Azmin Bingai


Saya pun tidak tahu samada mahu menangis atau gelak dengan gelagat Menteri Besar negeri saya ini. Kalau mahu kata beliau bodoh tidak patutlah memandangkan kedudukan yang beliau ada sekarang ini cukup tinggi.

Beliau bertanya soalan, “Adakah PM memberitahu kita bahawa membantu AS membina infrastruktur lebih penting daripada membantu Sabah dan Sarawak membina jalan dan paip air?” soal Azmin.


Satu soalan yang pelik dari beliau ini, sejak bila pula kita sudah selesaikan masalah air di Selangor?. Kerana terlalu cerdik beliaulah rakyat yang bangga dengan negeri maju ini terpaksa mengusung baldi, tong dan botol plastik beratur di jalan menunggu air.

Azmin berkata ekonomi yang sedang berkembang seperti Malaysia sepatutnya membawa masuk pelaburan dan bukannya menghantar wang keluar negara.
Beliau memberikan contoh kejayaan Selangor dalam menarik pelaburan luar, misalnya pelaburan RM1 bilion daripada Ikea untuk membina pusat edaran dan agihan serantau syarikat itu di Pulau Indah.

Syukurlah kalau begitu kata MB, membawa pelaburan besar buat negeri. Tetapi jangan lupa bahawa kekayaan negeri ini adalah kerana penjualan segala harta negri yang ada termasuk pemerasan kepada anak negeri dengan pembayaran premium tanah semasa yang tidak masuk akal. Mana-mana yang ada tanah cukup usia tamat pajakan menag sudah tentu tergadai kerana tidak mampu bayar premium. 

Sejak jadi MN sudah dua kali Azmin ke German berapa billion FDI masuk.  Adakah Ikea berasal dari German?

Hebat Menteri Besar Selangor! Hebat kelentong.

Advertisements