Kesian Tok Wan 


KUALA LUMPUR, 30 Julai 2017 (Sinar Harian) – Pengerusi Harapan tidak mustahil akan jadi orang buangan sekiranya gabungan itu gagal menang besar pada PRU14 nanti.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, bekas perdana menteri itu yang diharapkan menjadi tunjang untuk menarik pengundi terutamanya golongan veteran pastinya bakal menjadi antara orang yang akan dipersalahkan berikutan kegagalan Harapan.

Menurutnya, Bersatu yang menjadi ahli paling muda dalam Harapan cukup mudah untuk diperkotak-katikkan oleh rakan parti lebih senior seperti DAP dan PKR.

“Tun M akan dijadikan kambing hitam dalam Harapan oleh tiga rakan parti atas kegagalan rampas kuasa dari BN pada PRU nanti.

“Ini kerana pastinya parti lebih dominan dan senior seperti DAP atau PKR tidak mahu pikul beban kekalahan itu sehingga mereka mencari orang lain (Tun M) untuk dipersalahkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, dendam PKR pada Tun M berikutan pemecatan dan episod memenjarakan ketua mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim pastinya tak pernah terpadam.

Dalam pada itu katanya, keikhlasan DAP untuk berkawan dengan Tun M yang pernah menjadi musuh tradisi, tidak pernah wujud selain hanya sandiwara politik.

“Begitu juga dengan Amanah, ramai barisan pemimpin mereka pernah mempunyai sejarah hitam terutamanya Mohamad Sabu yang dua kali disumbat ke Kamunting atas ISA.

“Malahan Pakatan Harapan sendiri sudah menampak belang apabila mahu lakukan siasatan ke atas Tun M jika mereka menang PRU14 nanti,” katanya.

Nur Jazlan berkata, situasi itu membukti benar dakwaannya bahawa Pakatan Harapan ini adalah tonto politik semata-mata.

Menurutnya, Bersatu pula terlalu muda dan lemah untuk dijadikan benteng mempertahankan Tun M nanti.

“Jika semua situasi itu berlaku, sejarah gemilang Tun M selama 22 tahun pasti akan tercalar dan diperlekehkan bila menjadi kambing hitam dalam Harapan nanti.

“Tun M sepatutnya sudah berehat, biarkan anak beliau yang meneruskan perjuangan dalam politik,” katanya.

Menurutnya, beliau turut merasai nostalgia Allahyarham bapanya, Tan Sri Mohamed Rahmat yang bersama Tun M menghidupkan semula Umno selepas diharamkan pada 1988.

Katanya, biarpun Allahyarham pernah dua kali dibuang dari kabinet Tun M selepas mempertahankan beliau, namun Allahyarham tidak pernah kecewa apatah lagi berniat tinggalkan Umno kerana perjuangan parti lebih besar dari kepentingan individu.

“Malah impian Allahyarham mahu melihat Umno terus maju untuk agama, bangsa dan negara.

“Sudah tentu jika masih dalam hayat Allahyarham akan terkilan dengan perbuatan Tun M yang menggunakan Umno dan sekarang pakatan sebagai kenderaan kepentingan politik dirinya,” katanya.

Beliau juga yakin Umno masih parti paling relevan untuk membela orang Melayu dan menjadi tunjang utama menerajui pembangunan kaum lain.

“Pengundi terutamanya golongan veteran masih yakin dengan Umno dan diminta terus setia bersama Umno/BN.

“Kita teruskan bersama legasi gemilang Umno yang wujud sejak tahun 1946 dan terus kukuh sebagai parti keramat,” katanya.

 

Advertisements

Author: bintangku

blogger sopo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s