Skim Peduli Sihat : PAS Selangor Bidas Wanita PKR


Source: Skim Peduli Sihat : PAS Selangor Bidas Wanita PKR

Advertisements

ENAM LELAKI CETUS KESESAKAN LALU LINTAS DITAHAN POLIS


 

22886328_1706998505977116_819561888253367315_n-2
Serdang, 30 Oktober 2017 – Seramai enam orang lelaki ditahan kerana terlibat dalam satu pergaduhan sehingga mengakibatkan kekecohan serta kesesakan lalu lintas dalam kejadian di Lebuh Raya Damansara-Puchong berhadapan IOI Mall di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 1.15 petang apabila sebuah kereta Toyota Vios dinaiki lima lelaki berlanggar dengan sebuah lagi kereta Proton Satria Neo.

“Akibat perlanggaran itu, kesemua lelaki yang menaiki dua kereta terbabit bertindak turun daripada kenderaan dan bertengkar antara satu sama lain.

“Anggota peronda yang tiba ke lokasi kejadian cuba untuk meleraikan pergaduhan tersebut dan mengarahkan mereka bersurai namun tidak diendah-kan ” katanya ketika dihubungi Kosmo di sini semalam.

Satu klip video berdurasi 2 minit 46 saat yang tular di laman sosial Facebook menunjukkan kesemua enam lelaki tersebut tidak mengendahkan arahan pihak polis supaya bersurai dan mencetuskan kokecohan.

Menurut Megat Mohamad Aminuddin, keadaan bertukar cemas apabila pemandu kereta Proton Satria Neo bertindak masuk ke dalam kereta dan mengundurkan kereta dengan laju sehingga merempuh kereta Toyota Vios serta kereta peronda polis yang berada di belakang.

Tiada kecederaan yang berlaku akibat tindakan pemandu Proton Satria Neo tersebut.

Kesemua yang ditahan berumur dalam lingkungan 40-an dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang untuk tindakan lanjut.

Sumber : Kosmo

#JEMIN_BANGGA_50_JUTA_UNTUK_TVET_SELANGOR #BAJET2018


Jemin dengan bangganya tweet siap tag Perdana Menteri bahawa dia sediakan 50 juta untuk TVET di Selangor berbanding 4.5 juta yang diumumkan oleh DS Najib Razak untuk seluruh Malaysia.
Salah info tu min.
Yang sebenarnya bukan 4.5 juta min. Tetapi 4.9 bilion yang diperuntukan untuk pelan induk TVET.
4.5 juta yang dimaksudkan tu untuk biasiswa je baru. Ape le Jemin ni.
Kita tidak tahu apa yang Jemin buat masa PM tengah bentang bajet dan siapa penasihat dia.
Jika penasihat dia yang salah, ada baiknya dia pecat penasihat dia tu. Malu kot, dah ler tweet siap tag PM, salah plk tu.
Tapi kalau dia sendiri yang salah, elok juga dia pecat diri sendiri. Lagi la malu.
Dah la naikkan gaji sendiri mengalahkan gaji Perdana Menteri. Lepas tu, dengar pembentangan bajet pun salah. Macam takde kelayakan je min.
Video: https://www.facebook.com/abuaqif.alaman/posts/2052484824985304

VISI EKONOMI SAYA UNTUK MALAYSIA


Oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak

https://www.najibrazak.com/bm/blog/ke-arah-malaysia-yang-lebih-kuat-dan-berdaya-saing/

24hb Oktober 201

1. Semakin kita menghampiri Bajet 2018, saya ingin berkongsi cabaran yang telah Malaysia hadapi beberapa tahun kebelakangan ini, dan bagaimana usaha telah dilakukan untuk memacu negara ke arah masa depan yang makmur, mampan dan inklusif untuk semua.

2. Saya ingin ambil kesempatan ini untuk menerangkan pandangan saya sebelum pembentangan Bajet pada Jumaat ini serta perancangan yang bakal diumumkan, untuk manfaat rakyat Malaysia.

3. Penglibatan saya ke dunia politik adalah secara mengejut dan tidak dirancang selepas pemergian ayahanda saya, Tun Abdul Razak Hussein, ketika saya berusia 23 tahun.

4. Allahyarham merupakan idola saya, melihat pencapaian dan dedikasi berterusan beliau untuk melihat kemajuan negara serta rakyat Malaysia. Lantas, matlamat saya dalam hidup adalah melakukan yang terbaik untuk mengikuti jejak langkahnya dan berkhidmat demi negara.

5. Seperti Allahyarham Ayahanda, saya juga bercita-cita meletakkan Malaysia di pentas global; dan menjadi antara 20 negara teratas di dunia menjelang 2050. Tiada pencapaian yang lebih hebat daripada meletakkan Malaysia di landasan terbaik untuk masa depannya. Itulah visi saya untuk inisiatif Transformasi Nasional 2050 (TN50).

6. Dan kini kita telah berjaya mencapai pelbagai kemajuan. Itulah sebabnya Bank Dunia memberi sokongan terhadap apa yang dilakukan oleh Kerajaan, dan menyatakan dalam laporan negara terkini mereka bahawa: “Ekonomi Malaysia sedang berkembang dari kedudukan yang kukuh.”

7. Walau bagaimanapun, ketika saya menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009, cabaran ekonomi yang kita hadapi adalah amat besar. Semasa saya mengambil alih jawatan tertinggi negara pada April tahun itu, kita sedang berada di tengah kemelesetan global yang paling teruk sejak tahun 1930-an. Dasar ekonomi terbuka dan kebergantungan kita kepada perdagangan antarabangsa menyebabkan Malaysia terjejas teruk. Eksport kita menurun 20% sementara ekonomi kita menguncup dengan ketara sebanyak 6.2% pada suku pertama tahun 2009.

8. Kita dibelenggu oleh isu-isu struktur dan legasi serius, dan ini antara lain mengakibatkan gaji rendah yang gagal menyaingi inflasi, harga kereta yang mahal, kadar kemiskinan yang tinggi, ketidaksamaan pendapatan, kenaikan kadar tol lebuh raya yang kerap, penurunan standard pendidikan, pengangkutan awam yang teruk, perjanjian Loji Kuasa Bebas (IPP) yang berat sebelah, serta kapitalisme kroni yang berleluasa. Kesemua ini memberi kesan buruk terhadap kebajikan rakyat.

