​Menjelang Hari Perbicaraan, Guan Eng Mula Tiru Lakonan Mat Sabu & Anwar


Kes skandal rasuah dan salah guna kuasa melibatkan Ketua Menteri DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng semakin menghampiri tarikh perbicaraan. 

 

19 Mei 2017 ini, Mahkamah Rayuan akan memutuskan status rayuan Guan Eng yang mencabar Seksyen 62, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 ditolak atau diterima.

 

Mahkamah Tinggi telah menolak rayuan Guan Eng itu pada 7 Mac 2017 yang lepas. Ramai berpendapat bahawa rayuan Guan Eng ini juga akan ditolak mahkamah rayuan.

 

Mungkin sudah terasa dan tahu apa keputusan Mahkamah Rayuan,  maka Guan Eng cepat-cepat mencari simpati umum dengan memuat naik video rakaman kenyataannya mengenai keadaan tangan kanannya yang berbalut.

 

Menurut Guan Eng, keadaan tangannya yang berbalut itu adalah disebabkan dia mengalami kecederaan pada jari kelinkingnya. Namun, yang dibalut pula adalah keseluruhan tangan kanan tersebut.

 

Biasalah tindakan wayang sebegini selalu berlaku apabila negara sedang menghampiri tarikh PRU14 dan tarikh-tarikh penting seperti perbicaraan kes di mahkamah.

 
Bukankah sebelum ini pemimpin pembangkang amat suka belakon sebegini apabila mereka berada dalam situasi tersepit?

 

Tengok bagaimana  Anwar Ibrahim sanggup berbohong seluruh dunia kononnya mengalami kecederaan tengkuk dan sakit tulang belakang, sedangkan menurut rakaman CCTV yang tular selepas itu sekitar tahun 2001, Anwar sebenarnya sihat apabila berada di kawasan-kawasan yang tersembunyi seperti dalam penjara atau wad.

 

Begitu juga Presiden PAN, Mohamad Sabu. Dia menipu kononnya lutut tercedera teruk akibat dirempuh kereta polis pada perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011. Keadaan Mat Sabu pada ketika itu seolah-olah sudah lumpuh seluruh anggota kaki, namun kembali pulih sehingga mampu belari dan berjoget dalam masa yang singkat selepas itu.

 

Maka tak hairanlah apabila sekarang ini Guan Eng pula membalut tangan kanannya walaupun menurut cerita dia hanya cedera di hujung jari paling kecil sahaja. Mungkin dia sudah membayangkan bahawa dia bakal digari, lalu tangan dan jari yang tiada berdosa itu telah menjadi alat pembohongan.

 

Ini semua merupakan modus operandi penipuan pembangkang yang sudah basi dan hanya akan berjaya mempengaruhi mereka yang tiada otak sahaja.
Semua orang tahu kes sebenar Guan Eng. Pertuduhan pertama, Guan Eng dituduh menyalahguna kuasa menukar status tanah di daerah barat daya Pulau Pinang.

 

Kemudian pertuduhan kedua, membeli banglo pada harga lebih rendah dari pasaran pada 28 Julai 2015. Harga pasaran RM4.27 juta, harga dibeli RM2.8 juta dari Phang Li Koon.

 

Bila mahkamah rayuan membuat keputusan pada 19 Mei ini, maka selepas itu Guan Eng  akan menanti masa menghadapi perbicaraan kes ini di mahkamah.

 

Sebelum masuk perbicaraan, Guan Eng mesti mahukan simpati. Maka berlakon lah dia selepas mendapat nasihat penasihatnya. Sungguh lekeh Guan Eng, lakonan Mat Sabu lebih nampak “real”.

 

Orang Pulau Pinang kena desak Guan Eng letak jawatanlah. Jangan buang masa berlakon lagi. Bila sudah ulang alik mahkamah nanti, siapa hendak jadi ketua menteri? Letak lah jawatan.

Aku Janji Kerajaan Persekutuan: Pembangunan Infrastruktur


Malaysia boleh berbangga dengan kemudahan infrastruktur yang termaju di kalangan negara-negara perindustrian baru di Asia.

Antaranya, jaringan lebuh raya yang cekap yang menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi.

Ia sekali gus melonjak taraf hidup rakyat termasuk penduduk di luar bandar sejajar matlamat kerajaan memastikan kekayaan negara dinikmati bersama.

