Bukti Persahabatan SHINee Onew & MBLAQ Lee Joon Kembali Terlihat Pada Acara M!Countdown


Posted by Hee Ra on 24 March 2012 in Mnet M! Countdown, News

Semua penggemar K-pop pasti tahu jika ada banyak idola Korea yang berteman bahkan bersahabat baik dngan idola lainnya walau dari grup yang berbeda sama seperti persahabatan MBLAQ Lee Joon dan SHINee Onew yang baru-baru ini kembali mereka perlihatkan di depan umum.

Sebelumnya, Onew dan Lee Joon tidak hanya saling menyebut nama satu sama lain pada program radio maupun wawancara hingga sering terlihat makan bersama tapi juga menghadiri kegiatan satu sama lainnya seperti konser sehingga semakin menunjukkan persahabatan dekat mereka.

Dalam program M!Countdown baru-baru ini, kedekatan Onew dan Lee Joon sekali lagi terekspos kamera wartawan. Sebagai MC M!Countdown, Lee Joon dan Mir mengucapkan selamat kepada member-member SHINee untuk comeback mereka. Lee Joon terlihat memberikan bunga mawar pada Onew sehingga hal ini tentu saja membuat banyak fans cemburu dan berkata “Aku sangat berharap ada diposisi Onew, jadi Lee Joon akan memberiku setangkai mawar” serta “wow, Joon & Onew benar-benar dekat“.

Selain itu, ada juga fanaccounts mengatakan bahwa selama pengenalan SHINee saat latihan, Lee Joon terus bersemangat seperti seorang fanboy dan berteriak “Onewww~~” sambil memperhatikan penampilan panggung SHINee.

Source : dkpopnews
Indotrans by Hera@KOREANINDO.NET
TAKE IT OUT WITH FULL CREDITS!!!

Jessica Simpson: Weight gain doesn’t bother me


Jessica Simpson has declared that she is proud of her body.

In an interview conducted with Lucky magazine before she announced she was pregnant with her first baby, the reality star turned fashion mogul spoke about being comfortable in her skin.

She said that she was finally at peace with her body after her well publicised weight gains and losses.

“Everybody fluctuates, but I’m open about my weight and I’m still confident,” the 31-year-old revealed. “I didn’t cry about it too much. I like the way I look.”

The mother-to-be said that her curves have actually helped her $1 billion fashion empire.

“I got so much scrutiny for putting on extra pounds, but I think that the decision not to make myself anorexic was actually great for branding,” she deduced. “Because when you’re really, really skinny, not everybody can relate to you.”

Jessica got engaged to fiancé Eric Johnson, 32, last November but the pair have yet to firm up any wedding plans.

“I haven’t started shopping for our wedding yet,” she admitted. “When I got engaged, everyone thought I would get married immediately, but I have not put a single dress on, and by the time this comes out I will not be married. We’re just enjoying being engaged right now – and that’s honest.”

Jessica said that she met Eric at the perfect time which has helped their relationship.

“When I met him I just felt so comfortable with myself and where I was in my life,” she said. “If he didn’t want to be a part of it, he didn’t have to be.”

Jessica has not announced when she is due but experts have estimated she is about six months along in her pregnancy.

Mawi, Ekin Teruja Nak Tahu Jantina Anak


Oleh KEMALIA OTHMAN

KUALA LUMPUR: Penyanyi Asmawi Ani (Mawi) dan pasangannya Nora’Asikin Rahmat atau Ekin mengakui tidak sabar untuk mengetahui jantina anak dalam kandungannya yang kini berusia kira-kira empat bulan.

Kata Ekin, setiap kali melakukan pemeriksaan terhadap kandungan tersebut dia berharap dapat mengetahui jantina bayi yang dikandungnya.

“Setiap kali buat pemeriksaan saya tak sabar untuk mengetahui jantina anak saya tetapi buat masa ini belum nampak apa-apa lagi kerana masih terlalu awal.

“Kalau boleh saya mahu bayi lelaki kerana adik beradik saya semua perempuan tetapi Mawi mahu anak perempuan kerana keluarga dia ramai lelaki.