9. Kita juga terlalu bergantung kepada minyak, gas dan komoditi, manakala pembangunan negara tidak sama rata, dengan Sabah, Sarawak dan Negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia ketinggalan. Situasi ini memerlukan tindakan tegas dan hala tuju yang jelas.

10. Oleh itu, tindakan pertama yang kita lakukan adalah untuk segera melaksanakan dua pakej rangsangan ekonomi besar bernilai RM67 bilion bagi menyalurkan wang ke dalam ekonomi kita, demi memulihkannya dan menyelamatkannya dari penguncupan yang lebih mendalam.

11. Melalui tindakan ini, kita berjaya menyelamatkan rakyat Malaysia daripada kesengsaraan melalui kemelesetan teruk, sepertimana yang berlaku pada 1997. Waktu itu, Bursa Saham Kuala Lumpur jatuh lebih daripada 50 peratus, beribu-ribu kehilangan pekerjaan, perniagaan bankrap, dan ramai menderita.

12. Kemelesetan Global 2008-2009 telah memberi kesan cukup mendalam kepada banyak negara, termasuk negara maju yang masih belum pulih hingga hari ini. Namun, atas tindakan pantas yang kita ambil, rakyat Malaysia secara amnya terlindung daripada mengalami kesannya. Ia sama sekali tidak seperti tahun 1997.

13. Walaupun pakej rangsangan yang diperkenalkan ketika itu menyebabkan kenaikan sebanyak 10% dalam nisbah Hutang-KDNK kita ke paras melebihi 50%, namun langkah-langkah ini berjaya, dan Malaysia telah pulih dengan cepat. Menjelang akhir tahun itu, ekonomi kita telah kembali berkembang. Ini adalah satu pemulihan yang cukup mengagumkan.

14. Nisbah itu seterusnya stabil di bawah 55%, yang jauh di bawah tahap negara-negara yang maju – misalnya tahun lepas nisbah di UK hampir 90%. Walau bagaimanapun, pihak pembangkang cuba menggunakan peningkatan hutang ini untuk mengelirukan rakyat Malaysia dan mendakwa kita akan bankrap. Ini langsung tidak masuk akal. Pada tahun 1986, nisbah Hutang-KDNK Malaysia mencapai 103%, dan kita tidak pula muflis pada waktu itu! Ini menunjukkan bahawa apabila pembangkang bercakap tentang ekonomi, mereka hanya menyebar propaganda dan pembohongan yang terang-terangan untuk kepentingan politik mereka yang mementingkan diri sendiri. Ini namanya – sabotaj ekonomi.

15. Kedua, kita sedar bahawa kita perlu melakukan pembaharuan yang luas. Kita juga sedar bahawa untuk keluar daripada perangkap pendapatan sederhana dan mencapai matlamat menjadi negara berpendapatan tinggi, kita perlu mempunyai perancangan ekonomi yang menyeluruh dan berhemah- sebuah pelan tindakan, dengan petunjuk prestasi utama dan hasil yang boleh diukur supaya dapat menguji kemajuan dan memastikan kita terus berada di landasan yang tepat.

16. Pelan itu adalah Program Transformasi Negara, dengan komponen utamanya, Program Transformasi Ekonomi, atau ETP. Sesetengah orang menggelarnya “Najibnomics” – bukan saya yang berikan nama tersebut! Tetapi saya boleh terima penggunaan istilah ini oleh orang ramai, kerana selepas tujuh tahun, kita dapat melihat bahawa rancangan ini – yang meletakkan kepentingan rakyat Malaysia sebagai asas dan matlamat utamanya – telah berjaya dilaksanakan, dan akan terus dilaksana.

17. Pendapatan Negara Kasar telah meningkat hampir 50%. Kita juga telah mengurangkan jurang sasaran pendapatan tinggi, dari 33% kepada 19%.

18. 2.26 juta pekerjaan telah diwujudkan, di mana lebih satu juta daripadanya adalah pekerjaan berpendapatan tinggi.

19. Mac lalu, eksport kita mencecah RM82.63 bilion – angka bulanan tertinggi bagi eksport Malaysia yang pernah direkodkan.

20. Inflasi dan pengangguran kekal rendah. Oleh kerana dasar luar negara, kita telah berjaya menarik Pelaburan Langsung Asing pada tahap yang belum pernah terjadi sebelum ini, yang menunjukkan keyakinan dunia terhadap Malaysia.

21. Pada tahun 2017 sahaja kita telah melihat 14 MOU perniagaan antara Malaysia dan China bernilai RM144 bilion, 31 MOU perniagaan antara Malaysia dan India bernilai RM158.4 bilion, serta pelaburan USD7 bilion di Malaysia oleh Saudi Aramco. Ini membawa bersamanya beribu-ribu pekerjaan baru, pemindahan kemahiran, dan peningkatan taraf hidup untuk keluarga yang tidak terhitung jumlahnya.

22. Dan pada masa sama, meskipun terdapat kegawatan besar dalam ekonomi global, kejutan kejatuhan harga minyak, dan kemelesetan yang melanda kebanyakan negara Eropah yang hampir memusnahkan beberapa negara, kita telah mencatatkan pertumbuhan yang sihat, tahun demi tahun. Bank Dunia baru-baru ini menyemak semula ramalan mereka untuk pertumbuhan Malaysia kepada 5.2% untuk tahun 2017 – kali kedua mereka melakukannya tahun ini!

23. Ini sebahagian daripada kejayaan utama Kerajaan dan berjuta-juta rakyat Malaysia yang bekerja keras di bawah rancangan yang kita rencanakan pada tahun 2010.

24. Tetapi terdapat banyak lagi langkah-langkah yang lebih spesifik yang diambil oleh Kerajaan untuk memperbaiki standard dan membantu rakyat.

25. Kita telah memperkenalkan pelan pendidikan untuk sekolah dan universiti; dan sekarang kita dapat melihat kedudukan universiti-universiti kita di peringkat antarabangsa mula meningkat dengan mantap.

26. Malaysia adalah negara pengguna jalan raya, dan sebab itulah kita menggalakkan Khazanah Nasional dan KWSP membeli PLUS Expressway secara langsung pada tahun 2010 daripada pemegang swasta. Ini bermakna setiap ringgit yang dikutip kini kembali sama ada kepada Kerajaan atau kepada pemegang akaun KWSP.

