JAWAPAN KEPADA JANJI-JANJI PALSU PAKATAN PEMBANGKANG YANG TIDAK MAMPU MEREKA TUNAIKAN


Bahagian 1

1. Gaji Penjawat Awam/Pesara dan Bonus akan ditingkatkan.
*[SEBELUM INI PAKATAN BERPENDAPAT JUMLAH PENJAWAT AWAM ADALAH BERLEBIHAN DAN PERLU DIKURANGKAN. TAK MUNGKIN MEREKA AKAN NAIKKAN GAJI DAN PENCEN]*

2. Gaji Penjawat Swasta bermula Minimum RM1,500.
*[KOS SARA HIDUP DAN HARGA BARANG AKAN MENINGKAT. KOS MENJALANKAN PERNIAGAAN JUGA AKAN MENINGKAT]*

3. Elaun Kebajikan/ OKU/ Ibu tunggal ditingkatkan dengan minimum RM800 – RM1000.
*[SEBELUM INI PAKATAN HENDAK MENGURANGKAN BELANJA MENGURUS DAN TAMBAH BAJET PEMBANGUNAN DALAM BAJET ALTERNATIF. ELAUN ADALAH DALAM BELANJA MENGURUS, JADI BERMAKSUD MEREKA AKAN KURANGKAN ELAUN]*

4. Bantuan pasangan berkahwin RM500 Seorang untuk perkahwinan pertama.
*[INI JUGA TERMASUK DALAM BAJET MENGURUS YANG MEREKA JANJI AKAN KURANGKAN DALAM BAJET ALTERNATIF]*

5. Lesen motosikal percuma.
*[LESEN ADALAH UNTUK MEREKODKAN KENDERAAN DAN PEMANDU SERTA MEMASTIKAN PERATURAN JALAN RAYA DIPATUHI]*

6. Mansuh GST.
*[HARGA BARANG AKAN MENINGKAT KERANA KADAR SST LEBIH TINGGI, PENGGUNA AKAN DIKENAKAN CUKAI BERGANDA DAN PENIAGA AKAN MENIPU CUKAI JUALAN DAN PENDAPATAN]*

7. Stabilkan Harga minyak di bawah paras RM1.50 seliter.
*[PAKATAN HANYA MAMPU BERIKAN SUBSIDI KEPADA KENDERAAN DI BAWAH 1000 CC DAN PERUNTUKKAN HANYA RM1 BILION UNTUK SUBSIDI. UNTUK STABILKAN HARGA PERLU PERUNTUKAN RM20 BILION]*

8. Bantuan Pendidikan Percuma.
*[NEGERI PAKATAN GAGAL BERI PENDIDIKAN PERCUMA DI PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK, TADIKA, SEKOLAH DAN INSTITUSI PENDIDIKAN YANG DIMILIKI KERAJAAN NEGERI]*

9. Bantuan pesakit buah pinggang, pesakit jantung bagi rawatan kos tinggi.
*[TELAH DIBERIKAN OLEH KERAJAAN]*

10. Subsidi Air percuma dan Bil Elektrik.
*[TARIF AIR DI P.PINANG MENINGKAT 4 KALI. ISU AIR BERSIH DI SELANGOR DAN KELANTAN MASIH BELUM SELESAI HINGGA SEKARANG]*

11. Mansuh PTPTN dan nikmati biasiswa/ pendidikan percuma.
*[BAJET PAKATAN PEMBANGKANG TIDAK BERANI MANSUHKAN PTPTN DAN JIKA MANSUH PAKATAN PERLU MENCARI RM48.7 BILION UNTUK MEMBAYAR SEMULA PEMBIAYAAN YANG TELAH DIKELUARKAN UNTUK BANTU PELAJAR]*

12. Salur agih kekayaan mengikut kawasan dan daerah tercicir pembangunan.
*[DI PPINANG, BANTUAN DISEKAT DARI KAWASAN ADUN YANG MENGKRITIK KERAJAAN NEGERI. DI SELANGOR, TIADA BAJET DIPERUNTUKAN UNTUK BANGUNKAN UTARA SELANGOR DALAM TAHUN 2018]*

