Laporan Audit Negara Buktikan Guan Eng Banyak Songlap Duit


Laporan Audit Negara menunjukkan ada banyak perkara mencurigakan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditadbir DAP dan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.

Dalam laporan setebal 112 halaman itu, ada bukti menunjukkan ada perkara yang tidak kena yang menunjukkan Guan Eng cuba untuk menyeleweng peruntukan kerajaan negeri selepas diaudit.

Dalam ruangan rumusan, di muka surat 44, sejumlah wang RM307.45 juta telah direkodkan sebagai telah dibelanjakan daripada peruntukan sejumlah RM346.12 iaitu 88.8 peratus tetapi pihak Jabatan Audit Negara mendapati perbelanjaan sebenar adalah RM233.84 juta sahaja atau hanya 67.6 peratus sahaja.

Baki lagi RM73.61 juta pergi ke mana? Songlap masuk tabung DAP kah?

Ada juga ruangan dalam laporan audit berkenaan yang menunjukkan ada projek yang diberikan kepada kontraktor melalui lantikan terus dan tidak pun diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah di Pulau Pinang.

Siapa kontraktor yang dipilih secara terus itu? Apakah kontraktor itu orang sama yang sama dapat projek di lereng bukit hingga runtuh habis tanah di Pulau Pinang?

Di muka surat berikutnya pula, dinyatakan daripada 2,868 projek yang dirancang, sebanyak 2,761 projek atau 96.3 peratus dilaporkan telah berjaya disiapkan, tetapi semakan audit mendapati bilangan sebenar projek yang siap sepenuhnya dalam tahun lepas ialah 2,737 projek sahaja atau 95.4 peratus berbanding 2,761 projek siap yang dilaporkan.

Lagi 24 projek itu jadi projek hantukah? Apa yang terjadi kepada projek yang dikatakan siap tapi sebenarnya tidak siap itu? Pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu siasat sepenuhnya. Dua kes di mahkamah berkaitan rasuah pun Guan Eng masih belum selesaikan, datang pula misteri 24 projek hantu seperti yang disebut dalam Laporan Audit yang terbaru ini?

Di Pulau Pinang juga, peruntukan yang besar disediakan untuk Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan peruntukan RM161.59 juta tetapi dari 243 projek, ada 40 projek yang dibatalkan, jumlah terbesar berbanding projek di jabatan lain dalam kerajaan negeri DAP. Peruntukkan untuk pejabat Lim Guan Eng juga bertambah setiap tahun. Apa Guan Eng buat dengan semua duit ini?

Contoh projek yang Guan Eng songlap duit ialah laluan berbasikal yang menelan kos RM30 juta. Apabila siap, laluan yang mahal itu, sebenarnya hanya dicat di atas laluan pejalan kaki, dan menggunakan cat yang tidak berkualiti yang selepas beberapa hari ia akan tertanggal.

Sekarang ini, timbul pula dakwaan bahawa wang yuran Marathon Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang yang berjumlah RM3 juta pun DAP hendak kebas. Peserta diberi coklat yang sudah tamat tempoh, saiz baju T yang salah serta pemenang terpaksa menunggu lebih dua jam untuk menerima pingat mereka.

Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong mempersoalkan kerajaan DAP supaya menjelaskan ke mana wang kutipan yuran pendaftaran tersebut disalurkan. “Yuran pendaftaran sebanyak RM80 hingga RM100, dan terdapat 35,000 peserta dan sekurang-kurangnya pihak penganjur menerima yuran enrolmen hampir RM3 juta.

“Di manakah yuran pendaftaran ini digunakan? Lagi pun, hampir semua perbelanjaan, termasuk makanan, pakaian, trofi dan pingat telah ditaja,” katanya. Duit Marathon pun Guan Eng hendak songlap. Sebelum ini kita pernah dengar kisah duit mangsa banjir pun DAP songlap. Umum hendak beri kepada 100,000 orang mangsa banjir seorang RM500 tetapi hanya beri kepada 7,000 orang sahaja. Mana lagi baki RM46.5 juta?

Duit yang dikutip untuk mangsa banjir masuk dalam tabung DAP pun dikebasnya. Kutip RM6.18 juta tetapi serah kepada mangsa banjir hanya RM5 juta sahaja. Baki lagi RM1.18 juta mereka songlap. Laporan Audit yang terbaru juga sahkan kerajaan DAP Pulau Pinang buat magik lagi. RM73.61 juta wang pembangunan entah ke mana, ada 24 projek hantu dan ada 40 projek misteri di pejabat Guan Eng.

