Rafizi Lembu tetapi berlidah biawak 


Apa jua yang terkeluar dari mulut lembu ini satu pun tak boleh percaya. Semua fitnah dan hasutan. 

Mai tengok video mulut celaka jahanam yang akan merosakkan minda rakyat kalau percaya kepada apa dia cakap. Mulut khurafat dan syirik. 

Advertisements

ADAKAH MAHATHIR MASIH TIDAK SEDAR APA YANG SEDANG MELANDA DIRINYA?


#SuaraMerdeka – Kebebasan . Persamaan . Keadilan


*Mahathir* melihat sesuatu perkara itu secara ‘single-mindedly’ with ‘extroverb personality’ dan secara mutlak sementara Najib melihat sesuatu perkara itu dari segi relatif dan dialectical.

Segala-galanya dalam hidup ini adalah bersifat relatif dan dialectical iaitu kompetitif, termasuk dalam persoalan akhlak, ekonomi dan politik.

Mahathir menggunakan kaedah zero-sum game. Ia adalah konsep menang semua atau tidak dapat apa-apa dan kalah segalanya. Yang menang mengambil semua; yang kalah kehilangan semuanya, itulah yang melahirkan the maverick. 
Dalam permainan seperti ini, ia adalah pertandingan hidup atau pun mati dan anda memulakan misi kamikaze untuk membunuh musuh anda atau anda yang mati di dalam pertarungan tersebut. Dalam jenis permainan seperti ini anda perlu faktor kekerasan bukannya strategi dan pada masa tertentu anda akan beroperasi seperti ‘like a bull in a china-shop’.
Sesetengah pihak menyanjung tinggi Mahathir sebagai ahli politik berstrategi yang hebat. Mereka mengatakan setakat ini Mahathir telah berjaya memenangi setiap pertempuran politik di dalam dan di luar kerajaan, beliau adalah seorang yang hebat. Pendapat anda itu sebenarnya amat mekeset sebab ‘fear factor’ terhadap Mahathir selama ini telah pun hilang.
Tetapi jika anda melakukan bedah siasat politik yang betul dan tidak berat sebelah mengenai kemenangan dan pencapaian Mahathir selama ini, anda akan melihat bahawa pergerakan beliau tidak pernah ditapis dan adalah berdasarkan strategi ‘bulldozer’ dan ancaman. Jadi apa yang begitu hebat sangat tentang perkara itu?
Terdapat cakap-cakap bahawa Najib adalah pelajar terbaik Mahathir dan Najib hebat kerana dia belajar daripada mentor yang terbaik, iaitu Mahathir. Ini konon memberikan Mahathir terlalu banyak kredit.
Sebenarnya Najib dab penyokong tegar beliau tidak pernah belajar di bawah Mahathir. Najib telah mengkaji Mahathir secara lebih terperninci. Terdapat perbezaan yang amat ketara di antara kedua dua mereka. Jika anda seorang pelajar Sun Tzu anda akan tahu dengan tepat apa yang Najib lakukan.
Atas sebab itulah jika rakan-rakan politik masih ingat bahawa sejak awal serangan Mahathir ke atas Najib, ramai penulis dan penganalisis politik dengan yakin dan konsisten mengatakan bahawa Najib akan memenangi permainan ini dengan kemenangan mutlak. (Menang semua). 
Waktu itu di media sosial tidak ramai yang membela Najib kerana terpegun dan terpukau dengan ketokohan mantan PM itu.. Penulis dan rakan-rakan adalah kumpulan pertama, ramai yang mengambil sikap tunggu dan lihat. Manakala sebahagian besarnya menyokong Mahathir tapi kini tidak lagi. Mereka sedar Mahathir sudah terlalu tua dan mudah lupa.
Tidak sukar untuk ‘membaca’ Mahathir kerana dia seperti “open old book. Apabila anda bermain permainan zero-sum maka tiada nilai-nilai moral yang jadi sandaran. Anda tidak dipandu oleh sebarang kompas moral. Apa-apa pun boleh asal matlamat menghalalkan cara, idiom yang amat popular kepada DAP dan PKR juga. 
Matlamat menghalalkan cara. Anda mesti menang dengan apa cara sekali pun sama ada dengan cara yang adil atau pun tidak, bathil atau sebaliknya. Yang penting mesti menang, tanpa mengambil kira cara bagaimana memenanginya.
Pendek kata, anda akan membuat perjanjian dengan ‘syaitan dan menjual jiwa anda’ jika itu diperlukan untuk mendapatkan apa yang anda mahukan iaitu kuasa, pangkat dan kekayaan.. 
Itulah sebabnya Mahathir tidak merasa pelik apabila dia memeluk musuh-musuh politik beliau seperti Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, atau George Soros, jika itu adalah apa yang diperlukan untuk menang. 
Dahulu Mahathir boleh mengutuk Amerika Syarikat dan memanggil mereka kaki tangan Yahudi dan Syaitan dunia kemudian pada hari ini dan seterusnya menganggap mereka sebagai rakan kongsi dalam usaha untuk menggulingkan Najib.
Anda perlu benar-benar berkulit tebal atau ‘muka tebal’ dan tidak tahu malu atau tidak ada maruah untuk bermain jenis percaturan politik yang Mahathir mainkan dewasa ini.  
Pada saya ini bukanlah tanda seorang lelaki yang hebat atau pakar strategi politik yang terbaik, ia akan memakan diri. Ini adalah tanda seorang yang desperado dalam sikap dan tindakan politik tanpa etika dan moral yang standard. 
Najib tahu dengan baik ciri-ciri Mahathir ini, dan jika anda tahu bagaimana untuk memanipulasikannya maka anda boleh mengeksploitasi kelemahan Mahathir ini untuk keuntungan anda dan organisasi yang diwakili.
Kita perlu belajar apa yang Mahathir maksudkan dan tidak apa yang dikatakan. 

