RM547.9 Juta Bagi Projek Pembangunan Luar Bandar Di Kedah


Kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntukkan RM547.9 juta bagi melaksanakan 127 projek pembangunan luar bandar di Kedah sejak tahun 2016 hingga kini.

Antaranya, ia melibatkan projek yang mendapat peruntukan terbesar iaitu lima projek Jalan Luar Bandar (JALB) yang berjumlah RM135 juta dan projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) sebanyak RM50.7 juta.

Usaha kerajaan membangunkan kawasan luar bandar di Kedah ini jelas menunjukkan kerajaan tidak pernah mengabaikan atau meminggirkan pembangunan di kawasan luar bandar sekali gus turut menyumbang kepada perkembangan ekonomi dan teknologi di kawasan terlibat.

#BarisanProRakyat

Advertisements

Tanpa PAS, PAN dan PKR Kena Game!


Diberi bilangan kerusi yang paling sedikit berbanding tiga parti lain dalam Pakatan Harapan, bahkan kerusi-kerusi berkenaan kebanyakannya pula bertaraf ‘kelas ketiga’ yang susah nak menang, itulah nasib sebenarnya parti serpihan PAN!
PAS nyata mengorak langkah jauh dengan jumlah kerusi yang akan ditandingi PRU14 160 kerusi, berbanding PAN hanya 27 kerusi. Perlu diingat, pertembungan kali ini PAN akan bertanding tanpa kekuatan PAS. Jadi apa nasib Mat Sabu?

Selain dari nasib pemimpin PAN yang seperti nyawa di hujung tanduk, PKR juga kini menggelabah masuk ke gelanggang tanpa Pas di sisi. Berbeza dengan DAP, PRU-14 adalah yang pertama buat PKR tanpa Pas bersama. Jadi mari kita lihat siapa yang sebenarnya kena game?
#PakatanProDAP
#HarapanFitnah

PAS Ambil Iktibar Pengalaman Lama dengan DAP, PKR


PAS enggan lagi mengulangi kesilapan lama sepertimana yang ditempuh bersama DAP dan PKR yang bertindak mengkhianati parti itu ketika bekerjasama dalam Pakatan Rakyat. Jika dahulu hubungan mereka dilihat seperti aur dan tebing, namun segalanya berubah kerana sikap DAP, dituruti oleh PKR.

Antaranya, DAP telah melanggar perjanjian apabila menyentuh perkara yang tidak ada kena-mengena dengan mereka terutama dalam soal Islam, terutamanya hudud. Sama juga ceritanya dengan PKR yang sanggup bersama PAN dan mengenepikan PAS dalam PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

PAS sedar tiada guna jalin hubungan kerjasama dengan DAP dan PKR, kini tunggu masa bila pula pengikut-pengikut DAP dan PKR ini akan sedar perjuangan yang mereka laungkan bersama dua parti ini adalah perjuangan yang sia-sia dan menipu rakyat semata-mata? Malah satu persoalan juga timbul sejauh mana ‘ketahanan’ PAN, PPBM dan PKR dalam kerjasamanya dengan DAP pada hari ini?

#TolakPakatanPRU14
#PakatanProDAP

Generasi Ke-2 FELDA Jangan Termakan ‘Racun’ Pembangkang


Kita tahu, pembangkang menggunakan pelbagai taktik untuk mempengaruhi peneroka FELDA. Tak cukup dengan sebar fitnah mengenai kerajaan, mereka berjanji macam-macam kepada golongan ini untuk memancing undi. ‘Racun’ bukan saja diberi kepada peneroka, malah golongan generasi kedua FELDA pun mereka hasut sekali.

Padahal kerajaan sejak dahulu tidak pernah meminggirkan generasi kedua dan ketiga FELDA. Antaranya, berkaitan soal perumahan dan menerusi manifesto BN baru-baru ini, kerajaan akan menyediakan lebih banyak rumah komuniti untuk golongan ini, selain beberapa inisiatif untuk jangka masa panjang seperti penghapusan hutang.

Paling penting, peneroka, generasi kedua dan ketiga perlu ‘buka mata’ dengan janji Pakatan yang mahu batalkan kontrak perjanjian dengan China. Ia bukan saja beri kesan kepada ekonomi negara dan hubungan antara negara, malah akan jejaskan periuk nasi peneroka kerana China adalah negara terbesar beli minyak sawit. Jadi, golongan peneroka dan generasi muda FELDA perlu bijak menilai janji mana yang mampu membela nasib mereka kelak.

#TolakPakatanPRU14

Berang Isu Gelaran, Kit Siang Tak Sedar Diri Ke?


Bukan main marah Kit Siang apabila PM Najib Razak ‘sentuh’ isu berkenaan puak-puak DAP, apatah lagi melibatkan bakal menteri mereka. Kit Siang tuduh Najib beri contoh tidak baik apabila menggelar Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming sebagai ‘makhluk kasar’ dan mendakwa Najib menggunakan politik jijik.

Kit Siang, Najib tidak sebut nama sesiapa pun ketika hadir di sebuah majlis di Teluk Intan semalam. Najib hanya beri amaran supaya rakyat berhati-hati dengan ‘makhluk kasar’ yang edarkan berita palsu. Itu sahaja. Yang Kit Siang nak melenting tak tentu kemudian kaitkan dengan berita palsu kenapa? Kemudian cabar pula Najib berdialog untuk senaraikan sepuluh berita palsu yang dicipta mereka berdua.

Sahlah Kit Siang bercakap depan cermin. Selama ini cara berpolitik DAP lebih kasar, memaki hamun dan menjatuhkan maruah sesiapa sahaja di hadapan penyokong mereka. Kali ini, dia pula nak berlagak seperti ‘paling suci’. Kit Siang terlupa barangkali yang dia sendiri pun pernah beri pelbagai gelaran terhadap Najib!

#TolakPakatanPRU14 #PakatanProDAP

PAS ‘Bantai’ Pakatan Selangor Tak Telus


Ingat lagi lakonan Azmin Ali naik Grab selepas DUN Selangor dibubarkan tempoh hari? Kononnya nak tunjuk kerajaan negeri telus pulangkan kereta rasmi dan inilah contoh terbaik kepada rakyat.

Malangnya kerajaan negeri tak telus. Mereka kata parti politik tak boleh menggunakan kemudahan milik majlis daerah sepanjang tempoh berkempen PRU14. Kenyataan rasmi dah keluar tapi puak-puak Pakatan Selangor tak ikut langsung peraturan itu.

Mana tidaknya Pakatan Selangor ‘bantai’ guna stadium Selangor yang sah-sah milik kerajaan negeri untuk program ceramah mereka. Siap tak beri kebenaran kepada pihak lain untuk guna. Jadi telus sangat ke Pakatan Selangor tu? Berlakon boleh la!

#PakatanProDAP #TolakPakatanPRU14