“Namun apa pun jantina sebenarnya kami tidak kisah kerana yang penting dia sihat,” katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka Gempak Astro di sini, Rabu lalu.

Menurut Ekin, tiga bulan pertama usia kandungan, dia dijaga rapi oleh keluarganya di Johor Baru.

“Saya balik Johor Baru selepas mengetahui saya mengandung kerana di sana ada ibu yang boleh tengok saya sepanjang masa.

“Tiga bulan pertama adalah masa yang paling sukar bagi kandungan, lagi pula saya sudah dua kali keguguran menjadikan saya lebih risau dan paranoid,” katanya.

Bercerita pengalaman mengandung selama empat bulan, Ekin berkata dia tidak mengalami sebarang alahan, malah tidak pernah mengidamkan sesuatu.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan mudah setakat ini. Saya tidak mengalami apa-apa alahan dan tidak mengidam apa-apa seperti segelintir orang.

“Tapi saya lebih banyak makan berbanding biasa sehingga berat badang bertambah enam kilogram berbanding sebelum ini,” katanya.

Tambah Ekin, sejak hamil dia mendapat layanan istimewa daripada suami dan ahli keluarga yang lain.

“Saya selalu lupa yang saya mengandung dan buat semua perkara yang biasa saya lakukan tapi Mawi selalu tegur supaya lebih berhati-hati,” ujarnya.

Masalah Jantung, Latiff Ibrahim Perlu RM120,000


 

Latiff Ibrahim bakal tampil dengan album baru.

PETALING JAYA: Penyanyi terkenal tahun 80-an iaitu Latiff Ibrahim, 60, sedang mengumpul wang berjumlah RM120,000 untuk menjalani rawatan memulihkan jantungnya yang lemah.

Menurut Latiff, walaupun telah lama menjalani pembedahan dia masih perlu hidup dengan bergantung kepada ubat-ubatan.

“Alhamdulillah kerana saya dikurniakan kesihatan yang baik dan doktor tidak menghalang saya daripada aktif dalam karier seni.

“Sejak akhir-akhir ini, saya semakin banyak mendapat jemputan membuat persembahan lebih-lebih lagi saya perlu berusaha untuk mengumpul dana mengubati penyakit jantung ini,” katanya ketika majlis sidang media program hiburan Inilah… di Hotel Hilton di sini, Rabu lalu.

Pada bulan lalu, Latiff baru dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana tekanan darah rendah selain mengidap paru-paru berair.

Bagaimanapun dia bersyukur kerana undangan nyanyian yang diterimanya tidak pernah putus sejak Hari Raya Aidilfitri lalu selepas keluar dari IJN.

Dalam perkembangan lain, Latiff turut merangka untuk tampil dengan album baru hasil kolaborasi dengan Datuk Ahmad Nawab dan Datuk Captain Gulzar Mohamad.

“Saya akan membuat kemunculan semula selepas 20 tahun tidak menghasilkan album penuh. Semuanya bermula selepas Captain Gulzar meminta saya membuat album baru kerana saya dan dia berkenalan kira-kira enam tahun lalu.

“Album ini akan menampilkan 10 lagu yang memuatkan lagu baru dan lagu lama saya seperti Sabar Menanti dan lagu-lagu nyanyian Broery Marantika. Bagaimanapun, semuanya masih dalam perbincangan dan belum boleh diperkatakan lebih lanjut,” ujarnya lagi.

MISS NINA


Awal bulan ini, kami ada bising mengenai penglibatan Mizz Nina dalam acara-acara bertemakan arak seperti Arthur’s day, dan yang terbaru ialah H-Artistry 2010. Walaupun sudah ditegur secara terbuka oleh blog-blog hiburan yang lain, namun teguran kami seakan tidak diendahkan, apatah lagi dengan beberapa keping gambar yang membuktikan Mizz Nina berada di barisan hadapan sekali.

Kami bukanlah kepochi, cuma sebagai public figure, amatlah wajar kami menegur Mizz Nina yang semakin hari semakin popular, takut nanti demam arak pula melanda orang lain.

