pembangkang, mereka hanya pandai bangkang sahaja tetapi tidak faham pun apa yang mereka bangkang. 
Dulu kata kalau harga minyak turun, maka harga barang akan turun. Kali ini kalau harga minyak stabil, harga barang akan jadi bagaimana pula? Tidak habis habis dengan teori hanya untuk memujuk dan menghasut rakyat semata mata. Rafizi pun tidak bercakap hal harga petrol ini lagi dalam jelajah traknya. 
Seterusnya janji ketiga pembangkang adalah untuk memberi fokus meringankan beban rakyat. Cara dan bagaimana ia akan dilakukan tidak diperincikan. 
Dulu apa yang sudah ditulis dalam Buku Jingga pun tidak dilaksanakan pun di Pulau Pinang dan Selangor. Misalnya di Pulau Pinang, Guan Eng pada bulan Februari 2008, sebelum PRU12 menyatakan bahawa Tol Sungai Nyiur sejumlah 50 sen adalah mencekik darah rakyat. Namun bila DAP perintah, sudah hampir 10 tahun, tol itu tidak juga dimansuhkan. 
Semasa buat Buku Jingga pada 19 Disember 2010 dalam Konvensyen Pakatan Rakyat ke-2 di Pulau Pinang, pembangkang ada buat janji 100 hari juga iaitu untuk menaikkan gaji guru, hapus tol, air yang lebih murah, pulangkan subsidi kepada rakyat, hapuskan ISA dan bebaskan institusi negara. 
Lihatah betapa kontradiknya janji pada tahun 2010 ini dengan 7 janji baru yang dibuat sekarang. 
Naik gaji guru tiada lagi dalam agenda mereka. Hapus tol sudah tiada lagi. Air yang lebih murah pun tiada. Malah di Pulau Pinang, sudah 4 kali tarif air dinaikkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. Perjanjian 100 hari berkaitan air  pada 2010 itu dibuat di Pulau Pinang, akhirnya DAP tidak tunai pun malah menaikkan lagi tarif air.
Beginikah cara pembangkang berjanji untuk ringankan kos sara hidup rakyat? Jangan percayalah kepada pembangkang. Mereka pandai mungkir janji sahaja.
Lihat sahaja kepada janji keempat iaitu untuk memulakan proses reformasi insitusi secara menyeluruh. Reformasi apa lagi yang hendak dibuat pembangkang? “Bapa Reformasi” pun sudah berbaik baik dengan “Mahafiraun”. Reformasi apa lagi yang ada? 
Hendak buat reformasi meletakkan kroni bagi menguasai insititusi tertentu agar semua benda boleh dilenyap dan disembunyikan?  Lihat sahaja apa nasib yang sudah berlaku pada Perwaja, Pernas, MEC, Proton dan banyak lagi. 
Dulu Kit Siang dan Anwar jadikan semua ini bahan untuk mereformasikan negara. Kini orang yang dikatakan korup dan zalim itu sudah bersama mereka. 
Maka Kit Siang dan Anwar tampillah beri kenyataan sebenar bila disoal oleh RCI Skandal Forex nanti. 
Hapuskan ISA dulu ada dalam agenda Buku Jingga pada 2010, kini bila Mahathir bersama dalam Pakatan Harapan, mengapa agenda untuk hapuskan ISA itu tiada lagi? 
Janji Pakatan Harapan yang kelima iaitu Memerangi rasuah hingga ke akar umbi adalah yang paling lawak sekali. Pakatan Harapan tidak sedar yang Ketua Umum mereka sendiri adalah bekas banduan rasuah dan dipenjarakan 6 tahun kerana kes rasuah. 
“Kesudahannya, bagi menghentikan semua tuduhan itu, saya terpaksa siarkan nama semua orang yang mendapat kontrak kerajaan sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan.  Senarai itu menunjukkan ramai daripada mereka yang mendapat kontrak secara rundingan adalah kawan-kawan dan anggota keluarga beliau” tulis Mahathir dalam buku Doktor Umum mengenai kes rasuah Anwar Ibrahim. 
Samalah juga dengan Guan Eng, masih lagi berhadapan dengan kes rasuah yang belum lagi diselesaikan di mahkamah. Malah, hanya Selangor dan Pulau Pinang yang masih enggan tandatangan ikrar basmi rasuah dengan SPRM. Kenapa enggan? Ini sama sekali tersasar daripada niat pembangkang hendak basmi rasuah ke akar umbi. 
Samalah juga dengan janji keenam yang dibuat oleh Pakatan Harapan iaitu untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja skandal 1MDB. 

Sudah ditubuhkan PAC mengenai 1MDB, Peguam Negara sudah menyiasat ribuan dokumen, pihak polis sudah menyiasat dan SPRM juga melakuan penyiasatan. Dalam PAC ada wakil pembangkang iaitu Tony Pua dan Tan Seng Giaw. 
Semua dokumen telah diberikan kepada Jabatan Audit Negara dan PAC telah meminta agensi penguat kuasa yang berkaitan untuk menyiasat lanjut perkara-perkara tertentu. Wakil pembangkang tidak ada bukti baru untuk dibawa mengenai 1MDB, melainkan memainkan cerita persepsi yang dibuat dan direka oleh Sarawak Report, DoJ dan Malaysiakini. 
Lebih baik Pakatan Harapan siasat dulu kerugian Skandal Forex yang bernilai USD $10 billion, ke mana wang itu pergi? 1MDB sudah selesaikan semua hutangnya, terbukti tiada wang dicuri dan tiada wang yang hilang. Tidak seperti wang dalam kes Skandal Forex yang masih kekal misteri sampai sekarang. 
Seterusnya janji pembangkang yang ketujuh adalah untuk memulihkan Felda. Mazlan Aliman, AJK Parti PAN pula disaman kerana menerbitkan buku bertajuk ‘Felda…Dulu Tolong Sekarang Ah Long’. 
Pada 11 November 2016, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Mazlan Aliman untuk mengenepikan arahan membayar ganti rugi RM350,000 kepada FELDA kerana memfitnah. 
Sampai sekarang Mazlan Aliman masih belum membayar saman fitnah RM350,000 itu. Sebelum hendak pulihkan Felda, bayarlah saman fitnah terlebih dahulu. Sudah sudahlah membuat tuduhan Felda hendak bankrap dan sebagainya. Sedangkan Felda masih lagi untung dan memberi pulangan yang baik kepada semua peneroka. 
Wan Azizah dan Suara Keadilan juga telah terbukti di mahkamah memfitnah Felda. Orang yang sudah terbukti di mahkamah kerana dosa fitnah tidak layak hendak bercakap dan berjanji hendak pulihkan Felda. Peneroka jangan cepat terpedaya dan tertipu dengan janji janji kosong pembangkang ini. 
Pembangkang pernah sebut semasa menguasai Selangor bahawa “manifesto bukanlah janji”. Mereka sudah pun ingkar janji semasa menjadi kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang. 51 projek rakyat gagal dilaksanakan di Pulau Pinang. Di Selangor, sekadar boleh berbangga dengan rizab tinggi sahajalah. Hendak baiki bumbung stadium pun minta bantuan kerajaan pusat. 
Ini bukti pembangkang hanya pandai menabur tebu di bibir sahaja. Bila berkuasa mereka akan mungkir janji. Mereka hanya fikir kroni dan kepentingan sendiri sahaja bila berkuasa.
 Jangan beri peluang pembangkang sebegini, rakyat perlu tunjuk kematangan dan kuasa pada kertas undi nanti. Ajar pembangkang yang suka mungkir janji ini.