13. Wifi percuma berkelajuan tinggi di bandar serta luar bandar.
*[WIFI DI SELANGOR HANYA GAJAH PUTIH YANG TAK BOLEH DIGUNAKAN. DI PULAU PINANG DAN KELANTAN, PAKATAN GAGAL BERI WIFI PERCUMA]*

_[Bersambung…]_

Advertisements

Pembangkang Ulang Semula Cerita “Recycle” Menjelang Pilihan Raya


Minggu lepas, bila ringgit kukuh pembangkang guna BBC untuk main semula cerita lama. Dalam Whatsapp minggu ini, berbagai bagai cerita lama masuk balik. Cerita cerita ‘recycle’ yang dimainkan semula pembangkang bila mereka kering idea dan tandus isu.

Cerita cerita persepsi yang ditabur semula semata mata untuk buat rakyat sangsi. Bagi mereka yang jarang membaca, mereka ini akan percaya bulat bulat dengan segala berita yang diterima. Inilah golongan yang paling diidamkan oleh pembangkang untuk “dibangangkan”. Sumbat apa sahaja terus percaya dan mudah terpedaya.

Samalah seperti dua tiga orang netizen yang bodoh mempertikaikan kenapa kereta berhuruf “Z” tidak membayar tol dan negara sudah tergadai kerana ada kereta polis China di jalanraya Malaysia. Padahal kereta tersebut digunakan untuk pengambaran filem. Golongan seperti inilah sasaran pembangkang untuk “dibangangkan”.

Dua tiga hari lepas, di media sosial, pembangkang “recycle” semula cerita tentang projek Bandar Malaysia di tapak Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi yang sudah dipindahkan ke Pangkalan Udara TUDM yang lebih baik di Sendayan.

Penyokong PH kata, tanah di tapak projek berkenaan sudah digadaikan kepada negara China. Faktanya, dalam Konsortium ICBS, pegangan saham antara pihak Konsortium adalah sebanyak 40 peratus oleh syarikat China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC) manakala 60 peratus oleh Konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH).

Pegangan saham IWH pula terdiri daripada sebanyak 40% oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ – Kerajaan Negeri Johor) dan 60% dimiliki oleh ‘Credence Resources’ yang diuruskan oleh Tan Sri Lim Kang Hoo. Kalau dilihat dari pegangan pemilikan tanah Bandar Malaysia pula ia dimiliki oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau Menteri Kewangan Diperbadankan sebanyak 40 peratus dan baki 60 peratus lagi oleh Konsortium IWH-CREC.

Pemilikan utama projek adalah 76 peratus dimiliki oleh Malaysia dan sebanyak 24 peratus oleh China. Pada 20 Mei tahun lepas, Tun Razak Exchange City telah batalkan perjanjian dengan konsortium ICBS yang terdiri daripada IWH dan CREC.

Susulan langkah pembatalan ini, Kementerian Kewangan yang memiliki 100 peratus projek TRX City kini memiliki 100 peratus Bandar Malaysia. Tidak masuk akal, jika dituduh 100 peratus tanah dan projek berkenaan sudah digadaikan kepada China kerana semuanya masih dimiliki oleh kerajaan Malaysia.

Datuk Seri Najib pun sudah menyatakan bahawa beliau tidak akan sekali-kali menggadaikan kedaulatan negara dalam apa-apa juga projek yang melibatkan syarikat dari luar negara.

19 Januari 2018, Battersea Power Station di London telah dibeli oleh syarikat dari Malaysia dengan harga £1.6 billion. Tidak ada pun pembangkang atau penduduk di London kata negara mereka terjual kepada Malaysia. Ada dengar?

Oktober 2015, di Melbourne, Australia, syarikat dari Malaysia akan membina bangunan setinggi 92 tingkat di sana. Bangunan itu yang bernilai AS$770 juta suatu hari nanti akan jadi bangunan tertinggi di Melbourne. Tidak pula orang di Melbourne kata Australia sudah tergadai pada Malaysia. Ada dengar?

Syarikat dari Malaysia juga banyak terlibat dalam projek pembangunan di Mekah, Arab Saudi. Tidak pula orang Arab kata Arab Saudi sudah tergadai pada Malaysia? Hanya pembangkang di Malaysia suka ‘membangangkan’ rakyat dengan teori “negara sudah kena gadai” mereka.