Kami pun tidak menuduh Mizz Nina minum arak, cuma apabila Mizz Nina berada di tempat tersebut, sedikit sebanyak akan menimbulkan spekulasi yang bukan-bukan. Akhir kata, semuanya terpulang kepada Mizz Nina, ambil kata-kata kami sebagai teguran sesama orang Islam.

Lagi gambar Mizz Nina & H-Artistry selepas ini.

Kredit Foto : Fanpage Fly FM

http://mynjayz.com/

 

‘Saya Tak Akan Bunuh Diri Kerana Cinta’ – Marsha


Oleh FERIDE HIKMET ATAK

Marsha

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh, 28, tidak pernah terfikir untuk melakukan perbuatan bodoh iaitu membunuh diri hanya kerana putus cinta dengan menelan 30 biji pil seperti yang didakwa.

Marsha berkata, dia tidak menafikan percintaan dia dengan seorang lelaki berbangsa Melayu sebelum ini sering menghadapi masalah, tetapi hal tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

“Hubungan cinta saya yang berusia dua tahun itu memang ada pasang surutnya. Tetapi di sini saya ingin jelaskan hubungan kami sudah putus beberapa minggu sebelum kejadian.

“Walau bagaimanapun, peristiwa itu bukan menjadi pendorong untuk saya melakukan perkara yang bodoh. Malah bekas teman lelaki saya itu telah melawat saya di hospital. Ia menunjukkan kami tiada masalah,” katanya pada majlis rumah terbuka anjuran syarikat rakaman Alibi Music, di Menara KLK, di sini, Rabu.

Pada 7 September lalu, Marsha dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini selepas dipercayai menelan 30 biji pil akibat putus cinta.

Bagaimanapun, Marsha menjelaskan dia ke PPUM setelah ditemui rebah di kawasan kondominium yang didiaminya di Jalan Klang Lama dekat sini akibat trauma selepas terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Sementara itu, ditanya adakah dia serik untuk bercinta lagi selepas melalui pelbagai dugaan dalam percintaan, Marsha berkata dia tidak pernah serik untuk menerima lelaki dalam hidupnya.

Dia turut mengakui pada ketika ini telah mengenali seorang lelaki tetapi belum sampai ke tahap untuk bercinta.

GBSB sepatutnya menghormati tuntutan Rozita Che Wan


Rozita Che Wan

Syarikat produksi Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) akan mempertimbangkan segala tawaran berlakon terbitan syarikat itu terhadap aktres Rozita Che Wan,38, yang dikatakan mula meletakkan bayaran “tidak masuk akal”.

Ketua Produksi Drama & Filem, Primeworks Studios, Jalena Rejab berkata, pihaknya terkejut apabila Rozita menolak tawaran membintangi sebuah drama bersiri Goyang Syafiq… Jom Pi Cuti musim kedua yang telah dipersetujui selepas tidak berpuas hati dengan bayaran yang ditawarkan.

“Sebelum Rozita berangkat mengerjakan umrah pada Ramadan lalu, dia telah bersetuju untuk membintangi drama bersiri 13 episod terbitan GBSB termasuklah meminta pihak produksi mematuhi segala jadual penggambarannya.

“Sayang sekali selepas dia pulang mengerjakan umrah pada pertengahan bulan Ogos lalu, dia menolak tawaran yang diberikan dengan alasan bayaran yang diberikan tidak setimpal,” katanya.

Jelas Jalena, menjadi amalan bagi semua syarikat produksi di negara ini memberi bayaran di antara RM1,500 sehingga RM2,000 bagi setiap satu episod untuk artis “senior” seperti Rozita tetapi malang sekali pelakon itu telah menuntut bayaran yang berlebihan.

Katanya, Rozita minta dibayar sebanyak RM3,000 bagi setiap satu episod untuk drama berkenaan.

Apalah yang dikemut sangat oleh gergasi perfileman negara GBSB. Bagi saja lah 3 ribu satu episod, tak kan nak letak harga sama , bila industri nak maju juga keringat mereka diperah dan yang buat untung ialah syarikat. Rozita tu sudah glamour , ada kelas , mana boleh dapat upah ciput-ciput. Tak gitu?