#Negaraku #Barisanprorakyat

1MDB bakal buat untung besar


Mkini now says that 1MDB will make huge profits

Cerita menarik hari ini ialah kajian media mendedahkan 1MDB bakal buat duit dengan pembangunan Bandar Malaysia.  

Ya akan memberikan satu tamparan yang menyakitkan kepada pembangkang terutama sekali Tun U-turn dan Tony Puaka. 
Mkini’s former business editor and co-owner of Kinibiz (which failed and was closed down) just wrote an article with the title “Here’s how gov’t can make RM90b from Bandar Malaysia”.

Basically, he is saying that the development of Bandar Malaysia has great prospects and 1MDB will end up making a lot of money – enough money to repay all its debts (which they allege people had songlap) and still have great profits (which they again allege that govt can songlap in future).
For so long, Pakatan and their friendly portals have been saying that govt will go bankrupt because of 1MDB’s debts (which is already substantially repaid with the rest taken care of) and that govt has to use GST, use fuel subsidies, use sugar price bla bla bla to bail out and that this debt will be a burden on your next generation and the generation after that.
_But now the Pakatan folks are saying that Govt will make huge profits on 1MDB and there is no more debt that will be a burden on your next generation and the generation after that?_
Please… make up your mind. 
Which is which? You are making your supporters confused.
Govt going bankrupt or not going bankrupt but make huge profits instead?
But at least this article also pointed out that 1MDB had to pay RM2.7 billion to build/upgrade 8 military bases as payment for the Bandar Malaysia land – which completely destroys their previous argument that 1MDB got the land free or super-cheap!
BTW, this article also justifies that 1MDB borrowing to develop their projects will mean that eventually 1MDB will make huge profits and repay their debts – just like how any other business out there does it.
LSS.
http://www.malaysiakini.com/columns/382332

DAP menipu rakyat lagi


Pemimpin DAP Sarawak Dr Ting Tiong Choon telah membuktikan bahawa beliau adalah wakil rakyat yang tidak boleh dipercayai. Beliau bukan sahaja telah melakukan perbuatan khianat dengan menerima kewarganegaraan Australia malah telah juga berbohong ketika cuba menyangkal tuduhan pemilikan warganegara asing di Dewan Undangan Negeri Sarawak minggu lepas.

Ting telah mendakwa telah melepaskan kerakyatan Australia selepas dipilih oleh Talent Corp untuk kembali bekerja di Malaysia dibawah Program Kepulangan Pakar (Returning Expert Programme REP) sedangkan rekod menunjukkan beliau tidak pulang dibawah program REP.

Bukan itu sahaja, Ting sebenarnya tidak layak untuk menerima program REP walaupun telah memohon untuk menyertainya.

Kereta Lembu Dari Selangor.  Jalan Tak Laju, Sejam Sebatu.


​When the Bandar Malaysia deal was cancelled two weeks ago


When The Bandar Malaysia deal was cancelled 2 week ago, WSJ, Pakatan and their friendly portals were maliciously alleging, even sniggering, that China’s leadership was no longer support of Najib and that the relationship has broken apart.
Yesterday, China president Xi Jinping said the China-Malaysia relationship is currently at its best ever and China will advance the comprehensive strategic partnership with Malaysia to further improve bilateral ties.
The two nations also agreed to cooperate on the mutual recognition of standards and information sharing, encourage the utilisation of local supply chains and facilitate cross-border e-commerce.
China also committed to importing goods worth US$2 trillion (RM8.7 Trillion) over the next five years, invest up to US$150 billion (RM650 billion) in Malaysia and offer 10,000 places for training and studies in China.
Today, out of 30 world leaders at lunch, PM Najib was seated next to President Xi.
Pakatan and their gang: Dengar boleh, percaya jangan.
LSS.

Aku Janji Kerajaan Persekutuan: Kecemerlangan Pendidikan 


Matlamat kerajaan menyediakan pendidikan bertaraf dunia untuk semua rakyat sebagai pelaburan masa hadapan.

Misalnya Bajet 2017,  kerajaan buat pertama kali menyediakan peruntukan RM50 juta kepada sekolah agama rakyat, SJKC, SJKT dan sekolah mubaligh.

Pendidikan prasekolah, rendah, menengah dan  tinggi diberi tambah baik selaras Dasar Pendidikan Negara ke arah membina kecemerlangan pendidikan. 