Pembangkang juga “recycle” balik cerita berkaitan wanita Mongolia, Altantuya Sharibuu walaupun mahkamah sudah pun membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman kepada sesiapa yang bersalah dan terlibat.

Pada saat begini undang-undang kekang berita palsu yang dicadangkan oleh Perdana Menteri adalah amat penting sekali. Ini kerana penyebaran maklumat dan berita seumpama itu boleh merosakkan kestabilan demokrasi negara ini.

Pembangkang yang sudah terdesak, tidak sabar menunggu pilihanraya untuk berpolitik secara matang dan bijaksana. Pembangkang lebih suka mengelirukan rakyat dengan cerita cerita bohong ini agar otak rakyat penuh dengan toksik dan kebencian.

Allah SWT Maha Berkuasa, akhirnya hari ini lihatlah parti mana yang penuh toksik dan kebencian? Sesama parti pembangkang sekarang penuh dengan kesangsian dan huru hara. Di situ lompat, di sana keluar parti, di satu tempat lagi berebut kerusi. Pembangkang sebenarnya tidak berpakat lagi. Elemen negatif yang mereka cuba semai menerusi cerita cerita tidak baik ini akhirnya balik ke mereka sendiri.

Tulisan :
Beruang Biru
BB762, Khamis
1 Februari 2018

ISU PANGKALAN UDARA STRATEGIK


Nampaknya sedang tular di media sosial video Majlis Paluan Berundur ATM dari Kem TUDM Sungai Besi, Kuala Lumpur sehingga ada pihak yang membangkitkan isu bahawa kem tersebut telah dijual kepada China. Sesungguhnya, ia dakwaan yang tidak berasas sama sekali. Baca penjelasan berikut untuk mengetahui fakta sebenar.

1. Pemindahan TUDM Kuala Lumpur ke Pangkalan Udara Sendayan dibuat berdasarkan faktor rasionalisasi daripada aspek operasi dan keselamatan, dan juga TUDM Kuala Lumpur sudah terlalu lama dan usang, dibangun sejak tahun 1940-an.

2. Operasi penerbangan di TUDM Kuala Lumpur tidak berapa selamat disebabkan kepesatan pembangunan Bandaraya Kuala Lumpur, dengan adanya bangunan tinggi dan kepadatan penduduk.

3. Kawasan TUDM Kuala Lumpur amat terdedah dengan ancaman luar disebabkan lokasi berhampiran lebuhraya dan kawasan perumahan. Dengan ancaman yang ada sekarang ini, ia boleh dilancarkan daripada kawasan-kawasan tersebut.

4. Pendedahan TUDM Kuala Lumpur kepada umum turut menyukarkan pihak TUDM untuk memberi perlindungan mantap sebagai kawasan operasi ketenteraan kerana terdedah kepada aktiviti pengintipan.

5. PU Sendayan & 31 Rejimen Artileri Kem Tun Ibrahim, Kajang adalah antara tapak-tapak relokasi TUDM Kuala Lumpur. Penempatan di beberapa pangkalan udara yang ada adalah mengikut misi dan kesesuaian seperti yang dibuat di PU KL sebelum ini.

6. Ini adalah kali pertama sebuah Pangkalan Udara (Sendayan) dibina untuk keselesaan para pegawai dan anggota TUDM di mana mereka akan mendapat kawasan kerja, kediaman dan infrastruktur yang baru untuk memberi sokongan atas misi-misi latihan TUDM. Selain itu, dengan adanya PU Sendayan ini, TUDM akan dapat menempatkan pusat latihan TUDM di mana buat masa ini latihan-latihan tersebut berpecah dan ada yang dibuat di Subang, Alor Star serta di Kinrara.

7. PU Sendayan ini apabila siap dibina dapat menyatukan TUDM yang akan meletakkan semua ini di bawah satu bumbung bagi tujuan uniformiti dan latihan manakala perintah dan kawalan akan menjadi lebih berkesan.