27. Lebuhraya milik PLUS seperti Jambatan Pulau Pinang, Second Link dan Lebuhraya Utara-Selatan juga tidak mengenakan kenaikan tol sejak pembelian pada tahun 2010.

28. Pada masa sama, jalan raya juga telah dinaik taraf – contohnya, sebahagian besar Lebuhraya Utara-Selatan telah dinaik taraf menjadi tiga atau empat lorong berbanding dua lorong pada masa lalu.

29. Walaupun begitu, aspek lain pengangkutan awam telah diabaikan oleh salah seorang pemimpin dahulu. Beliau membazirkan berbilion-bilion ringgit dalam projek “vanity” dan bukannya membina infrastruktur kelas dunia yang diperlukan oleh Malaysia untuk menarik pelabur mahupun untuk kesejahteraan rakyat.

30. Di bawah Kerajaan saya, fasa pertama projek Mass Rapid Transit telah siap pada akhir tahun lepas, dan fasa kedua Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang telah dilancarkan pada bulan Julai. Kini, kita mempunyai rangkaian perkhidmatan sepanjang 51 kilometer dengan 31 stesen.

31. Projek-projek ini mencipta 130,000 pekerjaan baru, di mana 70,000 adalah pekerjaan langsung. Lebih mengagumkan lagi, projek-projek ini siap lebih awal daripada jadual dengan penjimatan sebanyak RM2 bilion. Kini MRT 2 dan 3 turut berada dalam perancangan, manakala dalam masa beberapa tahun lagi kita juga akan mempunyai laluan kereta api berkelajuan tinggi pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Singapura. Ini akan mengurangkan masa perjalanan antara dua bandar raya ini kepada 90 minit berbanding lebih daripada empat jam dengan kereta.

32. Tetapi tumpuan bukan sekadar untuk Lembah Klang atau pantai barat sahaja. Lebih daripada itu, tumpuan kita adalah untuk kawasan-kawasan lain di Malaysia yang telah diabaikan terlalu lama. Kita inginkan pembangunan yang lebih adil, lebih inklusif, dan meningkatkan semua sektor penduduk dan kawasan di negara kita.

33. Mengambil contoh Kelantan, yang telah dianak tirikan dan disekat dana pembangunan serta tidak dinaikkan taraf infrastruktur air mereka selama beberapa dekad oleh seorang bekas pemimpin kerana ia diperintah oleh parti pembangkang.

34. Bagi saya, ini tidak adil, kerana air bersih adalah penting untuk kehidupan dan adalah hak semua rakyat Malaysia. Oleh itu, kita telah membantu Kelantan dengan perjanjian penstrukturan semula air tahun lepas yang akan menelan belanja lebih daripada RM1 bilion.

35. Rakyat di Kelantan juga menderita akibat hubungan pengangkutan yang teruk – ramai terpaksa menanggung perjalanan kereta perlahan, sesak dan berbahaya semasa perjalanan antara negeri.

36. Bagi menangani hal ini, Kerajaan membina Lebuhraya Central Spine Road bebas tol bagi menghubungkan Kelantan dengan seluruh Semenanjung, manakala fasa 3 Lebuhraya Pantai Timur akan dilanjutkan ke Kelantan.

37. Projek Laluan Keretapi Pantai Timur atau ECRL pula akan menjadi satu lagi “game-changer” untuk negeri-negeri pantai timur.

38. Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan Persekutuan sebelum ini tidak pernah menyediakan begitu banyak peruntukan tahunan dan projek pembangunan bagi mereka. Sebagai contoh, Lebuhraya Pan Borneo akan menjadi pemacu utama bagi pembangunan dan perhubungan di Malaysia Timur.

39. Saya berusaha untuk bersikap adil kepada semua negeri – termasuk yang dipegang oleh pembangkang. Misalnya, Kerajaan telah membuat perjanjian penyusunan semula air dengan Pulau Pinang dan Selangor untuk membantu mereka mengurangkan hutang negeri dan menyediakan pembaharuan infrastruktur bekalan air yang diperlukan.

40. Dalam kes Pulau Pinang, pakej penstrukturan semula air pada tahun 2010 melibatkan bantuan kepada kerajaan negeri bagi mengurangkan hutang mereka sebanyak RM655 juta, sambil memberi mereka geran tambahan RM1.2 bilion untuk membesarkan lagi empangan. Ini membolehkan Kerajaan Negeri DAP bermegah bahawa kononnya mereka telah mengurangkan hutang negeri mereka sebanyak 95%, padahal ini sebenarnya disebabkan oleh usaha Kerajaan Persekutuan.

41. Usaha kita memastikan semua rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada ekonomi yang semakin meningkat telah memperlihatkan pengurangan yang menakjubkan dalam kadar kemiskinan. Kemiskinan tegar di Malaysia jatuh dari 3.8% pada tahun 2009 kepada hanya 0.4% pada 2016. Di Sabah sahaja, kita berjaya mengurangkan kadar daripada 19.7% pada tahun 2009 kepada hanya 2.9% pada tahun lepas.

42. Pendapatan per kapita rakyat juga meningkat daripada RM27,819 pada tahun 2010 kepada RM40,713 pada tahun 2017. Pendapatan median bulanan pula meningkat daripada RM4,585 pada tahun 2014 kepada RM5,288 pada 2016. Dan kita juga telah melihat peningkatan dalam pendapatan isi rumah B40 – yang telah meningkat kepada RM3,000 pada 2016 daripada RM2,629 pada tahun 2014.

43. Sebagai hasilnya, nisbah GINI kita – yang mengukur kesaksamaan pendapatan – turun daripada 0.441 pada tahun 2009 kepada 0.399 tahun lepas, yang paling rendah dalam sejarah Malaysia. Kesaksamaan pendapatan Malaysia tidak pernah lebih baik daripada masa kini.

44. Pada masa yang sama, kita sedar bahawa isu kos sara hidup memberi kesan paling tinggi kepada mereka yang berpendapatan rendah, dan inilah sebabnya kita mengagihkan RM5.36 bilion dalam Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M kepada 7.28 juta isi rumah pada tahun 2016 dan juga memperkenalkan gaji minimum.

45. Seorang bekas pemimpin baru-baru ini menyifatkan BR1M sebagai penyalahgunaan dana kerajaan – tetapi dia seharusnya cuba nyatakan sebegitu kepada para penerima. Ia sebenarnya amat kejam untuk sesiapa sahaja dalam pembangkang untuk bercakap mengenai menghapuskan satu program yang direka khusus untuk membantu mengurangkan beban berjuta-juta rakyat Malaysia.