Rakyat sudah tahu tembelang besar Guan Eng. Ada wakil rakyat DAP yang tidak mahu lagi bersekongkol dengan Guan Eng kerana malu. Ada wakil rakyat PKR bantah Guan Eng. Namun Guan Eng buat bodoh sahaja. Dia tetap anggap dia suci untuk lakukan apa sahaja, termasuklah menyeleweng duit rakyat dengan begitu rakus sekali atas tiket Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sampai bila rakyat Pulau Pinang hendak biar DAP “rompak dan curi” duit sebegini?

Tulisan :
Beruang Biru
BB680, Rabu
29 November 2017

Advertisements

Azmin menghasut orang Johor, Selangor elok sangat kah


Rumah Urut Beribu Ribu, Rumah Mampu Milik Rakyat Tiada Di Selangor

“Saya difahamkan sehingga kini terdapat lebih 6,000 rumah urut yang menawarkan khidmat seks sedang beroperasi di sekitar Selangor. Jumlah ini tidak termasuk rumah urut yang beroperasi secara haram” kata Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim, ahli parlimen Kuala Selangor dalam sidang Dewan Rakyat semalam.

Turut didedahkan oleh ahli parlimen Kuala Selangor itu adalah tentang pengusaha perkhidmatan seks di Selangor yang menggunakan medium Whatsapp dan Wechat untuk mempromosikan perniagaan mereka. Semua rumah urut ini perlu mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan operasi mereka.

“Persoalannya siapakah yang meluluskan permohonan mereka di bawah Undang Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Perniagaan Kesihatan 2007?” soal ahli parlimen Kuala Selangor itu.

Sebelum 2008, bilangan rumah urut tidak lebih daripada 420 buah sahaja di Selangor, namun kini jumlah itu sudah jadi berpuluh puluh ribu buah rumah urut. Meningkat mendadak jumlahnya sejak PKR dan DAP memerintah negeri Selangor.

Rumah urut banyak dibina, tetapi rumah mampu milik untuk rakyat Selangor tidak pula menjadi keutamaan bagi kerajaan Azmin Ali. Pada 2 November 2017, Menteri Perumahan Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar mendedahkan kira-kira 40,000 pembinaan rumah mampu milik di Selangor sudah menjadi projek terbantut.

“Kalau kerajaan negeri tak bagi bekerjasama dengan PR1MA dan PPR tentu kita akan hadapi masalah, kalau nak pastikan rumah PR1MA dilaksanakan rumah dengan lebih banyak, sebab sekarang ni baru 11 ribu sahaja yang kita bina, ada 40 ribu lagi yang belum kita laksanakan, pastikan BN menang dulu di Selangor PR1MA kita akan buat dengan lebih banyak lagi” kata Tan Sri Noh Omar.

Baru 11,000 rumah sudah dibina oleh kerajaan BN pusat bukannya kerajaan negeri Selangor. 40,000 lagi rumah PR1MA mahu dibina oleh kerajaan BN pusat untuk rakyat Selangor, namun Azmin Ali enggan beri kerjasama untuk membinanya. Kerajaan Negeri Selangor lebih senang beri kelulusan untuk lesen rumah urut dari meluluskan rumah mampu milik untuk rakyat Selangor.

18 April 2015, Azmin Ali janji hendak buat rumah mampu milik rakyat di Semenyih. Azmin janji hendak buat 15,000 unit rumah dalam masa 3 tahun menggunakan geran RM100 juta dari rezab kerajaan negeri Selangor. Sehingga kini, sudah dua tahun lebih, tidak ada pun rumah mampu milik di Semenyih.

Yang ada adalah rumah mampu tengok dan lihat untuk rakyat Selangor. Rumah urut dan pusat judi yang bertambah tambah di Selangor, bukannya rumah mampu milik untuk rakyat Selangor. Lihatlah bagaimana kerajaan BN buat rumah untuk rakyat di Selangor. Baca pautan ini;

https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/11/kerajaan-bn-tidak-roboh-rumah-rakyat.html#.Wh4p_nlx3IU

Rumah urut bertambah menjadi hampir 25,597 buah di Selangor, 6,000 daripada rumah urut ini menawarkan khidmat seks menurut pendedahan yang dibuat oleh ahli parlimen Kuala Selangor.

Selain itu, pusat judi juga turut bertambah di Selangor menjadi 19,971 buah pusat judi daripada hanya 128 sahaja pada tahun 2008.

Hotel bajet juga bertambah dari sejumlah 68 buah pada tahun 2008 menjadi 23,583 buah di Selangor. Kelab dan pub juga bertambah. Pada tahun 2008 hanya ada sejumlah 38 sahaja lesen kelab dan pub diluluskan di Selangor, kini sudah berjumlah 9,394 buah kelab dan pub di Selangor.

Siapa yang meluluskan pertambahan rumah urut, pusat judi, kelab dan pub ini di Selangor? Siapa yang menguasai dan berada sebagai ahli majlis dalam Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor?

Lihatlah sendiri bagaimana keputusan undian untuk meluluskan pesta arak di Klang. Ahli Majlis dari parti mana yang lebih mendominasi dalam undian tersebut?

DAP lah yang menentukan segala galanya di Selangor. Daripada sejumlah 288 ahli majlis dalam 12 PBT di Selangor, DAP dan PKR yang menguasainya. Sejumlah 101 orang ahli majlis adalah daripada PKR, 96 orang ahli majlis adalah dari DAP, 72 orang adalah daripada PAS dan 8 orang adalah daripada PAN.

Mereka yang berada dalam ahli ahli majlis inilah yang perlu disiasat oleh SPRM dan pihak berkuasa. Ada kemungkinan mereka ini mempengaruhi dalam mesyuarat untuk memberi lesen bagi lambakan rumah urut, pusat judi dan pub di Selangor. Jumlah semua sekali rumah urut, pusat judi, hotel bajet, kelab dan pub di Selangor ini adalah 78,545 buah di Selangor.

Azmin hanya rancang 15,000 rumah sahaja rumah mampu milik untuk rakyat negeri Selangor. Itu pun Azmin bohong, duit rezab RM100 juta untuk projek itu lesap entah ke mana, rumah tidak juga siap siap.

Apa yang siap dan jadi adalah perancangan yang dibuat oleh ahli ahli majlis PKR dan DAP di setiap PBT ini, sampai puluhan ribu rumah urut dan pusat maksiat dibina di Selangor.

Rumah bilal kena roboh. Rumah untuk rakyat tidak siap. Rumah maksiat pula bercambah sampai berpuluh ribu unit di Selangor. Pesta arak dibenar dan diluluskan. Inilah cara PKR dan DAP memerintah bila mereka mendapat kuasa. Rakyat di bawah masih ternganga menanti rumah mereka.

Azmin biarkan sahaja ahli ahli majlis DAP dan PKR ini mengaut hasil dari rumah urut dan maksiat ini.

Tulisan :
Beruang Biru
BB679, Rabu
29 November 2017

Khawarij dan bapa segala khawarij


Ada beberapa orang yang mintak penjelasan berkenaan apa itu Khawarij?

Aku nak terangkan dalam posting yang pendek agak mustahil. Jadi, aku cuba ulang semula posting-posting berkaitan Khawarij yang pernah aku post sebelum ni.

Aku jadikannya bersiri supaya tidaklah terlalu panjang untuk dibaca.

Harap mereka yang mahu tahu dapat mengambil pengajaran. Juga berharap mereka yang mempunyai ciri-ciri khawarij dapat membuat pertimbangan untuk meninggalkan akidah sesat ini.

Hadis yang aku share ni adalah kisah orang pertama, iaitu bapak segala Khawarij, Dzul Khuwaisirah yang telah wujud dari zaman Nabi.

Dari individu inilah lahirnya ideologi-ideologi khawarij yang ada hingga sekarang. Malah khawarij adalah merupakan antara kelompok sesat yang paling lama bertapak di muka bumi. Hadisnya;

Kata Abu Sa’id al-Khudriyy radiyallahu anhu:

“Ali radiyallahu anhu telah menghantar ketulan emas yang belum dibersihkan dari tanah, hasil kemenanganya dari Yaman kepada Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam lalu baginda membahagikannya kepada al-Aqra’ Ibn Habis al-Hanzhaliy, ‘Uyainah Ibn Badr al-Fazariy, ‘Alqamah Ibn ‘Ulathah al-‘Amiriyy dan Zaid al-Khariththoiyy.

Tetapi pembahagian itu telah membangkitkan kemarahan Quraisy kerana mereka menganggap baginda sallallahu alaihi wa sallam lebih mengutamakan pembesar-pembesar Najd daripada mereka.

Mengetahui hal itu, Baginda sallallahu alaihi wa sallam menegur mereka:

“Kenapa kamu tidak mempercayai kejujuranku, sedangkan aku adalah pemegang amanah (agama) bagi pihak langit, wahyu datang kepadaku pagi dan petang, sesungguhnya hanya sanya aku lakukan itu untuk menjinakkan (hati) mereka.”

Tiba-tiba bangun seorang lelaki dari Bani Tamim yang dikenali sebagai Zu al-Khuwaisirah, berjanggut lebat, bertulang pipi tinggi, bermata dalam, berdahi nonjol, berkepala botak, berkain singkat, seraya berkata:

“Bertaqwalah kamu kepada Allah wahai Muhammad!”

Lalu Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam menjawab:

“Celakalah kamu! Bukankah aku orang yang paling berhak untuk bertaqwa? Siapakah lagi yang taat kepada Allah jika aku menderhakaiNya? Kenapa Dia boleh mempercayaiku atas sekalian penduduk bumi sedangkan kamu tidak percaya kepadaku, siapakah lagi yang adil jika aku tidak adil, sesungguhnya rugilah aku jika aku tidak berlaku adil?”

Kemudian lelaki itupun beredar dan Umar (atau Khalid Ibn al-Walid) radiyallahu anhu berkata:

“Izinkan aku memenggal lehernya”.

Baginda sallallahu alaihi wa sallam menjawab:

“Jangan, boleh jadi dia bersolat, (aku) minta dilindungi Allah daripada orang bercakap-cakap bahawa aku telah membunuh sahabatku, biarkan dia kerana dia ada pengikut”.

Umar (atau Khalid Ibn al-Walid) radiyallahu anhu berkata:

“Berapa ramai orang bersolat tetapi dia bercakap apa yang tidak dicakap oleh hatinya?

Baginda sallallahu alaihi wa sallam menjawab:

“Sesungguhnya aku tidak diperintahkan untuk membelah perut manusia dan menebuk hati mereka.”

Kemudian baginda sallallahu alaihi wa sallam memandang kepada lelaki yang sedang beredar itu seraya bersabda;

“Sesungguhnya akan lahir dari keturunan lelaki ini golongan yang berumur muda dan berakal pendek, mereka bercakap dengan percakapan yang baik (pada zahirnya), bacaan quran, solat dan puasa kamu tidak setanding bacaan, solat dan puasa mereka, kamu akan rasa solat kamu lekeh berbanding solat mereka.

Mereka sangka quran yang mereka baca adalah hujah untuk mereka tetapi sebaliknya ia adalah hujah ke atas mereka, mereka membaca quran dengan lunak tetapi ia tidak melepasi halqum mereka, mereka memerangi orang Islam tetapi membiarkan saja para penyembah berhala.

Mereka terkeluar dari Islam sebagaimana anak panah menembusi sasarannya, dilihat pada mata panah, pengikat mata panah, kayu panah dan sirip panah tiada sebarang kesan darah dan bulunya.

Sekiranya aku sempat bertemu mereka nescaya aku akan perangi mereka seperti kaum ‘Ad, sekiranya kamu bertemu mereka maka perangilah mereka kerana memerangi mereka menjanjikan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah subhana wa ta’ala pada Hari Kiamat.

Petanda hal itu ialah di kalangan mereka ada seorang lelaki hitam bertangan pendek tanpa lengan, di hujung labu lengannya terdapat lebihan daging seperti payu dara perempuan yang ada beberapa helai bulu putih dan bergerak-gerak.

Tanda pengenalan mereka ialah at-tahliq (bercukur kepala)¹, mereka adalah sejahat-jahat makhluk, mereka akan diperangi oleh salah satu daripada dua kumpulan yang lebih dekat kepada kebenaran. MEREKA KELUAR (MENENTANG PEMERINTAH) KETIKA ORANG RAMAI DALAM KEADAAN BERPECAH BELAH”.

Kata ‘Ali radiyallahu anhu:

“Jika tidak kerana bimbangkan kamu mengurangkan amalan, nescaya aku akan beritahu apa (ganjaran) yang Allah telah janjikan untuk orang yang memerangi mereka melalui lidah Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam”.

Kata Abu Sa’id radiyallahu anhu:

“Aku bersaksi bahawa sesungguhnya aku mendengar (hadis) ini daripada Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam dan aku bersaksi bahawa sesungguhnya aku bersama (Khalifah) ‘Ali Ibn Abi Talib radiyallahu anhu telah membunuh mereka, lalu beliau perintahkan agar dicari (mayat) lelaki tersebut sehingga dia djumpai dan dibawa kepadanya, sesungguhnya aku telah melihat tanda-tandanya betul sebagaimana yang telah disifatkan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam”

______________

¹ – Kata al-Kirmani: “Golongan salaf tidak mencukur rambut mereka kecuali untuk ibadat haji dan umrah atau kerana keperluan, sedangkan puak khawarij menjadikannya suatu tabiat sehingga ia menjadi syiar dan identiti bagi mereka” Lihat: Al-‘Asqalaniyy, Ahmad Ibn ‘Ali Ibn Hajar, Fath al-Bari Bi Sharah Sahih al-Bukhari, Dar al-Macrifah, Beirut, t.th, 13:537.

² – HR. Bukhari No: 3166, 3414, 3415, 4094, 4770, 6531, 6532, 6533, 6995, 7121, 7122, 7123 dan Muslim, No: 1064-1066.

Link: https://www.facebook.com/abuaqif.alaman/posts/2066455553588231

AZMIN ALI BERCERAMAH DI JOHOR SATU TINDAKAN TERDESAK & SABOTAJ


KENYATAAN MEDIA OLEH
YB DATUK MAT NADZARI AHMAD DAHLAN TIMBALAN PENGERUSI UMNO / BN SELANGOR

1. Banyak pihak mempersoalkan tindakan Menteri Besar Selangor yang mengadakan siri Jelajah “Peduli Rakyat” di Johor baru-baru ini dengan menyebar fakta tidak benar mengenai kemajuan Negeri Johor di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

2. Jelajah “Peduli Rakyat” itu satu tindakan terdesak dan cuba mensabotaj usaha Kerajaan Negeri Johor yang berjaya memacu dan mentadbir Johor dengan begitu baik di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

3. Secara tidak langsung tindakan Azmin telah menyebar kebencian dalam kalangan Bangsa Johor sendiri selain mengingkari titah Tuanku Sultan Johor yang mahukan pemimpin Melayu duduk semeja, bermuafakat dan selalu berbincang tentang kepentingan orang Melayu.

4. Rakyat diajak untuk menilai tindakan berkenaan kerana Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tidak pernah pula ke Selangor dan berceramah tentang perkara yang tidak baik mengenai Selangor kerana beliau tahu keutamaannya adalah menjaga Johor daripada sibuk dengan negeri lain.

5. Justeru. tindakan Azmin tidak lebih daripada bimbang dengan penerimaan rakyat secara keseluruhan yang bakal menikmati manfaat daripada Bajet Johor 2018 yang baru dibentangkan selain Bajet Persekutuan yang disambut baik banyak pihak.

6. Adalah lebih molek Azmin balik ke Selangor dan menjaga negeri sendiri dengan pelbagai isu tempatan yang berterusan membelenggu penduduk Selangor daripada sibuk mempolitikkan semua perkara. Pedulikan penduduk Selangor terlebih dahulu.

28 November 2017

Dari Mana Sumber Kewangan Parti Bunga?


img-20171122-wa0002800918086.jpg

Seronok sangat Mahathir mempertikaikan orang lain. Namun dalam partinya sendiri  bila ada orang pertikaikan dia, terus orang tersebut disingkirkan dari parti bunga.

 

Perkara tidak jelas dan meragukan perlu dipersoalkan supaya tidak jatuh hukum bersubahat jika mengetahui ianya dari sumber tidak elok atau haram. Begitulah kedudukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau lebih mesra digelar Parti Bunga.

 

Peng­a­sas PPBM, Kamarul Zaman Habibur Rahman mendedahkan, berdasarkan Per­lembagaan PPBM, parti sepatutnya mengisy­tihar sumbangan dana atau derma kepada Majlis Pimpinan Tertingginya.

 

Menurut Kamarul Zaman perkara itu tidak berlaku. Setiap kali dia hadir mesyuarat parti, dana yang PPBM dapat tidak pun diisytihar daripada sumber mana wang dan dana itu diperolehi.

 

Sudahlah jumlah sebenar ahli tidak diketahi dan tidak diumum sehingga kini kepada umum, dana parti bunga juga tidak diketahui daripada  mana punca sebenarnya.

 

Dakwa Kamarul Zaman, keadaan itu amat mengelirukan beliau serta ahli-ahli PPBM kerana PPBM selama ini begitu melaung-laungkan soal ketelusan dan mengkritik musuh politik yang didakwa tidak mengamalkan integriti tinggi.

 

“Saya ingin melihat PPBM mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya (AGM) kerana mahu ahli-ahli mempersoalkan perkara ini. Saya harapkan ada ketelusan untuk mengisytihar berapa jumlah dana yang dikumpul daripada ahli dan derma yang diterima.

 

“Selama ini PPBM mengkritik pihak luar kononnya ada berlaku penyelewangan, tetapi mereka sendiri tidak pernah isytiharkan kewangan sendiri (kepada ahli parti),” kata Kamarul Zaman, semasa menjadi seorang daripada ahli panel bual bicara bertajuk Krisis Perlembagaan PPBM: Apa Kesudahannya? anjuran MyKMU, Agendaily dan MassaTV di Kuala Lumpur pada 23 November 2017.

 

Mahathir dan Muhyiddin  seringkali mengelak dari menjawab soalan bila ditanya daripada mana datangnya sumber kewangan Parti Bunga. Selain itu, mereka berdua juga cuba menyembunyikan rekod kewangan PPBM. Apa yang hendak disembunyikan sangat? Dapat duit dari sumber yang haramkah?

 

Penyataan kewangan dan dari mana dana parti PPBM perolehi seboleh bolehnya hendak disembunyikan dari pengetahuan semua ahli PPBM. Mungkin kerana itulah PPBM takut sangat hendak buat mesyuarat agung.

 

Apa yang hendak ditulis dalam penyatan kewangan PPBM? Hasil dan duit yang masuk dalam akaun parti daripada sumber mana? Siapa yang derma? Bila sudah dibentang, penyata kewangan itu perlu diserah kepada ROS.

 

Kalau RM32 billion pun Mahathir boleh buat ‘tidak tahu’ dan senyap, inikan lagi hal tentang penyata kewangan parti bunga. Macam macam silap mata boleh dibuat oleh Mahathir dan Muhyiddin untuk mengabui mata ahli ahli PPBM di bawah yang menyokong mereka dengan penuh ketaksuban.

 

“Sikap pucuk kepemimpinan PPBM mengecewakan dan membuatkan ahli-ahli parti yang selama ini bertungkus-lumus mencari ahli baharu, menghabiskan wang ringgit dan tenaga untuk menggerakkan parti menjadi mangsa keadaan,” kata Kamarul Zaman.

 

Mereka yang waras dan belum lagi menjadi “zombie” politik akan tahu pembohongan Mahathir ini. Namun bagi yang sudah taksub dan terlalu fanatik dengan Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz, mereka ini akan mempercayai apa sahaja yang Mahathir cakap.

 

Sampai Mahathir suruh Tun Hasmah tidak pakai tudung pun mereka pertahankan habis habisan. Peluk dengan anjing pun, mereka pertahankan juga. Soal hukum agama pun tolak ketepi semata mata hendak pertahankan Mahathir. Apa boleh buat, orang sebeginilah yang Mahathir dambakan sokongannya.

 

Mahathir dan Muhyiddin seboleh bolehnya mahu menyembunyikan siapa “pemberi dedak” kepada PPBM. Kunci peti besi itu hanya diketahui oleh orang terdekat sahaja. Mahathir tidak mahu kongsi pun dalam mesyuarat. Apakah duit yang datang dari peti besi itu duit dari hasil yang bersih atau duit dari hasil yang haram ?

 

Bila mempertikaikan orang sedap sangat Mahathir tanya dari sumber mana dan kata wang curi dan macam macam lagi tuduhan. Bila kena atas batang hidung sendiri, Mahathir boleh buat senyap dan buat buat “tidak tahu”. Dari mana sebenarnya wang dana PPBM? Kenapa hendak sembunyi sembunyi?

 

Berani kerana benar. Kalau takut, mesti ada buat benda yang salah. Mahathir ambil duit kroni dari sumber tidak halalkah untuk biayai PPBM? Sebab itu takut dan tidak mahu bagi orang tahu? Boleh jadi juga. Kerana hendak pada kuasa, apa sahaja boleh berlaku. Rakyat kena terus tanya dan tanya. Dari mana sumber dana parti PPBM?