#Negaraku #Barisanprorakyat 

Sembilan MOU Malaysia- China bernilai RM31.3 bil


Malaysia terbukti destinasi pelaburan menarik apabila 9 perjanjian perniagaan bernilai RM31.3 bilion dimeterai di China.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman di China, merangkumi sektor pembinaan, pertanian, bursa saham, infrastruktur serta kerjasama antara pelabuhan dan penubuhan syarikat penerbangan, Air Asia China.

Perjanjian ini mengikuti kejayaan negara menarik pelaburan hampir RM168 bilion dari India dan Arab Saudi tahun ini.

#Negaraku #Barisanprorakyat

7 Fakta Bukti Malaysia Negara Yang Berjaya Bukan Gagal Seperti Tuduhan Kit Siang


1. Malaysia berada pada kedudukan PERTAMA sebagai Negara Terbaik Untuk Pelaburan 2017. Kajian ini dibuat oleh BAV Consulting, Y & R Young & Rubican.
2. Malaysia berada pada kedudukan KE-3 dari 80 negara terbaik untuk memulakan perniagaan 2017. Kajian ini dibuat oleh BAV Consulting, Y & R Young & Rubican.

3. Malaysia berada pada kedudukan ke-8 dari 136 negara dengan perbelanjaan kerajaan yang paling cekap 2017. Kajian ini dibuat oleh World Economic Forum.

4. Malaysia berada pada kedudukan KE-23 dalam senarai negara yang mempunyai idea inivatif dalam ekonomi berdasarkan Bloomberg Innovation Index 2017.

5. Laporan World Bank pada Disember 2016 meramalkan ekonomi Malaysia akan berkembang sebanyak 4.3% pada 2017.

6. Lim Kit Siang pernah menyebut Malaysia sebagai ‘Failed State’ dalam kenyataannya pada Malaysiakini pada 5 Februari 2017. Tun Dr. Mahathir Mohammad juga pernah meramalkan Malaysia akan muflis seperti Argentina pada 11 September 2014. Kemudian meramalkan lagi Malaysia akan bankrap pada 31 Disember 2015. Semua tuduhan dan ramalan ini TIDAK BENAR belaka.

7. Jumlah eksport Malaysia pada suku tahun 2017 terus meningkat menurut data dari MITI. Eksport Malaysia ke negara Asean meningkat 23.9% dengan nilai RM66.4 billion. Eskport Malaysia ke negara China meningkat 39.9% dengan nilai RM29.1 billion. Eskport Malaysia ke negara Kesatuan Eropah juga meningkat 22.2% dengan nilai RM23.62 billion. Jumlah keseluruhan nilai eksport adalah RM119.2 bilion. Jumlah ini untuk suku pertama tahun 2017. Tidak mustahil nilainya meningkat kepada RM500 bilion hingga akhir tahun ini.

Berdasarkan kepada fakta ini, negara luar masih percaya untuk berdagang dengan Malaysia dan tidak mempercayai tuduhan yang dibuat Kit Siang dan Mahathir.

Ingat Pas kluk klik rupanya DAP lagi teruk. 


Adun dan MP Dap semua nya sama, bercakap berbelit macam keling. Tetapi biasa lah, kalau tak tipu bukan DAP. 

Tony Puaka sorong tarik dalam isu pelaburan Bandar Malaysia.  Pengerusi Dap Sarawak pula sorong tarik isu dasar perkapalan.  Sekor ini pula sorong tarik isu ECRL.  

Ingat Tun U-turn sahaja yang kerap buat sorong tarik dalam retorik politik.  

Sebelum ini satu lagi entiti suka dengan tag line “kami bersetuju untuk tidak bersetuju ” . 

Yeo Bee Yin ni bukan calang calang orang, dia graduan Oxford London mungkin lulusan Political Engineering  (LOL). 

Pakatan Pro-DAP yang bengong 


EXCO PAS TIDAK PERLU LETAK JAWATAN DI SELANGOR..?


1. Azmin Ali mendesak tiga Exco Kerajaan Selangor daripada PAS meletak jawatan. Alasannya, Majlis Syura PAS sudah pun membuat keputusan iaitu membatalkan “Tahaluf Siyasi” bersama PKR. Di pihak Pakatan Harapan, mereka menuduh tindakan PAS terus mengekalkan jawatan dalam pentadbiran kerajaan Selangor sebagai tidak bermaruah.

