Kit Siang Tidak Perlu Samakan UMNO Dengan DAP


Source: Kit Siang Tidak Perlu Samakan UMNO Dengan DAP

Advertisements

Sukan SEA 2017 Buktikan Kehebatan Dato Seri Najib


sea

18 Julai 2012, dalam satu mesyuarat The SEA Games Federation (SGF) di Myanmar, Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah Sukan Sea pada tahun 2017. Brunei sepatutnya menganjurkan Sukan Sea pada 2017 tetapi Dato Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia bersetuju agar Malaysia menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah.

 

Satu jawatankuasa dibentuk dan perancangan yang teliti dibuat sejak 2012 lagi untuk menjadi tuan rumah terbaik untuk Sukan Sea 2017. Bukan sekadar menjadi tuan rumah, Malaysia juga membuat persediaan atlet atlet yang terbaik untuk menjadi juara Sukan Sea di tanahair sendiri.

 

Hari ini merupakan hari terakhir Sukan Sea di Malaysia. Sehingga jam 11.00 pagi tadi, Malaysia sudah mendapat 142 pingat emas. Lebih 31 daripada sasaran awal iaitu 111 pingat emas. Semalam merupakan hari “hujan emas’ bagi Malaysia bila sejumlah 29 pingat emas berjaya ditambah atlet atlet negara.

 

Akhirnya pasukan negara berjaya menyahut cabaran Dato Seri Najib untuk menjadi juara di bumi sendiri. “Ingatlah anda akan bersaing di bumi sendiri, jadi mari berhempas pulas, lakukan yang terbaik bersama-sama rakyat Malaysia yang pasti akan memberi sokongan dengan penuh semangat, diiringi doa dan restu semua, tidak kira keturunan, bangsa, agama dan budaya.

 

“Mereka ingin melihat kejayaan setiap atlet, kejayaan Malaysia sebagai tuan rumah terbaik dan lebih daripada itu muncul sebagai juara temasya ini,” kata Dato Seri Najib ketika berucap pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 10  Ogos 2017.

 

Selepas 12 hari cerita Sukan Sea menjadi topik utama di Malaysia, akhirnya Sukan SEA ke-29 akan melabuhkan tirainya pada malam ini, 30 Ogos 2017. Temasya yang bertepatan dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan juga Hari Malaysia ini ternyata memahat seribu satu kenangan manis buat seluruh rakyat Malaysia.

 

Sekalung syabas dan tahniah diucapkan kepada Sekretariat Kuala Lumpur 2017 (MASOC) yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri, sebagai penasihatnya.

 

Sejak kali pertama Malaysia menjadi tuan rumah sukan ini iaitu pada 1965, inilah rekod terbaik pernah Malaysia catatkan sebagai pengelola sukan paling termahsyur di rantau ini. Ini kali kedua Malaysia menjadi juara Sukan Sea selepas menjadi juara kali pertama pada 2001.

 

Bagaimanapun, bagi tahun ini (2017), kontinjen Malaysia bukan sahaja mencatatkan kegemilangan dalam penganjuran, malah turut meletakkan rekod baru sebagai pungutan pingat emas paling banyak Malaysia dalam sukan SEA iaitu 142 pingat emas.

 

Sebagai nakhoda kepada Kuala Lumpur 2017 ini, Dato Seri Najib sentiasa mengikuti perkembangan Sukan Sea KL2017. Sentiasa hadir memberikan sokongan dan kata kata semangat kepada semua atlet Malaysia yang bertanding.

 

Ketika Malaysia sudah mengutip 61 pingat emas. Dato Seri Najib sudah merasai aura juara Malaysia. “Kita ambil maklum bahawa suasana mood negara sehari dua ini nampak ke arah lebih positif dengan terlaksananya Sukan SEA Ke-29… kita lihat sokongan rakyat memuncak di setiap venue pertandingan dan ahli sukan juga berhempas pulas capai kejayaan demi negara. Mudah-mudahan, kalau trend ini berlanjutan, Malaysia ada peluang baik untuk menjadi juara Sukan SEA,” kata Dato Seri Najib

 

Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM1.6 billion untuk menaik taraf Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi Bandar Sukan Bukit Jalil bagi menghadapi Sukan Sea 2017. Velodrom Tertutup di Nilai, tempat dimana emas ke 111 Malaysia dituai telah dibina dengan kos RM80 juta. Semua ini dibuat dan direalisasikan ketika ada pihak yang menuduh Malaysia hendak bankrup dan muflis.

 

Namun Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri terus mara ke hadapan dan tidak menghiraukan apa yang ditohmah oleh pembangkang. Beliau terus merealisasikan hasrat Malaysia untuk menjadi tuan rumah terbaik Sukan Sea dan juara Sukan Sea pada 2017.

 

Pada temasya Sukan Sea di Singapura pada tahun 2015, Malaysia sekadar mendapat 62 emas dan berada di tempat keempat. Ketika temasya 2013 di Myanmar, Malaysia mendapat 43 pingat emas dan berada di tempat kelima. Pada temasya 2011 di Jakarta, Malaysia mendapat 58 pingat emas dan berada di tempat keempat. Kali ini, sudah 142 pingat emas pada temasya 2017 di Kuala Lumpur.

 

Sukan Sea bukan sekadar menjadikan Malaysia sebagai juara sukan di rantau Asia Tenggara ini. Malah penganjuran Sukan Sea ini yang turut menyumbang kepada KDNK negara sehingga 5.8%. Kadar ini adalah antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Bermakna, Dato Seri Najib bukan sahaja memimpin Malaysia menjadi Juara Sukan Sea malah sebagai jaguh ekonomi di rantau Asia Tenggara ini.

 

Semua rakyat perlu bersama sama membantu Dato Seri Najib merealisasikan Malaysia ke arah yang lebih baik selepas acara Sukan Sea ini berakhir. Malaysia sudah berada di landasan yang betul. Kejayaan Sukan Sea dirancang sejak lima tahun yang lepas. Tiada kejayaan yang datang sekelip mata tanpa perancangan yang baik.

 

Oleh itu bersama samalah menjadikan negara kita ini lebih baik, maju dan jaguh dalam semua aspek. Usah toleh ke belakang lagi, maju ke hadapan. Bantulah Dato Seri Najib untuk mencipta lebih banyak lagi kejayaan dan pencapaian hebat di masa akan datang. Demi negara dan demi Malaysia.

Kit Siang Patut Malu Dengan Rasuah Anaknya Dan Kilang Haram Di Pulau Pinang


wp-image--1810755461

Pemimpin diktator DAP, Lim Kit Siang semalam dengan bersikap angkuhnya menyifatkan lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas jemputan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk bertemu di White House adalah satu lawatan memalukan kerana isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 

Kit Siang berkata lawatan itu akan merendahkan maruah Najib kerana kononnya dilabelkan sebagai individu disiasat oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) AS berkenaan aset yang dimiliki oleh 1MDB yang dikatakan diperolehi secara salah. Tuduhan ini tidak benar.

 

Perlu diingat, bahawa Presiden Trump sendiri menjemput Najib ke White House. Tidak sama macam Mahathir dulu semasa mahu berjumpa dengan Bush. Zaman Mahathir itu lebih memalukan.

 

Mahathir kena bayar sampai AS$1.2 juta (RM.4.4 juta pada 2002) kepada pelobi, Jack Abramoff untuk berjumpa dengan Bush. Berbeza dengan Najib, dijemput secara rasmi oleh Trump. Baca pautan ini;
https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/08/trump-jemput-najib-secara-rasmi-dulu.html?m=1

 

Sepatutnya, Kit Siang berasa lebih malu kerana anaknya sendiri iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang secara tidak bermaruah kekal sebagai Ketua Menteri walaupun dirinya terlibat dengan dua kes rasuah dan salah guna kuasa. Ini lagi memalukan.

 

Sebagai bapa, sepatutnya Kit Siang menegur dan menasihatkan anaknya supaya menarik diri, tetapi Kit Siang mempertahankan dosa rasuah anaknya. Bapa pula yang melebih-lebih mempertahankan perasuah.

 

Apakah Kit Siang mahu pertahankan anaknya sampai PRU14? Kemudian bertanding di kerusi DUN di Pulau Pinang untuk ganti tempat anaknya sebagai Ketua Menteri. Ini lebih memalukan.

 

Apa ingat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang ini hak milik keluarga Kit Siang sahajakah?