*ISU KEHILANGAN ASPEK SEJARAH PU KUALA LUMPUR*

1. Sejarah TUDM Kuala Lumpur akan dikekalkan selepas dipindahkan ke PU Sendayan kerana ia merupakan landasan antarabangsa yang pertama digunakan semasa zaman kemerdekaan. TUDM akan memelihara artifak-artifak sejarah TUDM Kuala Lumpur ini di muzium TUDM. Ini akan dilakukan bagi memastikan sejarah TUDM tidak akan terlupus.

*ISU PROJEK BANDAR MALAYSIA DIKUASAI SYARIKAT CHINA*

1. Dakwaan kononnya projek Bandar Malaysia di bekas TUDM Kuala Lumpur di ibu negara dikuasai oleh syarikat China kini bukan lagi isu. Sebaliknya tapak strategik seluas 198 hektar itu dikuasai 100% Kementerian Kewangan, berikutan terbatal perjanjian jualan saham (SSA) Bandar Malaysia dengan pihak pemegang saham projek tersebut sebelumnya.

2. TRX City, dengan mengambil kira kepentingan nilai tanah Bandar Malaysia, akan mengekalkan pemilikan penuh terhadap kawasan itu demi memastikan rakyat Malaysia meraih manfaat hasil pembangunannya.

3. Adalah fitnah berniat jahat dengan mengatakan kem TUDM KL diserah kepada Cina dari China.

*RUMUSAN*

1. Adalah tidak benar kerajaan mengenepikan sejarah penting negara dengan menyerahkan Pangkalan Udara Kuala Lumpur kepada pihak pemaju untuk dibangunkan. Banyak sejarah dan artifak TUDM akan dipelihara untuk pengetahuan generasi akan datang.

2. PU Kuala Lumpur telah hilang nilai strategiknya dan tidak sesuai lagi untuk menempatkan unit-unit tentera. Kedudukannya juga menjadikan pengintipan dan serangan oleh musuh menjadi begitu mudah.

3. Angkatan Tentera Malaysia memperolehi kemudahan-kemudahan yang jauh lebih baik dan bersesuaian setelah perpindahan ini berlaku.

4. Malaysia bukan satu-satunya negara yang menutup pangkalan-pangkalan tentera. United Kingdom telah dan bakal menutup sebanyak 56 pangkalan-pangkalan tentera termasuk Woolwich Barracks dan Fort George yang berusia hampir 300 tahun dan kaya dengan unsur-unsur sejarah. Berbeza dengan Malaysia, penutupan pangkalan-pangkalan tentera di UK tidak melibatkan sebarang penggantian.

Oleh itu janganlah kita mempolitikkan pertahanan negara dan hargai Angkatan Tentera Malaysia serta hak mereka untuk bertugas dan tinggal di pangkalan-pangkalan yang jauh lebih moden dan selesa sesuai dengan tugas mereka yang berat untuk menjaga kemananan, kesejahteraan dan kedaulatan negara.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=854994808037689&id=700309100172928

Arkib : Isu Tanah TUDM Sungai Besi


PENGKALAN UDARA SG. BESI 198 HEKTAR DIGANTIKAN SELUAS 300 HEKTAR DI SENDAYAN, DIPINDAH SECARA BERPERINGKAT & TIDAK BENAR DIMONOPOLI SYARIKAT CHINA

Pengkalan TUDM Sg Besi sudah tidak strategik.

JIKA pada tahun 1950an dahulu, tak dapat dinafikan Pengkalan Tentera Udara Sungai Besi, Kuala Lumpur adalah yang paling strategik beroperasi. Namun selepas 50 ke 60 tahun selepas itu, hasil daripada perkembangan pesat Kuala Lumpur, maka tapak pengkalan udara berkenaan tidak lagi mampu menampung kewajarannya beroperasi disitu.

Atas sebab-sebab faktor keselamatan Pengkalan TUDM Sg Besar telah dipindahkan secara berperingkat ke tempat yang lebih selamat, malah jauh lebih selesa berbanding yang ada sekarang ini. Ia bukan semata-mata untuk pembangunan The Greater Kuala Lumpur sahaja, sebaliknya faktor keselamatan negara, kawalan infrastruktur pertahanan negara dan keselesaan kem serta berimpak tinggi terhadap operasi ketenteraan negara turut diambil kira dalam soal ini.