Mahathir akan mengatakan satu perkara, tetapi bermaksud sebaliknya. 

Mahathir tahu bagaimana untuk menenun fakta dan fiksyen dan renda pembohongan dengan kebenaran.
Mahathir boleh bersajak sambil menangis konon Melayu mudah lupa, Melayu Mudah lupa, kerana Anwar berpakat dengan DAP. 

Kini Mahathir menyembah pula Lim Kit Siang sebab dia bukan Melayu yang pelupa?
Sebaik sahaja anda tahu bagaimana untuk memisahkan gandum atau padi dari sekam, anda akan dapat tahu niat sebenar Mahathir dan dalam kes ini ia adalah untuk menjadikan anaknya Mukhriz sebagai Perdana Menteri Malaysia at what ever cost.
Bila anda tahu matlamat tersirat Mahathir, yang bertentangan dengan matlamat tersurat beliau, anda akan tahu cara untuk menggagalkan setiap langkah beliau sebelum dia memulakannya. 
Sejak dua tahun lepas Najib telah berada di hadapan dalam permainan tersebut. Setiap langkah yang dibuat oleh Mahathir sentiasa akan gagal. Berkali kali Mahathir cuba buat’Chek Mate’ dan diulang-ulang. Tetapi Najib masih boleh senyum dan tidak goyang! Najib tidak terluka dan berduka sedikit pun.
Dengan risiko yang berbunyi seperti ‘broken record’, perlu diulangi apa sahaja yang telah dikatakan sejak lebih 30 bulan lalu sejak awal tahun 2015. Pada masa itu beberapa pihak menepisnya sebagai spekulasi semata-mata. Tetapi kini apakah yang dipanggil spekulasi itu, kini semuanya jelas, tidak abstrak lagi seperti karyawan agong dan tidak perlukan huraian apa-apa.
MAHATHIR MERANCANG UNTUK MELETAKKAN MUKHRIZ SEBAGAI PM DAN MEMBOLOT SEMUA KUASA, HARTA DAN KEKAYAAN NEGARA.
Itulah sebenarnya motif Maharhir yang berjaya digagalkan sebaik 15 para Warlords UMNO Kedah menolak Mukhriz selaku MB dan lebih awal dari itu Bahagian Kubang Pasu menolak pencalonan Mahathir untuk menjadi Perwakilan G7.
*UMNO* yang menolak dan menggagalkan misi Mahathir dan kroni-kapitalis beliau bukan Najib seorang.
*BERSATU KERANA ALLAH!* 
*SELAMATKAN MALAYSIA DARI KEMUNGKARAN POLITIK MAHAFIRAUN..*
(Rozmi Mokhtar & Naseron Ismail)

