Bodoh nya parti komunis ini 


Parti sosialis Malaysia sewajarnya di batalkan pendaftaran sejak dulu lagi.

 

Ianya kerana dasar atau pegangan mereka tidak selari  dengan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini.

Puak puak ini sama seperti DAP yang menentang sistem Raja berperlembagaan.  Anti islam dan anti Melayu.  Ia bertentangan dengan kontrak sosial yang dipersetujui oleh datuk nenek mereka dahulu. 

KENYATAAN AKHBAR PSM – 1 OGOS 2017 :-
*​BEBASKAN PENDAFTAR PERTUBUHAN (ROS) DARIPADA MENTERI DALAM NEGERI*
Beberapa minggu ini kita melihat bagaimana Pendaftar Pertubuhan (ROS) membuli parti DAP untuk mengadakan pilihanraya parti sekali lagi. Walaupun ini tidak dapat mengugat sebuah parti seperti DAP, tetapi ia adalah satu cara untuk beralih pandangan kepada pilihanraya parti pada masa semua parti harus fokus kepada pilihanraya Umum Negara.
Ini diikuti pula oleh tindakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) baru-baru ini meminta logo Pakatan Harapan ditukar.

 
Tindakan ROS yang diletak dibawah Menteri dalam Negeri dalam kedua-dua isu ini memang menampakkan mereka telah campurtangan dalam urusan dalaman parti dan tujuannya tidak lain daripada  mengucarkacirkan keputusan parti masing-masing.

 
PSM tidak hairan dengan tindakan ROS dan PSM juga faham dan percaya semua yang dikatakan oleh DAP mengenai cara ROS beroperasi secara leka dan sebagainya adalah benar belaka.

 
PSM daripada dulu telah berkempen bahawa pengendalian parti politik harus diletak dibawah SPR (Suruhanjaya Pilihanraya). Di kebanyakan Negara lain, penubuhan parti politik, logo mereka adalah melalui suruhanjaya pilihanraya yang bebas dan berkecuali.

 
Di Malaysia, parti politik dikawal oleh ROS yang diletak dibawah Menteri Dalam Negeri yang memang berperanan untuk mengawal parti politik dan salah satu senjata yang digunakan dengan sewenang-wenangnya.

 
Sebagai contohnya, apabila MIC bergelut antara dua puak iaitu Puak Dr.Subramaniam dan mantan Presiden G.Palanivel. Pihak ROS secara teknikal telah menyebabkan puak

 

Subramaniam untuk menjadi Presiden secara teknikal dan ini juga adalah kehendak Presiden UMNO Najib Razak. Dengan cara ini puak Subramaniam terpaksa sentiasa akur kepada kehendak Presiden UMNO.

 
PSM banyak berpengalaman berurusan dengan ROS dimana pelbagai birokrasi dikenakan sengaja untuk meletihkan kita. PSM mencatat sejarah dan mengambil masa 10 tahun untuk didaftarkan dan akhirnya kita menjadi parti pertama dalam sejarah Negara menyaman Menteri Dalam Negeri pada masa itu ke mahkamah. Sehari sebelum Mahkamah Persekutuan hendak mendengar kes kami, maka satu persetujuan dicapai untuk membenarkan PSM didaftarkan.

 
Harus juga kita sedar bahawa semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri. Tengku Abdul Rahman dan Tun Hussain Onn gagal membuka satu parti baru bernama UMNO Malaysia kerana disekat oleh Menteri dalam Negeri pada masa itu yang tidak lain daripada Mahathir sendiri.

 
PSM daripada dulu menyarankan ROS harus dibebaskan daripada cengkaman Menteri Dalam Negeri dan kita harus letakkan parti politik dibawah kawalan Suruhanjaya Pilihanraya dimana pendaftaran parti politik untuk bertanding dalam pilihanraya harus satu proses yang telus, senang dan terbuka. Persoalan akan sekali lagi timbul sejauh mana bebasnya SPR. Ia memang satu isu tetapi daripada segi struktur, memang ia sepatutnya lebih berdikari daripada ROS.

 
Dalam demokrasi, kita tidak boleh meletakkan nasib parti politik pembangkang dibawah kawalan parti politik yang memerintah.
S.Arutchelvan

AJK Pusat PSM

Advertisements

Author: bintangku

blogger sopo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s