Tuduhan pembangkang pembangunan Pengkalan TUDM Sg Besi telah dikuasa syarikat China adalah sangat tidak berasas.

Sedangkan amat jelas Konsortium yang dikenali sebagai IWH-CREC Sdn Bhd adalah perkongsian awam-swasta antara Konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) ( milik Kerajaan Negeri Johor) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC).

Hasil daripada jualan ini, 76% daripada Bandar Malaysia akan dimiliki entiti Malaysia yang mana kira-kira 54% daripada projek tersebut dimiliki Kerajaan Pusat dan Johor.

Kemasukan CREC sebagai rakan kongsi antarabangsa dengan ekuiti projek sebanyak 24% mewakili Pelaburan Langsung Asing (FDI).

Pelan induk Bandar Malaysia itu adalah untuk pembangunan bercampur pada purata nisbah plot kasar 4.05 melangkau keseluruhan tapak seluas 486 ekar di Sungai Besi. Bandar Malaysia akan dibangunkan dalam tempoh 15 hingga 25 tahun pada unjuran Nilai Pembangunan Kasar sebanyak RM150bilion.

300 HEKTAR DIGANTIKAN DI SENDAYAN, NEGERI SEMBILAN

Persoalan yang bermain di kalangan netizen selepas ianya ditutup secara berperingkat apa pula nasib oleh Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang merupakan ‘tuan rumah’ asal pengkalan tersebut?

Selain itu 1MDB telah dipertanggungjawabkan selepas membeli tanah tersebut kadar harga nominal (harga pasaran) untuk membina 8 buah kem baharu di seluruh negara dengan nilai RM2.7 bilion.

Seluas 8 juta kaki persegi insfrastruktur baru juga akan dibangunkan sedangkan ketika ini di Pengkalan Udara Sg. Besi hanya mempunyai keluasan bangunan 2 juta kaki persegi sahaja.

Melalui beberapa perjanjian, tanah Pengkalan Udara Sg. Besi akan digantikan dengan keluasan 300 hektar di Sendayan, Negeri Sembilan. Berbanding ketika ini keluasan Pengkalan Udara Sg. Besi hanyalah 198 hektar sahaja. Bermaksud 1MDB gantikan dengan tanah yang lebih besar dan luas.

Antara lokasi kem yang dicadangkan untuk pembangunan bagi TUDM, PDRM dan Rejimen ke-31 Artileri DiRaja (31 RAD) seperti di Subang, Kuantan, Butterworth, Gong Kedak, Ipoh dan Kajang untuk 31 RAD

#JUAL_TANAH_NEGARA_TERGADAI?


Agak kasar tapi sesuai dan layak untuk orang bodoh 😂🤭👇🏻
__

Untuk Bodoh Yang Percaya Tanah Tergadai Kepada Negara China

1. Bahasa mudah macam ini. Jika anda jual tanah ini kepada apa negara bangsa pun, jika tanah itu dalam Malaysia ia masih tanah Malaysia.

2. Hak milik tanah hanya untuk kegunaan, bukan untuk ditukar kedaulatan atau sempadan negara.

3. Jadi jika satu Kuala Lumpur ini dijual kepada China pun ia tidak boleh menukar Kuala Lumpur menjadi wilayah kedaulatan negara China.

4. Ia hanya memberi hak kepada China untuk membangun dan menggunakan tanah tersebut selagi tidak melanggar undang-undang Malaysia.

5. Selain itu, Kerajaan Malaysia boleh pada bila-bila masa mengambil semula mana-mana tanah milik sesiapa pun dalam negara ini menggunakan Kanun Tanah Negara.

6. Jadi retorik kedaulatan negara tergadai kepada China kerana ada syarikat China melabur dalam pembangunan Bandar Malaysia adalah kebangangan yang teramat sangat.

7. Ia sama bangang seperti orang tua yang kata kerajaan gadai kedaulatan negara sebab beliau tidak boleh masuk satu kawasan perindustrian milik syarikat dari China di Pahang baru-baru ini.

