​Trak Rafizi Tak Dapat Sambutan, Berhentilah Buat Hasutan



Pada 12 Julai lalu, Rafizi Ramli telah melancarkan jelajah dan trak untuk kempen kononnya untuk membina semula negara walaupun sebenarnya ia sekadar menabur “fitnah” dan propaganda.
Malangnya kempen Trak Bina Semula negara yang dilancarkan dan digerakkan ke beberapa lokasi seluruh negara tidak mendapat sambutan daripada orang ramai dan amat hambar.
Dalam satu kunjungan Rafizi ke Padang Rengas, Perak, pada 15 Julai lalu, sambutan  begitu hambar malah banyak ruang yang kosong.
Dek kerana mahu menutup kegagalan itu, Rafizi mengadakan siri ceramah di atas trak Bina Semula Negara itu secara langsung dalam media sosial Facebooknya sahaja. 
Dan dalam setiap ceramahnya itu, Rafizi akan menggunakan isu lama iaitu wang derma RM2.6 bilion serta 1MDB. Isu-isu yang dibangkitkannya itu sebenarnya sudah selesai, tetapi beliau tetap mahu mengambil kesempatan dengan membangkitkannya sekali lagi.
Boleh dikatakan dalam setiap ceramah Rafizi, hanya 200 orang yang hadir. Ini kerana orang ramai sudah tahu akan temberang beliau yang suka menabur fitnah dan tohmahan kepada pemimpin negara, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Rafizi sebenarnya sudah menjadi `bebanan’ kepada Pakatan Harapan kerana beliau sebelum ini telah dibuktikan bersalah di mahkamah atas dakwaan fitnah.
Jadi siapa lagi yang mahu dengar putar belit Ahli Parlimen Pandan itu? Reputasinya terjejas teruk apabila pihak yang dituduh oleh Rafizi membuat laporan polis dan menyamannya. 
Sebagai contoh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi  berhubung kenyataannya mengenai bayaran gratuiti pesara tentera.
Dan pada tahun lepas pula, Tabung Haji telah membuat laporan polis di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 499 terhadap Rafizi kerana memfitnahnya.
Itu hanyalah beberapa contoh sahaja. Kalau nak disenaraikan, ia akan menghasilkan senarai yang panjang. Dan disebabkan itulah maka orang ramai sudah `masak’ benar dengan perangai Rafizi ini.
Apa yang pasti jangan biarkan Rafizi memperdayakan rakyat Malaysia dengan cerita-cerita palsu berkenaan. 
Ini kerana melalui kepimpinan Najib, negara kini dalam landasan yang betul untuk menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020.
Jangan hancurkan apa yang cuba dibina oleh kerajaan hanya semata-mata disebabkan fitnah dan putar belit daripada pembangkang. 
Eloklah tolak Ahli Parlimen seperti ini yang gemar menghasut dan memburukkan pemimpin negara.
Tulisan : 

Beruang Biru

Isnin, BB510

24 Julai 2017

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: