Sejarahnya…..Mahathir Bergaduh Dengan Semua PM Malaysia, Kecuali Satu.


Hanya seorang sahaja Perdana Menteri yang tidak “diganggu” oleh Mahathir iaitu Tun Razak. Perdana Menteri Malaysia yang lain semuanya “diganggu” oleh Mahathir. Dulu Tun Mahathir bergaduh dengan dua orang bekas Perdana Menteri sekaligus pada 1987 (Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn).

Berbeza kini, bila ada seorang lagi bekas Perdana Menteri (Pak Lah) tidak bersetuju dan tidak bersepakat dengan Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri) untuk mengecam kepimpinan yang sedia ada.

Mahathir pilih Pak Lah gantikannya, kemudian Pak Lah juga kena ganggu. Kemudian cadang Najib ganti Pak Lah, tidak lama selepas itu, Mahathir kacau Najib pula. Dengan Tun Hussein Onn yang memberi laluan kepadanya sebagai Perdana Menteri pun, hubungan Mahathir dengan Hussein Onn tidak pernah harmoni dan aman.

Mahathir Dengan Tunku Abdul Rahman

Selepas kemerdekaan 1957, Mahathir pada mulanya terlibat sama aktif dalam politik, namun beliau tiba tiba menyepikan diri dari politik . Ada pihak menyatakan beliau merajuk pada waktu itu kerana membantah tindakan Tunku Abdul Rahman untuk mengadakan perjanjian pertahanan dengan British dan mengekalkan tentera British selepas merdeka.

Bila diteliti kembali rupanya, Mahathir bukanlah tidak berpuas hati dengan pangkalan tentera British tetapi kerana masalah dalamannya sendiri dengan Tunku Abdul Rahman.

Setelah dipecat oleh UMNO selama 21 bulan pada 1969, Mahathir berceramah mengecam UMNO di pentas PAS. Mahathir juga mempertikaikan pemimpin UMNO sebagai tidak membela orang Melayu di atas pentas ceramah PAS (Business Times, 19 Jun 1995).

Pada tahun 1982, ketika Tunku Abdul Rahman masih hidup, beliau terguris dengan Mahathir bila bangunan Carcosa Negara yang telah dihadiahkan oleh Tunku kepada British telah diambil balik oleh Mahathir. Dalam tulisannya di akhbar The Star, 26 Mei 1984, Tunku menggangap tuntutan itu sebagai satu usaha untuk melupakan jasa jasanya. Menurut Tunku suatu ketika dulu beliau dituduh menjual negara kepada orang Cina, pada waktu itu pula beliau dituduh seolah olah telah menjual negara kepada British.

Mahathir Dengan Tun Razak

Selepas Tunku Abdul Rahman tidak lagi menjadi Presiden UMNO, Datuk Harun Idris (Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia) adalah orang yang mula mula berjumpa sendiri dengan Mahathir dan memujuk beliau kembali ke dalam UMNO.

Sebenarya, Mahathir sendiri yang membuat permohonan untuk menjadi semula ahli UMNO pada 6 Februari 1972. Mahathir tulis surat pada Tun Razak (bapa Najib) dan menyatakan keinginan beliau untuk masuk semula UMNO (The News Staits Times, 7 Februari 1972). Mungkin sebab inilah Mahathir tidak mengganggu bapa Dato Seri Najib ketika itu.

Diterima semula masuk UMNO bukannya di Kedah, tetapi di UMNO Cawangan Rawang, Selangor.

Bermakna orang Kedah pun tidak terima Mahathir pada waktu itu.

Mahathir bernasib baik kerana diangkat terus oleh Tun Razak (bapa Najib) dan Tun Hussein ke kedudukan yang tinggi daripada seorang ahli biasa kepada Timbalan Perdana Menteri dalam masa 4 tahun sahaja.

Sepatutnya, Ghafar Baba yang lebih layak dipilih menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1976 di sisi Tun Hussein Onn kerana mengikut undian Naib Presiden, Ghafar Baba mendapat undi paling tinggi, kedudukan kedua adalah Tengku Razaleigh dan ketiga barulah Mahathir.

Mahathir Dengan Hussein Onn

Konflik dalaman pada zaman Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri tidak diketahui khalayak. Ramai tidak tahu sebenarnya Tun Hussein Onn bukan berundur kerana faktor kesihatan namun kerana tekanan yang kuat diberikan Mahathir.

Diterima semula masuk UMNO bukannya di Kedah, tetapi di UMNO Cawangan Rawang, Selangor.

Bermakna orang Kedah pun tidak terima Mahathir pada waktu itu.

Mahathir bernasib baik kerana diangkat terus oleh Tun Razak (bapa Najib) dan Tun Hussein ke kedudukan yang tinggi daripada seorang ahli biasa kepada Timbalan Perdana Menteri dalam masa 4 tahun sahaja.
Sepatutnya, Ghafar Baba yang lebih layak dipilih menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1976 di sisi Tun Hussein Onn kerana mengikut undian Naib Presiden, Ghafar Baba mendapat undi paling tinggi, kedudukan kedua adalah Tengku Razaleigh dan ketiga barulah Mahathir.

Mahathir Dengan Hussein Onn

Konflik dalaman pada zaman Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri tidak diketahui khalayak. Ramai tidak tahu sebenarnya Tun Hussein Onn bukan berundur kerana faktor kesihatan namun kerana tekanan yang kuat diberikan Mahathir.

Selain kemasukan Anwar, Mahathir juga dikecam hebat pada tahun 1984 kerana bercadang untuk membina rumah Perdana Menteri berharga RM10 juta. Mahathir juga menghadapi cabaran besar tentangan dari Tunku Abdul Rahman, Datuk Senu Abdul Rahman dan Datuk Harun bila mahu meminda Rang Undang Undang Perlembagaan (Pindaan) 1983.

Mahathir Dikata Mahu Letak Jawatan

Mahathir dikatakan membelakangi Majlis Tertinggi dalam membuat pindaan itu. Akibat tekanan yang kuat, Mahathir dikatakan akan meletak jawatan pada waktu tersebut.
“Memang saya nafikan yang saya akan meletakkan jawatan. Ada sebilangan ahli UMNO yang mencadangkan disebabkan kebuntuan (di dalam pindaan perlembagaa) itu saya harus meletakkan jawatan. Saya tidak menerima rumusan itu kerana saya tidak fikir perletakan jawatan itu akan menyelesaikan masalah” kata Mahathir Mohamad.

Isu yang timbul pada waktu itu lebih kritikal dan tidak pun dijawab kepada rakyat bawahan. Akhirnya diselesaikan secara kompromi antara Kerajaan dan Institusi Raja. Mahathir juga pernah menggunakan perkataan “rakyat yang memilih saya” sewaktu menjadi Perdana Menteri

“Saya tidak ada hak berhenti. Saya tidak ada hak untuk meletakkan jawatan kecuali rakyat mahu saya berbuat demikian. Saya tidak memilih diri saya untuk menjadi Perdana Menteri. Rakyat yang memilih saya” Mahathir, News Straits Times, 28 Mei 1984.

Jawapan yang diberikan oleh Mahathir pada waktu itu juga adalah secara umum dan tidak menyentuh secara spesifik tentang pindaan yang hendak dibuat. Sampai bila bila pun Tun Mahathir tidak mahu terima jawapan yang telah diberikan. Mungkin sejarah ini tidak diketahui oleh penyokong fanatik Tun Mahathir pada hari ini.

Mereka juga tidak tahu Mahathir juga pernah didesak letak jawatan pada 1984 lagi. Kalau tidak Tun Mahathir hanya jadi PM selama 5 tahun sahaja. 3 tahun selepas itu, beliau didesak lagi meletak jawatan kerana hilang kepercayaan daripada pemimpin pemimpin kanan UMNO bermula dari Timbalan Presiden dan bekas Menteri Kewangan pada tahun 1987, namun Mahathir tidak pun meletak jawatan.

Perpecahan & Krisis Mahathir Lebih Kritikal

Daripada isu perlembagaan, isu krisis dengan bekas Perdana Menteri (Tunku Abdul Rahman & Tun Hussein Onn), isu projek projek mega yang ditentang hebat kerana tiada impak yang dirasai oleh masyakat luar bandar pada 1983, isu krisis UMNO dan Semangat 46 serta zaman reformasi 1998. Isu isu di zaman Mahathir lebih kritikal dan panas.

Namun rakyat masih lagi taat setia bersama pemimpin dan kerajaan yang memerintah. Patuh pada ulil amri. Bila menjadi bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir pernah menggangu zaman Pak Lah dan kini zaman Dato Seri Najib.

Tidak adil hendak bandingkan Perdana Menteri yang baru 6 tahun menerajui Malaysia dengan Perdana Menteri yang memegang jawatan 22 tahun. Berilah peluang dan masa.

Rakyat juga memberi peluang dan masa kepada Tun Mahathir, sehingga beliau begitu disayangi selepas meletak jawatan pada 2003. Usahlah rasa sayang dan hormat itu dilunturkan dengan gangguan gangguan yang tidak sepatutnya. Ketika umat Islam dunia sedang berpecah dan berkonflik dengan peperangan di Yemen, Syria, Palestin, Iraq, suara dan teguran Tun Mahathir itu amatlah dirindui sekali.

Perpaduan parti dan matlamat 2020 itu lebih penting. Bukankah Wawasan 2020 itu juga impian murni Tun Mahathir? Dato Seri Najib sedang bertungkus lumus berusaha untuk realisasikan matlamat itu, oleh itu bersama samalah jayakan matlamat itu secara bersama.

#RespectMyPM

Advertisements

Author: bintangku

blogger sopo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s