Krisis Air Selangor: Zaini Perjelas Persoalan Berbangkit


Krisis air di Selangor awal bulan ini sangat kritikal sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan rakyat mengenai pokok pangkal berlakunya masalah itu.

Dalam satu sidang akhbar baru-baru ini, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang menjelaskan secara terperinci beberapa persoalan yang berbangkit._

Berikut merupakan antara soal jawab tersebut:

*1) Adakah gangguan bekalan air di Selangor baru-baru ini mempunyai kaitan dengan keupayaan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash) melaksanakan penyelenggaraan?*

*ZAINI:* Kelewatan memuktamadkan pengambilalihan Splash oleh kerajaan negeri telah menjejaskan kedudukan kewangan semasa Splash. Kesannya, Splash tidak dapat menyediakan dana yang mencukupi bagi penyelenggaraan aset-aset air dan bayaran kepada subkontraktor yang terlibat dalam pelbagai aktiviti.

Berdasarkan laporan akhbar, kementerian difahamkan bahawa pihak TNB telah mengambil tindakan perundangan terhadap Splash. Risikonya, bekalan elektrik mungkin terjejas jika hal ini tidak segera diselesaikan.

*2) Apakah intervensi Kerajaan Persekutuan bagi memastikan perkhidmatan bekalan air terus dinikmati rakyat?*

*ZAINI:* Sungguhpun penstrukturan industri perkhidmatan air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih belum selesai dimuktamadkan, Kerajaan Persekutuan telah melabur lebih daripada RM10 bilion untuk menyediakan infrastuktur bekalan air di Selangor dalam tempoh 2010 hingga 2018.

*3) Kesan langsung yang boleh berlaku akibat kelewatan penstrukturan industri perkhidmatan air?*

*ZAINI:* Rizab margin air terawat yang rendah iaitu 0% (berdasarkan kapasiti reka bentuk) menjejaskan 761 permohonan pembangunan baharu kerana operator air di Selangor tidak dapat menjamin bekalan air yang mencukupi.

Rakyat Selangor dinafikan hak untuk mendapat akses kepada bekalan air bersih yang disediakan hasil daripada pelaburan besar Kerajaan Persekutuan.

*4) Apakah kesan margin simpanan bekalan air di Selangor berada pada kadar 0% kepada pengguna?*

*ZAINI:* Maksud fakta ini ialah air terawat yang dihasilkan digunakan sepenuhnya tanpa ada simpanan langsung. Keadaan ini adalah tidak bagus untuk memastikan jaminan akses kepada bekalan air khususnya semasa kecemasan seperti mana berlaku baru-baru ini.

*Sumber:* http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/21-politik/31241-krisis-air-selangor-zaini-perjelas-persoalan-berbangkit.html

Advertisements

Author: bintangku

blogger sopo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s