 

Mahkamah sudah ada kes dengan Guan Eng, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah ada kes dan bukti dengan Guan Eng, apa lagi yang Kit Siang mahu nafikan dengan kes anaknya itu? Percepatkanlah kes kalau rasa diri tidak bersalah.

 

Dalam isu 1MDB, Kit Siang sebenarnya menidakkan kenyataan dari DoJ sendiri bahawa Najib bukanlah subjek siasatan dalam kes saman sivil berkenaan dan bukan seorang suspek jenayah.

 

Selain itu, kes itu hanya sampai di peringkat saman dan sehingga hari ini tidak ada lagi perbicaraan dibawa ke dalam mahkamah di AS kerana dakwaan yang dibuat oleh pengadu tidak mempunyai bukti kukuh tetapi semata-mata berasaskan dakwaan jahat sahaja.

 

Kit Siang juga perlu tahu, Trump juga tidak percaya lagi dengan DoJ. Baca pautan ini ;
https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/07/presiden-amerika-syarikat-tidak-percaya.html?m=1

 

Kit Siang juga patut malu kerana di negeri yang diperintah anaknya, ada beratus kilang haram yang menyebabkan rakyat Pulau Pinang menderita. Ada yang mati dan sakit kanser kerana kilang haram.

 

Anak Kit Siang masa kecam Lynas, cakap pihak yang buat Lynas tidak berperikemanusiaan kononnya akan ada radiasi yang boleh ubah orang jadi zombie di Lynas. Tuduhan Guan Eng ini bohong. Lepas 5 tahun mana ada zombie di Lynas.

 

Kini dah ada orang mati kena kanser kerana kilang haram di Pulau Pinang. Siapa yang tidak berperikemanusiaan sebenarnya? Beri RM10,000 dan sebakul durian tidak boleh tutup isu kilang haram ini.

 

Dari menyibuk hal lawatan PM ke Amerika Syarikat, baik Kit Siang selesaikan dulu masalah asas partinya sendiri iaitu pemilihan CEC. Bila hendak dilakukan? Takut kalah kah?

 

Kit Siang kena malu, parti sendiri masih berstatus haram. Sama status macam kilang haram. Anaknya sendiri masih terpalit isu rasuah. Duduk diamlah Kit Siang, orang tanya soalan mudah pasal asal usul tempat lahirnya pun dia tidak boleh jawab.

 

Malu mengaku lahir di mana? Jawablah. Kenapa susah sangat hendak jawab lahir dulu di tempat mana? Kit Siang memang tidak tahu malu. Memang muka tak malu.

JAWAPAN KEPADA FITNAH PAKAR (EKONOMI) MEE SEGERA BUNGA RAYA..


1. Siapa yang songlap, menyamun duit rakyat dalam kes 1MDB?
Jawapan : Firma Audit Bebas terkemuka dunia Deloitte, PAC, Ketua Audit Negara semua dah pun siasat dan Audit akaun 1MDB, tidak ada sorangpun kata duit 1MDB hilang? Yang hilang duit IPIC, yang diseleweng oleh pihak pengurusan lama Aabar sendiri. Duit rakyat mana pulak yang kena songlap? Berhentikan berbohong dan menghasut!

 
2. Siapa yang kurangkan Bajet Pendidikan?
Jawapan : Bila Amerika menghasilkan Shale Oil, pengeluaran minyak mereka meningkat 2.5 kali ganda mengakibatkan harga minyak kita jatuh teruk. Hasil minyak Malaysia hilang 35.9b pada tahun 2016 berbanding dengan hasil pada tahun 2014.  Semua bajet kena potong semasa pendapatan negara merosot bukan sahaja pendidikan.  Dalam kehidupan berkeluargapun kadang-kadang kena potong bajet bila kita hilang pendapatan. Bila pendapatan pulih semula, apa yang dipotong itu nescaya akan dikembalikan InSya Allah.

 
3. Siapa yang menyebabkan ekonomi Malaysia merudum.
Jawapan : Kali terakhir Malaysia berhadapan kegawatan ekonomi ialah pada tahun 1997-1998. Itu masa Pengerusi PPBM jadi PM dan Ketua Umum PKR menjadi Timbalan beliau.  Ekonomi Malaysia merudum ini sebenarnya definisi dan kerja siapa? Mahathir bukan? Di zaman dia dulu kita berhutang hingga lebih 100% berbanding KDNK pun kita tidak bankrap, kenapa? Apatah lagi di zaman Najib yang ada disiplin ekonomi dan fiskal yang kuat. Kita letak syiling nak berhutang tak boleh lebih daripada 55% berbanding KDNK. Setidak-tidaknya Najib dan Kerajaan berjaya menurunkan kadar hutang negara kita dari 54.5% pada tahun 2015 kepada hanya 52.7% pada tahun lepas. Takkanlah ekonomi merudum tahun lepas pertumbuhan ekonomi negara masih 4.2%? Suku terakhir naik 4.5% dan suku pertama tahun ni naik 5.6%, iaitu tertinggi dalam tempoh 2 tahun. Yang cakap ekonomi Malaysia merudum dan nak bankrup ini adalah Prof Ekonomi Halimunan dari kilang ketum ke? Adoi, why must your guys insulted our people’s intelligent? Enough is enough!

 
4. Siapa dalang di sebalik hilangnya duit Tabung Haji, Tabung Angkatan Tentera, Tabung Pesara, duit KWSP dan lain2?
Jawapan :  Bila masa pulak duit Tabung Haji,  Tabung Angkatan Tentera, Tabung Pesara dan duit KWSP hilang? Cuba bawa keluar report polisnya kalau ada? Tak habis-habis tabur fitnah, anda tidak bacakah surat khabar? Atau hanya baca wasap sampai berasap telinga? Bahawa walau teruk macamana sekali pun kedudukan ekonomi global, agensi-agensi tersebut tidak pernah gagal memberi dividen dan bonus yang memuaskan untuk para pencarum dan pemegang saham mereka.

 
5. Siapa yang hapuskan subsidi?
Jawapan : Ya Kerajaan BN yang hapuskan untuk kebaikan rakyat. Tetapi subsidi yang macamana yang kita hapuskan? Kita hapuskan subsidi pukal yang menguntungkan golongan berada dan kaya. Contohnya subsidi gula, rakyat biasa dulu dapat subsidi 34 sen je sekilo, paling kuat satu keluarga pakai 2 – 4 kilogram gula sebulan. Tetapi yang guna beribu kilogram gula setiap hari ialah kilang-kilang termasuklah kilang arak dan kilang-kilang haram yang menggunakan banyak gula. Sama juga dengan subsidi petrol, kajian Kementerian Kewangan mendapati 70% subsidi bahan bakar petrol dan diesel dinikmati oleh mereka yang berada sebab lagi besar kereta mereka, lagi kuat makan minyak, lagi banyaklah subsidi yang mereka dapat dari pihak kerajaan. Adil ke macam tu? Itu sebabnya kerajaan tarik balik subsidi secara pukal seperti dan pulangkan kembali duit rakyat kepada mereka yang betul-betul memerlukan melalui subsidi yang lebih mensasar atau terfokus seperti BR1M, KL1M, Bantuan Persekolahan 1 Malaysia, Kad Siswa 1Malaysia, Subsidi Mendaratkan Ikan Kepada Nelayan, Subsidi Musim Tengkujuh kepada Penoreh yang tidak dapat keluar menoreh sekitar bulan November, Disember dan Januari dan juga pelbagai subsidi lain.

 
6. Siapa yang jual tanah hak milik kekal di Forest City?
Jawapan : Rata-rata orang Johor tahu bahawa tanah Johor banyak tergadai kepada rakyat asing sewaktu Presiden PPBM menjadi MB Johor.  Daripada terus membiarkan tanah-tanah di Johor jatuh ke tangan pelabur asing, strategi Kerajaan Johor ialah mewujudkan pulau buatan manusia ditengah laut untuk dibina Forest City yang sebenarnya merupakan satu pendekatan di luar kotak. Rumah yang dijual berbentuk kondo mewah yang hanya memiliki status hak milik strata dan harganya sangat mahal. Setiap rumah yang dijual sebahagian besar menjadi hasil kerajaan negeri. Dana ini kemudiannya disalurkan untuk membeli tanah dan membina rumah mampu milik untuk rakyat negeri Johor, baguskan?. Saya sebagai anak Johor berbangga kerana di bawah pemerintahan MB sekarang, tanah Rezab Melayu di Johor semakin bertambah saban tahun dan bukan kian merosot macam masa boyfriend dan teman tidor Nika Gee berkuasa dulu.

 
7. Siapa sebenarnya yang merobohkan dan menjual tanah Kem Tentera Sungai Besi dan beberapa kem tentera yang lain?
Jawapan : Pengkalan Tentera Sungai Besi sudah lama, usang dan sudah tidak strategik lagi sebagai pengkalan tentera udara. Mungkin mamat yang mempertikai penjualan Kem Sungai Besi ini bengang kerana syarikat kroni Tun Mahathir, YTL tidak memenangi bidaan tanah yang dikenali sebagai Bandar Malaysia itu.  Kalau *YTL* yang dapat, tentu mereka senyap dan sunyi kerana kenyang makan dedak? Untuk makluman, sejak zaman komunis lagi pesawat kita di Pengkalan Udara Sungai Besi pernah dibom beberapa kali mengguna pelancar roket dari tepi lebuh raya Sungai Besi. Strategik apa namanya kalau pengkalan tentera kita terdedah dan terbuka dengan serangan musuh semudah itu? Keduanya, sedarkah kamu bahawa pesawat tentera udara kita semakin lama semakin besar dan makin canggih. Maka sudah semestinya ianya memerlukan landasan yang lebih panjang dan lebar. Mungkin para pemfitnah dajjal ini tidak sedar bahawa Pengkalan Tentera Udara Sungai Besi hanya diguna oleh pesawat Chesna dan peminat Glider sahaja, pesawat buruk macam Charlie pun tak guna Pengkalan ini. Macam mana kita nak gunakan ia untuk mendaratkan pesawat baru yang jauh lebih besar seperti MIG29? Ini belum cerita masalah lain termasuk menara kawalan dan risiko kemalangan bila pesawat terpaksa membatalkan penerbangan dihujung landasan?
Perlu difahami juga bahawa 1MDB memenangi bidaan untuk membeli tanah tersebut daripada Kerajaan kerana 1MDB setuju dengan pelbagai syarat ketat yang telah diletak oleh pihak kerajaan. Di antaranya ialah, 1MDB perlu membina 6 buah kem tentera yang baru dan 2 kem polis baru sebelum mula membangunkan Bandar Malaysia.  Keduanya, kesemua kos pemindahan ke kem baru tersebut akan ditanggung oleh 1MDB. Ketiga, di Bandar Malaysia ini juga akan dibina 5000 unit buag rumah mampu milik. YTL atau Berjaya sanggup ke?

 
8. Siapa  yang jual aset strategik tenaga seperti TNB dan sebagainya?
Jawapan : Inilah masalahnya apabila Prof Kangkung dan Penceramah tepi longkang bersuara. Bila pulak kita jual TNB? Kalau tidak faham  bukankah lebih baik jika kita berdiam diri dari mendedahkan kebodohan kita apatah lagi menghasut? Yang 1MDB jual ialah aset penjana tenaganya, iaitu Edra Energy, bukan TNB.  Edra cuma bekal tenaga kepada TNB.  Edra pula hanya menjana 14% daripada keperluan tenaga negara. Namun, disebabkan Edra membekalkan tenaga 1 sen lebih murah dari TNB dan 9 sen lebih murah dari syarikat pembekal tenaha milek 4 kroni Mahathir dulu, merasa juga kita menikmati penurunan tarif pada awal tahun 2015 dulu, alhamdulillah. Bahawa Edra menjana pulangan RN5 billion setahun, malangnya bila mereka hendak disenaraikan di BSKL, puak-puak pembangang seperti kalian juga yang sabotaj.  Kamu serang 1MDB bertubi-tubi sehingga Edra tidak dapat disenaraikan. Maka melepaslah peluang untuk Edra meraih dana tambahan yang sepatutnya membolehkan Edra mempunyai modal pusingan yang kukuh.  Kalau kalian tidak sebotaj, tak perlulah 1MDB jual Edra itu. 1MDB berhutang kerana beli aset, maka untuk mengurangkan hutangnya, mereka juallah aset yang menyebabkan mereka berhutang. Berhutang salah, jual aset untuk hapuskan hutangpun salah. Tak salahnya ialah kalau kroni Mahathir dapat manafaat dengan percuma hasil dari jualan itu agaknya. Agaknya itu yang kalian mahu?