​Beza Langkah Kajang Pembangkang Dengan MRT, Langkah Kajang Sebenar Buat Rakyat


Hari ini, MRT, “Langkah Kajang” yang sebenar menjadi realiti. Langkah yang akan beri manfaat kepada 1.2 juta rakyat. MRT sejauh 51 km dari Kajang ke Sungai Buloh bakal membawa 400,000 penumpang sehari meliputi 31 stesen dan 7 stesen bawah tanah. 
MRT ini beroperasi setiap 3.3 minit pada waktu puncak. Sejumlah RM2 billion dapat dijimatkan     dan ianya siap awal daripada jadual. MRT ini adalah manifestasi janji kerajaan BN yang telah ditunaikan terhadap rakyat. 
Jika ikut logik Rafizi dalam video kempennya di Youtube pada PRU13 bertajuk “Pendidikan Percuma Rafizi Ramli”, Rafizi mahu hentikan projek MRT yang dikatakannya bernilai RM80 billion untuk memberi pendidikan percuma sejumlah RM6 billion setahun. 
RM6 billion setahun yang dijanji Rafizi masa PRU13 itu adalah termasuk elaun sara hidup RM5,000 setiap seorang mahasiswa setiap tahun, RM28 bilion hapus PTPTN, RM791 juta untuk hapus yuran universiti. Rafizi mahu hentikan projek MRT untuk tampung janji ini. 
Semua ini adalah janji kosong Rafizi sahaja. Lihat sahaja dalam kempen terbaru menggunakan traknya, janji RM6 billion dan pendidikan percuma itu sudah tidak kedengaran lagi, datang pula janji baru. Dalam 7 matlamat baru Pakatan Harapan pun tiada lagi janji pendidikan percuma. Kalau dengar “gebang kosong” Rafizi ini, tidak siaplah MRT.
Terdapat beberapa perbezaan yang begitu ketara antara Langkah Kajang cetusan Naib Presiden PKR, Rafizi dan Langkah Kajang sebenar iaitu MRT hasil dari pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Beza pertama ialah, Langkah Kajang pakatan pada masa itu gagal meletakkan Presiden PKR, Wan Azizah sebagai MB Selangor. Sultan Selangor, Sultan Sharaffudin Idris Shah enggan beri perkenan kepada Wan Azizah dan meminta nama lain, PKR pada masa itu tetap berkeras dengan Sultan. Akhirnya Wan Azizah terlepas, langkah Azmin jadi realiti. 
Misi utama Langkah Kajang Rafizi gagal. MRT akan melonjakkan harga aset dan hartanah di sekitar kawasan MRT. Inilah Langkah Kajang sebenar, pengundi Kajang yang ada bangunan, rumah dan hartanah juga dapat untung bila harga aset mereka naik berkali ganda. 
Kedua, Langkah Kajang Wan Azizah tidak langsung menyelesaikan masalah banjir kilat yang dihadapi oleh penduduk Kajang setiap kali hujan turun. Lebih parah bila kereta terperangkap dalam banjir di Kajang. Bandar itu sudah digelar “Car Jeng” sebagai panggilan lain untuk Kajang.
Sebaliknya, dengan pembinaan MRT di Kajang, rakyat lebih lega dan tidak perlu lagi bersesak untuk ke Kuala Lumpur. MRT dapat mengelak “traffic jammed” dan menghalang kereta terperangkap dalam banjir kilat yang kerap berlaku di Kajang. 
Ketiga, Rafizi dan PKR pernah berjanji sebelum PRK Kajang untuk menjadikan Stadium Kajang sebagai “venue” perlawanan utama Liga Malaysia tetapi sehingga kini ia tidak menjadi pun. 
Stadium Kajang masih sepi tanpa ada pun perlawanan seperti yang dijanjikan Rafizi. Namun dengan adanya Stesen MRT Bandar Kajang, Stadium Kajang yang terletak bersebelahan dengan Restoren Satay Haji Samuri akan menjadi ceria dan riuh kembali. 
Kemudian, kegagalan keempat PKR ialah ADUNnya, iaitu Wan Azizah boleh dikatakan hampir tidak pernah ada di kawasan. Pejabat ADUN di Sungai Chua yang dijadikan tempat kempen masa PRK Kajang juga sudah ditutup. Sudah bertukar jadi kedai “massage”. 
Ini kerana kesibukan Wan Azizah berulang alik antara Kajang – Sungai Buloh dan Permatang Pauh. Dengan adanya MRT, masalah Wan Azizah ini dapat diselesaikan. Lebih jimat dan lebih cepat sampai ke Sungai Buloh berbanding menaiki kereta. Masa Wan Azizah untuk menjaga suami dan rakyat dapat diagihkan dengan lebih baik selepas ini. 
Langkah Kajang hanya membazir wang rakyat semata mata. Menurut SPR, kos membuat pilihanraya kecil di Kajang pada bulan Februari 2014 adalah RM1.6 juta. ADUN PKR meletak jawatan semata mata untuk beri peluang Wan Azizah bertanding di DUN Kajang. 
Akhirnya Wan Azizah tidak menjadi MB Selangor pun seperti rancangan Langkah Kajang. Apa pun tidak berubah. Berbeza dengan MRT, duit rakyat dapat dijimatkan. Ada yang penumpang menyatakan mampu jimat RM25 sehari dengan adanya MRT. Jimat duit minyak, tol dan parking. 
RM25 buat seorang pengguna. Satu hari MRT mampu tampung 400,000 orang penumpang. Bermakna dalam sehari RM10 juta wang rakyat dijimatkan. Jika dalam sebulan, 20 hari bekerja, seorang rakyat boleh jimat RM500.
Keseluruhannya, manfaat untuk 400,000 penumpang dalam sebulan adalah sejumlah RM200 juta. Besar nilainya. 
RM500 sebulan banyak nilainya pada satu isirumah. Bermacam perkara boleh dibuat dengan nilai itu. Bermakna pelaburan besar kerajaan BN dalam MRT memberi banyak kesan kepada rakyat. Kesannya sampai ke dalam poket rakyat.
Inilah Langkah Kajang sebenar yang menguntungkan rakyat bukannya Langkah Kajang pembangkang yang hanya janji kosong dan masuk ke laut. Kalau ikut logik Rafizi, tidak merasalah rakyat naik tren MRT ini yang  setaraf dengan tren di London dan Paris. 

MUKRIZ TERLEPAS CAKAP DALAM MAHKAMAH BAHAWA BAPANYA DAN MUHIYIDIN MERANCANG UNTUK MENJATUHKAN NAJIB SEJAK 2014


Lokman Adam:
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengesahkan wujud perancangan untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sekurang-sekurangnya sejak tiga tahun lalu.
Mukhriz memberitahu mahkamah, bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sudah membuat perancangan itu sejak 2014.
Mukhriz turut memberitahu mahkamah, kedua-dua Dr Mahathir dan Muhyiddin adalah sebahagian dari kumpulan yang merancang menggulingkan Najib namun menolak ia sebagai konspirasi.
Adakah Mukhriz faham apa itu konspirasi? Anda merancang dan melakukan sesuatu di belakang tabir tetapi berpura-pura baik dan menyokong di depan masyarakat tetapi pada masa sama, mensabotaj, merencanakan perancangan dan menikam belakang.
Dan itu bukan konspirasi?
Saya telah bercakap mengenainya sejak beberapa tahun ini dan sentiasa berpendapat yang serangan dari Dr Mahathir dan Muhyiddin terhadap Najib bukan disebabkan 1MDB atau Malaysia akan muflis atau apa jua yang dituduh mereka ketika ini.
Semuanya bermula selepas pemilihan Umno di mana Mukhriz kalah tipis dan Dr Mahathir menyalahkan Najib kerana tidak menyokong anaknya.
‘Dana presiden’ diketahui oleh Dr Mahathir serta Muhyiddin dan kemungkinan besar kedua-duanya turut menerima dana berkenaan bagi kempen Pilihanraya Umum ke-13.
Ia juga adalah penyebab mengapa pada Jun 2014, Muhyiddin membuat kejutan dengan menentang pemilihan parti biarpun sebelum itu secara tegas mahukan ia diadakan.
Beliau mungkin sangkakan Najib berada di pinggir digulingkan maka Muhyiddin dapat menjadi Presiden tanpa perlu bertanding menentang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini Naib Presiden, di mana dijangkakan Muhyiddin mungkin akan kecundang.
Mereka tahu yang Wall Street Journal (WSJ) akan menyiarkan perincian mengenai RM2.6 bilion seminggu selepas bersetuju untuk menangguhkan pemilihan parti kerana mereka adalah pihak yang membocorkannya kepada media barat, disebalik mengetahui bahawa dana itu digunakan untuk parti dan bukan untuk poket Najib.
Mereka juga adalah kumpulan yang mengerahkan ‘macai’, Kharuddin Abu Hassan dan Matthias Chang untuk menjelajah ke seluruh dunia untuk membuat laporan.
Golongan ini adalah berbahaya kerana tidak kisah untuk menjahanamkan reputasi Malaysia, mensabotaj ekonomi kita, bersekongkol dengan kuasa asing, menggunakan jentera dalam kerajaan hanya untuk menggulingkan Najib dan merampas kuasa.
Sebagaimana ditulis Dr Mahathir hari ini, golongan ini akan membuat pusingan U sebanyak mungkin yang diperlukan bagi meraih sokongan demi usaha mereka untuk mendapatkan kuasa namun tidak mengakui pusingan U yang mereka sendiri lakukan. Mereka adalah manusia yang tidak jujur.
Manusia seumpama ini perlu disingkirkan dari arena politik kerana mereka tidak boleh dipercayai dan tidak peduli kepada sesiapa kecuali diri mereka sendiri dan keangkuhan ego mereka.
Mereka tidak peduli akan reputasi Malaysia dan ekonomi negara kita dijahanamkan ekoran konspirasi dengan kuasa negara asing dan media barat.
Reputasi dan masa depan negara ini serta kebajikan rakyat bukanlah keutamaan mereka.
Apa yang mustahak buat mereka adalah apa yang dicapai untuk diri mereka dan ego.
Kita perlu hentikan dan singkirkan manusia licik yang menikam belakang dan tamak ini.
Dan kini penyokong PPBM baru tahu yang mereka hanya dipergunakan demi nafsu tamak pemimpin mereka.
Perjuangan? Ini langsung tidak ada kena mengena dengan perjuangan kecuali untuk tembolok politik mereka sendiri.
LSS.
http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/mukhriz-admits-dr-m-plotted-najib-ouster-but-denies-conspiracy

​DAP Ada Niat Tutup Felda?



5 Mac 2017, Kit Siang ada kata dalam Malaysiakini bahawa DAP tidak akan tutup Felda jika menang di Putrajaya. Boleh percayakah apa yang DAP cakapkan ini?
Kalau tidak ada angin, masakan tiba tiba pokok bergoyang dan bercakap hal mengenai hendak tutup Felda? Entah entah betul DAP hendak tutup Felda.
Dalam kenyataan itu juga, Kit Siang berjanji mahu menjadikan Felda lebih baik daripada sekarang ini. Ini hanya janji dan harapan kosong Kit Siang sahaja. 
Peneroka Felda usah terpedaya dan termakan dengan umpan DAP ini. Parti sendiri yang ada 2,600 perwakilan pun, DAP tidak boleh jaga dan buat mesyuarat, ada hati hendak ganggu 112,635 orang peneroka Felda.
Felda yang ada sekarang sudah berusia 61 tahun, jauh berkali ganda lebih baik berbanding penubuhan awalnya pada 1956 dahulu. Kini generasi ketiga Felda sedang merasai nikmat hasil kepayahan awal peneroka Felda generasi pertama dahulu. 
Dari Lurah Bilut, kini Felda sudah menjadi satu jenama besar di dunia. 

