ADAKAH MAHATHIR MASIH TIDAK SEDAR APA YANG SEDANG MELANDA DIRINYA?


#SuaraMerdeka – Kebebasan . Persamaan . Keadilan


*Mahathir* melihat sesuatu perkara itu secara ‘single-mindedly’ with ‘extroverb personality’ dan secara mutlak sementara Najib melihat sesuatu perkara itu dari segi relatif dan dialectical.

Segala-galanya dalam hidup ini adalah bersifat relatif dan dialectical iaitu kompetitif, termasuk dalam persoalan akhlak, ekonomi dan politik.

Mahathir menggunakan kaedah zero-sum game. Ia adalah konsep menang semua atau tidak dapat apa-apa dan kalah segalanya. Yang menang mengambil semua; yang kalah kehilangan semuanya, itulah yang melahirkan the maverick. 
Dalam permainan seperti ini, ia adalah pertandingan hidup atau pun mati dan anda memulakan misi kamikaze untuk membunuh musuh anda atau anda yang mati di dalam pertarungan tersebut. Dalam jenis permainan seperti ini anda perlu faktor kekerasan bukannya strategi dan pada masa tertentu anda akan beroperasi seperti ‘like a bull in a china-shop’.
Sesetengah pihak menyanjung tinggi Mahathir sebagai ahli politik berstrategi yang hebat. Mereka mengatakan setakat ini Mahathir telah berjaya memenangi setiap pertempuran politik di dalam dan di luar kerajaan, beliau adalah seorang yang hebat. Pendapat anda itu sebenarnya amat mekeset sebab ‘fear factor’ terhadap Mahathir selama ini telah pun hilang.
Tetapi jika anda melakukan bedah siasat politik yang betul dan tidak berat sebelah mengenai kemenangan dan pencapaian Mahathir selama ini, anda akan melihat bahawa pergerakan beliau tidak pernah ditapis dan adalah berdasarkan strategi ‘bulldozer’ dan ancaman. Jadi apa yang begitu hebat sangat tentang perkara itu?
Terdapat cakap-cakap bahawa Najib adalah pelajar terbaik Mahathir dan Najib hebat kerana dia belajar daripada mentor yang terbaik, iaitu Mahathir. Ini konon memberikan Mahathir terlalu banyak kredit.
Sebenarnya Najib dab penyokong tegar beliau tidak pernah belajar di bawah Mahathir. Najib telah mengkaji Mahathir secara lebih terperninci. Terdapat perbezaan yang amat ketara di antara kedua dua mereka. Jika anda seorang pelajar Sun Tzu anda akan tahu dengan tepat apa yang Najib lakukan.
Atas sebab itulah jika rakan-rakan politik masih ingat bahawa sejak awal serangan Mahathir ke atas Najib, ramai penulis dan penganalisis politik dengan yakin dan konsisten mengatakan bahawa Najib akan memenangi permainan ini dengan kemenangan mutlak. (Menang semua). 
Waktu itu di media sosial tidak ramai yang membela Najib kerana terpegun dan terpukau dengan ketokohan mantan PM itu.. Penulis dan rakan-rakan adalah kumpulan pertama, ramai yang mengambil sikap tunggu dan lihat. Manakala sebahagian besarnya menyokong Mahathir tapi kini tidak lagi. Mereka sedar Mahathir sudah terlalu tua dan mudah lupa.
Tidak sukar untuk ‘membaca’ Mahathir kerana dia seperti “open old book. Apabila anda bermain permainan zero-sum maka tiada nilai-nilai moral yang jadi sandaran. Anda tidak dipandu oleh sebarang kompas moral. Apa-apa pun boleh asal matlamat menghalalkan cara, idiom yang amat popular kepada DAP dan PKR juga. 
Matlamat menghalalkan cara. Anda mesti menang dengan apa cara sekali pun sama ada dengan cara yang adil atau pun tidak, bathil atau sebaliknya. Yang penting mesti menang, tanpa mengambil kira cara bagaimana memenanginya.
Pendek kata, anda akan membuat perjanjian dengan ‘syaitan dan menjual jiwa anda’ jika itu diperlukan untuk mendapatkan apa yang anda mahukan iaitu kuasa, pangkat dan kekayaan.. 
Itulah sebabnya Mahathir tidak merasa pelik apabila dia memeluk musuh-musuh politik beliau seperti Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, atau George Soros, jika itu adalah apa yang diperlukan untuk menang. 
Dahulu Mahathir boleh mengutuk Amerika Syarikat dan memanggil mereka kaki tangan Yahudi dan Syaitan dunia kemudian pada hari ini dan seterusnya menganggap mereka sebagai rakan kongsi dalam usaha untuk menggulingkan Najib.
Anda perlu benar-benar berkulit tebal atau ‘muka tebal’ dan tidak tahu malu atau tidak ada maruah untuk bermain jenis percaturan politik yang Mahathir mainkan dewasa ini.  
Pada saya ini bukanlah tanda seorang lelaki yang hebat atau pakar strategi politik yang terbaik, ia akan memakan diri. Ini adalah tanda seorang yang desperado dalam sikap dan tindakan politik tanpa etika dan moral yang standard. 
Najib tahu dengan baik ciri-ciri Mahathir ini, dan jika anda tahu bagaimana untuk memanipulasikannya maka anda boleh mengeksploitasi kelemahan Mahathir ini untuk keuntungan anda dan organisasi yang diwakili.
Kita perlu belajar apa yang Mahathir maksudkan dan tidak apa yang dikatakan. 