2. Persoalannya siapa yang tidak bermaruah? PAS atau PKR. Perlukah mereka meletak jawatan. Jika bermaruah mengapa Azmin Ali tidak pecat sahaja tiga exco berkenaan. Kuasa di tangan beliau. Bagi tiga exco berkenaan, pendirian mereka samalah barangkali dengan beberapa penjawat awam yang menjadi penyokong tegar pembangkang tetapi masih memegang jawatan dan menjadi duri dalam daging dalam kerajaan. Mereka tidak meletak jawatan walaupun sebenarnya melanggar akujanji perkhidmatan awam.

3. Tan Seri Muhyiddin dan Mukriz juga tidak mahu meletak jawatan walaupun mereka mengkritik kerajaan secara terbuka dan naik pentas pembangkang. Akhirnya sebagai parti dan kerajaan yang bermaruah kedua dua mereka dipecat daripada parti dan jawatan dalam kerajaan.

4. Begitu juga beberapa wakil rakyat PAN seperti Khalid Samad dan lain lain. Kenapa mereka tidak letak jawatan sebagai ahli parlimen di kawasan masing masing. Sedangkan mereka menang atas tiket PAS. Di mana maruah mereka. Alsan mereka ialah mereka menang kerana dipilih oleh rakyat secara demokratik. Maka itulah alasan sama yang diberikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru Sallehen Mukhyi kenapa tiga exco berkenaan tidak meletak jawatan.

5. Justeru tidak ada sebab sesiapa pun untuk marah kenapa mereka tidak meletak jawatan. Dan kalau Azmin bermaruah, guna sahaja kuasa Menteri Besar untuk memecat tiga exco PAS itu.

Datuk Dr Hj. Mohd Puad Bin Zarkashi
MT UMNO

​DEDAK-DEDAK MAHATHIR


 

1.  Kerana terlalu taksubnya menyokong-penyokong Mahathir, apabila beliau mengatakan bahawa tidak lama lagi Malaysia akan bankrap jika Najib kekal berkuasa, penyokong (ubah kepada DEDAK) terus percaya. 
2.  Apabila Mahathir mengatakan bahawa kes Mamali, Musa Hitam yang bersalah, DEDAK-DEDAK Mahathir terus percaya. 
3.  Apabila Mahathir mengatakan bahawa kes ISA, Allahyarham Megat Jonid yang tanggungjawab, lalu DEDAK-DEDAK Mahathir terus percaya. 
4.  Apabila Mahathir mengatakan bahawa RM2.6bilion dicuri dari 1MDB, DEDAK-DEDAK Mahathir terus percaya. 
5.  Apabila Muhyidin, Shafie dan Mukhriz diterajang keluar, Mahathir mengatakan bahawa seluruh Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan akan mengikuti mereka, DEDAK-DEDAK Mahathir jugak percaya. 
6.  Agaknya kalau Mahathir mengakui dirinya sebagai Tuhan Langit, pasti DEDAK-DEDAK bebal ini percaya.

Batal jual Bandar Malaysia keputusan komersil


Pembatalan penjualan Bandar Malaysia kepada konsortium IWH-CREC Sdn Bhd adalah keputusan komersil.

Pembeli gagal membuat pembayaran yang tertangguh lebih 10 kali sejak Disember 2015.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan pembatalan jualan itu.

Dulu, pakatan menuduh kerajaan menjual kedaulatan negara kepada China. Bila dibatalkan, pakatan masih juga menyalahkan kerajaan.

Dari dulu, kini dan selamanya Pakatan tiada pendirian dan mencari alasan untuk menyalahkan kerajaan.

#pakatanproDAP

Whatever it is Malaysia is still the best! 


UK : Don’t like our VAT 20%? You can leave UK and go to Malaysia matey! Their GST is only 6 %

US :You want free healthcare ? You can leave USA and go to Malaysia . It’s almost free there!

Hong Kong : Cannot afford a ho
use ? You can leave Hong Kong and go to Malaysia . Almost everyone above 30 years old own houses there!

Philippines : What ? You want a car ? Leave Philippines and go to Malaysia . Every house hold owns more than a car there!

Canada : petrol price too expensive ? Leave Canada and go to Malaysia . Their petrol is even cheaper than Coca Cola!