 
9. Siapa pula yang jual Proton dan Lotus kepada Negara China?
Jawapan : Yang mula-mula sekali menjemput Geely untuk menjadi rakan kongsi strategik Proton dan Lotus tu siapa ya sebenarnya? Bukankah Dr Mahathir Mohamad dan Syed Mokhtar Al-Bukhari yang telah mengundang mereka? Sekarang nak pertikaikan pulak bila yang berjaya sealed the deal adalah PM Najib? Kalau ada benda betul yang Mahathir buat, bagi saya menjual 49.9% saham proton kepada Geely itu adalah satu darinya. Apa guna kalau Proton 100% milik negara tapi pasaran negara Asean pun kita tak boleh nak tembus semua? Asyik nak mintak suntikan modal dari Kerajaan sahaja walaupun dah berbelas billion diberikan. Sedarkah kalian, bahawa pada penghujung tahun lalu jualan kereta semuanya naik mendadak, tapi jualan proton semakin merosot? Kenapa? Bukankah lebih baik memiliki hanya 50.1% yang nilainya berkali ganda lebih besar daripada 100% saham proton sekarang ini? Lihat sahaja apa yang telah berjaya Geely lakukan apabila mereka mengambil-alih Volvo.  Dari sebuah syarikat yang bermasalah dan hampir muflis, kini Volvo mampu menjual 420,000 buah kenderaan dan menjelang 2020 mereka mensasarkan untuk menjual lebih dari 800,000 unit kenderaan setahun. Marvelous bukan?
Dengan ‘networking’ yang Geely ada dan penguasaan pasaran hampir 1.4 billion penduduk negara China sekarang, sudah pasti jualan proton juga akan turut meningkat dan melonjak dengan mendadak. Bila jualan meningkat, alat ganti juga akan dibuat dengan skala yang lebih besar.  Alat ganti akan menjadi murah dan kualiti proton juga sudah pasti akan lebih baik selepas mendapat rakan kongsi strategik yang juga merupakan pemilik kereta paling selamat didunia, Volvo.  Takdelah lagi orang gelar Proton sebagai kereta yang ada masalah ‘power window’ dan ‘gear box’ kena tukar setiap dua kali setahun? Dan akhirnya jadi besi buruk dan tak laku untuk dijual? Baguskan teori Mahathir?

 
10. Siapa yang kutip GST dan guna untuk bayar hutang 1MDB?
Jawapan : Ada yang kufur nikmat tuduh GST diambil oleh Najib dan Rusmah untuk berjoli. Ini satu fitnah dajjal yang amat jahat dan tidak berasas samasekali. GST adalah cukai kepenggunaan bagi menggantikan SST yang menindas rakyat dan tidak berkesan, ia kutip olen pihak Kastam Diraja Malaysia bukan dibayar kepada Najib. Semua kutipan GST beresit dan diaudit.

 
Setakat hari ini, modal yang telah kerajaan berikan kepada 1MDB untuk memulakan perniagaan hanyalah RM1juta sahaja dan ‘standby credit’ sebanyak RM950 juta yang sudahpun 1MDB bayar balik selepas kejayaan proses Rasionalisasi 1MDB yang semakin giat berjalan. Bila pula duit GST digunakan untuk membayar hutang 1MDB? Itu satu kenyataan bodoh dan fitnah yang keterlaluan.

 

Apa yang pasti, nasib baik kita ada Perdana Menteri yang sanggup mengambil risiko dan keputusan tidak popular dengan meneruskan perlaksanaan GST. Juga Ahmad Maslan bekas Timbalan Menteri Kewangan 1 yang ke hulu ke hilir menjelaskan tentang GST. Kalau kedua-dua tokoh ini takut dimaki-hamun dan play safe, dihina dan takut hilang kuasa dan populariti bila rakyat marah apabila GST dilaksanakan, cuba bayangkan apa akan terjadi kepada negara ini bila negara kehilangan pendapatan RM35.9 billion dari hasil minyak pada tahun 2016 berbanding 2014.

 

Ada pemimpin pembangkang tolong top up? Haram ada bukan!? Jelas GSTlah yang telah menyelamatkan ekonomi negara pada ketika itu. Pendapatan SST pada tahun 2014 cuma RM14billion lebih sedikit. Tetapi selepas GST dilaksanakan, kita telah berjaya mengutip RM42 billion hasil cukai pada 2016. Pada tahun ini kutipan GST dijangka meningkat kepada RM51 billion. Terima kasih rakyat Malaysia.