FGV semasa disenaraikan pada 2012 di Bursa Malaysia bermula dengan nilai tawaran awal RM2.19 billion dan berjaya mengumpul RM10.4 billion. 
Penyenaraian FGV pada 2012 ini merupakan penyenaraian saham yang terbesar di Asia dan kedua di dunia selepas Facebook pada 2012. 

Pembangkang bantah penubuhan FGV ini. 
DAP dan pembangkang memang selalu membantah apa sahaja usaha baik yang dilakukan oleh kerajaan BN terhadap peneroka Felda. 14 Julai 2012, pembangkang anjur “Perhimpunan Oren untuk Selamatkan Felda”, di luar masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta untuk membantah penyenaraian FGV. 
Ini usaha jahat yang dilakukan oleh pembangkang agar pelabur tidak berminat dengan saham FGV. Sama seperti apa Rafizi cuba lakukan baru baru ini, untuk mensabotaj penyenaraian Edra di bursa saham. 
Sejak disenaraikan di Bursa Malaysia sejak 2012, pendapatan FGV adalah seperti berikut :
* 2013 : RM 12.658 bilion

* 2014: RM 15.26 bilion

* 2015: RM 15.67 bilion

* 2016: RM 17.3 bilion
Semakin tahun semakin meningkat, ini bermakna tuduhan pembangkang bahawa FGV rugi adalah tidak benar. Bermula dengan RM10.4 billion pada 2012 menjadi RM17.3 billion pada 2017. 
Jika dengar cakap pembangkang, peneroka Felda mungkin tidak dapat menikmati hasil daripada penyenaraian tersebut. 
Apa jasa DAP dan pembangkang? Mereka hanya pandai menjaja cerita fitnah menerusi ceramah sahaja menjelang PRU14 ini. Muncullah trak Rafizi membawa seribu janji dan harapan palsu. Sedangkan Rafizi sendiri terlibat dengan kes mahkamah dan sudah lebih 10 kali kantoi membuat fitnah di negara ini. 
Rafizi ada hati hendak ganggu Felda.  Belajarlah dulu dari kisah Mazlan dan Wan Azizah yang telah pun disaman oleh Felda. Pada 22 dan 29 Jun 2010, Suara Keadilan menyiarkan artikel fitnah  bertajuk ‘Felda Bankrap’ dan artikel berserta gambar bertajuk ‘Kontroversi’ dan ‘Bina Bangunan RM662 Juta Hanya Libatkan Tiga Individu’. 
Empat tahun lepas itu barulah bekas editor ‘Suara Keadilan’, memohon maaf kepada Felda berhubung penerbitan dua artikel itu. Namun saman tetap berjalan dan pada 13 Februari 2017, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Wan Azizah, Presiden PKR dan dua yang lain membayar ganti rugi berjumlah RM70,000 kepada Felda. 
Mazlan Aliman, AJK Parti PAN pula disaman kerana menerbitkan buku bertajuk ‘Felda…Dulu Tolong Sekarang Ah Long’. Pada 11 November 2016, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Mazlan Aliman untuk mengenepikan arahan membayar ganti rugi RM350,000 kepada FELDA kerana memfitnah. Sampai sekarang Mazlan Aliman masih belum membayar saman fitnah RM350,000 itu. 
Sebelum Rafizi hendak bercakap hal Felda, sebelum DAP hendak menyibuk hal Felda, eloklah bayar hutang saman fitnah terlebih dahulu kepada Felda. DAP memang ada niat hendak memecah belahkan peneroka Felda. 
Oleh kerana itulah DAP menaja parti baru iaitu parti PAN dengan menjadikan Felda sebagai kawasan sasaran PAN. Malah parti tajaan DAP itu turut meniru warna Felda, sebagai warna parti mereka. 
Memang DAP ada niat untuk menawan 54 kerusi parlimen yang majoritinya adalah peneroka Felda. Mengapa DAP minat sangat pada Felda? Kerana aset dan nilai Felda yang banyak dan cukup tinggi. 
Lihatlah bagaimana semua tanah di Pulau Pinang habis digadai oleh DAP. Di atas bukit, habis dibotak. Di dalam laut, habis ditambak dan dikorek. Hampir semua tanah habis digadai dan dijual oleh DAP bila mereka memerintah Pulau Pinang. 
Felda kawasannya amat luas. Inilah yang membuatkan DAP minat dengan Felda. DAP sudah ada parti PAN untuk memujuk undi Melayu di Felda. Jangan biarkan dakyah DAP ini berjalan di tanah tanah peneroka. Ramai generasi Melayu yang pertama dahulu kenal sangat siapakah generasi pertama DAP ini. 
Generasi yang ketiga dan keempat beringatlah. Ambillah pengajaran, lihat kembali sejarah dan dengar maklumat yang sahih. Jangan biarkan semua tanah tanah peneroka Felda ditutup dan digadai oleh DAP.
Jangan biarkan itu terjadi. Felda adalah wilayah BN, jangan sesekali biarkan pembangkang masuk dan menabur fitnah. 

MAS had always been a profitable and well-run company with a good reputation.


Not many people are aware of this.

At that time BNM was the largest shareholder in MAS with 32% which they acquired from MOF in 1988.

After BNM lost up to RM30 billion in FOREX gambling in the early 1990s, BNM was asked to sell this stake to Tajuddin Ramli’s MHS for RM8 per share (when market price was RM3.50) to book immediate profits in 1993. (that is why Tajuddin keep saying he was asked to do national service then).
This was done to help cover up some of the secret massive losses from the FOREX gambling.
After MHS took over, MAS’ performance dropped and registered big losses until it needed to be bailed out and rescued by the govt numerous times.
By the end of his tenure, Madey had succeeded in destroying our Tin industry (also due to gambling), UMNO lama, the judiciary’s independence, Bank Bumiputra (which had to be taken over by Bank of Commerce) while wreaking havoc on MAS and BNM. 
He also privatized 5 different transportation projects to 5 different parties with 5 different systems that are not integrated – 4 of which was required to be bailed out by govt while the remaining one has to be continuously subisidised for 30 years by Malaysia Airports using the airport tax – whether the passenger uses the ERL or not.
He also privatized Indah Water to Vincent Tan and then had to get govt to bail-out too.
He also created Proton, which needed to be bailed out by Petronas and then later on by govt directly recently.
What an incredible track-record.  
But never mind, he used Petronas money to pay Ananda, the Argentineans, the Japanese, the Koreans and the Indonesians to build KLCC – the pride of Malaysia.
Sekarang, semua orang yang tanggungjawab di atas ada kat pembangkang – Madey, Anwar, Sanusi, Liong Sik, Daim, A Kadir, orang yang tak tahu Inggeris, Mat Tyson.
Semua dikutip pembangkang.
Sekarang yang perlu membaikikan pula ialah Najib, yang sering diserang oleh mereka yang sebenarnya bertanggungjawab kat atas.

—–

Faced with a RM589 million suit by Danaharta, one-time corporate high-flyer Tan Sri Tajudin Ramli has counter sued for RM13.46 billion and also drops the following bombshell in court documents:
* He was directed by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and former finance minister Tun Daim Zainuddin to buy shares in MAS to help Bank Negara recover from foreign exchange losses in 1994
http://www.thesundaily.my/node/173499