Model ‘Heidi Klum’ Sebar Virus Di Internet


Heidi Klum

LONDON: Nama model Heidi Klum menduduki tempat pertama paling berbahaya di dunia maya apabila ia digunakan bagi mengaburi orang ramai dalam menyebarkan virus menerusi Internet.

Pengarah keselamatan web anti virus MCAfee, Paula Greve berkata selain Heidi Klum beberapa nama selebriti terkenal dunia lain merupakan antara nama berisiko diserang virus.

“Tahun ini lebih hebat di mana penggodam dan penyebar virus telah menggunakan nama-nama selebriti untuk menyebarkan virus mereka.

“Bagi sesiapa yang mencari nama-nama artis popular dunia ini di Internet akan berhadapan risiko besar untuk menyebabkan komputer dan alat-alat elektronik mereka mengalami masalah.

“Pengguna Internet diharap lebih berhati-hati dengan kandungan yang tersembunyi pada tautan nama-nama artis tersebut,” ujarnya seperti dipetik aceshowbiz.com.

Antara nama artis yang mempunyai risiko tinggi ialah Jessica Biel, Katherine Heigl, Justin Bieber, Lady Gaga dan pemain tenis, Maria Sharapova.

Pihak McAfee turut memberitahu risiko terbesar kepada mengguna yang mencari maklumat peribadi selebriti tersebut dan memuat turut gambar-gambar mereka.

Eira Syazira,


PUTRAJAYA 18 Sept. – Dengan sekali lafaz pelakon Syazira Shuhaimi atau Eira Syazira, 27, sah bergelar isteri kepada pelakon Azad Jazmin John Louis Jeffri yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Putrajaya, di sini, kira-kira pukul 8.50 malam, Jumaat.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Shuhaimi Acheh dengan mas kahwin sebanyak RM 300.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Turut menyaksikan majlis tersebut adalah ibu dan keluarga kedua-dua pasangan pengantin. Azad menyerahkan wang mas kahwin kepada Eira.

Eira menerima sembilan dulang hantaran seperti, jam tangan, beg tangan, kasut, cincin, sirih junjung, minyak wangi, sejadah, Al-Quran, dan iPad, manakala Azad mendapat 11 hantaran seperti, minyak wangi, Al-Quran, jam, baju Melayu, set penjagaan diri, kemeja, sejadah, kasut, coklat, cincin, sirih junjung dan jersi dan topi jenama Chelsea.

Pasangan mempelai anggun mengayakan busana serba putih rekaan pereka fesyen terkenal Wanpa.

Sementara itu, majlis resepsi sebelah pihak perempuan akan diadakan pada 17 November depan di sini.

Manakala, pada 26 September di belah lelaki di Pulau Pinang. Pasangan akan berbulan madu di Bali dan Jakarta pada November depan.-MStar Online-

Khalwat : Razak Ahmad Hanya Mahu Ambil Baju


Oleh SALWA SHA’ARI

Razak Ahmad

PETALING JAYA: Pelakon, Razak Ahmad memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini, Khamis, kehadirannya di rumah seorang ahli perniagaan berstatus isteri orang pada malam mereka ditangkap berkhalwat pada 1 April 2006 hanya disebabkan dia mahu mengambil baju yang ditaja wanita itu untuk satu program televisyen.

Razak, 44, yang sinonim dengan watak orang alim dalam drama televisyen itu menambah, wanita tersebut, Selamah Sahudin, 45, sering menaja baju berunsurkan keislaman seperti baju Melayu, jubah dan kurta yang dipakainya dalam sesuatu program seni.

“Pada masa itu saya dipanggil untuk terlibat dalam siaran langsung di RTM yang sedang membuat percubaan untuk disenaraikan dalam Buku Rekod Malaysia kerana bersiaran selama 60 jam tanpa henti.

“Saya dijemput untuk mengisi slot secara langsung pada pukul 4 hingga 5 pagi dan disuruh untuk bercerita bagaimana seorang yang bergelar Qari boleh menyanyikan lagu-lagu asli dan berlakon,” kata Razak atau nama sebenarnya Abdul Razak Ahmad.

Tambah Razak, mengikut perancangan asal, dia akan membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan menyanyikan lagu Ahmad Jais di dalam program tersebut.