 
Sungguh kita bernasib baik kerana Najib dan kerajaan Malaysia berfikiran jauh. Masa beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada tahun 2009, kita bergantung sebanyak 42% hasil negara melalui hasil petroleum. Setelah perlaksanaan rasionalisasi subsidi dan usaha mempelbagai pendapatan negara termasuk perlaksanaan GST, kadar kebergantungan kita terhadap hasil petroleum kini cuma tinggal 14% sahaja pada tahun lepas.

 

Kalau otak Najib dan para pemikir negara ini lembap macam Dr Klinikal Mahathir, bila harga minyak jatuh merudum pada tahun 2014, sudah pasti pada tahun 2015 dan berikutnya gaji kakitangan awam sudah dipotong sebanyak 20% sepertimana yang berlaku di Negara Brunei Darul Salam. Maka sudah pasti harga minyak dinaikkan sepertimana yang berlaku di Mesir, Jordan, Tunisia dan sehingga 40% di Saudi Arabia pada 2015.

 

Namun, disebabkan kebijaksanaan Kerajaanlah harga minyak di Malaysia mula diapungkan sejak 1 Disember 2014 yang menjadikan rakyat dapat merasai penurunan harga minyak secara konsisten selama 2 tahun dari RM2.30 sen hingga RM1.60 sen untuk seliter bagi RON95.

 

Kerana negara ini diperintah oleh tangan orang yang tahu menjaga ekonomilah maka kita tidak perlu memotong gaji kakitangan awam,  sebaliknya menaikkan gaji mereka sebanyak dua (2) mata anaktangga pada tahun 2016.

 

Bahawa fitnah itu senjata Iblis laknatullah, musuh Allah dan musuh seluruh umat manusia. Bebaskan diri dan keluarga anda dari FITNAH!

 

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Sumber: Dato’ Lokman Noor Adam, Pengarah Komukasi strategi KKM
Disunting semula oleh: Haji Naseron Ismail, Pegawai Kanan Biro IT UMNO Malaysia.

​Rafizi  Akui Parti PKR Sudah Berpecah Kepada Dua Puak


IMG-20170729-WA0026
Politik kayu tiga cara Azmin Ali turut dikecam oleh Rafizi Ramli. Kali ini kecaman dari Rafizi Ramli ini dibuat secara terbuka menggunakan kepala surat rasmi daripada PKR.

 

Dalam satu kenyataan media pada 27 Ogos 2017, Rafizi yang berjawatan Naib Presiden PKR telah menulis “apakah strategi untuk mendampingi PAS secara pragmatis itu wajar tatkala PAS mahu bertanding di semua kerusi pada PRU14”.

 
Tulisan Rafizi di bawah tajuk “Parti Terbahagi Dua” ini secara tidak langsung merujuk kepada tindakan Azmin Ali yang berdamping dengan Hadi Awang dan kemudian berdamping pula dengan Mat Sabu.

 
12 Ogos, Azmin berjumpa Hadi Awang, katanya bincang pasal PRU14. Enam hari kemudian jumpa pula dengan Mat Sabu berbincang pasal PRU14. Yang mana satu Azmin hendak bincang ini sebenarnya? Sedangkan PAN sudah buat ketetapan akan bertanding di seluruh kerusi DUN di Selangor.

 
Kemudian PAS pula mahu tanding di seluruh DUN di Selangor. Sudah pasti berlakunya pertembungan tiga penjuru dalam PRU14 di Selangor.

 
24 Ogos, PAS menerusi Sallehen Mukhyi, Pesuruhjaya PAS Selangor mengumumkan PAS akan bertanding 42 kerusi di Selangor. Selain itu, PAS juga mahu ambil kembali kerusi parlimen Gombak yang kini diwakili oleh Azmin Ali. Keadaan keadaan inilah yang disifatkan Rafizi sebagai parti PKR sudah pun terbahagi kepada dua atau sudah pecah kepada dua puak.

 
Rafizi Ramli menjadi lebih panas bila dikhabarkan Azmin memang berunding menerusi “jalan belakang” untuk memberi kerusi Gombak kepada PAS. Semua ini Azmin lakukan demi menyelamatkan tengkuknya untuk terus menjadi Menteri Besar di Selangor dengan sokongan PAS.