​Rafizi: Jelajah Dulu Pandan Bagi Habis Sebelum Jelajah Malaysia


Dalam satu video, ahli parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli telah menyatakan dia akan mengadakan siri jelajah di seluruh negara mulai bulan ini untuk menerangkan kepada penduduk mengenai harga barang, cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta pekerja asing.
Hairan dengan Rafizi ini, jelajah kawasan dia sendiri Pandan pun belum habis, sibuk pula hendak jelajah seluruh negara. Kesian dengan penduduk di Pandan. terbiar begitu sahaja disebabkan Ahli Parlimen mereka terlalu “sibuk” dengan agenda sendiri.
Memandangkan Rafizi sibuk hendak memperkatakan mengenai tiga perkara ini, maka elok kita teliti satu persatu perkara berkenaan.
Isu gaji 
Rafizi mengulangi saranan supaya menubuhkan Suruhanjaya Perundingan Gaji Negara. Gaji pekerja Invoke sendiri pun tidak boleh dirunding dengan baik, ada hati hendak bincang gaji pekerja di seluruh negara.
Ketika dipaksa oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Adam Rosly supaya mendedahkan kutipan dana Invoke Malaysia (Invoke), Rafizi telah menunjukkan penyata kewangan NGO berkenaan.
Berdasarkan penyata itu, gaji kakitangan untuk 80 petugas Invoke berjumlah RM888,487 dan secara purata setiap orang hanya bergaji RM11,106. 
Jumlah gaji itu sangat rendah, jadi bagaimana beliau mahu memperjuangkan gaji untuk rakyat Malaysia, jika staff sendiri pun bergaji di bawah gaji minimum.
Isu kenaikan harga barang
Rafizi pernah menyatakan sebelum ini harga barang akan turun apabila harga minyak turun di bawah RM2 seliter. Sudah lima minggu minyak turun, ada nampak harga barang turun? Formula Rafizi ini tidak betul.
Sebaliknya dalam tempoh lima minggu harga minyak jatuh, Rafizi hanya mendiamkan diri tetapi kini bila harga minyak naik, baru mula bersuara.
Rafizi pernah ramalkan bahawa harga petrol dan diesel dijangka terus meningkat pada beberapa bulan akan datang dengan RON95 boleh mencapai tahap RM2.70 seliter pada Jun.
“Hari ini saya ingin menambah lagi berita buruk kepada rakyat Malaysia dengan memberi amaran lebih awal bahawa harga petrol dan diesel dijangka terus kekal pada paras yang tinggi (sekitar RM2.30 seliter) dalam beberapa bulan akan datang.
“Malah, saya menjangkakan harga petrol dan diesel akan terus naik pada beberapa bulan akan datang dan berkemungkinan mencecah RM2.70 (seliter) menjelang Jun 2017 sekiranya harga siling tidak diperkenalkan dan subsidi tidak dikembalikan,” katanya dalam satu kenyataan media pada 6 Februari lalu.
Sekarang? Memang ramalan Rafizi “ke laut”. Terbaru mahu harga RM1.50 pula. Ini adalah bukti nyata cakap Rafizi tidak boleh dipakai.
Isu GST
Rafizi menyatakan GST perlu dimansuhkan tetapi sudah dua tahun dalam Belanjawan Alternatif pembangkang, masih ada GST.
Mereka cuma menukar rentak dengan “cadangan kadar sifar GST”. Ya, sifar, bukan mansuh. Kini Rafizi mahu main wayang kononnya GST akan dimansuhkan.
Cuba buka balik belanjawan alternatif pembangkang. Itu belum lagi masuk Buku Jingga yang kini terus diam sahaja. Banyak janji Buku Jingga dan manifesto di Selangor yang sudah dicampak ke laut.
Dalam video itu juga, Rafizi turut menyentuh mengenai isu pekerja asing. Cuba pergi lihat di kawasan Pandan sendiri, berapa banyak pekerja Indonesia dan Bangladesh yang berada di situ. Dalam parlimen Rafizi sendiri penuh pekerja asing di Pandan Indah dan  Pandan Cahaya.
Bukan semua penduduk tempatan mahu buat kerja 3D, “dirty, dangerous, difficult”. Kerajaan juga cuba mengawal pekerja asing ini melalui proses e-card. Mana-mana pendatang asing yang tidak mempunyai kad itu akan ditangkap oleh Imigresen dalam usaha membersihkan pendatang asing haram.
Rafizi sendiri sedang berdepan dengan kes mahkamah. Mahkamah Tinggi di Shah Alam akan membuat keputusan pada 13 Julai ini berhubung rayuan oleh Rafizi terhadap sabitan kesalahan fitnah jenayah dan rayuan pendakwaan mengenai hukuman itu.
Nasib dia sendiri belum diketahui, bagaimana Rafizi mahu bercakap tiga isu ini kepada rakyat. Bercakap habiskan air liur sahajalah kerana tiga perkara ini belum tentu dipersetujui oleh semua komponen parti pembangkang.
Hal logo pun mereka gagal bersetuju tambah lagi bercakap tiga hal ini. Jadi Rafizi kena sedar diri, dia bukanlah sesiapa pun dalam pembangkang. Tercalon pun belum tentu dalam PRU14 kerana kes mahkamah. 
Elok la jelajah Pandan tu bagi habis. Tiga perkara yang Rafizi cakap itu banyak ada di Pandan. Kedai judi, rumah urut dan pusat maksiat berlambak di Pandan. Selesaikan isu “pekerja asing” di Pandan dulu lah Rafizi. 

​ISU WANITA ISLAM BELA ANJING   (TULISAN DARI JAKIM)


Jakim telah mengenalpasti seorang individu bernama Nurhanizah Abdul Rahman yang telah memuatnaik dalam Facebook beliau pada 

1 Julai 2017 jam 2.11 petang pengkisahan berkaitan anjing peliharaan beliau yang bernama Bubu. 
Jakim amat menyesali perbuatan memegang anjing secara sengaja begini tanpa sebarang sebab yang dibenarkan dalam Islam. Ini menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam kerana ia bercanggah dengan pegangan mazhab dan ‘uruf/ adat di Malaysia. Menurut Mazhab Syafie, umat Islam adalah dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram di sisi Islam.
Walaupun Islam meletakkan kaedah sertu apabila terkena najis yang dikategorikan sebagai ‘mughallazah’ namun kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis mughallazah secara sengaja. Tindakan tersebut samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya.
Justeru, Jakim berharap individu tersebut perlu segera memberhentikan perbuatan tersebut dan kembali bertaubat kepada Allah. Perbuatan sebegini dilihat seolah-olah beliau cuba mencipta budaya baru yang boleh membawa kepada perbuatan menghina agama Islam.
Pada dasarnya Islam tidak memandang keji kepada binatang anjing sebagai salah satu makhluk Allah. Apatah lagi untuk menyeksa, memukul dan membunuh anjing tanpa sebab adalah sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam.
Walau bagaimanapun, dalam Mazhab Syafie, umat Islam tidak dibenarkan untuk menjadikan haiwan tersebut sebagai binatang peliharaan. Malahan Islam mewajibkan semua umatnya untuk memelihara kesucian diri, pakaian dan tempat tinggal agar ia tidak menjejaskan amal ibadah seharian.
Bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu ini secara berhikmah demi kebaikan bersama, individu tersebut dinasihatkan agar dapat merujuk kepada pihak Jakim berkaitan hukum memelihara anjing.
Sekian.
TAN SRI DATO’ HAJI OTHMAN 

BIN MUSTAPHA

Ketua Pengarah Jakim

5 Julai 2017
NOTA TAMBAHAN
Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu, sesungguhnya Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda,
( مَنِ اتَّخَذَ كَلْباً إِلاَّ كَلْبَ مَاشِيَةٍ ، أوْ صَيْدٍ ، أوْ زَرْعٍ ، انْتُقِصَ مِنْ أجْرِهِ كُلَّ يَوْمٍ قِيرَاطٌ ) رواه مسلم 1575
“Siapa yang memelihara anjing, kecuali anjing untuk menjaga haiwan ternak, berburu dan menjaga tanaman, maka akan dikurangi pahalanya setiap hari sebanyak satu qirath.” (HR. Muslim, no. 1575)
Imam Nawawi berkata, “Diperselisihkan dalam hal memelihara anjing selain untuk tujuan yang tiga di atas, seperti untuk menjaga rumah, jalanan. Pendapat yang lebih kuat adalah dibolehkan, sebagai qiyas dari ketiga hal tersebut, karena adanya illat (alasan) yang dapat disimpulkan dalam hadits, yaitu: “keperluan”. (Syarah Muslim, 10/236)
“Adapun tentang anjing, para ulama berselisih dalam tiga pendapat;
Pertama, bahwa anjing adalah suci, termasuk liurnya. Ini adalah mazhab Malik.
Kedua, bahwa anjing adalah najis termasuk bulunya. Ini adalah mazhab Syafi’I.
Ketiga, bulu anjing suci, sedangkan liurnya najis. Ini adalah pendapat mazhab Abu Hanifah dan salah satu pendapat dari dua pendapat dalam mazhab Ahmad. (Majmu Fatawa, 21/530)

​LIM KIT SIANG’S OFFER TO RETIRE IS A DIVERSION FROM HIS UNDEMOCRATIC POWER GRAB


Prime Minister Najib Razak’s Press Secretary statement

 

5th July 2017

‎ ‎ 

1.  When Lim Kit Siang says he would consider retirement, he makes us think of the operas that go from town to town repeating the same drama again and again. Every time Kit Siang fails to get his way as a leader, he tries to win sympathy by announcing he is prepared to sacrifice himself and retire in order to save ‎DAP. 
2.  But most people are not fooled by this – because they have heard it all too many times before. K‎it Siang’s so-called offer to retire is just a desperate attempt to win sympathy‎. Dictators do not retire – they make others retire, but not themselves. They only make offers of retirement when they need to divert attention from their own failures. Kit Siang obviously has no intention of passing on the party leadership to Tan Seng Giaw. 
3.  The current serious predicament for DAP is the legal status of its Central Executive Committee (CEC) and its Secretary General, Penang Official 1 – neither of which are recognised by the Registry of Societies.  Nobody is talking about deregistering DAP‎ except for Kit Siang and his sidekicks. Maybe Kit Siang is hoping for deregistration so that he can get rid of those party members and half the CEC delegates who are known in DAP to be against his dictatorship and the Lim family dynasty. 
4.  Therefore, I would advise Kit Siang to refrain from talking about deregistration of ‎DAP and stop blaming UMNO and BN for all his internal party problems, which are of his own making. It is time for Kit Siang to retir‎e‎ from his half-century long ‎dictatorship.
5. Malaysians should know that it would be a disaster for the country if the DAP-led opposition were ever to wield power. The opposition is led by a man who puts his dynasty and thirst for power above democracy and the welfare of the people.

 ‎

DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN,

PRESS SECRETARY TO THE PRIME MINISTER

Terima padah apabila bersikap sombong.


“Kejadian motosikal melanggar pejalan kaki. Lokasi kejadian di Bandar Puteri market Puchong. Harap berhati2 semua ketika melintas lihat kiri dan kanan sebelum melintas.”