Mengenai kehadirannya di rumah itu pada pukul 1 pagi, Razak memberitahu waktu tersebut ditetapkan oleh Selamah memandangkan dia perlu ke RTM pada pukul 2 atau 3 pagi untuk menjalani latihan.

Tambahnya, itu adalah kali pertama dia berkunjung ke rumah itu yang dianggapnya sebagai tempat stor menyimpan pakaian memandangkan pada hari lain, baju-baju akan diambil dari sebuah kedai milik Selamah pada waktu siang.

Mengimbas kejadian yang berlaku, pelakon drama “Geng Surau” itu memberitahu, Selamah mempelawa dia untuk masuk ke rumah bagi mencuba beberapa baju yang dirasakan sesuai untuk dipakai dalam siaran langsung tersebut.

Katanya lagi, Selamah kemudiannya mengunci pintu jeriji dan menutup pintu utama rumah kerana dua unit yang terletak berhampiran rumah tersebut dijadikan sebagai asrama pekerja-pekerja asing.

Ketika peguam syarie Mohammad Azman Karim yang mewakili dirinya mengenai pakaian yang dipakai oleh Selamah, Razak menjawab wanita itu berpakaian lengkap.

“Dia berpakaian biasa, menutup aurat iaitu bertudung. Saya tidak pernah melihat dia tanpa tudung. Tapi saya tidak beberapa ingat pakaian yang dipakai kerana saya tidak perhatikan, cuma pakaian itu senonoh,” katanya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis.

Razak seterusnya memberitahu, dia mencuba tiga pasang baju di dalam bilik utama rumah tersebut sebelum memperagakannya kepada Selamah yang berada di ruang tamu bagi memastikan baju tersebut benar-benar selesa.

Malah, dia juga membuat aksi seperti sedang mengaji lengkap dengan Al-Quran dan rehal yang dibawanya sebagai persediaan untuk ke RTM.

Selepas mencuba, Razak kemudiannya kembali ke dalam bilik untuk membuka baju tersebut yang digantung untuk mengeringkan peluh sebelum digosok semula oleh Selamah.

“Saya pula berada di birai katil kerana mahu mengeringkan peluh,” katanya sambil menambah, hanya bersinglet dan berseluar pada masa itu.

Pada keterangannya, Razak juga berkata, dia mendengar pintu jeriji digoncangkan dan diberitahu oleh Selamah bahawa suaminya datang ke premis tersebut.

“Saya hanya duduk di dalam bilik. Saya beranggapan yang datang itu suaminya kerana mereka membahasakan diri sebagai mama dan papa. Saya mendengar suami Selamah menjerit menyuruh saya keluar dan mendapati ada anggota polis bersamanya,” katanya.

Razak juga memberitahu, dia kemudiannya menyerahkan kad pengenalan dan telefon bimbitnya kepada anggota polis tersebut yang menurutnya ‘mengikut’ arahan daripada suami Selamah untuk meminta barang-barang tersebut.

Tambahnya, dia diminta untuk ke Balai Polis Seri Kembangan bersama dua anggota polis untuk diambil keterangan dan diarahkan supaya hadir di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam, dekat sini untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat.

“Saya terlepas program RTM pada hari tersebut dan hanya dibenarkan balik selepas seorang rakan datang untuk menjamin saya,” katanya yang secara tiba-tiba menangis.

Ujarnya, tidak lama selepas hadir di pejabat JAIS, dia kemudiannya dihadapkan ke mahkamah.

Razak didakwa berkhalwat dengan Selamah pada pukul 2.15 pagi, 1 April 2006 di sebuah rumah di Apartmen Blok A, Taman Serdang Perdana, dekat sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 29 (1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 14 September 2006, Selamah yang mengusahakan perniagaan butik, mengaku bersalah dan didenda RM2,850 atau penjara tujuh bulan, jika gagal membayar denda itu.Prosiding yang dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa JAIS, Shafezan Rusli di hadapan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad bersambung pada 6 Oktober depan.

