93 Peratus Rakyat Setuju Kerajaan Tubuh RCI Siasat Kerugian GLC Zaman Mahathir


Badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mengalu-alukan langkah kerajaan kerana menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) dalam skandal dagangan mata wang asing (FOREX)  yang berlaku sekitar tahun 90-an.
Presidennya Ramesh Rao berkata pada masa itu bukan sahaja BNM mengalami kerugian tetapi banyak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga mengalami masalah dan rugi ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
Beliau dalam satu tinjauan di laman Twitter mendapati 93 peratus bersetuju supaya kerajaan menubuhkan satu lagi RCI untuk menyiasat kerugian yang dialami oleh syarikat-syarikat berkenaan pada masa itu.
“Ketika zaman kegawatan ekonomi dari sekitar tahun 1997 dan 1998, negara mengalami masalah dan pada masa itu kita menyaksikan sendiri beberapa syarikat besar menutup operasi dan terpaksa gulung tikar kerana masalah ekonomi.
“Siapa tak tahu berapa banyak syarikat besar yang tutup, itu belum lagi syarikat GLC yang banyak bermasalah pada masa itu,” katanya.
Ramesh berkata banyak juga dakwaan bahawa berlaku ketirisan dan dalam syarikat-syarikat berkenaan yang dikatakan melibatkan pihak tertentu yang salah guna kuasa dan rasuah.
Wang berkenaan ada yang digunakan untuk ‘bail out’ beberapa syarikat GLC lain pada masa itu sehingga menyebabkan aliran tidak seimbang ketika itu dalam negara.
“Berdasarkan kepada tinjauan ini, amat wajar kerajaan menubuhkan satu lagi RCI untuk menyiasat kerugian yang dialami oleh GLC ini dan mengenalpasti puncanya.
“Amat wajar juga RCI itu mencadangkan langkah dan tindakan ke atas dalang yang menyebabkan kerugian itu berlaku pada masa itu,” kata Ramesh.
Ketika ini rakyat sedang menunggu siasatan RCI Forex berjalan dan Mahathir sudah pasti akan dipanggil memberikan keterangan kepada barisan anggota RCI yang diketuai Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Ramesh Rao Krishnan Naidu

Presiden PMSP

21 Julai 2017

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: