KKM Terus Perkasa Keperluan Terhadap Doktor Pakar


Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan usaha terbaik bagi memberikan perkhidmatan kesihatan berkualiti buat rakyat, antaranya, melibatkan keperluan terhadap doktor pakar.

Sehingga kini, 9,632 doktor pakar kerajaan dan swasta berkhidmat di hospital seluruh negara. Menjelang 2020, 14,379 doktor pakar diperlukan bagi menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah sekaligus meningkatkan lagi perkhidmatan kesihatan berkualiti negara.

Antara langkah yang diambil adalah meningkatkan pengambilan pegawai perubatan menjalani program sarjana kepakaran, selain menggalakkan pegawai perubatan yang berminat menjadi pakar menjalani latihan kepakaran melalui program laluan paralel bersama universiti luar negara.

Selain itu, KKM melantik semula (kontrak) pegawai perubatan pakar yang bersara wajib untuk berkhidmat dengan kementerian mengikut keperluan. Kerajaan juga mendapatkan perkhidmatan kepakaran daripada pihak swasta untuk berkhidmat secara ‘sesi’ serta menggalakkan pegawai perubatan pakar warganegara Malaysia yang berkhidmat di luar negara pulang ke tanah air dan berkhidmat di dalam negara.

#BarisanProRakyat

Advertisements

Author: bintangku

blogger sopo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s