Itu lah pesanan pengirim video. Jika kita teliti video sememangnya wanita itu sengaja tidak mahu melihat sebelah arah kenderaan dan berharap kenderaan akan menghormatinya.  

Sikap sebegini dapat dilihat di mana sahaja.  Mereka memperjudikan diri mereka dengan harapan orang akan mengelak mereka.

Tak kira tua atau muda sikap mereka sama sahaja tidak sayang nyawa. 

Wanita ini mungkin banyak kali berjaya dengan sikap enggan menoleh ke kanan sebalik menoleh ke arah kiri.

Hari ini nasib tidak menyebelahi diri nya.  Semoga selepas ini dia insaf akan sikapnya. 

​5 Kisah Tentang Felda Yang Perlu Dibaca Dan Difahami Peneroka 


Pada 21 hingga 23 Julai 2017 ini akan diadakan Sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2017 di Putrajaya. Program Ekspresi Felda Negaraku Malaysia  akan turut diadakan sempena sambutan Hari Peneroka ini. Kira-kira 50 aktiviti menarik akan diadakan bertujuan menunjukkan sumbangan dan kejayaan Felda kepada masyarakat Malaysia. 
“Ada banyak cerita-cerita positif Felda yang tidak dapat kita kongsi kerana kita terlalu sibuk dengan masalah lain. Kita tidak nafikan masalah itu wujud, tetapi pada masa yang sama kita juga tidak patut ketepikan pencapaian peneroka kita,” kata Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. 
Felda terus menjadi `bahan’ menarik untuk dijadikan isu oleh pembangkang, terutamanya PKR, PPBM dan PAN yang berangan angan mahu masuk mendapatkan undi orang Felda. Pembangkang hanya hasut, sebar cerita tidak betul dan buat tuduhan semata semata. 
Felda mendapat perhatian mereka meskipun banyak perkara yang dibangkitkan itu telah pun diselesaikan.
Berikut merupakan 5 jawapan mengenai beberapa isu yang dibangkitkan melibatkan Felda yang perlu difahami oleh para peneroka. 
1 –  Pembangkang reka cerita kononnya kerajaan rampas ladang sawit. Tuduhan ini tidak benar. FGV adalah  salah sebuah konglomerat minyak sawit utama di Malaysia. FGV mengadakan program pembangunan tanah dan penempatan Felda. FGV juga adalah syarikat ketiga kelapa sawit terbesar di dunia, mengikut keluasan tanaman. 
Di Malaysia sahaja, FGV mengawal lebih 850,000 hektar tanah merangkumi 500,000 hektar dan secara kasar ia menyewa dan menguruskan 112,635 pekebun kecil Felda. 
Istilah merampas adalah ayat politik jahat pembangkang sahaja. Ladang-ladang berkenaan harus ditambahbaik menerusi FGV sekali gus menambahkan hasil peneroka. 
2 –  Felda dituduh pembangkang telah menghentikan peruntukan pembangunan sosial kepada peneroka. Ia adalah satu dakwaan yang salah kerana program pembangunan sosial seperti sekolah, jalan raya dan kemudahan awam tetap diteruskan dengan matlamat untuk menjaga kebajikan peneroka. 
Tumpuan khas juga diberikan untuk membangunkan kebun-kebun peneroka kerana ia adalah sumber utama pendapatan bagi memperbaiki taraf hidup keluarga. 
Sejak 2005, kerajaan BN memberi Pinjaman Pembesaran Rumah Peneroka antara RM10,000 hingga RM40,000 dengan tempoh bayar balik 15 tahun dan kadar caj rendah.
Pinjaman ini masih diteruskan dan tidak pernah dihentikan. Pembangkang hanya jaja cerita fitnah semata mata mendakwa kerajaan sekat peruntukan kepada orang orang Felda.
3 – Rafizi selalu tuduh FGV rugi. Tuduhan itu tidak betul. FGV mencatat keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM220 juta bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2016, meningkat 13 peratus berbanding RM195 juta pada suku sama 2015. 
Bagi keseluruhan tahun kewangan 2016, FGV mencatatkan keuntungan sebanyak RM266 juta. Pendapatannya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 sebanyak RM17.28 bilion, meningkat 11 peratus berbanding tahun 2015. Di mana yang ruginya? 
4 – Pengumuman duit raya peneroka Felda baru-baru ini juga telah dimanupulasikan pembangkang. Hampir setiap tahun peneroka Felda mendapat duit raya dan pada tahun ini, pemberian insentif hari raya sebanyak RM500 membabitkan nilai keseluruhan sebanyak RM47.28 juta, diberikan kepada 94,555 peneroka Felda seluruh negara. 

  

Ini menunjukkan bahawa Felda bukan bankrap seperti yang dicanangkan oleh pembangkang. Bagi yang menyaman Felda, memanglah anda tidak dapat duit raya, kerana Felda terpaksa menanggung kos guaman untuk melawan balik tuntutan saman berkenaan. 
5 – Pembelian ladang Pt Eagle High Plantation di Indonesia juga dimanipulasi pembangkang. Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dalam satu temubual berkata, beliau melihat pembelian itu sebagai satu pelaburan. 
“Pelaburan utamanya kita beli sebahagian yang besar, 37 peratus dari segi saham dan bila saya tengok balik kepada ladang ini, pada pukul ratanya usia pokoknya telah mencecah usia tujuh tahun. 
“Bila pokok sawit ini tujuh tahun, dia dah mula masuk kepada apa yang kita panggil sebagai matang tua. Jadi ada pulangannya dalam enam bulan yang pertama tahun ini. Enam bulan yang kedua tentunya kalau harga sawitnya baik, saya rasa pulangannya akan kita rasai juga dalam bentuk dividen,” katanya. 
Jadi tiada istilah bahawa Felda telah bankrap, kerana istilah bankrap itu hanyalah serangan jahat pembangkang semata mata. Generasi ketiga Felda jangan cepat melatah dengan tuduhan yang dibuat pembangkang. Selidik betul betul setiap dakwaan, insyallah akhirnya akan menemui cerita yang sebenarnya. 
Malah Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri memberi jaminan selagi beliau memegang jawatan perdana menteri, maka beliau akan memastikan kemajuan Felda ditingkatkan dan kebajikan warganya tetap terjamin.
Felda adalah produk ayah Datuk Seri Najib sendiri, Tun Abdul Razak antara tahun 1959 hingga 1970. Sejak dulu lagi kerajaan BN menjaga Felda. Dari rumah papan ke rumah batu. Dari tanah merah ke tanah yang subur.
Pembangkang hanya datang pada musim pilihanraya sahaja. Lepas itu, hilanglah mereka bersama cerita dan dakwaan yang mereka jaja. Oleh itu, orang Felda jangan mudah terpedaya. 

​KENAPA FUZIAH TAK SOKONG MENGHARAMKAN BAUKSIT??


Nampak gayanya, YB pembangkang yang ada di Negeri Pahang ini masih lagi keliru dan bercelaru dengan asas untuk berkempen bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Jika dilihat dari satu sudut, kepimpinan Pakatan di Pahang seolah – olah ketandusan idea untuk memujuk rakyat menyokong perjuangan mereka sehingga terpaksa mengitar semula isu yang sudah basi.
Salah satu isu yang sering kali menjadi isu ialah mengenai perlombongan bauksit yang telah dihentikan ekoran tindakan Kerajaan Pusat mengenakan moratarium ke atas aktiviti tersebut.
Terbaru, Ahli Parlimen PKR Kuantan cuba mengitar semula isu tersebut dengan membuat desakan agar pihak Kementerian yang berkenaan membekukan permit mengeksport bahan mineral tersebut.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, YB PKR itu menggesa agar pihak Kerajaan Pusat membersihkan terlebih dahulu longgokkan bahan mineral itu dan tidak membenarkan ianya dieksport keluar Negara.
Namun apabila diajukan soalan, kenapa YB PKR itu hanya mendesak agar permit mengeksport itu hanya diminta agar dibekukan dan tidak diharamkan terus jika benar ianya merosakkan alam sekitar?
Kalau dilihat dari satu sudut, jika perlombongan bauksit itu diharamkan sepenuhnya, maka sudah pasti tidak ada isu yang boleh dibangkitkan. Tiada lagi sebarang isu pencemaran alam sekitar yang akan berlaku.
Tetapi jawapan yang diberikan oleh Ahli Parlimen PKR Kuantan itu ternyata mengecewakan dan ianya berbelit – belit. Beliau menjelaskan bahawa isu adalah mengenai prosedur yang dilaksanakan.
Bahkan dalam masa yang sama, YB PKR itu juga turut mengakui bahawa moratarium yang dikenakan pada ketika ini sama fungsinya dengan mengharamkan pengeluaran bahan mineral tersebut.
Maka, jika moratorium itu boleh disamakan dengan pengharaman ke atas pengeluaran bahan mineral tersebut, kenapa YB PKR itu masih mahu mendesak agar permit mengeksport bahan tersebut dibekukan?
Persoalan yang paling utama, kenapa YB PKR itu tidak menyokong cadangan untuk mengharamkan perlombongan bahan mineral tersebut secara keseluruhan? Kenapa dia tidak membawa cadangan itu ke Parlimen?
Sekiranya benar Ahli Parlimen PKR Kuantan itu betul – betul mahu memperjuangkan isu alam sekitar, maka itu yang sepatutnya dilakukan. Haramkan terus pengeluaran bahan mineral tu. Sudah tentu tidak ada isu yang akan merosakkan alam sekitar!!!