 
Azmin Ali menggunakan Iskandar Samad, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan ADUN PAS Chempaka untuk menyusun tempat baginya di parlimen Pandan. Azmin mahu lompat ke Pandan untuk bertanding bagi menggantikan Rafizi yang mungkin hilang kelayakan bertanding jika masuk penjara.

 
Dengan gaji sebagai Exco Kerajaan Negeri sejumlah hampir RM30,000 sebulan, Iskandar Samad akan melakukan apa sahaja permintaan Azmin. Berita ini yang buat Rafizi Ramli jadi panas dan terus mengeluarkan kenyataan media mengecam sikap Azmin yang terus bermain kayu tiga dengan PAS.

 
Selagi belum masuk ke tirai besi dan duduk di samping Anwar Ibrahim di Sungai Buloh, Rafizi masih lagi menyimpan hati untuk terus bertanding di parlimen Pandan. Sebab itu berhempas pulas Rafizi buat rayuan dan sebagainya kerana masih percaya dia mungkin akan dapat bertanding lagi di Pandan.

 
Sebaliknya, Azmin Ali dan Iskandar Samad sudah anggap Rafizi bakal “tutup buku” pada PRU14. Dengan bantuan Adam Rosly, yang sememangnya anti dengan Rafizi, Azmin menyusun langkah untuk bertanding di parlimen Pandan.

 
Azmin akan buat apa sahaja demi menyelamatkan tengkuknya sebagai Menteri Besar Selangor. Politik kayu tiga Azmin ini jelas terserlah kerana dalam masa Azmin cuba berbaik baik dengan PAS atas tiket Naib Presiden Pakatan Harapan, dalam pada itu pula Pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir membalun PAS sebagai pengacau dalam ceramah politiknya di Besut hujung minggu lepas.

 
Nampak macam berlakon, kerana Azmin merupakan anak angkat Mahathir. Mengapa dalam isu PAS ini Mahathir berlainan pendapat dengan Azmin?. Ini adalah satu drama. Bapa angkat sengaja balun PAS demi tarik undi DAP. Anak angkat pula main peranan untuk pujuk PAS pakai “jalan belakang”.

 
Mahathir sudah sanggup anggap Ketuanan Melayu tidak lagi penting baginya demi meraih undi daripada DAP. Mahathir tidak beri peluang langsung kepada PAS. Dia akan kutuk PAS habis habisan. Semua ini Mahathir lakukan kerana dia sekarang sudah bertuankan DAP.

 
Mahathir kata Ketuanan Melayu tidak relevan lagi tetapi dalam Wikipedia tulis, PPBM adalah parti yang berkonsepkan Ketuanan Melayu. Kena tukarlah selepas ini dalam Wikipedia, tulis PPBM adalah berkonsepkan Ketuanan DAP.

 
Bukan sahaja PAS, Rafizi juga kena akui kemasukan Mahathir dalam pembangkang juga turut memecah belahkan PKR. Kerosakan yang dibawa oleh Mahathir dalam pembangkang lebih besar lagi. Azmin sudah berkiblat kepada Mahathir bukan lagi Anwar Ibrahim. Sudah wujud kem pro Mahathir dan pro Anwar dalam PKR.

 
Samalah seperti apa yang Anwar pernah pesan mengenai ‘Berhati-hati jangan dipatuk dua kali… ular itu kini memakai mahkota’ pada setahun yang lepas kepada semua orang PKR bila Mahathir mula menyertai pembangkang. Memang ular ini sedang mematuk PKR sekarang ini. Mahathir kini memakai makhkota DAP dan sedang mematuk PKR buat kali ketiga.

 
Azmin Ali adalah “bisa ular” itu sekarang ini. Memecahkan PKR kepada dua puak. Selain mahukan anaknya, Mukhriz sebagai Perdana Menteri. Mahathir juga menyimpan hasrat mahu melihat Azmin Ali naik sebagai Perdana Menteri. Dengan DAP, Mahathir buat perjanjian sulit yang lain. Dengan Azmin Ali, Mahathir buat perjanjian yang lagi sulit demi anaknya sendiri dan kroninya.

 
Politik ular cara Azmin Ali dan Mahathir ini perlu dihentikan.