Aizat Amdan bolot dominasi AIM18


AIZAT AF

15 Sep – Selepas berjaya menggondol Anugerah Juara Lagu ke-24 pada tahun 2009 menerusi lagu “Pergi”, penyanyi Aizat Amdan kembali mengorak gemilang profil seninya selepas mengungguli enam pencalonan untuk enam kategori termasuklah Album Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) yang bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 12 November ini.

Mendominasi hampir kesemua kategori utama untuk album “Urusan Aizat Amdan”, Aizat bakal bertanding di dalam kategori Kulit Album Terbaik, Rakaman Album Terbaik, Video Muzik Terbaik menenerusi lagu “Susun Silang Kata”, Lagu Pop Terbaik, Lagu Inggeris Tempatan Terbaik selain daripada Album Terbaik.

Selain Aizat, penyanyi bersuara soprano Ning Baizura turut mengungguli lima pencalonan menerusi album terbarunya, “Dewa” serta album kolaborasi bersama Jaclyn Victor dan Shila Amzah, “3 Suara”.

Sementara itu Ratu Jazz Malaysia, Datuk Sheila Majid, Anuar Zain, Yuna serta dua pendatang baru, Najwa Mahiaddin dan Reza Salleh turut berjaya menempatkan diri menerusi empat pencalonan.

Walaubagaimanapun album figura Indie popular tempatan, Hujan hanya gagal mendapat sebarang nominasi dalam kategori utama, sebaliknya terpaksa berpuas hati dengan kategori Kulit Album Terbaik, Rakaman Album Terbaik dan Video Muzik Terbaik ekoran salah seorang ahlinya bukan warganegara Malaysia.

Pengumuman top 5 finalis kategori AIM18 yang berlangsung semalam di Hotel Royale Chulan turut mengumumkan pemansuhan kategori Lagu Hip Hop Terbaik dek kekurangan penyertaan dan juga pengurangan 10 kategori menjadikan AIM kali ini tampil dengan 18 kategori sahaja serta tidak membenarkan karya pemuzik luar.

Diketuai oleh Pengarah Muzik tersohor, Datuk Ramli MS bertindak selaku ketua Juri, AIM18 turut memperkenalkan anugerah khas Celcom iaitu Artis Mobile Terbaik Celcom, sebuah anugerah khusus mengiktiraf artis yang mendapat jumlah muat turun mobil tertinggi.

The Great Kissing from Awan Dania 2


 

Ini aksi ala-ala Mat Sabu dan Normah…
Macam PAS pianngggg la artis ni…. Comolot pun nak ambik gambar? Hah… terimalah padah diatas perbuatan bodoh ini…

Gambar-gambar ini dipetik daripada laman blog selebriti tempatan. Memang agak susah kita mengira bagaimana gambar ‘superprivacy’ ini begitu tersebar diluas di internet. Memandangkan ianya mengambil kira soal maruah dan pribadi diri. Siapa gambar dibawah ini? dia adalah pelakon Awan Dania 2, singaktan namanya QWH…

Kalau dapat kat Anwar Ibrahim ni… Dua-dua lobang dia taji….
PAS kata tak pa.. biaq pi laaaa… gambar, pita video mana boleh pakai…. 
kalau tak ada 4 saksi… na… 
Nasihat aku kepada adik-adik manis zaman sekarang, jangan lah tiru aksi bangang ini… cuba fikirkan dalam hal ini sape yang best dan untung? mamat tu jugak yang untungkan… korang dapat apa? #barai

Posted by Bro Jinggo at 12:00 PM

Lady Gaga in gender switch


Lady Gaga: Gender Bending 'Vogue' Shoot!

Lady Gaga bends gender and poses as a man for Vogue Hommes Japan.

Going under the name Jo Calderone, the 24-year-old eccentric singer appeared more conservative, wearing a simple men’s dress shirt and a jacket in this new photo shoot.

The photos were taken in London byNick Knight and featured styling byNicola Formichetti, who posted the photo previews on his Twitter.

The photo spread will appear in the men’s fashion editorial of Vogue Hommes Japan’s September issue

Miss Universe


Miss Universe Malaysia 2011 Deborah Henry wears a swimsuit during a presentation show at the Credicard Hall in Sao Paulo September 8, 2011. The contestants are in Sao Paulo for the 2011 Miss Universe pageant which will be held on September 12.