46. Semua yang kita lakukan adalah untuk kebaikan rakyat. Dan ini termasuk melaksanakan banyak keputusan yang sukar tetapi perlu dilakukan walaupun tidak selalunya popular.

47. Kita perlu merasionalisasi subsidi yang tidak tersasar. Subsidi pukal pada pelbagai barangan seperti petrol, yang telah dimulakan pada zaman seorang bekas pemimpin terdahulu, telah melonjak menjadi kadar yang tidak mampan. Pada 2012 misalnya, subsidi bahan api sahaja mencapai RM25 bilion dan menelan 13.6% daripada jumlah belanjawan negara.

48. Kebanyakan yang mendapat faedah adalah golongan yang berada, dan bukan mereka yang betul-betul memerlukannya. Oleh itu, apa yang telah kita laksanakan adalah menyalurkan dana kepada golongan B40 dengan cara yang disasarkan, yang kita percaya adalah cara yang lebih bijak dan beretika untuk mengagihkan wang rakyat.

49. Kita perlu mengurangkan kebergantungan kita terhadap pendapatan daripada minyak dan gas yang menyumbang sebanyak 41% daripada pendapatan Kerajaan pada tahun 2009. Ini menyebabkan kita terdedah dan terlalu bergantung kepada sumber yang tidak boleh diperbaharui, yang masa depan jangka panjangnya juga diragui tatkala banyak negara dan industri telah beralih kepada penyelesaian tenaga hijau.

50. Kita berjaya dalam hal ini, dan minyak dan gas kini hanya membekalkan 14.6% daripada hasil Kerajaan pada 2017. Ternyata kita bernasib baik dengan keputusan awal yang dilaksanakan dengan berlakunya kemelesetan harga minyak dunia pada tahun 2014.

51. Kali terakhir harga global bagi eksport komoditi utama Malaysia jatuh adalah pada tahun 1985. Pada masa itu kita tidak bersedia dan ekonomi kita mengalami kemelesetan teruk.

52. Walau bagaimanapun, kali ini kita lebih bersedia berikutan ketegasan Kerajaan untuk memastikan daya tahan asas ekonomi kita. Meskipun kita turut terjejas akibat kejatuhan harga minyak dunia pada 2014, namun tidak seperti negara-negara pengeksport minyak lain, Malaysia bukan sahaja berjaya mengelakkan kemelesetan tetapi ekonomi kita terus berkembang.

53. Salah satu langkah yang menjadi penyumbang utama kepada perkara ini adalah pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan, atau GST – yang menjadi salah satu sumber serangan utama pembangkang terhadap kerajaan.

54. Ramai mendakwa bahawa GST adalah cukai baharu, dilaksanakan semata-mata untuk meraih lebih banyak pendapatan untuk Kerajaan. Sebenarnya, ia adalah pengganti kepada cukai jualan dan perkhidmatan yang tidak cekap, rumit dan tidak berfungsi dengan baik, sama ada untuk pengguna ataupun perniagaan.

55. Seandainya niat kerajaan adalah untuk meningkatan pendapatan, adalah lebih mudah jika kita meningkatkan cukai korporat, cukai pendapatan dan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada.

56. Sebaliknya, sejak saya menjadi Menteri Kewangan pada 2008, kita telah mengurangkan cukai korporat daripada 27% hingga 24%. Kadar cukai pendapatan peribadi juga telah jatuh, daripada 28% pada tahun 2008 kepada 24% sekarang untuk kebanyakan rakyat Malaysia.

57. Kita juga menaikkan nilai ambang cukai pendapatan supaya mereka yang pendapatannya adalah RM4,000 atau kurang, tidak lagi perlu membayar sebarang cukai pendapatan. Ini bukan seperti dulu di mana mereka yang mempunyai gaji RM2,000 tetap dikenakan cukai.

58. Oleh itu, GST tidak sepatutnya dianggap sebagai cukai tambahan baru tetapi sebahagian daripada pembaharuan cukai menyeluruh yang direka untuk menjadikan Malaysia lebih berdaya saing, dapat mengawasi ekonomi hitam dan haram, serta mengurangkan pengelakan cukai dan meluaskan asas percukaian negara.

59. Banyak negara lain seperti India dan Mesir turut ikut serta jejak Malaysia semenjak kita melaksanakan GST pada tahun 2015. Sementara itu, semua Negara Kerjasama Teluk – Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi, dan Emiriah Arab Bersatu – akan melaksanakan GST mereka pada 1 Januari tahun depan.

60. Malah, perancangan ekonomi kita telah membolehkan kadar GST Malaysia hanya 6% – jauh lebih rendah daripada negara-negara lain yang tidak berkongsi asas ekonomi yang kukuh seperti kita.

61. Kebanyakan negara – lebih daripada 160 di seluruh dunia – telah melaksanakan GST kerana mereka tahu ia diperlukan untuk menjadikan negara mereka lebih kuat dan lebih berdaya saing. Anehnya, pihak pembangkang mendakwa tidak memahami perkara ini. Mereka mahu memansuhkan GST – tetapi tanpa cadangan bagaimana mereka akan menggantikan RM41 bilion yang dijana oleh GST pada tahun lalu.

62. Saya juga ingin menegaskan bahawa dakwaan yang menyatakan GST diperlukan bagi membayar untuk 1MDB adalah satu pembohongan besar – pembohongan yang disedari sendiri oleh ahli politik yang membuat dakwaan tersebut.

63. 1MDB sebenarnya memainkan peranan penting dalam menyelesaikan perjanjian kuasa berat sebelah yang telah ditandatangani oleh seorang bekas pemimpin. Apabila 1MDB memasuki industri itu, ia adalah pembida terendah dalam semua perjanjiannya, dengan itu menjimatkan Malaysia sebanyak RM200 bilion dalam 20 tahun akan datang. Malah, satu laporan firma penyelidikan mengenai perjanjian kuasa yang disemak semula ini diberi tajuk “Tiada lagi perjanjian pilih kasih”.

64. 1MDB juga telah membiayai pembinaan dan penambahbaikan lapan pangkalan tentera yang tidak dapat dilakukan oleh kerajaan pada masa dahulu. Ia juga telah membiayai beribu-ribu biasiswa dan perjalanan Haji untuk para jemaah.

65. Memang benar bahawa 1MDB mempunyai masalahnya, dan kita telah mengambil tindakan merombak pengurusan untuk membetulkan kesilapan dan mengembalikannya kepada keadaan kewangan yang sihat.

66. Tetapi apabila perjanjian projek Bandar Malaysia ditandatangani, 1MDB dijangka akan membuat keuntungan yang lebih daripada cukup untuk menanggung kerugiannya. Dan pembohongan bahawa rakyat perlu menanggung akibat daripada keputusan 1MDB akan terkubur. Ini kerana selepas program rasionalisasi selesai, 1MDB berkemungkinan besar akan menjana keuntungan untuk rakyat, dan ini tidak termasuk segala usaha tanggungjawab sosial korporat yang telah dilaksanakannya selama bertahun-tahun.

67. Akhir sekali, saya juga ingin menyentuh mengenai isu mata wang kita, Ringgit Malaysia. Apabila Amerika Syarikat mengalami kesan akibat Kemelesetan Besar pada 2008-2009, mereka mula menurunkan kadar faedah – yang menyebabkan banyak dana global mengalihkan dana mereka ke negara-negara seperti Malaysia untuk mencari pulangan yang lebih tinggi.

68. Ringgit kita menerima manfaat daripada ini dan telah meningkat 30% daripada RM3.73 untuk USD1 apabila saya pertama kali menjadi Perdana Menteri, kepada paras bawah RM3.00 pada 2011-2013. Walau bagaimanapun apabila AS mula pulih daripada kemelesetan, mereka mula menaikkan kadar faedah sekali lagi.

69. Ini, ditambah pula dengan kejatuhan harga komoditi yang drastik, menyebabkan Ringgit kita menurun ke nilai semasa – satu lagi topik yang digunakan pembangkang untuk mengkritik kerajaan.

70. Adalah aneh bahawa pembangkang kini mendakwa bahawa Ringgit yang lemah ini merupakan tanda bahawa Malaysia akan bankrap – walhal ketika PRU13, pembangkang juga mendakwa bahawa Malaysia akan muflis meskipun Ringgit telah meningkat 30% berbanding dolar AS!

71. Menambat Ringgit dan melaksanakan semula kawalan modal adalah perkara paling mudah untuk saya lakukan. Namun, setelah mengalami kekurangan pelaburan selepas mengenakan kawalan modal dan menambat Ringgit dari tahun 1998 hingga 2005, keputusan dibuat untuk tidak melakukannya lagi.

72. Benar, nilai Ringgit menurun di tengah-tengah pergolakan global dan ketidakpastian sejak 2014, tetapi terdapat juga aspek positif daripadanya apabila eksport dan pelancongan kita meningkat tinggi.

73. Meskipun ada yang memberikan tanggapan bahawa ia lemah, prestasi Ringgit Malaysia sebenarnya lebih baik daripada mata wang banyak negara pengeksport komoditi besar yang lain. Sejajar dengan prestasi ekonomi kita yang terus baik – seperti ramalan semua pakar ekonomi – Ringgit akan turut mengukuh pada kadar pasaran yang sesuai.

74. Anda tidak akan mendengar tentang semua ini daripada pembangkang atau seorang bekas pemimpin negara yang taksub dengan kuasa dan mahu terus memerintah meskipun dalam persaraan, dan menyalahkan saya atas kekalahan anaknya dalam perlumbaan untuk menjadi Naib Presiden UMNO pada tahun 2013.

75. Saya enggan mematuhi cara beliau kerana saya yakin bahawa Malaysia memerlukan visi baru, jauh dari cara lama yang telah membawa kepada masalah legasi yang serius yang kita hadapi sebelum ini serta membawa kesan buruk terhadap kebajikan rakyat.

76. Sebagai sebuah negara, kita perlu beralih ke fasa seterusnya untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi di mana taraf hidup dan kualiti kehidupan rakyat Malaysia menjadi keutamaan. Ini adalah wawasan saya untuk Malaysia –perjuangan yang lebih besar daripada diri saya sendiri. Malaysia seringkali membuktikan ia mampu mencapai prestasi yang lebih baik daripada jangkaan dan saya yakin dan percaya akan potensi besar kita sebagai sebuah negara.

77. Potensi ini telah diiktiraf oleh banyak institusi antarabangsa seperti OECD, IMF dan Bank Dunia. Mereka telah berulang kali memuji pengurusan makroekonomi Kerajaan dan pembaharuan struktur, manakala tinjauan yang oleh Wharton School di Universiti Pennsylvania pada awal tahun ini mengisytiharkan Malaysia sebagai ‘Negara Terbaik untuk Melabur’.

78. Semua agensi penarafan kredit utama telah mengesahkan status Malaysia dalam band “A”, dan keputusan OECD adalah: “Malaysia adalah salah satu ekonomi Asia Tenggara yang paling berjaya … hasil daripada asas makroekonomi yang mantap dan kejayaannya dalam mentransformasikan ekonominya menjadi pelbagai dan inklusif. ”

79. Kesemua ini adalah hasil daripada perancangan ekonomi yang dilaksanakan Kerajaan selepas saya mengambil alih jawatan pada tahun 2009. Keputusan sukar yang kita ambil tidak selalunya popular – tetapi adalah perlu, dan keputusan-keputusan ini telah melindungi Malaysia daripada kesan teruk kemelesetan dan pergolakan yang menimpa ekonomi global. Kita telah bertindak sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, sentiasa berusaha melindungi rakyat dan menjaga kebajikan serta keselamatan mereka.

80. Dalam beberapa hari lagi, saya akan membentangkan Bajet 2018, di mana inisiatif baru dan beberapa pengumuman penting akan disampaikan untuk manfaat semua rakyat Malaysia.

81. Bajet ini akan terus dipacu oleh matlamat saya untuk memperbetulkan masalah lalu dan menjadikan Malaysia lebih kuat, lebih berdaya saing di dalam dan di luar negara; untuk mewujudkan negara Malaysia yang dapat memberi perlindungan kepada mereka yang lemah dan bersifat adil kepada semua: Malaysia di mana tiada sesiapa akan ketinggalan.