Ab Jalil Becker

#UB
#JanganJadiKhawarij
#KamiGengNajibRazak
#KhawarijAnjingNeraka
#TaatPemerintahDalamHalMakruf

__
Ingin dpt update Abu Aqif terus ke whatsapp?

SAVE no 010-6561640 dan isi form ni https://goo.gl/forms/sHFRKO6Idqn3pd0y1

Atau subscribe di Telegram t.me/abuaqifupdates

Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India 2018, New Delhi


Alhamdulillah lawatan kerja saya ke India untuk menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India telah selesai dengan jayanya. Saya dan pemimpin-pemimpin ASEAN yang lain telah mengalu-alukan hasrat India untuk mempertingkatkan kerjasama maritim antara ASEAN dan India dengan menjadikannya sebagai satu keutamaan dalam hubungan strategik kedua-dua pihak.

Saya telah tekankan bahawa ASEAN dan India harus terus menggalakkan kerjasama serantau dari segi keselamatan maritim terutamanya pembinaan keupayaan, pertukaran dan perkongsian maklumat yang boleh menghalang serta memerangi kegiatan jenayah di laut termasuk ancaman-ancaman tidak konvensional seperti keganasan dan ektremisme serta kegiatan lanun.

Saya percaya kerjasama strategik dalam bidang maritim ini menunjukkan bahawa kita berupaya meraih potensi yang besar lebih-lebih lagi melalui penggunaan sumber maritim secara bersama dengan kaedah pembangunan mampan dan sentiasa menekankan pemeliharaan alam sekitar.

Setelah selesai Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India, saya berpeluang untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi untuk membincangkan isu-isu dua hala antara Malaysia dan India. Antara perkara yang dibangkitkan adalah berkenaan kenaikan kadar duti minyak sawit kepada 30% daripada 15% sebelum ini oleh kerajaan India. Saya telah mencadangkan agar perkara ini dipertimbangkan supaya tidak memberi kesan kepada pembelian minyak sawit kerana India adalah pembeli ke-2 terbesar minyak sawit negara. Saya juga telah mengetengahkan agar India meningkatkan pembelian minyak sawit daripada Malaysia.

Malaysia dan India berhasrat meningkatkan kerjasama dalam bidang pertahanan termasuk mengadakan latihan ketenteraan udara bersama khususnya penugasan taktikal pesawat Sukhoi. Perdana Menteri Modi juga telah mencadangkan bahawa pasukan Tentera Udara India singgah di Malaysia untuk mengadakan latihan bersama semasa mereka dalam perjalanan balik atau pergi untuk misi yang sama bersama Australia. Sudah pasti Malaysia akan mendapat manfaat daripada latihan ini terutama sekali dari segi penugasan taktikal dan penyelenggaraan pesawat Sukhoi.

India juga telah menyatakan hasrat mereka untuk mengadakan kerjasama antara kedua-dua angkatan laut termasuk latihan taktikal untuk kapal selam Scorpene. Jelas bahawa pembangkang sekali lagi terperangkap dalam penipuan mereka apabila sebelum ini, mereka mendakwa bahawa kapal selam kita tidak boleh beroperasi.

Saya berasa gembira apabila Perdana Menteri Modi menyatakan hasrat beliau untuk meningkatkan kerjasama bidang ‘de-radicalization’, yang mana beliau telah mencadangkan agar satu persidangan diadakan dengan Malaysia sebagai tuan rumah bersama.

Semasa lawatan saya ke India pada April 2017, kedua-dua Kerajaan telah bersepakat untuk mencapai sasaran perdagangan dua hala sebanyak USD15 bilion menjelang tahun 2020. Saya gembira untuk mengumumkan bahawa, dari Januari hingga November 2017, jumlah perdagangan dua hala Malaysia dengan India meningkat sebanyak 22.3% kepada USD13.12 bilion berbanding USD10.73 bilion dalam tempoh yang sama pada 2016. Ternyata kerjasama dan hubungan baik Malaysia-India telah membuahkan hasil yang secara langsungnya memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