​Seorang Perdana Menteri Layak. Menikmati Cuti, Tidak Perlu Pertikai


3 Julai 2017, portal pemfitnah nombor satu di Malaysia, iaitu Malaysiakini terus mempertikai Datuk Seri Najib menggunakan pesawat udara kerajaan untuk bercuti. 
Kali ini lebih teruk, Malaysiakini “recyle balik” kenyataan Raja Kamarul Bahrin kononnya Najib bercuti tatkala petrol naik. Bila masa petrol naik? Sudah lima minggu harga petrol turun. Nampak sangat kenyataan Raja Kamarul Bahrin itu sudah lama dan diputar balik oleh Malaysiakini. 
Sesiapa pun menjadi Perdana Menteri di Malaysia, maka adalah menjadi haknya mengikut akta dan pekeliling menikmati cuti dan kemudahan kemudahan yang telah disediakan. 
Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri pernah bercuti selama dua bulan di luar negara pada 9 Mei 1997. Mahathir ke London, Poland, Hungary dan Russia dalam tempoh itu, bersama dengan pegawai dan pengiringnya.
12 Januari 2000, Mahathir bercuti selama dua minggu di Argentina dan kemudian ke Davos, Switzerland. 8 Ogos 2001, ke Eropah untuk lawatan peribadi selama dua minggu. 23 Jun 2002, Mahathir bercuti bersama keluarganya di Naples, Itali selama hampir sebulan. 
Semua ini adalah percutian Mahathir ketika bergelar seorang Perdana Menteri. Pada waktu itu, Mahathir menikmati kemudahan kemudahan yang ada termasuklah pesawat, pegawai dan pengiring sebagai seorang Perdana Menteri. 
Menurut Akta 237, Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 menyebut mengenai hak-hak dan keistimewaan anggota pentadbiran kerajaan ( kabinet) dan ahli parlimen.  Di dalamnya termaktub jelas mengenai gaji, elaun keraian, kenderaan rasmi, pinjaman perumahan/ kenderaan, pelantikan pegawai, pengawai keselamatan, bayaran bil rumah dan pejabat parlimen, bercuti dalam & luar negara, tuntutan perjalanan harian dan macam-macam lagi.
Bagi anggota kabinet dari Perdana Menteri hingga Timbalan Menteri, mereka layak menikmati cuti dan kemudahan setahun sekali. Tiket dan beberapa orang anak ditanggung, penginapan, bil tertentu ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. 
Menteri pergi cuti atau tidak pergi, mereka boleh tuntut kembali kos cuti luar negara sebagai ganti. Kos paling jauh London. Pernah satu ketika pekeliling kerajaan hanya melayakkan negara Asean paling jauh iaitu Laos sahaja. 
Apatah lagi kalau melibatkan  PM dan TPM. Mereka ada kelayakan tertentu termasuk menaiki pesawat kerajaan. Ia termasuk melindungi keselamatan PM dan keluarganya semasa bercuti. PM cuti ke tidak cuti, beliau tetap seorang PM. 
Kalau Pakatan Harapan memerintah apakah mereka akan pinda Akta 237 ini? Tentu sekali tidak. Pakatan Harapan menang di Selangor dan Pulau Pinang, mereka pinda Akta untuk naikkan gaji Menteri Besar, Ketua Menteri, Exco dan Adun.
Zaman Mahathir dan Anwar bercuti di luar negara dulu masih belum ada Facebook, Instagram dan aplikasi Flight Radar. Jika tidak teruk mereka kena “troll” di media sosial. 
Puak pembangkang lempar fitnah kata Perdana Menteri sewa sampai 41 suites di Bali. 26 Jun 2017, portal MetroTV.News mendakwa Datuk Seri Najib menyewa 41 Presidental Suite di St Regis, Bali. 
Kemudian sesudah membuat fitnah, portal MetroTV.News itu menulis pula Datuk Seri Najib hanya duduk di satu bilik Presidental Suites sahaja. Bila disemak kembali, MetroTV.News ini memang mempromosikan pembangkang di Malaysia.
17 Nov 2016, portal ini menyiarkan video seruan Bersih 5 yang dibuat Mahathir. Selain selepas itu, menulis berita berita yang menyokong demonstrasi Bersih 5. Maka tidak peliklah, MetroTV ini menyiarkan fitnah terhadap percutian PM di Bali baru baru ini. 
Malaysiakini, 3 Julai 2017, terus menyiarkan propaganda jahatnya untuk mempertikai pesawat yang digunakan PM semasa di Bali dan Perth. Memang itulah kerjanya portal yang mendapat pembiayaan asing dari luar. 
Mereka cerita untuk membuat rakyat membenci pemimpin sesebuah negara. Itulah nilai habuan dana sejumlah USD$35,000 yang diberikan National Endowment for Democracy, NED kepada Malaysiakini pada 2016. 
Hanya pembangkang di Malaysia yang mempertikai apa sahaja, biarpun perkara tersebut tidak patut pun dipertikai. Pernah dengar pembangkang di negara lain, pertikai kemudahan untuk PM mereka? 
Ini bukti kematangan politik pembangkang di Malaysia berada di tahap yang rendah sekali. Yang percaya cakap pembangkang ini lebih rendah lagilah tahap pemikiran mereka. 
Apa ayat yang sesuai untuk tahap pemikiran sebegitu? Sebut satu perkataan…

DAP Memang Parti Haram Pun, Sudah 5 Tahun Gagal Patuhi ROS


FB_IMG_1493941946079

Semalam, Liew Ching Tong, Ahli Parlimen DAP Kluang mengeluarkan kenyataan tuduhan bahawa wujudnya rancangan mahu mengharamkan parti DAP oleh Perdana Menteri. Tuduhan yang dibuat itu adalah tidak benar sama sekali.

Tidak wujud konspirasi. Sebenarnya DAP yang sengaja membiarkan parti mereka menjadi haram dan tidak sah dari sisi perlembagaan pendaftar pertubuhan.

Sejak 2012 lagi, DAP menjadi parti yang haram. Tangan Kit Siang dan Guan Eng sendiri yang menjadikan DAP parti haram.

Sehingga ke saat ini, status CEC DAP masih menjadi tanda tanya apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) belum mengesahkan pemilihan semua jawatan tertinggi DAP pada 29 September 2013.

Pemilihan yang dibuat Disember 2012 lalu didakwa tidak sah kerana menerima undi daripada perwakilan yang bukan lagi menjadi ahli. 120 cawangan DAP tidak mendaftar tetapi mengundi dalam pemilihan CEC. Bagaimana boleh jadi begitu? Undi hantukah?

Jumlah perwakilan yang hadir pada pemilihan CEC, 15 Disember 2012 adalah 2,576 perwakilan dan 865 cawangan. Ini yang sah. Namun hasil campurtangan Guan Eng dan Kit Siang untuk memastikan legasi mereka kekal, maka diisytihar jumlah cawangan yang hadir adalah 985 cawangan. Lebih 120 dari jumlah yang didaftarkan.

Inilah punca DAP menjadi parti haram. Bila disuruh buat pemilihan semula CEC menggunakan senarai 865 cawangan, Guan Eng dan Kit Siang takut. Takut kerana tanpa 120 “cawangan hantu” itu kemungkinan besar Kit Siang dan Guan Eng akan hilang kuasa dalam DAP.

753 orang ahli DAP dinafikan hak untuk mengundi dalam pemilihan parti yang menggunakan pakai nama demokrasi. Ini sebenarnya bukan amalan demokrasi, ini adalah amalan kuku besi.

Sekali gus, sudah 5 tahun kedudukan Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP adalah haram dan segala proses pentadbiran parti itu boleh dipersoalkan dan dipertikaikan.

Isu status DAP ini bukanlah perkara baru. Perkara tersebut dinyatakan dalam notis menurut Seksyen 16(1) di bawah Akta Pertubuhan 1966 yang telah dihantar kepada Setiausaha Agung DAP,  pada bulan April 2013. Tindakan itu dibuat mengikut Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966.

Katanya, ROS tidak berpuas hati mengenai pelantikan ahli CEC dengan betul berdasarkan penyata barisan pemegang jawatan yang dikemukakan oleh DAP.

Bukti DAP menjadi haram kerana kerja DAP sendiri adalah bila Kit Siang menangis pada 20 April 2013, di saat menjelang PRU13. Kit Siang menangis kerana bimbang DAP tidak dibenarkan bertanding pada PRU13. Menangis kononnya lambang DAP akan dihalang digunakan dan menuduh ROS aniaya DAP.

Tangisan Kit Siang adalah bukti Kit Siang mengakui kekesalan dan kesilapannya menyebabkan DAP menjadi haram. Menuduh ROS dan membuat lakonan air mata sekadar untuk raih simpati sahaja. Padahal pada waktu itu, Karpal Singh juga tidak bersetuju cara CEC DAP dikendalikan.

Jawatan yang disandang oleh Guan Eng dan Kit Siang sekarang tidak sah dari segi perlembagaan pertubuhan. Pada 1998, wujud Parti Demokratik Malaysia atau singkatannya PDM yang merupakan serpihan pada parti DAP. Apakah akan wujud parti serpihan seperti itu jika status DAP terus menjadi haram?

DAP kini angkuh dan sombong menjadi “king maker” dalam Pakatan Harapan. Bila sudah jadi parti haram, DAP tidak layak lagi jadi apa apa pun dalam Pakatan Harapan.