China : want to secure a placement in high school ? Leave China and go Malaysia . They have lots of Chinese schools for you and everyone is secured of a place .
Japan : want to enjoy life while working ? Leave Japan and go Malaysia . They have a lot of Public Holidays , they work until 6 pm , most doesn’t work on weekend , go movie, drink Starbucks, eat at Indian Muslims restaurants and always travel .

Indonesia : want a Chinese mayor ? Leave Jakarta and go to Penang . The Penang Chief Minister was never a non Chinese , which ever party !

Singapore : you want to curse and defame your leader in FB ? Leave Singapore maa and go up north . They curse their Prime Minister everyday (courtesy of some commentators below)

And the list goes on…

*Whatever it is Malaysia is still the best! 👍*
*#malaysiabest*

Tahaluf Siyasi – Antara Kuasa, Wang Dan Wala, Di Mana Kedudukan PAS Di Selangor


Tarikh 11 Mei 2017 adalah tarikh yang tidak akan dilupakan oleh PAS dan PKR kerana pada hari  berkenaan, Majlis Syura PAS mengambil tindakan berani dengan memutuskan tahaluf siyasi parti itu  dengan PKR setelah 9 tahun hubungan terjalin.
Tindakan yang diambil ini bukan mudah namun keputusan Muktamar PAS kali ke 63 di Alor Setar pada awal bulan ini telah menghantar isyarat bahawa PAS enggan lagi bersekongkol dengan PKR dalam apa jua bentuk hubungan politik.
Melihat kepada keputusan Majlis Syura ini, timbul persoalan, apa nasib tiga orang Exco kerajaan negeri di Selangor? Bagaimana pula dengan Ahli Majlis Tempatan? Bagaimana pula kedudukan imam-imam dan penjawat awam lantikan kerajaan negeri yang kebanyakannya adalah ahli PAS?
Apa pilihan yang ada pada mereka? Adakah mereka akan memilih kuasa atau wang ataupun memilih untuk taat kepada keputusan Majlis Syura dan kepimpinan tertinggi PAS?
Dalam keadaan sekarang, tidak banyak pilihan yang ada buat ahli PAS setelah keputusan berkenaan dibuat.  Pilihan yang ada hari ini adalah kekal setia dengan PAS atau memilih untuk terus berada di bawah pentadbiran Datuk Seri Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor.
Secara amnya, sebagai seorang manusia, kita tidak dapat lari dari hasutan hawa nafsu. Kali ini, keputusan Majlis Syura itu merupakan ujian kepada ahli PAS yang mempunyai jawatan dalam kerajaan Pakatan Harapan di Selangor.
Menyebut tentang nafsu, tarikan kuasa dan kewangan seringkali menjerumus seseorang itu meninggalkan prinsip kesetiaan. Sering kali, seseorang itu akan melakukan kesilapan dalam membuat keputusan dan ini juga tidak mustahil boleh berlaku.
Ramai yang sedang melihat sejauh mana kesetiaan ahli PAS menjunjung prinsip taat kepada perintah ketua sebaik sahaja Majlis Syura memutuskan untuk tidak lagi meneruskan tahaluf siyasi mereka dengan PKR.
Majlis Syura PAS membuat keputusan memutuskan hubungan dengan PKR disebabkan beberapa perkata, antaranya ialah tindakan PKR tidak menyokong, malah menentang sebahagian daripada agenda Islam dibawa PAS seperti Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU355).
PKR juga melanggar adab bekerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej parti berkenaan.
Selain itu, PKR telah khianat dalam hubungan politik dengan PAS antaranya bekerjasama dengan pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Kelantan dan menentang dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Tulisan : 

Beruang Biru

BB422, Jumaat

12 Mei 2017

Adakah anda akan memilih Barisan Pro-Rakyat ataupun janji-janji daripada pakar U-Turn, Pakatan Pro-DAP?


Perkukuhkan Iltizam bersama pemimpin 



Marilah kita perkuatkan ILTIZAM bersama PRESIDEN UMNO DS MOHD NAJIB utk kita perjuangkan UMNO hingga ke titik peluh dan darah yg terakhir!!!..ALLAHUAKBAR

BN hampir selesai tunai janji, pembangkang masih berbohong 



Adakah rakyat akan terus mempercayai mereka? Ketika Barisan Pro-Rakyat hampir selesai menunaikan ‘Aku Janji’ mereka, Pakatan Pro-DAP meneruskan program ‘Aku Tipu’ mereka.

Saksikan wayang kulit terbaik untuk anda 


Previous Older Entries Next Newer Entries