Lina Kantoi Tak Pakai Seluar Dalam….!!


Ratu Colombia semalam diberi amaran kerana tidak memakai seluar dalam ketika keluar bersama peserta Ratu Universe lain.Ratu Colombia berusia 22 tahun itu, Catalina Robayo dikatakan keluar ke majlis rasmi dengan memakai skirt pendek tetapi tidak memakai seluar dalam.Sumber pertandingan ratu cantik itu memberitahu, “Kami terpaksa memberi amaran kepada Ratu Colombia kerana perbuatannya itu tidak sopan.

“Orang ramai merasa tidak selesa dengan perbuatannya itu, apatah lagi keluar gambarnya yang tidak berseluar dalam di dalam beberapa media.” Presiden Pertubuhan Ratu Cantik, Paula Shugart juga dilapor pening kepala dengan tingkah laku Ratu Colombia itu.

“Sudahlah ada beberapa peserta yang memakai skirt terlalu pendek, tapi apabila saya melihat gambar dia tidak berseluar dalam, saya benar-benar terperanjat. “Penyelia kami telah memberitahu semua peserta supaya memakai pakaian yang sesuai dan salah seorang pegawai perhubungan awam kami sudah memberitahun Catalina mengenai perkara itu. Tetapi, dia menjawab dia dia memakainya.

Perbuatannya menyebabkan keadaan tidak selesa sejak beberapa hari,” katanya.- Medan Info Kita

Nong Poy lelaki dan wanita cantik dari Thailand


Marsha Stabil, Tidak Telan Pil Berlebihan


Oleh FERIDE HIKMET ATAK

Marsha

PETALING JAYA: Rakan terdekat penyanyi Marsha Milan Londoh, 28, iaitu Afeeq Abdul Wahab, 25, menjelaskan bekas pelajar Akademi Fantasia 3 (AF3) itu tidak mengambil pil secara berlebihan sebagaimana yang didakwa sebaliknya trauma akibat kemalangan yang berlaku.

Afeeq berkata, Marsha dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada pagi Rabu, setelah didapati rebah di kawasan kondominium yang didiaminya di Jalan Klang Lama dekat sini selepas insiden berkenaan.

“Saya masih belum mendapatkan penjelasan sebenar daripada Marsha sendiri tetapi difahamkan sebelum dia rebah, dia telah keluar membeli makanan berdekatan dengan kawasan kediamannya dan telah mengalami kemalangan kecil sehingga menyebabkan dahi serta matanya mempunyai kesan lebam dan luka.

“Marsha masih boleh memandu pulang ke rumah seperti biasa. Bagaimanapun, selepas meletakkan keretanya di kawasan parkir, dia pengsan ketika berjalan menuju rumahnya.

“Memandangkan Marsha turut mengalami masalah penyakit tekanan darah rendah, peristiwa itu turut memberi kesan kepadanya sehingga membuatkan dia rebah,” katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Penyanyi berasal dari Tamparuli, Sabah itu dilaporkan sebuah akhbar pada Khamis tidak sedarkan diri di rumahnya akibat menelan sebanyak 30 biji pil.

Dia kini menerima rawatan di wad trauma dan kecemasan PPUM dan masih belum bersedia menerima sebarang pelawat.

Bagaimanapun Afeeq menafikan tindakan Marsha yang kononnya mahu membunuh diri sebagaimana dilaporkan.

“Laporan yang dikeluarkan mengenai Marsha ternyata salah kerana dia bukannya jenis yang emosional sehingga ingin membunuh diri.

“Saya telah bertemu Marsha pagi tadi (Khamis) dan doktor meminta Marsha untuk berehat sebaik yang mungkin.

“Selepas dia sembuh daripada traumanya itu, dia akan membuat sidang media bagi menjelaskan isu tersebut,” ujarnya.

Marsha AF3 Pengsan Tertelan 36 Biji Pil Khayal


Penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh dilaporkan tidak sedarkan diri akibat terjatuh di rumahnya dipercayai selepas pengsan kerana mengambil pil secara berlebihan.