Sebenarnya, 37 ahli parlimen DAP pun boleh diragui status halalnya kerana kedudukan DAP yang masih lagi parti haram di sisi ROS.

Zaid Ibrahim, sebagai ahli terbaru DAP bolehlah menasihatkan agar DAP mengguna pakai logo PAN atau PPBM dalam PRU14 nanti. Jika di negara lain, sesebuah parti yang sampai 5 tahun tidak mematuhi peraturan boleh dibatalkan terus pendaftarannya.

Namun di negara demokrasi Malaysia ini, masih wujud parti DAP. Mengapa takut sangat DAP hendak buat CEC semula? Mengapa takut panggil senarai 865 cawangan itu ? Takut jawatan yang disandang selama 51 tahun secara kuku besi akan hilang.

Inilah sebenarnya parti yang paling tidak demokratik di Malaysia. Hanya dikuasai secara kuku besi oleh anak dan bapanya sahaja. Sampai jadi haram parti itu dikerjakan mereka berdua. Memang haram pun, 5 tahun dah.

Sokong cadangan SPAN. Tamatkan perkhidmatan IWK.


IWK hari ini seolah olah tidak wujud atau kurang berminat untuk mengosongkan tangki sentiasa individu.  

Jika dahulu sewaktu awal penubuhan IWK.  Pihaknya kerap menghantar bil untuk dijelaskan bayaran tanpa gagal.  Ia menyebabkan pemilik premis rajin menghubungi pihak IWK untuk mengosongkan tangki sekurang kurangnya 6 bulan sekali. 

Sejak beberapa tahun lalu pihak IWK menghentikan penghantaran Bill sebaliknya menunggu pemilik premis menghubungi mereka.  Barulah pihak IWK meminta pemilik menjelaskan Bill tertunggak selama beberapa tahun kebelakangan. 

Dengan cara ini IWK dapat menjimatkan kos yang besar. Jimat wang stem dan jimat kos pengosongan.  Jika dahulu 6 bulan sekali kini boleh lewat 4 atau 5 tahun bergantung kepada keadaan dan panggilan telefon daripada pihak pemilik rumah atau premis. 

SPAN hendaklah melihat perkara ini secara teliti kenapa banyak rumah atau premis seperti mengabaikan tanggungjawab pengosongan tangki. Sebenarnya pihak IWK yang ambil kesempatan apabila tiada permintaan daripada pemilik. 

Jika dahulu penduduk bising kerana bill diterima setiap tahun tetapi servis tidak konsisten. 

Rasanya sudah tiba masa pihak kerajaan menamatkan perkhidmatan syarikat pembentungan tersebut dan dikembalikan kepada pihak Pbt seperti zaman sebelum Mahathir dan Anwar Ibrahim.  

Dahulu peringkat permulaan IWK dikuasai oleh Anwar Ibrahim.  Tak perlu sebut nama Boss besar IWK ketika itu. 

Kaji Jalanraya ?


Menteri Yb Liu Tiong Lai mahu MAIROS kaji keadaan jalan raya kerana banyak berlaku kemalangan. 

Perlukah ada lagi kajian?

Sudah banyak kajian telah dijalankan jalan oleh Mairos dan pihak pihak konsultan luar. 

Kebanyakkan menyatakan keadaan jalan raya kita adalah punca berlaku kemalangan. 

Jalan raya negeri dan persekutuan kebanyakan adalah diasaskan oleh British dan sehingga kini masih banyak jalan tersebut terus digunakan sehingga ke hari ini. 

Kebanyakkan nya mempunyai lebar yang terhad dan sesuai pada zaman dahulu.  

Jalan yang rosak diturap semula namun ia kekal fesyen lama. Jalan bersambung dengan ladang kelapa sawit dan getah.  Lori yang membawa muatan berlebihan dari ladang banyak menyebabkan kerosakan jalan dan keadaan lori yang uzur juga menjadi penyebab kemalangan jalan raya berlaku.  Cuba lihat jalan Mersing Kluang dan lain lain yang kerap berlaku kemalangan. Semuanya sama. 

Lori pula selain masalah muatan berlebihan mereka juga mempunyai pelbagai masalah pemandu. Pemandu miliki banyak saman tertunggak, memandu di dalam pengaruh dadah dan tak kurang juga mempunyai kesan jenayah. 

Lori buruk. Kerosakan tidak di baiki, tayar botak dan penggunaan tayar tampal tidak menjadi kesalahan. 

Paling malang pemandu tiada lesen E dan lain-lain lesen.

Sikap pemandu dan pemilik kereta yang terlibat kemalangan dengan bas dan lori pun satu masalah juga.
Mereka memandu melebihi had laju. Banyak pengubahsuaian yang melampau dan boleh merosakkan struktur dan melemahkan kekuatan kereta. 

Kilang dah buat rim cantik cantik bila keluar show room pergi tukar rim cap ayam. Kononnya nak nampak sporty dan lebih low profile. 

Rim chap ayam langgar lopak pun boleh bengkok rim dan terkopek. Banyak kereta yang terlibat dalam kemalangan kebanyakan menggunakan rim cap ayam. So rentakanlah. 

Penguatkuasaan undang undang pun lemah.  Selasa lepas dalam Facebook aku sindir jpj dan bas ekspres.  Bas ekspres memecut laju memotong semua kenderaan lain termasuk 4×4 Jpj.  Tak ada pula kenderaan jpj mengejar dan menahan bas tersebut. Semalam bas dari syarikat yang sama terlibat dalam kemalangan dan meragut nyawa pemandu. 

Penguatkuasaan tu penting.  Jangan lah pegawai bersikap Kong kali Kong.  

Komplot Jahat Pengkhianat Negara


JAWAPAN RINGKAS LOKMAN ADAM KEPADA PAKAR EKONOMI MEE SEGERA BUNGA RAYA
Fitnah :
1. Siapa yang songlap duit rakyat dalam kes 1MDB.
Jawapan : Firma Audit Bebas terkemuka dunia Deloitte, PAC, Ketua Audit Negara semua dah siasat dan Audit akaun 1MDB, takde sorangpun kata duit 1MDB hilang. Yang hilang duit IPIC, yg seleweng pengurusan lama Aabar sendiri. Duit rakyat mana yang kena songlap?
2. Siapa yang kurangkan bajet pendidikan.

Jawapan : Bila Amerika menghasilkan Shale Oil, pengeluaran minyak mereka meningkat 2.5 kali ganda mengakibatkan harga minyak jatuh teruk. Hasil minyak Malaysia hilang 35.9b tahun 2016 berbanding hasil 2014.  Semua bajet kena potong semasa pendapatan merosot.  Dalam kehidupan berkeluargapun kadang-kadang kena potong bajet bila hilang pendapatan. Bila pendapatan pulih semula, apa yang dipotong nescaya akan dikembalikan In Sya Allah.
3. Siapa yang menyebabkan ekonomi Malaysia merudum.
Jawapan : Kali terakhir Malaysia berhadapan kegawatan ekonomi ialah pada tahun 1997-1998. Masa Pengerusi PPBM jadi PM dan Ketua Umum PKR jadi Timbalan PM.  Ekonomi Malaysia merudum ni definisi siapa? Mahathir ke? Zaman dia kita berhutang hingga lebih 100% berbanding KDNK pun kita tak bankrap. Apatah lagi zaman Najib yang ada disiplin ekonomi yang kuat. Kita letak syiling nak berhutang tak boleh lebih daripada 55% berbanding KDNK. Setidak-tidaknya Najib berjaya menurunkan kadar hutang kita dari 54.5% tahun 2015 kepada 52.7% tahun lepas. Takkan ekonomi merudum tahun lepas pertumbuhan ekonomi masih 4.2%. Suku terakhir naik 4.5% dan suku pertama tahun ni naik 5.6%, iaitu tertinggi dalam tempoh 2 tahun. Yang cakap ekonomi Malaysia merudum ni Prof ekonomi dari kilang Ketum ke?
4. Siapa dalang di sebalik hilangnya duit tabung haji, tabung angkatan tentera, tabung pesara, duit KWSP dan lain2.

Jawapan :  bila masa pulak duit tabung Haji,  tabung angkatan tentera, tabung pesara dan duit KWSP hilang? Cuba bawa keluar report polisnya kalau ada.  Tak habis-habis tabur fitnah, tak baca surat khabar ke? Walau teruk macamana kedudukan ekonomi global, agensi-agensi tersebut tidak pernah gagal memberi dividen dan bonus yang memuaskan untuk pencarum dan pemegang saham mereka.
5. Siapa yang hapuskan subsidi.

Jawapan : Ya Kerajaan BN yang hapus. Tapi subsidi yang macamana kita hapuskan? Kita hapus subsidi pukal yang menguntungkan golongan berada.  Contohnya subsidi gula, rakyat biasa dulu dapat subsidi 34 sen je sekilo, paling kuat satu keluarga pakai 2-4 kg sebulan. Tapi yang guna beribu kilogram gula setiap hari ialah kilang-kilang termasuklah kilang arak yang menggunakan banyak gula.  Sama juga dengan subsidi petrol, kajian Kementerian Kewangan mendapati 70% subsidi bahan bakar petrol dan diesel dinikmati oleh mereka yang berada.  Sebab lagi besar kereta mereka, lagi kuat makan minyak, lagi banyaklah subsidi yang mereka dapat dari kerajaan.  Adil ke macam tu? Itu sebabnya kerajaan tarik subsidi pukal seperti ini dan pulangkan ianya kembali kepada mereka yang betul-betul memerlukan melalui subsidi yang lebih mensasar seperti BR1M, Bantuan Persekolahan 1 Malaysia, Kad Siswa 1Malaysia, Subsidi Mendaratkan Ikan Kepada Nelayan, Subsidi Musim Tengkujuh kepada Penoreh yang tidak dapat keluar menoreh sekitar bulan November, Disember dan Januari dan pelbagai subsidi lain.
6. Siapa yang jual hak milik kekal di forest city.