DATO’ SRI NAJIB TUN RAZAK,
PERDANA MENTERI MALAYSIA

https://www.najibrazak.com/bm/blog/ke-arah-malaysia-yang-lebih-kuat-dan-berdaya-saing/

UCAPAN PERASMIAN YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK DI PEMUKIMAN JENTERA BN PRU14


najib-ge14

Tarikh : 21 Oktober 2017 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Tun Razak 1
PWTC, Kuala Lumpur

  1. Pemukiman terbesar diadakan oleh parti BN.
  2. Teruja dengan kehadiran begini ramai.
  3. Jumlah yang besar ini adalah manifestasi/tanda/lakaran komitmen dan kesungguhan parti BN untuk mencapai kemenangan besar dalam PRU14 akan datang.
  4. Pemukiman ini diadakan kerana kita hendak menentukan persiapan kita berada ditahap kesiapsiagaan yang paling tinggi dan paling sempurna yang pernah kita lakukan dimasa-masa yang lalu.
  5. Manual PRU14 ada banyak kelainannya, ciri-ciri tambahan berbanding PRU sebelum ini.
  6. Tidak boleh approach PRU14 dengan mindset ‘Business As Usual’.
  7. Langkah dan strategi kita adalah berlainan dan sudah berubah.
  8. Apabila dah berubah, maka kita perlu memperlihatkan BN sebagai parti yang adaptif, yang boleh mengubahsuai dalam apa jua keadaan dan situasi menghadapi apa juga rintangan.
  9. Manual pada kali ini teratur dan tersusun, strategik dan taktikal.
  10. Sejumlah 134 kerusi yang kita menang, wajib kita pertahankan.
  11. 11. Mengenalpasti 33 kerusi lagi yang kita kalah dengan majoriti yang tipis yang boleh kita tawan dan menjadikan semuanya 167 kawasan tumpuan.
  12. Kandungan manual amat penting kita sampaikan kerana ianya panduan sebelum dan selepas Parlimen dibubarkan, tempoh kempen dan D-Day juga strategi get out the voters. (GOTV)
  13. Tidak mahu bergerak dalam single component BN.
  14. Keserasian kita sebagai parti BN sudah lama wujud diperingkat Bahagian ini, masih belum lagi ditahap keserasian yang maksima, malah masih ada rasa curiga disesetengah kawasan yang kita ketahui.
  15. Berebut kerusi hingga timbul curiga antara komponen kita.
  16. Tidak mahu mementingkan pemilihan akan datang.
  17. Saya tidak mahu ada yang tubuh bilik gerakan pemilihan bukannya bilik gerakan PRU14.
  18. Ada yang menghantar rombongan keluar negara.
  19. Tumpu dulu soal domestik.
  20. Tunggu menang dulu bagi reward. Bukan masanya lagi. Kerja baru mula. Baru setahun jalan. Belum tahu keberkesanannya. Takut tersungkur.
  21. Terapkan budaya kerja yang bersungguh-sungguh.
  22. Letak keyakinan pada pucuk pimpinan.
  23. Saya dan TPM sedang menilai setiap kawasan, wakil rakyat dah diakses 2 kali, akan ada kali ketiga takut ada kesilapan.
  24. Guna badan sosio politik yang kita gunakan selama ini dan kumpulan-kumpulan tertentu.
  25. Saya pernah jadi mangsa pada tahun 1999. Ada seorang dari Jabatan tertentu yang buat assessment suka main golf, dia terima golf set dari seseorang yang berminat nak jadi calon tetapi akhirnya calon itu tersungkur sebab report tak boleh pakai. Beliau dari Parlimen Pekan, saya boleh sebut nama Pegawai berkenaan. Sejak itu saya tidak pakai laporan dari Agensi berkenaan.
  26. Saya tidak memaksa semua orang dari Pusat yang tidak ada kerusi untuk bertanding kerana bottom line kita mestilah menang pilihanraya.
  27. Terpaksa berunding 1 perkara untuk pembahagian kerusi. Kita kena bersikap terbuka & open mind samada UMNO atau parti komponen kerana kita nak menang pilihanraya.
  28. Kalau ada tempat yang kita buat apapun tak boleh menang, tetapi kalau ada calon lain kita letak boleh menang, kita akan cuba untuk capai 1 konsensus.
  29. Inilah kerja yang paling berat untuk keluarga BN.
  30. Kelebihan kita, kita ada coalition which tested over time.
  31. 100% persetujuan daripada semua adalah challenge tapi apapun kita akan buat yang terbaik.
  32. Kalau kawan lemah kita bantu, kuat kita pertahankan.
  33. Permuafakatan BN, jika ada pertukaran kerusi, ahli-ahli UMNO dan BN kena terima demi kebaikan parti.
  34. Tidak ada kerusi majoriti pengundi India. Paling ramai 25% dalam 1 kerusi.
  35. Kalau kerusi seperti ini UMNO nak tuntut, tak boleh jugak. Mereka ini boleh menjadi penentu kemenangan kita.
  36. Dalam semangat BN ini, kita terima keputusan seperti ini. Kerusi DUN dalam kawasan DS Hishammudddin, 65% pengundi Melayu tetapi kerusi MIC. Dia jaga semua dan disenangi.
  37. Dah menang, jangan kita jaga puak-puak kita saja. Jaga semua orang. Peruntukan kena bagi.
  38. Ada juga Ahli Parlimen komponen, serah kuota untuk Ketua Bahagian UMNO agihkan. Permohonan untuk masjid, Ahli Parlimen itu sendiri yang mohon pada saya sampaikan orang UMNO minta jangan tukar Ahli Parlimen mereka.
  39. Penyokong tegar kita roughly 40%. Jangan lupa 60% lagi. Pecah kepada 2 kategori :
    i) Persuadable voters
    ii) Right off voters
  40. Jentera diperingkat Parlimen, kena kenalpasti siapa voters. Semua voters putih, bukan semua putih. Don’t assume all white. Don’t take for granted all white voters.
  41. Kita ada 1.6 juta penjawat awam. Daripada itu, 500, 000 merupakan guru. Kementerian Kesihatan 250, 000. Ini adalah persuadable voters.
  42. Fokus kepada berapa orang yang terima BR1M tetapi tidak daftar sebagai pengundi.
  43. OKU dan warga emas yang terima bulanan dari kita.
  44. Orang muda is the biggest factor compared to last election.
  45. Semua Universiti dikuasai oleh golongan mahasiswa pro Kerajaan.
  46. Kita boleh yakinkan mereka sokong Kerajaan.
  47. Kita perlu mengelak daripada kenyataan sesama kita yang menyakiti mana-mana golongan yang bakal menyokong BN.
  48. Misalnya, UMNO nak appear to our based tetapi kenyataan kita menyakiti hati rakan-rakan, elakkan.
  49. Jangan buat statement untuk popular kerana ia akan ada chain reaction.
  50. Sama juga jika komponen buat statement, orang UMNO terasa jadi susah juga. It works both way.
  51. 51. Sekolah satu aliran, kita kena terima ianya sebahagian daripada landskap negara kita.
  52. Kita nak understanding antara kaum. Hormat.
  53. BN always keep his promise. Will keep our integrity.
  54. Menjelang Bajet 2017 jika saya sebut Indian Blueprint, jangan pula ada orang marah. Kita jaga semua, Kadazan dan sebagainya. Ini semua rakan-rakan kita.
  55. What we need is a strong government. Don’t be emotional.
  56. Sabah Sarawak is a good example of inclusivity.
  57. Saya nak recognize Wanita UMNO & Wanita BN sebagai backbone of the machinery. The more women in the machinery the better.
  58. We must work hard. There is no substitue to ward hard. Work smart work hard as a team insyaAllah BN akan berjaya.
  59. Hidup BN! Hidup Rakyat!