Dari segi pelaburan pula, 4 Memorandum Persefahaman (MoU) telah berjaya ditandatangani ketika lawatan ini, iaitu:

i) MoU antara SME Corp Malaysia dan National Small Industries Corporation India bagi meningkatkan kerjasama dalam usaha pembangunan PKS di kedua-dua buah negara di samping meningkatkan daya saing di pasaran antarabangsa;

ii) MoU antara Malamega Ltd dan Puspathy Enclave Pvt Ltd bernilai USD20 juta untuk sektor tenaga dan bahan api;

iii) MoU antara JS Rezeki Bumi Maju Sdn Bhd dan GA Software Technologies Pvt Ltd bernilai USD5 juta untuk menyediakan sistem perkhidmatan automasi yang berasaskan ‘artificial intelligence’ untuk Jabatan Imigresen Malaysia; dan

iv) MoU antara Orchid Life Sdn Bhd dan Vimta Labs Ltd bernilai USD 960,000 untuk kajian pra klinikal dan klinikal ke atas ekstrak kacip fatimah bagi kegunaan anti-obesiti.

Saya juga ambil maklum bahawa kerajaan India telah meluluskan penambahan 1,861 orang penumpang kapal terbang dari Malaysia setiap minggu sejak lawatan saya ke India pada tahun lepas, dan penambahan ini telah digunakan pada kadar hampir 99%. Oleh itu, saya telah meminta pertimbangan Perdana Menteri Modi untuk meningkatkan lagi peruntukan bilangan penumpang kapal terbang daripada Malaysia.

Akhir sekali, saya ingin menyatakan penghargaan kepada Perdana Menteri Modi atas jemputan untuk menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India dan layanan yang baik sepanjang lawatan kerja saya. Tahniah juga kepada beliau dan Kerajaan India atas segala persiapan teratur untuk jayakan satu program yang cukup bermakna ini. Saya percaya ini menandakan betapa pentingnya hubungan baik antara India dan ASEAN, lebih-lebih lagi apabila buat pertama kalinya semua pemimpin ASEAN diberi pengiktirafan dan dijemput untuk menyaksikan sambutan Hari Republik yang ke-69 di New Delhi.