Jawapan : Rata-rata orang Johor tahu bahawa tanah Johor banyak tergadai kepada rakyat asing masa Presiden PPBM menjadi MB Johor.  Daripada terus membiarkan tanah-tanah di Johor jatuh ketangan asing, strategi Kerajaan Johor mewujudkan pulau buatan manusia ditengah laut untuk dibina Forest City merupakan pendekatan diluar kotak. Rumah yang dijual berbentuk kondo mewah yang hanya memiliki status hak milik strata dan harganya sangat mahal. Setiap rumah yang dijual sebahagian besar menjadi hasil kerajaan negeri. Dana ini kemudiannya disalurkan untuk membeli tanah dan membina rumah mampu milik untuk rakyat Johor.  Saya sebagai anak Johor berbangga kerana dibawah pemerintahan MB sekarang, tanah Rezab Melayu di Johor semakin bertambah saban tahun dan bukan merosot macam masa boyfriend Nika Gee berkuasa.
7. Siapa yang robohkan dan jual tanah kem tentera Sungai Besi dan beberapa kem tentera yang lain.

Jawapan : Pengkalan Tentera Sungai Besi dah lama sudah tidak strategik sebagai pengkalan tentera. Mungkin mamat yang pertikai penjualan Kem Sg Besi ni bengang kerana syarikat kroni Tun Mahathir, YTL tidak memenangi bidaan tanah yang dikenali sebagai Bandar Malaysia itu.  Kalau YTL yang dapat, tentu depa senyap. Untuk makluman kamu, sejak zaman komunis lagi pesawat kita di pengkalan udara Sg Besi tu pernah di bom guna pelancar roket dari tepi jalan Sg Besi. Strategik apa namanya kalau pengkalan tentera kita terdedah dengan serangan musuh semudah itu? Keduanya, sedarkah kamu bahawa pesawat tentera udara ni makin lama makin besar dan makin canggih.  Maka sudah semestinya ianya memerlukan landasan yang lebih panjang dan lebar.  Mungkin pemfitnah ni tak sedar bahawa Pengkalan Udara Sg Besi ni hanya diguna oleh pesawat chesna dan peminat glider sahaja, pesawat buruk macam Charlie pun tak guna Pengkalan ini. Macam mana kita nak gunakan untuk mendaratkan pesawat baru yang jauh lebih besar? Ini belum cerita masalah lain termasuk menara kawalan dan risiko kemalangan bila pesawat membatalkan penerbang dihujung landasan.
Perlu difahami bahawa 1MDB memenangi bidaan untuk membeli tanah ini dari Kerajaan kerana 1MDB setuju dengan pelbagai syarat ketat yang diletak oleh kerajaan.  Antaranya, 1MDB perlu membina 6 kem tentera baru dan 2 kem polis baru sebelum mula membangunkan Bandar Malaysia.  Keduanya, kesemua kos pemindahan ke kem baru akan ditanggung oleh 1MDB.  Ketiga, di Bandar Malaysia ini juga akan dibina 5000 unit rumah mampu milik. YTL sanggup ke?
8. Siapa  yang jual aset strategik tenaga seperti TNB dan sebagainya.

Jawapan :  Inilah masalahnya bila Prof Kangkung bersuara.  Bila pulak kita jual TNB.  Kalau tak faham tu bukankah lebih baik berdiam diri dari mendedahkan ketidakcerdikkan kita.  Yang 1MDB jual ialah aset penjana tenaganya, iaitu Edra Energy, bukan TNB brother.  Edra cuma bekal tenaga kepada TNB.  Edra hanya menjana 14% daripada keperluan tenaga negara.  Namun, disebabkan Edra membekalkan tenaga 1 sen lebih murah dari TNB dan 9 sen lebih murah dari 4 kroni Mahathir dulu, merasa juga kita menikmati penurunan tarif masa awal 2015.  Edra menjana pulangan 5 billion setahun tau, malangnya bila mereka hendak qsenaraikan Edra di BSKL, puak-puak kalian juga yang sabotaj.  Serang 1MDB bertubi-tubi sehingga Edra tidak dapat disenaraikan.  Maka melepaslah peluang untuk Edra meraih dana yang sepatutnya membolehkan Edra mempunyai modal pusingan yang kukuh.  Kalau kalian tidak sebotaj, tak perlulah 1MDB jual Edra. 1MDB berhutang kerana beli aset, maka untuk mengurangkan hutangnya, mereka juallah aset yang menyebabkan mereka berhutang.  Berhutang salah, jual aset untuk hapuskan hutangpun salah.  Tak salah kalau kroni Mahathir dapat manafaat hasil jualan tu agaknya.
9. Siapa yang jual proton dan lotus pada China.

Jawapan : Yang mula-mula jemput Geely untuk jadi rakan Strategik Proton dan Lotus tu siapa ya? Bukan ke Mahathir dan Syed Mokhtar yang telah mengundang? Sekarang nak pertikaikan pulak? Kalau ada benda betul yang Mahathir buat, bagi saya menjual 49.9% saham proton kepada Geely adalah satu darinya.  Apa guna kalau Proton 100% milik negara tapi pasaran negara Asean pun kita tak boleh tembus semua? Asyik nak mintak suntikan modal dari Kerajaan sahaja walaupun dah berbelas billion diberikan. Sedarkah kalian, penghujung tahun lalu jualan kereta semuanya naik mendadak, tapi jualan proton merosot.  Bukankah lebih baik memiliki hanya 50.1% yang nilainya berkali ganda lebih besar daripada 100% saham proton sekarang? Lihat sahaja apa yang telah berjaya Geely lakukan bila mereka mengambil-alih Volvo.  Dari sebuah syarikat yang bermasalah, kini Volvo mampu menjual 420,000 buah kenderaan sekarang dan menjelang 2020 mereka mensasarkan untuk menjual lebih 800,000 buah kenderaan setahun.
Dengan “networking” yang Geely ada dan pasaran hampir 1.4 billion penduduk China sekarang, sudah pasti jualan proton juga akan meningkat dengan mendadak.  Bila jualan meningkat, alat ganti juga akan dibuat dengan skala yang lebih besar.  Alat ganti akan menjadi murah dan kualiti proton juga sudah pasti akan lebih baik selepas mendapat rakan strategik yang juga merupakan pemilik kereta paling selamat didunia, Volvo.  Takdelah lagi orang gelar Proton sebagai kereta yang ada masalah “power window” dan “gear box” kena tukar dua kali setahun.
10. Siapa yang kutip GST dan guna untuk bayar hutang 1MDB.
Jawapan : Ini satu lagi fitnah yang tidak berasas.  Sehingga kini, modal yang kerajaan bagi untuk 1MDB untuk memulakan perniagaan hanyalah RM1 juta dan “standby credit” sebanyak RM 950 juta yang sudahpun 1MDB bayar balik selepas kejayaan proses Rasionalisasi 1MDB.  Bila pulak duit GST digunakan untuk bayar hutang 1MDB?  Apa yang pasti, nasib baik kita ada Perdana Menteri yang sanggup ambil keputusan tidak popular dengan meneruskan perlaksanaan GST.  Kalau dia takut dimaki, dihina dan takut hilang kuasa bila rakyat marah apabila GST dilaksanakan, cuba bayangkan apa akan jadi kepada negara bila kita hilang 35.9 billion hasil minyak 2016 berbanding 2014.  GST lah yang telah menyelamatkan kita ketika itu.  Pendapatan SST tahun 2014 cuma RM14 billion lebih. Tapi selepas laksana GST, kita berjaya kutip RM 42 billion 2016.  
Nasib baik Najib berfikiran jauh. Masa beliau ambil alih jawatan Perdana Menteri 2009, kita bergantung 42% hasil negara melalui hasil petroleum.  Setelah perlaksanaan rasionalisasi subsidi dan usaha mempelbagai pendapatan negara termasuk perlaksanaan GST, kadar kebergantungan kita terhadap hasil petroleum cuma tinggal 14% sahaja tahun lepas.  Kalau otak Najib ni lembap macam Mahathir, bila harga minyak jatuh 2014, sudah pasti tahun 2015 lagi gaji kakitangan awam sudah dipotong 20% sepertimana berlaku di Brunei. Sudah pasti harga minyak dinaikkan sepertimana berlaku di Mesir, Jordan, Tunisia dan sehingga 40% di Saudi Arabia 2015. Namun, disebabkan kebijaksanaan Najib lah harga minyak di Malaysia mula diapungkan sejak 1 Disember 2014 yang mengakibatkan rakyat merasai penurunan harga minyak secara konsisten selama 2 tahun dari RM2.30 sen hingga Rm1.60 sen untuk seliter Ron95.   Kerana negara ini ditangan orang yang tahu menjaga ekonomi lah kita tidak perlu memotong gaji kakitangan awam tetapi sebaliknya menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 2 mata anaktangga pada tahun 2016.