Dia dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya. Berita Harian memetik sumber berkata, Marsha yang menerima rawatan di wad trauma dan kecemasan pusat perubatan itu.

“Marsha dihantar oleh seorang wanita dalam keadaan lemah dan hasil pemeriksaan awal mendapati dia menelan sebanyak 30 biji pil,” katanya.

“Dia kini di bawah pengawasan doktor di wad trauma dan kecemasan serta tidak bersedia menerima sebarang pelawat.”

Bagaimanapun, sumber itu berkata, doktor masih belum dapat mengesahkan jenis pil yang ditelan oleh Marsha, finalis program Akademi Fantasia musim ketiga.

“Bekas pengurus Marsha, Syada Fiza, mengesahkan penyanyi itu dimasukkan ke hospital, namun menafikan tindakan Marsha yang dikatakan cuba membunuh diri.

“Marsha memang sering sakit dan ada kala dia tidak dapat menerima undangan persembahan disebabkan faktor kesihatannya itu,” katanya.

Penyanyi yang terkenal dengan imej seksi ini pernah menggemparkan industri hiburan dengan berita perkahwinannya yang diadakan secara tertutup di Kepong, Jun lalu. Bagaimanapun, berita itu hanyalah gimik untuk pembikinan video klip terbarunya.

Dalam temu bual khas dengan Berita Harian beberapa bulan lalu, Marsha yang bakal genap 26 tahun pada 6 Disember ini menafikan dakwaan bahawa dia ligat menjaja diri menggunakan pengaruhnya, kononnya kini menjadi pelacur kelas atasan secara sambilan.

Bekas Mak Mertua AC Mizal campur tangan?


Isu melibatkan bekas Isteri Dato’ AC Mizal sekali lagi hangat diperkatakan setelah mendakwa masih tidak berpuas hati dengan kemewahan yang dikecapi artis tersebut.

Syafnie turut mengheret ibunya bagi menyokong dakwaan beliau malah membuat pengakuan cucunya terpaksa meminjam duit kepadanya dek kerana kesempitan wang.

Anaknya yang turut tidak berpuas hati dengan bapa kandungnya itu turut mempertikai kasut yang digayakan AC Mizal ketika hadir ke mahkamah yang dakwanya berjenama dan agak mahal namun hanya mampu memberi nafkah dengan jumlah wang yang kecil.

Akan tetapi, 1 persoalan yang timbul dan dibicarakan pihak mahkamah kerana anaknya itu kini bersekolah di sebuah Sekolah Swasta di Bangi, Selangor dengan jumlah yuran pengajian yang agak tinggi.

Bagaimana sebuah keluarga yang kesempitan wang mampu menghantar seorang anak ke sebuah Sekolah swasta?

Alasan yang diberikan pihak bekas ibu mertua AC Mizal adalah kerana cucunya tidak dididik dengan ilmu agama yang cukup lalu dihantar ke Sekolah Swasta terbabit. Sumber KL Post

Nota tambahan:

Tu kira selepas perceraian, agaknya semasa dalam perkahwinan apa pula jarum yang dimainkan oleh  bekas mak mertua dia. Dahsyat juga tuntutan pihak bekas isteri untuk seorang anak, boleh bengkok besi ….antara tuntutan ialah:

wang saku makan minum RM 400

tambang bas RM 240

insuran pendidikan RM 1000

pembantu rumah RM 200

Mengaji Quran RM 280

wang amanah pendidikan RM 1000

ansuran rumah RM 650

Perbelanjaan tahunan RM 9000

pakaian tahunan RM 3000

yuran tuisyen tahunan RM 500

perubatan RM 1500

aktiviti kokurikulom RM 1000

Hiburan dan percutian RM 3000

Mampos macam tuuuu……

Artis dipergunakan untuk menghina agama Islam secara halus


Artis haruslah celik minda dan jangan jadi pak turut sahaja. Lihat ini cukup memalukan.

Kalau nak posing maut macam ni pergilah ke disco, kelab malam atau rumah urut. Memang benar ini kerja dalam studio tetapi jangan lah guna gambar yang melambangkan masjid.