Mahathir Bongkak 


Bongkak nya Mahathir kerana enggan menerima semula permohonan Datuk Harun Idris ke dalam Umno. 

1976 Harun Idris dipecat dari Umno kerana enggan meletakkan jawatan dalam parti ekoran beberapa tuduhan rasuah terhadapnya.

Mahathir pula telah dipecat dari Umno pada 13 Mei 1969 oleh Majlis Tertinggi UMNO kerana mengkritik Tengku Abdul Rahman secara lantang.

Sewaktu Tun Razak menjadi Perdana menteri dan Datuk Harun menjadi Ketua Pemuda Umno dan Menteri Besar Selangor,  beliau telah berusaha untuk membawa balik Dr Mahathir kembali ke dalam Umno pada tahun 1972.

Datuk Harun kemudiannya  dipenjarakan dari 1 Mac 1977 sehingga 25 Julai 1981 kerana terlibat kes rasuah perlawanan tinju Muhammad Ali dengan Joe Bugner di Stadium Merdeka Kuala Lumpur 1975.

Selepas Datuk Harun Idris dibebaskan dari penjara selepas mendapat pengampunan beliau berusaha dan memohon untuk kembali ke dalam Umno tetapi ditolak oleh Mahathir. 

Kesian Tok Wan 


KUALA LUMPUR, 30 Julai 2017 (Sinar Harian) – Pengerusi Harapan tidak mustahil akan jadi orang buangan sekiranya gabungan itu gagal menang besar pada PRU14 nanti.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, bekas perdana menteri itu yang diharapkan menjadi tunjang untuk menarik pengundi terutamanya golongan veteran pastinya bakal menjadi antara orang yang akan dipersalahkan berikutan kegagalan Harapan.

Menurutnya, Bersatu yang menjadi ahli paling muda dalam Harapan cukup mudah untuk diperkotak-katikkan oleh rakan parti lebih senior seperti DAP dan PKR.

“Tun M akan dijadikan kambing hitam dalam Harapan oleh tiga rakan parti atas kegagalan rampas kuasa dari BN pada PRU nanti.

“Ini kerana pastinya parti lebih dominan dan senior seperti DAP atau PKR tidak mahu pikul beban kekalahan itu sehingga mereka mencari orang lain (Tun M) untuk dipersalahkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, dendam PKR pada Tun M berikutan pemecatan dan episod memenjarakan ketua mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim pastinya tak pernah terpadam.

Dalam pada itu katanya, keikhlasan DAP untuk berkawan dengan Tun M yang pernah menjadi musuh tradisi, tidak pernah wujud selain hanya sandiwara politik.

“Begitu juga dengan Amanah, ramai barisan pemimpin mereka pernah mempunyai sejarah hitam terutamanya Mohamad Sabu yang dua kali disumbat ke Kamunting atas ISA.

“Malahan Pakatan Harapan sendiri sudah menampak belang apabila mahu lakukan siasatan ke atas Tun M jika mereka menang PRU14 nanti,” katanya.

Nur Jazlan berkata, situasi itu membukti benar dakwaannya bahawa Pakatan Harapan ini adalah tonto politik semata-mata.

Menurutnya, Bersatu pula terlalu muda dan lemah untuk dijadikan benteng mempertahankan Tun M nanti.

“Jika semua situasi itu berlaku, sejarah gemilang Tun M selama 22 tahun pasti akan tercalar dan diperlekehkan bila menjadi kambing hitam dalam Harapan nanti.

“Tun M sepatutnya sudah berehat, biarkan anak beliau yang meneruskan perjuangan dalam politik,” katanya.