Mahathir akan mengatakan satu perkara, tetapi bermaksud sebaliknya. 

Mahathir tahu bagaimana untuk menenun fakta dan fiksyen dan renda pembohongan dengan kebenaran.
Mahathir boleh bersajak sambil menangis konon Melayu mudah lupa, Melayu Mudah lupa, kerana Anwar berpakat dengan DAP. 

Kini Mahathir menyembah pula Lim Kit Siang sebab dia bukan Melayu yang pelupa?
Sebaik sahaja anda tahu bagaimana untuk memisahkan gandum atau padi dari sekam, anda akan dapat tahu niat sebenar Mahathir dan dalam kes ini ia adalah untuk menjadikan anaknya Mukhriz sebagai Perdana Menteri Malaysia at what ever cost.
Bila anda tahu matlamat tersirat Mahathir, yang bertentangan dengan matlamat tersurat beliau, anda akan tahu cara untuk menggagalkan setiap langkah beliau sebelum dia memulakannya. 
Sejak dua tahun lepas Najib telah berada di hadapan dalam permainan tersebut. Setiap langkah yang dibuat oleh Mahathir sentiasa akan gagal. Berkali kali Mahathir cuba buat’Chek Mate’ dan diulang-ulang. Tetapi Najib masih boleh senyum dan tidak goyang! Najib tidak terluka dan berduka sedikit pun.
Dengan risiko yang berbunyi seperti ‘broken record’, perlu diulangi apa sahaja yang telah dikatakan sejak lebih 30 bulan lalu sejak awal tahun 2015. Pada masa itu beberapa pihak menepisnya sebagai spekulasi semata-mata. Tetapi kini apakah yang dipanggil spekulasi itu, kini semuanya jelas, tidak abstrak lagi seperti karyawan agong dan tidak perlukan huraian apa-apa.
MAHATHIR MERANCANG UNTUK MELETAKKAN MUKHRIZ SEBAGAI PM DAN MEMBOLOT SEMUA KUASA, HARTA DAN KEKAYAAN NEGARA.
Itulah sebenarnya motif Maharhir yang berjaya digagalkan sebaik 15 para Warlords UMNO Kedah menolak Mukhriz selaku MB dan lebih awal dari itu Bahagian Kubang Pasu menolak pencalonan Mahathir untuk menjadi Perwakilan G7.
*UMNO* yang menolak dan menggagalkan misi Mahathir dan kroni-kapitalis beliau bukan Najib seorang.
*BERSATU KERANA ALLAH!* 
*SELAMATKAN MALAYSIA DARI KEMUNGKARAN POLITIK MAHAFIRAUN..*
(Rozmi Mokhtar & Naseron Ismail)

Advertisements

Author: bintangku

blogger sopo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s