Projek Projek Ajaib “Developer Action Party” Di Pulau Pinang


Memang layak DAP digelar sebagai “Developer Action Party”. Banyak silap mata yang berlaku dalam projek projek di bawah kerajaan DAP Pulau Pinang. Bila disiasat dan kantoi maka dituduh sebagai serangan politik dan diajak pula wartawan minum kopi. Serangan politik apa jika apa yang hasil siasatan itu punyai bukti dan dokumen yang kukuh bahawa terdapat penyelewengan dan rasuah. Bukan satu dua projek yang dibuat oleh “Developer Action Party” yang telah terbukti ada ‘silap mata” tetapi banyak. Nilainya pula tujuh angka ke atas, bukannya sekupang dua yang hilang. Buat laluan basikal berharga RM2.4 juta untuk satu kilometer. Kos RM30 juta untuk laluan basikal sejauh 12.5 kilometer. DBKL buat laluan basikal hanya bernilai RM127,000 untuk satu kilometer. Kalau ikut kos DBKL, untuk 12.5 kilometer hanya melibatkan kos bernilai RM1.58 juta sahaja. Boleh jimat RM28.42 juta. Mengapa kos basikal “Developer Action Party” mahal sangat? RM28.42 juta ini komisyen untuk DAP kah? Cadang hendak buat LRT bernilai RM24 billion yang harganya lebih mahal dari MRT. Kos projek MRT sejauh 51 kilometer, siap dengan laluan bawah tanah dan stesyen hanya bernilai RM21 billion. Jimat lagi RM2 billion daripada anggaran asal. Namun di Pulau Pinang, “Developer Action Party’ cadang buat LRT sahaja, bukannya MRT. Kosnya bernilai RM24 billion untuk 30 kilometer sahaja. Satu kilometer kosnya RM800 juta. Mahal sangat berbanding MRT yang ada stesyen dan laluan bawah tanah hanya berkos RM411 juta satu kilometer. Oleh kerana itulah Norlela Ariffin, ADUN PKR Penanti cakap mengapa tidak buat MRT sahaja berbanding buat LRT. Lim Guan Eng dan kerajaan DAP tidak boleh jawab. Musykil sungguh, orang Penang kata “awat yang mahai sangat?” Duit itu DAP ‘kedarah’ masuk poket ‘depa’ kah? Buat kajian kos terowong yang berkali ganda mahal dan kemudian kantoi pula hilang RM236 juta. Kajian kos terowong yang sama di Quebec City, Kanada hanya berkos RM429,645 untuk 7.8 kilometer. Keseluruhan kos terowong “Smart Tunnel” di Kuala Lumpur hanya berjumlah RM1.93 billion sahaja. Terowong yang mahu dibuat oleh Guan Eng di dasar laut hanya sepanjang 6.5 kilometer, namun kosnya mencecah RM4.63 billion. Jabatan Kerja Raya boleh buat kajian dengan kos yang lebih murah. Namun mengapa Guan Eng pakai syarikat swasta dan bayar RM305 juta. Kos asal hanya RM70 ke RM80 juta sahaja. Boleh jimat RM235 juta. Jumlah boleh dijimatkan ini sama dengan jumlah duit kajian kos terowong yang dipercayai hilang sebanyak RM235.7 juta bila semua dokumen kajian disemak dan diteliti oleh SPRM. Hilang ke mana wang sejumlah RM235.7 juta ini? Bila beli rumah banglo Pinhorn pandai pula Guan Eng berjimat. Beli rumah banglo di bawah harga pasaran daripada proksi sendiri. Harga pasaran semasa banglo adalah RM6.5 juta. Guan Eng beli hanya dengan harga RM2.8 juta sahaja. Jimat RM3.7 juta. Pandai pula berjimat bila beli banglo sendiri. Di Taman Manggis, tanah yang sepatunya dibina rumah untuk rakyat ditukar status tanah untuk buat projek komersial. Phang Li Khoon, proksi Guan Eng dipercayai dapat untung atas angin sampai RM59 juta, Guan Eng dapat jimat RM2.8 juta. Ini cara “Developer Action Party” berjimat di Pulau Pinang. Mengapa semasa Guan Eng dan kerajaan ‘Developer Action Party’ buat projek projek di Pulau Pinang segalanya menjadi mahal berkali kali ganda? Apakah “kawtim” cara “minum kopi” seperti projek Banglo Pinhorn-Taman Manggis ini terjadi pada semua projek projek di Pulau Pinang? Semasa buat belanjawan alternatif 2018, bukan main lagi pembangkang hendak berjimat sampai RM20 billion di Jabatan Perdana Menteri. Hendak buang penjawat awam dan tutup kementerian. Hakikatnya, itu semua “poyo’ sahaja. Masa mereka jadi kerajaan di Pulau Pinang, sekupang pun mereka tidak jimat. Penang Institute boleh buat kajian mahu buang penjawat awam di Putrajaya. Penang Institute yang diberi bajet sampai berjuta juta oleh Guan Eng mengapa tidak buat kajian mengenai semua kos projek Guan Eng ini? Buat kajian untuk berjimat. Mungkin Penang Institute tidak pandai, Guan Eng kena upah syarikat fesyen baru boleh dapat kajian yang menjimatkan. Banyak lagi projek yang mahu dibuat oleh Guan Eng ketika dalam Bajet 2018 iaitu Daerah Seni bernilai RM30 juta, kompleks sukan bernilai RM100 juta di Pulau Jerjak, stadium hoki di Bukit Mertajam bernilai RM7 juta. Semua projek ini kalau tidak diteliti dan disemak, sudah tentu menelan kos berkali ganda daripada kos asal. Di Pulau Pinang pula, inilah cara kerajaan “Developer Action Party, DAP” melaksanakan projek projek ajaib. Hanya mementingkan projek pembinaan rumah mewah di lereng lereng bukit sahaja. Kampung rakyat pupus, naiklah kondo dan rumah mewah yang hanya jadi rumah mampu tengok bagi rakyat biasa. Bagaimana hendak hentikan kegilaan dan kerakusan kerajaan korup “Developer Action Party’ ini?. Rakyat Pulau Pinang boleh menghalangnya. Jangan undi lagi DAP dalam PRU14. Ajar mereka atas kertas undi. Inilah masanya untuk berubah. Tulisan : Beruang Biru BB755, Jumaat 26 Januari 2018