Dap Abang Besar Dalam Pembangkang 


Rakyat Malaysia yang sayangkan negara bangsa dan agama jangan sesekali percaya kepada Dap.

Walaupun Mat Sabu banyak kali mengulangi kebaikan Dap yang menjaga agama Islam dengan memberikan banyak bantuan kepada sekolah agama rakyat dan masjid tetapi ianya hanya helah politik sebelum berjaya menawan kerajaan.

Dap telah lama menyimpan cita cita untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan menghapuskan fasal Agama Islam adalah agama persekutuan. 

Hasrat mereka telah didedahkan oleh bekas orang kuat Dap iaitu Eng Razali. Kepimpinan Dap majoriti berfahaman  Evangelist.

Mereka juga ingin mengurangkan jabatan kerajaan dan bermakna 700 hingga 900 ribu kakitangan akan dilupuskan.  Ini kemungkinan juga pesara kerajaan akan hilang wang pencen yang diterima mereka setiap bulan.

Terlalu banyak perkara yang kita tak ingini akan berlaku jika Dap berkuasa.
Hari ini mereka berani mencerca penjawat awam di khalayak ramai seperti yang banyak di tularkan dalam sosial media. Sultan dihina sesuka hati mereka. Pemimpin yang sepatutnya dihormati kini disepak sebagai bola. 

 Cukup sudah kita dijajah oleh Portugis Belanda Inggeris Jepun dan Bintang 3 komunis.  Kita mahu kerajaan yang ada hari ini terus menerajui pemerintahan hati ini dan selama lamanya.  Kekalkan sistem raja berperlembagaan.  Kekalkan kedaulatan bangsa . Kita hanya ada bumi ini sahaja . Tiada yang lain. 

Sejarahnya…..Mahathir Bergaduh Dengan Semua PM Malaysia, Kecuali Satu.


Hanya seorang sahaja Perdana Menteri yang tidak “diganggu” oleh Mahathir iaitu Tun Razak. Perdana Menteri Malaysia yang lain semuanya “diganggu” oleh Mahathir. Dulu Tun Mahathir bergaduh dengan dua orang bekas Perdana Menteri sekaligus pada 1987 (Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn).

Berbeza kini, bila ada seorang lagi bekas Perdana Menteri (Pak Lah) tidak bersetuju dan tidak bersepakat dengan Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri) untuk mengecam kepimpinan yang sedia ada.

Mahathir pilih Pak Lah gantikannya, kemudian Pak Lah juga kena ganggu. Kemudian cadang Najib ganti Pak Lah, tidak lama selepas itu, Mahathir kacau Najib pula. Dengan Tun Hussein Onn yang memberi laluan kepadanya sebagai Perdana Menteri pun, hubungan Mahathir dengan Hussein Onn tidak pernah harmoni dan aman.

Mahathir Dengan Tunku Abdul Rahman

Selepas kemerdekaan 1957, Mahathir pada mulanya terlibat sama aktif dalam politik, namun beliau tiba tiba menyepikan diri dari politik . Ada pihak menyatakan beliau merajuk pada waktu itu kerana membantah tindakan Tunku Abdul Rahman untuk mengadakan perjanjian pertahanan dengan British dan mengekalkan tentera British selepas merdeka.

Bila diteliti kembali rupanya, Mahathir bukanlah tidak berpuas hati dengan pangkalan tentera British tetapi kerana masalah dalamannya sendiri dengan Tunku Abdul Rahman.

Setelah dipecat oleh UMNO selama 21 bulan pada 1969, Mahathir berceramah mengecam UMNO di pentas PAS. Mahathir juga mempertikaikan pemimpin UMNO sebagai tidak membela orang Melayu di atas pentas ceramah PAS (Business Times, 19 Jun 1995).

Pada tahun 1982, ketika Tunku Abdul Rahman masih hidup, beliau terguris dengan Mahathir bila bangunan Carcosa Negara yang telah dihadiahkan oleh Tunku kepada British telah diambil balik oleh Mahathir. Dalam tulisannya di akhbar The Star, 26 Mei 1984, Tunku menggangap tuntutan itu sebagai satu usaha untuk melupakan jasa jasanya. Menurut Tunku suatu ketika dulu beliau dituduh menjual negara kepada orang Cina, pada waktu itu pula beliau dituduh seolah olah telah menjual negara kepada British.

Mahathir Dengan Tun Razak

Selepas Tunku Abdul Rahman tidak lagi menjadi Presiden UMNO, Datuk Harun Idris (Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia) adalah orang yang mula mula berjumpa sendiri dengan Mahathir dan memujuk beliau kembali ke dalam UMNO.

Sebenarya, Mahathir sendiri yang membuat permohonan untuk menjadi semula ahli UMNO pada 6 Februari 1972. Mahathir tulis surat pada Tun Razak (bapa Najib) dan menyatakan keinginan beliau untuk masuk semula UMNO (The News Staits Times, 7 Februari 1972). Mungkin sebab inilah Mahathir tidak mengganggu bapa Dato Seri Najib ketika itu.