Menurutnya, beliau turut merasai nostalgia Allahyarham bapanya, Tan Sri Mohamed Rahmat yang bersama Tun M menghidupkan semula Umno selepas diharamkan pada 1988.

Katanya, biarpun Allahyarham pernah dua kali dibuang dari kabinet Tun M selepas mempertahankan beliau, namun Allahyarham tidak pernah kecewa apatah lagi berniat tinggalkan Umno kerana perjuangan parti lebih besar dari kepentingan individu.

“Malah impian Allahyarham mahu melihat Umno terus maju untuk agama, bangsa dan negara.

“Sudah tentu jika masih dalam hayat Allahyarham akan terkilan dengan perbuatan Tun M yang menggunakan Umno dan sekarang pakatan sebagai kenderaan kepentingan politik dirinya,” katanya.

Beliau juga yakin Umno masih parti paling relevan untuk membela orang Melayu dan menjadi tunjang utama menerajui pembangunan kaum lain.

“Pengundi terutamanya golongan veteran masih yakin dengan Umno dan diminta terus setia bersama Umno/BN.

“Kita teruskan bersama legasi gemilang Umno yang wujud sejak tahun 1946 dan terus kukuh sebagai parti keramat,” katanya.

 

Ingatan Mahathir kembali pulih selepas disaruk simptom TAK TAHU


Mahathir and the opposition keeps insisting that Najib is dictator and an oppressor. 

But let us look at what happened in the period between 1999 to 2004 when Mahathir was in charge and was handing power to Pak Lah.

During this 5 years period alone, Mahathir used the ISA, other coercive laws and the courts to curb the opposition. 

Ezam Mohamed Nor, Tian Chua, Saari Sungib, Lokman Noor Adam, Dr Badrulamin Bahron, Hishamuddin Rais (and for a while Raja Petra and Gobalakrishnan too) were detained under the ISA on trumped up charges of threatening national security. 

Azmin Ali was taken to court and finally sentenced to 18 months jail for perjury in 2001. 

PKR Deputy Wanita chief Irene Fernandez was also taken to court and sentenced to 12 months jail for publishing allegedly false news. 

Ezam, the Youth leader, already detained under the ISA, was taken to court on an OSA charge and subsequently sentenced to two years jail. Ezam, 

Guan Eng was already in jail as at 25 Aug 1998 – 3 months before GE12. So is Anwar.

Azmin and Fernandez, Guan Eng and Anwar, were all ruled ineligible to contest the 2004 election on the grounds of their conviction. 

Looks like Mahathir (and now Kit Siang) tak tahu or already mudah lupa.

Forget about Mahathir who has no sense of shame or hypocrisy but for Kit Siang, Azmin, Guan Eng, Anwar and the rest to forget all these shows what lying unprincipled lalangs they are. 
LSS.

—-

https://aliran.com/archives/monthly/2004a/3g.html

Skandal Forex Punca MAS Rugi


Tan Sri ​Tajudin Ramli Dedah Di Mahkamah Urusniaga Sulit Bersama Mahathir Dan Daim Untuk Selamatkan Bank Negara Malaysia
Monday, 18 September 2017 

Saham Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang di miliki oleh Bank Negara Malaysia dijual untuk membantu sebahagian kerugian kerugian FOREX yang kini terbukti berjumlah RM32.5 bilion.

* Dia diarahkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin MAS untuk membantu Bank Negara pulih daripada kerugian Forex pada tahun 1994.
Ini mulanya kejatuhan MAS – dan ia dilakukan untuk menyembunyikan jenayah. Oleh itu, Mahathir tidak berhak memberi komen mengenai pelan pemulihan semasa MAS termasuk membeli pesawat dari Boeing yang diumumkan di Amerika Syarikat.

Rujukan:
Tajudin alleges secret deal with DrM and Daim
http://www.thesundaily.my/node/173499
Malaysia Airlines (MAS) Bermasalah Sehingga Sekarang Kerana Skandal FOREX Mahathir Dan Daim – Kenyataan Mahkamah Tajudin Ramli