Diterima semula masuk UMNO bukannya di Kedah, tetapi di UMNO Cawangan Rawang, Selangor.

Bermakna orang Kedah pun tidak terima Mahathir pada waktu itu.

Mahathir bernasib baik kerana diangkat terus oleh Tun Razak (bapa Najib) dan Tun Hussein ke kedudukan yang tinggi daripada seorang ahli biasa kepada Timbalan Perdana Menteri dalam masa 4 tahun sahaja.

Sepatutnya, Ghafar Baba yang lebih layak dipilih menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1976 di sisi Tun Hussein Onn kerana mengikut undian Naib Presiden, Ghafar Baba mendapat undi paling tinggi, kedudukan kedua adalah Tengku Razaleigh dan ketiga barulah Mahathir.

Mahathir Dengan Hussein Onn

Konflik dalaman pada zaman Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri tidak diketahui khalayak. Ramai tidak tahu sebenarnya Tun Hussein Onn bukan berundur kerana faktor kesihatan namun kerana tekanan yang kuat diberikan Mahathir.

Diterima semula masuk UMNO bukannya di Kedah, tetapi di UMNO Cawangan Rawang, Selangor.

Bermakna orang Kedah pun tidak terima Mahathir pada waktu itu.

Mahathir bernasib baik kerana diangkat terus oleh Tun Razak (bapa Najib) dan Tun Hussein ke kedudukan yang tinggi daripada seorang ahli biasa kepada Timbalan Perdana Menteri dalam masa 4 tahun sahaja.
Sepatutnya, Ghafar Baba yang lebih layak dipilih menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1976 di sisi Tun Hussein Onn kerana mengikut undian Naib Presiden, Ghafar Baba mendapat undi paling tinggi, kedudukan kedua adalah Tengku Razaleigh dan ketiga barulah Mahathir.

Mahathir Dengan Hussein Onn

Konflik dalaman pada zaman Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri tidak diketahui khalayak. Ramai tidak tahu sebenarnya Tun Hussein Onn bukan berundur kerana faktor kesihatan namun kerana tekanan yang kuat diberikan Mahathir.

Selain kemasukan Anwar, Mahathir juga dikecam hebat pada tahun 1984 kerana bercadang untuk membina rumah Perdana Menteri berharga RM10 juta. Mahathir juga menghadapi cabaran besar tentangan dari Tunku Abdul Rahman, Datuk Senu Abdul Rahman dan Datuk Harun bila mahu meminda Rang Undang Undang Perlembagaan (Pindaan) 1983.

Mahathir Dikata Mahu Letak Jawatan

Mahathir dikatakan membelakangi Majlis Tertinggi dalam membuat pindaan itu. Akibat tekanan yang kuat, Mahathir dikatakan akan meletak jawatan pada waktu tersebut.
“Memang saya nafikan yang saya akan meletakkan jawatan. Ada sebilangan ahli UMNO yang mencadangkan disebabkan kebuntuan (di dalam pindaan perlembagaa) itu saya harus meletakkan jawatan. Saya tidak menerima rumusan itu kerana saya tidak fikir perletakan jawatan itu akan menyelesaikan masalah” kata Mahathir Mohamad.

Isu yang timbul pada waktu itu lebih kritikal dan tidak pun dijawab kepada rakyat bawahan. Akhirnya diselesaikan secara kompromi antara Kerajaan dan Institusi Raja. Mahathir juga pernah menggunakan perkataan “rakyat yang memilih saya” sewaktu menjadi Perdana Menteri

“Saya tidak ada hak berhenti. Saya tidak ada hak untuk meletakkan jawatan kecuali rakyat mahu saya berbuat demikian. Saya tidak memilih diri saya untuk menjadi Perdana Menteri. Rakyat yang memilih saya” Mahathir, News Straits Times, 28 Mei 1984.

Jawapan yang diberikan oleh Mahathir pada waktu itu juga adalah secara umum dan tidak menyentuh secara spesifik tentang pindaan yang hendak dibuat. Sampai bila bila pun Tun Mahathir tidak mahu terima jawapan yang telah diberikan. Mungkin sejarah ini tidak diketahui oleh penyokong fanatik Tun Mahathir pada hari ini.

Mereka juga tidak tahu Mahathir juga pernah didesak letak jawatan pada 1984 lagi. Kalau tidak Tun Mahathir hanya jadi PM selama 5 tahun sahaja. 3 tahun selepas itu, beliau didesak lagi meletak jawatan kerana hilang kepercayaan daripada pemimpin pemimpin kanan UMNO bermula dari Timbalan Presiden dan bekas Menteri Kewangan pada tahun 1987, namun Mahathir tidak pun meletak jawatan.

Perpecahan & Krisis Mahathir Lebih Kritikal

Daripada isu perlembagaan, isu krisis dengan bekas Perdana Menteri (Tunku Abdul Rahman & Tun Hussein Onn), isu projek projek mega yang ditentang hebat kerana tiada impak yang dirasai oleh masyakat luar bandar pada 1983, isu krisis UMNO dan Semangat 46 serta zaman reformasi 1998. Isu isu di zaman Mahathir lebih kritikal dan panas.

Namun rakyat masih lagi taat setia bersama pemimpin dan kerajaan yang memerintah. Patuh pada ulil amri. Bila menjadi bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir pernah menggangu zaman Pak Lah dan kini zaman Dato Seri Najib.

Tidak adil hendak bandingkan Perdana Menteri yang baru 6 tahun menerajui Malaysia dengan Perdana Menteri yang memegang jawatan 22 tahun. Berilah peluang dan masa.

Rakyat juga memberi peluang dan masa kepada Tun Mahathir, sehingga beliau begitu disayangi selepas meletak jawatan pada 2003. Usahlah rasa sayang dan hormat itu dilunturkan dengan gangguan gangguan yang tidak sepatutnya. Ketika umat Islam dunia sedang berpecah dan berkonflik dengan peperangan di Yemen, Syria, Palestin, Iraq, suara dan teguran Tun Mahathir itu amatlah dirindui sekali.

Perpaduan parti dan matlamat 2020 itu lebih penting. Bukankah Wawasan 2020 itu juga impian murni Tun Mahathir? Dato Seri Najib sedang bertungkus lumus berusaha untuk realisasikan matlamat itu, oleh itu bersama samalah jayakan matlamat itu secara bersama.

#RespectMyPM